NuffNANG

Thursday, May 26, 2011

Ni dinner time saya...

MALAS...bayangkan kalau saya jadi RAJIN!!!



Ayam masak merah bukan mak jah punyakedai mari seketul dada yang montok...tak habis pun 3 beranak ni makan!

What do you call it...


I call it SURAT SAMAN..haha..yeah sempena cuti sekolah tak mustahil kalau tak dapat surat-surat cinta ni kan!..tu baru 2.. yang kat rumah ada lagi 3. Tahulah perut kita sekarang tengah besar..tapi tak semestinya kita dapat makan banyak!!!huhu...semua date yang sama...

Bercita-cita besar...

walaupun badan kecik..siap cakap nak bukak restaurant..dan menu pun dah siap..omi tak payah fikir nak menu lagi dah..

Sila guna menu kat bawah ni kalau nak buka restaurant nanti..kah!kah!..ada hati ko nak ya!..nak nolong omi kat dapur pun malas mengalahkan anak teruna..cuba korang baca list menu tu..siap ada katak goreng lagi!!!..

Friday, May 20, 2011

Walaupun sedikit keciwa

sebab rupa roti dan tekstur roti ni
dah jauh berbeza dengan 30 tahun yang dulu, tapi saya dah habiskan roti bantal ni dalam sekelip mata jer.. size hidangan untuk 3 org tu nampaknya hanya sekali hadap jer saya makan. Purata lemak terkumpul adalah 2.6 g dengan komposisi tenaga 173.5 k cal..(hhehe macam tahu kira semuanya tu..walhal dah tertera kat plastik pembungkus roti tu...sesekali berlagak pandaiiiii hhhehe). Jadi lepas ni boleh la buat kuak lentang kalau opis ni bapak ana yang punya!!

Masih teringat satu dialog masa kecik-kecik dulu. Bila Bai/Mamak Muslim yang jual roti datang..sorang anak jiran ni dah dipesan dek omaknya untuk beli roti ni..dialog tersebut macam ni:
budak kecik: nak roti k**ing satu
Bai: tahulah nak roti k**ing...roti bantal ker roti butut (spelling tak sure..jenis yang bun tu)dalam pelat mamatnya...

semua mak-mak yang dok bersidai kebiasaanya tunggu Bai ni jual roti petang2 gelakkan budak tu. Ah memori sungguh...teringat lagi siapa budak tu dan rupa Bai yang jual tu. 30 tahun yang lalu tak ada agaknya orang melayu yang buat dan jual roti..BM pun tak wujud lagi kot..main uli pakai tangannya. Kalau dapat pergi beli time roti baru masak memang heaven la..smerbak gila baunya..dulu ada satu kedai atau kilang kecil kat Pekan Pasir Mas yang jual roti ni..sebab dah 2 tahun tak balik P.Mas..saya tak tahu yang kedai tu dah tak wujud lagi...roti ni memang saya teringin sangat nak makan sejak bergelar mak buyung ni..bila mak saya balik kampung makanan apa yang terlintas hanyalah roti ni tapi imaginasi saya tentulah roti bantal yang besar2 macam kat kopitiam tu..tapi bila dapat size gini rasa upset sikit...nasib baiklah mak saya beli roti ni lebih sikit..ada satu paket lagi yang boleh disira dengan air manisan tu...tapi roti ni lembut sangatlah macam tak sesuai pulak untuk disira..
tunggulah...bila ada peluang balik kampung sebelum maternity due nanti sure saya nak cari kedi yang purely jual roti ni ...ada lagi ker tak wallahuallam..

Monday, May 16, 2011

Kejadian ini berlaku

jam 6.30 pagi selepas solat subuh hari Sabtu. Acara kuat lentang tidak terjadi pagi ini gara-gara nak cuba try test buat muffin senang ni. Biasalah saya ni kalau kejadian-kejadian begini kena berlaku ketika masa-masa yang pelik...kadang tu dekat nak maghrib saya akan baking tapi yang herannya kalau baking time cam gini, resepi yang diikut tu jadi jer..hehhe ..apa-apa pun jam 7.30 saya dah siap hantar 8 ketul biji muffin kerumah jiran..saja buat tester kan!..

