NuffNANG

Tuesday, June 30, 2009

Ishhh berlagaknya dia

Seawal bertugas hari ni saya menerima satu panggilan dari customer saya. Saya akui memang itu kesilapan saya pun begitu janganlah berlagak mentang-mentanglah baru naik pangkat jadi EKSEKUTIF. Baru eksekutif bukannya MANAGER.Memang dia tidak memaki hamun saya tapi kata-katanya seolah-olah meletakkan kesilapan saya pada puncak yang tertinggi..waduh..ini memang mengganggu gugat mood rajin saya hari ni. Kot ya tau itu adalah satu kesilapan tegurlah dengan cara berhemah. Ini tidak terus menepis dengan lagaknya.
"you tak perasan ker you dah letak 6 ..bukannya 7"
"ah ya ker, maaf mungkin saya tersilap save file tu"
"ish tak semak dulu ker sebelum e-mail"
"maaf , saya tak perasan la, saya perbetulkan dan e-mail balik pada you ya"
"berapa lama nak I tunggu?.,I tengah update ni"
"dalam 5 minit"
ketepuk telefon diletak.Ish geramnya. Inikah orang melayu yang penuh dengan budi bahasa..kempenlah apacara sekalipun kalau kesedaran dalam diri tak ada.. alamaknya kempen tinggal kempen jer lah..

Monday, June 29, 2009

Tiru set dinner LG

Sekarang saya tengah menikmati Nasi kukus ayam berempah, menu lunch tengahari hari ni. Sambil tu saya mengambil kesempatan menjelajah alam maya. Singgah diblog LG membuatkan saya teruja untuk memasak dinner malam ni. Tengoklah gambar yang sy cilok dari blog LG ni..mmg buat saya tak sabar nak balik masak for myself maybe a little for Si Sara sebab En.Director hanya suka makan nasi sahaja dan Si Sara pun seakan terikut dengan gaya makan En. Director. (gambar dari blog LG.

Oleh itu saya telah menyenaraikan apa yang ingin saya beli petang nanti, kalau tak sama pun mungkin seakan-akan..terliur benar rasanya nak makan cam gitu. Dulu masa anak dara selalu gak just dinner cam gini tapi sejak kahwin terpaksa ikut selera En. Director kalau tak bisng mulutnya nanti..ahak!! kalau LG tengok kes peniruan ni mesti dia dok gelak sakan..

Tayar lama ganti baru!!

Menghabiskan petang yang damai di bengkel kereta memang amat membosankan, nasib baik ada En. Director dan Si Bonia, boleh la layan gaduh dan bertekak terutama dengan En. Director. Sambil menunggu turn tayar lama ganti baru, saya mundar-mandir sekitar bengkel. Hampir semua mekanik sibuk dengan tugasan masing-masing, pandangan saya terhenti pada seorang mekanik yang sedang memisahkan tayar dari rim, nampak senang, kemekkan pam angin keluar slushhh tanggal..macam senang dengan bantuan alatnya.Teringat pada adik ayah saya aka my uncle..selepas baru mendirikan rumahtangga pakcik saya ni bekerja dibengkel kereta dan suatu hari dia ditimpa kecelakaan mungkin kerana kecuaian dia jugaklah.. entah bagaimana sewaktu memisahkan tayar dari rim, kalau tak silap saya rim ataupun tayar tu melantun naik keudara dan sementelah itu jugaklah pakcik saya tadi mendongak keatas dan graviti rim tadi menjunam kembali tepat mengenai bahagian mukanya dan secara ringkasnya dia terlantar hampir beberapa bulan la kerana tulang hidungnya patah dan yang menjaganya selama dia terlantar itu tak lain tak bukan...adalah kakak iparnya yang merupakan ibu saya kerana si isterinya pada waktu itu tengah sarat mengandung...dan kini Si Pakcik ini tidak menegur ibu saya dan pernah menyatakan "kau tak ada kaitan dengan keluargaku..jangan masuk campur sebarang urusan keluargaku"..
Lamunan saya terhenti tatkala En. Director meminta kunci kereta. Jadi apa kaitan tayar dengan pakcik saya tu??.."lu fikirlah sendiri":p

Friday, June 26, 2009

Masalah ni..harap tak berlanjutan

Kenapa camni?? tetiba all setting hilang..nak add gambar pun tak dapat..biasa boleh preview dulu before publish..err... ni teruk ni.. uwaaaa...tetiba jer..apa sudah jadi???

