NuffNANG

Monday, November 14, 2011

Tak update blog..

sendiri semata-mata nak spend masa BW ke blog2 yang menarik. Intai-intai blog orang kot-kot ada yang menarik boleh le singgah bertegur sikit-sikit,ceduk mana-mana ilmu yang menarik. Sejak berstatus ibu beranak kecil ni, payah sikit nak menghadap cik lappy ni lama-lama. Kalau dulu asal keluar rumah jer ngendeng bag kamera sekarang beg kamera dah jadi beg untuk letak mesin mengepam. Nampak tak kebizian saya tu..ihik!..tu baru ada sorang yang kecil kalau beranak kembar tak tahulah nak handle camner. Jenuh kan!.

Rumah, jangan ceritalah..yang nampak kemas cuma 5 minit jer dalam 24 jam tu. lagi 23jam 55 minit lagi adalah waktu penyepahan. Yang herannya bila time kemas tak adalah pulak yang bertandang kerumah tapi bila time rumah macam kapal pecah tu time tulah ada yang datang buat lawatan secara mengejut. Nak tak nak terpaksalah guna ayat yang sama bagi cover line "maaflah rumah macam tongkang pecah, budak-budak ni kalau main bukannya pandai nak kemas (macamlah anak yang besarnya ramai..mungkinkah en.suami jugak saya kategorikan sebagai budak??..hhhe).

Ok..kali ni pun saya tak boleh nak ngomel banyak-banyak..nak upload gambar masakan yang saya buat pun agak keberatan..saya kalau ambik gambar blur tu rajinlah nak masukkan tanpa edit letak cop mohor pelbagai..tapi kalau rasa gambar cantik sayang nak terus masuk..(cantik pada pandangan sayalah!!)..konon takut gambar kena cilok..hhehe. Apapun sayonara dulu untuk hari ni..time rehat dah tamat.

Wednesday, November 2, 2011

Nasi Lemak Daun Lemuni..

ni sedap rupanya..tu pun saya masak ringkas2 jer..semua gara-gara bertandang kerumah Kak Ida 1001 resepi tu..dan kebetulan jugak kat rumah memang ada tanam pokok ubat ni..memang tak tunggu lama lah..terus malam tadi buat..sambil dok ngendeng Asyraf sempat jugaklah buat untuk bekpes pagi ni...tapi bila masak tak sempat tunggu pagi dah..kul 11 mlm tadi terus makan..layan sikit versi gambar gegar ni..guna kamera handphone jer sambil nyusu dak Imam kecik Asyraf yang tak mahu dok diam.

kaler nasi ni kelabu asap gitu, ok jugak rasanya kalau buat nasi kerabu kot..biasa makan nasi kerabu biru atau kuning, kalau nak kelainan boleh la buat nasi KERABU KELABU..hehhe..berbelit lidah nak sebutnya..layannnnnnnn...

Tuesday, October 25, 2011

Saya rasa..

macam tak sabar-sabar nak balik rumah. Bukan sebab saya nak balik buat muruku atau nak lukis gambar bunga sempena kejadian esok tapi saya nak balik TIDUR. Ahh...saya dah terbayang-bayangkan suasana bilik yang redup, sejuk ..bukak kipas laju-laju..tarik selimut yang tak tebal sangat nak pulak peluk bantal kekabu..aduhhhh nyamannya tidur...macam ni kalau orang kejut makan pun rasanya saya sayangkan tidur lagi.

Saya macam gian sangat nak memerap lama-lama dalam selimut, dah lama rasanya tak alami perasaan tu. Walaupun semalam tidur saya tidaklah diganggu sepenuhnya dek rengekan manja Asyraf untuk menyusu tapi rasanya macam nak tidur sangat..berat betul kelopak mata ni nak bertamu depan PC..akhirnya demi melebarkan kelopak mata saya bukak blog..buat nesacafe panas yang dah berbulan saya tak minum..pun hanya 50% kelebaran kelopak mata yang terbuka.