Muffin Pisang dengan Oat
Resepi dari sini: http://www.trymasak.my/resepi/video/Muffin%20Pisang%20dengan%20Oat
•Bahan-bahan•
1)Pisang - saiz sederhana (3 biji)-Saya buat 4 biji
2)Tepung gandum (1 1/2 cawan)-Saya guna self raising flour.
3) Bijirin oat (1 cawan)
4) Gula perang (1 cawan)
5) Telur (2 biji)
6) Minyak (1/2 cawan )
7) Esen vanilla (1 sudu kecil)
8) Serbuk penaik (1 sudu besar)..saya cuma letak 1/2 sudu teh..sbb guna Self Raising flour
9) Garam (sedikit)

Cara-Caranya

Lenyek pisang hingga hancur. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan bijirin oat ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.

Dalam mangkuk lain, masukkan minyak, gula perang, telur, esen vanilla dan garam. Adun dengan kelajuan sederhana. (Tak perlu diadun lama dan telur tak perlu terlalu kembang)

Masukkan pisang lenyek ke dalam adunan bahan kering dan curahkan adunan bahan basah. Adun sebati bahan.

Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius lebih kurang 10 minit.

Griskan minyak pada loyang dan kemudian masukkan adunan mufin.

Bakar pada suhu 200 darjah celcius menggunakan api penuh lebih kurang 20 minit.

Apabila masak, segera keluarkan daripada ketuhar.


ini jer yang sempat tinggal untuk diambil gambar.






Saja nak test Samsung Wave II pemberian en.suami..boleh la guna time malas nak keluarkan camera saya..

Thursday, May 5, 2011

Saya tak tahu….

apa yang best sangat pasal makanan ni, reganya pun boleh tahan…hanya tempat tertentu aja yang jualnya..Tengokkan dari rupa memang sesuailah kot dengan reganya, bewarna warni gitu..sure kalau buat birthday party anak-anak ini benda yang diterkam dulu. Banyak dah blog2 yang bagi resepi benda ni. Kadang-kadang kat sidebar iklan pun ada keluar benda alah ni..teringin gak nak merasa buat dan makan sebelum maternity ni..kot dalam pantang ada yang ngulur benda ni kat saya memang nak kena debik la gamaknya..dek rasa teruja nak tahu betapa complicated cara buatannya saya jumpa kat link one of my old friends pasal cara-cara nak buat macaron ni..cuba la link kat blog ni..tengok macam senang jer nak buatnya…jom pakat-pakat cuba nanti sama-samalah kita buat pameran kat blog masing-masing ok.

Wednesday, May 4, 2011

Meleleh airmata

dan air hidung sekali gara-gara makan pedas sangat, walaupun hanya kentang goreng bercili ikan bilis dengan nasi putih dan kicap namun rasa macam tak puas pulak makan tengahari hari ni.
Resepi sempi gila ni dah lama tak buat, semalam lagi saya buat ni tapi tak sempat nak makan for dinner sebab tahap mengantuk telah mengatasi tahap lapar. Maka dalam kelam kabut pagi-pagi hari sempatlah saya menampau nasi putih, benda alah ni dan juga kicap manis kipas udang untuk bekal.Kang saya tak tapau asyik teringat-ingat nak balik makan ni jer lagi parah..tak jadi kerja nanti.

Inilah dia resepi kentang goreng bercili ikan bilis

*2 ketul ubi kentang potong macam wedges tu dan goreng garing-ketepikan
*1 labu bawang merah yang besar
*2 ketul bawang putih
*10-15 batang cili padi hijau
*segengam ikan bilis
2 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa

semua bahan bertanda* diatas blend dengan anggaran hancur 3/4 atau jika anda rajin silalah gunakan kekuatan tangan kiri@atau kanan untuk menumbuknya.Saya cuma mengunakan kekuatan jari telunjuk untuk menekan punat blender.

Atur cara rancangan seterusnya ialah dengan panaskan satu senduk minyak masak dan campakkan bahan yang diblend tadi sehingga anda sendiri akan terbatuk-batuk dek penangan cili padi tu, masukkan asam keping, gula dan garam. Bila bahan dah agak garing sedikit masukkan ubi kentang yang telah digoreng garing tadi gaul sebati dengan rempah pedas menyinga tu.. kasi masak dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih..lagi sedap kalau ada ikan pekasam sekali.

p/s saja jer tulis resepi ni..otak makin tumpul takut nanti dah lupa cmner nak buat ni lagi..