Kata-Kata Pujaan HatikuPujangga

KATA –KATA PUJANGGA PROFESOR UNGKU AZIZ

RAJIN BERCAKAP, RAJIN BEKERJA – BAGUS
RAJIN BEKERJA, MALAS BERCAKAP – KENA BULI
MALAS BEKERJA, RAJIN BERCAKAP – WAYANG CINA
MALAS BEKERJA, MALAS BERCAKAP – TAK GUNA
MALAS BEKERJA, SELALU PONTENG – BAIK BERHENTI
MALAS BEKERJA, SELALU MENYIBUK – BAIK MATI


RENUNGKANLAH DIRI ANDA BERADA DI TITIK YANG MANA


(Dipetik dari e-mail yang dihantar oleh seorang teman tp mesra)

Wednesday, June 24, 2009

Thanks arrr..lenkali boleh tumpang lagi erk..

Perit sangat tekak saya, nak kata saya tak baca bismillah 2 kali saya baca tu siap baca doa makan cam selalu Sara buat..tapi tengah syok melantak nasi campur tiba-tiba saya tersedak, terbatuk-batuk saya dibuatnya..nasib baik cuma saya seorang habis berterabur sedikit nasi dari mulut saya, kalolah time tu ada orang lain didepan ..ahh malunya saya..emm ni semua gara-gara gelojoh la gamaknya..apapun terima kasih pada encik dibawah ni sebab sudi tapaukan saya nasi untuk hari ni.












Gambar dr pakcik google lagi

Tuesday, June 23, 2009

layan jer la perut..

Calling Mr. X dengan tujuan nak mintak tapau tapi Mr. X lak MC. Ahh lupakan soal makan lagipun masih tak terasa lapar sangat mungkin boleh bertahan sampai pukul 5 ptg kot. Nasib baik hari ni tak kena bius..dah kena penangan N.es.cafe segar sikit mata hari ni (image uncle google tolong cari)

Hilang segala lalok. Bagi mengelakkan perut dan otak fikir pasal food, saya cuba layan blogging..harapnya perut kenyang. Emm sampai bila la saya nak macam ni. Nak sediakan bekal pepagi tak sampai tengahari lagi cik perut meminta-minta..lagipun pasti saya akan terkejar-kejar naik turun tangga tuk buat bekal. Nanti la saya fikir cara terbaik tuk atasi makan berseorangan ni..

Monday, June 22, 2009

Harus pada siapa saya passkan virus ni..

Saya diserang virus ngantuk lagi hari ni, sementelah semua saki baki N.es.ca.fe telah tiada semenjak seminggu yang lalu. Saya seperti org yang dibius ,boleh tumbang bila-nbila masa sahaja. Puas sudah saya membulatkan bebola mata tapi hampa.

M.I.LO ais yang saya minum memang membuatkan kepala saya berat. Apakah harus slogan M.I.LO tu diubah..ah ah saya tiada hak pulak..lupakan.

Saya cuba meraih perhatian dari pakcik goog.le, bagi menghilangkan aroma mengantuk itu tapi ternyata dalam separa sedar begini pakcik google tak banyak membantu..sebabnya ..sebabnya pakcik goog.le tak tahu apa pencarian saya..eheh!!.

