NuffNANG

Wednesday, June 8, 2011

Percubaan untuk

masak nasi pakai microwave menemui jalan GAGAL. Tang tu gak bukak tenet..masuk rumah TTM.tak sempat nak bagi salam apa...godek-godek pun saya tak tahu mana silapnya..yang pasti adakah sebab periuk ni?
(gambar dari blog masak nasi tapi lupa ambik link). Saya bukan nak masak banyak pun cuma 1 pot sebab berdua dengan en.suami jer..cik mek kerumah kakak saya lebih kurang sepelaung dari rumah jer. Saya tak adalah periuk cam gini yang boleh diguna.cuma guna bekas yang boleh sumbat dalam microwave jer..tapi apasal tak jadi erk??.dah setting dgn betul dah..rasa fedup takut membazir letrik terus jer nasi tu saya tuang dalam periuk nasi masak pakai gas cooker. ..nasib baik en.suami tak sedar saya tengah cuba masak nasi macam TTM ...kalau tak mesti dia buat bahan nak ejek dan gelakkan saya..sepanjang hidup..Masak nasi pun fail ada hati nak buat dodol???

Friday, June 3, 2011

Sukar nak jumpa

Nasi lemak yang sedap,ataupun sarapan yang mengenyangkan sampai pukul 2 @ 3 petang baru teringin nak menjamah nasi. Sudah 2 hari saya bersarapan dengan nasi lemak. Hari Khamis, nasinya boleh tahan..ada jugak terasa lemaknya…namun hampa dengan sambal yang pedas menyengat..macam tak letak secubit pun gula..ikan bilis tak yah cerita la..langsung tak ada. Kacang?..sebutir pun tak ada istilah nasi lemak t**ek memang tak wujud lagi sekarang, …hahaha. Rasa nak meraung makan sebab sangatlah pedasnya. Hari ni beli lagi nasi lemak tapi bukan ditempat yang sama. Memang saya mempunyai banyak pilihan sepanjang perjalanan datang ke tempat kerja, maklumlah saya melalui shortcut @ jalan kampung..jadi banyak gerai-gerai ataupun kedai kopi yang boleh disinggah untuk sekadar membeli sarapan pagi dan kuih muih. Pun kadar harga tetap sama dengan gerai-gerai dikawasan lain. Nasi lemak kosong dijual dengan harga RM1.20 (sekeping timun+1/6 hiris telur + sambal+nasi yg tak lemak).
Nasi lemak yang saya beli pagi Jumaat ni pun sambalnya tak sedap, nasi tak lemak, tengokkan keadaan pengunjung ramai jugak yang singgah membeli. Ini yang kadang-kadang membuat hati saya tertanya..adakah selera saya yang mengada-ngada atau konpem makanan yang dijual tak sedap. Tapi menurut citasarasa anak dara yang dah 2 hari menjadi assistant saya kat opis ni, katanya memang tak sedap!.oh ya saya memang percaya ciata rasa mek ni !!!
Motif saya bercerita tentang keenakan makanan hari ni sebab saya nak balik kampung. Kalau ikut kan calendar dan conggakkan hari hampir-hampir 2 tahun dah saya tak balik ke Kelantan, hampir ok..bila cakap HAMPIR maknanya..kalau tak balik juga dah boleh diiktiraf sebagai TANGGANG jugalah adanya. Saya rindu sangat nak hirup udara sana, nak makan itu ini..shopping??? ikut duit poket kalau tak ada seribu dalam tangan tak payah balik Kelantan, sure banyak barang2 yang nak beli, tapi hasil bodekkan dari en.suami boleh lah redah balik jugak nanti..arghhh tak sabar rasanya..ngalahkan orang yang pertama kali nak melawat Kelantan adanya.….dalam kepala nak congak-congak dah nak terjah kedai mana bila balik nanti.. kata orang nak breakfast boleh terjah Warung Din Tokyo kat KB..makan tengahari pulak kat Restoran Nasi Ulam Cikgu kat Perkampungan Kraftangan..pun kat KB..Cuma 3 hari jer berada kat Kelantan..tak tahulah sempat ke tidak!.

Wednesday, June 1, 2011

Cepatnya kan!

dok gosok perut hari-hari, tengok-tengok..kira-kira dah pun masuk 7 bulan, dah boleh di tengok dengan mata kasar. Minggu lepas bila masuk jer minggu ke 28, saya pergi scan. Sungguh teruja nak tahu walaupun dah janji nak pergi scan sama-sama dengan en.suami..lastnya pergi dengan anak dara jer yang bila dia tahu it's not a girl terus muncung boleh diikatd engan riben. Tang-tang tu gak la terus sms en.suami. Nak tahu apa dia balas.
"ok..abang nanti belikan dia satu set pancing!"..emm memang la. Dah boleh agak dah tak ada ayat lain lagi dah.

Bila check-check senarai banyak lagi barang yang tak beli untuk baby ni.
"Jangan dok ingat barang baby jer..barang-barang awak pun penting jugak" remind en.suami. Senyum jer saya sebab teringat waktu lahirkan anak dara ni dulu..semua yang saya pack masuk barang untuk ke hospital hanyalah barang-barang baby..kelengkapan saya langsung yilekk. Waktu itu saya bersalin dalam pukul 4.30 petang..dah keluar labour room pun dah nak maghrib. Bila tengah malam suami dah balik rumah baru teringat nak itu ini..telefon pun bateri habis.

Paling parah bila godek-godek bag pad pun tak ada..haru..mana nak cekau malam-malam ni. Nak kol en.suami duit satu sen pun tak ada...kena pulak time dah pukul 2 atau 3 pagi..hospital senyap sunyi..tak tahan nak kencing, cubalah bangun dari tilam nak ke toilet.....bangun-bangun jer..rasa darah mengalir laju jer..langkah jugak ke toilet.Hospital kerajaan manalah ada private toilet kan..jauh jugak rasanya nak menapak..bila hampir sampai toilet toleh belakang..tengok lantai dah ada kesan-kesan tompokkan darah..sah-sah ler darah saya..nak cuci sendiri..nak bongkokkan badan pun tak boleh..rasa badan sangat-sangat lemah time tu dengan botol dan jarum yang tersemat kat pergelangan tangan. Haru..sangat haru...mahu tak mahu saya buat-buat tak nampak jer kesan tompokkan darah tu..biar amah hospital yang cuci jer la. Itu dulu 9 tahun yang dulu.. harapnya kali ini saya lebih bersedia..tak ada tinggal baranga-barangan penting lagi...