Saya dail nombor En. Director walaupun saya pasti En. Director pastinya tak sangat dapat membantu saya.
“Hello En. Director”
“Ya hello ada apa?,,cepat skit abang sebuk ni”
“saya ngantuk ni, nak pass bagi abang”..
“emmm”.
ketepuk..En Director telah meletakkan ganggang sebelum saya sempat menguap dicorong telinganya.. kecewa sungguh saya!!

Sekonyong-konyong teringat opismate lama..emm time ngantuk camni biasanya saya akan intercom salah seorang An.is ker, S.hah ker,Zu.fa ker or I.dah ataupun adik saya Teng.ku F.ara.h untuk bagi virus ni..tapi sekarang pada siapa lagi... opismate saya?? ah mereka semua dah ada their own life begitu jugak adik saya..sejak dia kawen saya tak dapat sesuka hati lagi menelefon dia bagi menghamburkan virus ni. Pn. R.ohai.za pun masih lagi dalam kursus 3 bulan..lagi susah saya nak menelefon dia..emm kalaulah mereka2 semua ada disisi..ahhh!!!

Thursday, June 18, 2009

Alahai mata ngantuknya..

kalau la dapat tidur macam ni..tak sapa nganggu alangkah syoknya,zzzzzz








Sally: dapat lena 10 mnt pun jadilah..mana nak ku cari tilam dan bantal ni..

Kah! kah!..Lu kena beb

Tengah ghairah nak membuka bekal untuk hari tetiba dapat call dari En. Director.
"Abang half day hari ni, nasi dan kari semalam ada lagi baki tak?
"Huh..dah abis la bang, semua saya bawa bekal"
"La kenapa tak tinggalkan sikit"
"ish buat apa?, bukan ker kari yang saya buat tak sedap, jiran sebelah punya ayam masak merah tu lagi umphh"
" betul ker dah abis??" nada sedikit hampa
" Ya la..opss lupa ayam masak merah ada lagi seketul dalam tupperware tu..makanlah sedap tu bang, kan abang gak yang cakap tak pernah rasa ayam masak cam gitu sesedap jiran sebelah bagi tu...makanlah ada lagi tu" nada menyindir
"Ala, awak ni abang puji sikit jer,ayam tu dah basi la..,kari awak masak tu lagi sedap"
"Dah terlambat bang,..yang tinggal hanyalah ayam basi tu aja,sila la ngap"hhehe puashati tahap gaban bila dapat balas balik.

moral: jangan kutuk masakan isteri apatah lagi puji jiran sebelah..nah ambik ko...


Gambar ihsan dari pakcik google..tah blog sapa tak tau la.

Wednesday, June 17, 2009

Tak sabar ni...

Saya memang pantang bila bawa bekal, belum pun setengah hari saya dah kelebek bekal saya beberapa kali. Bekal tu bukan enak pun sekadar nasi putih berkuahkan kari, telur dadar simple dan sedikit cebisan ikan pekasam benar-benar mengugat iman saya. Tak sabar nak merasa dan mengenyangkan perut ini, walau apa bekal sekalipun yang saya tapau dari rumah memang saya tak sabar-sabar nak merasanya. Isnin lepas jugak begitu, saya tapaukan nasi goreng dari baki dinner memandangkan saya tak lagi berteman untuk keluar lunch, belum pun pukul 9 pagi saya dah mula mencedok nasi tu ke mulut, argghh gelojoh bebenor saya ni, bukan sedap pun tapi bagi saya amat nikmat sangat. Bukannya saya tak beli kuih untuk sarapan pagi tu tapi bekal yang saya tapau benar-benar mengugat niat hati saya untuk jadikan menu lunch hari tu.. tak sampai pukul 11 lagi dah separuh bekal saya tinggal. Mula-mula niat nak merasa, lepas satu sudu satu sudu saya suapkan kemulut mengunyah perlahan..emm nikmat pulak rasanya. Emm tak tau la hari-hari berikutnya kalau berterusan saya tapau dari rumah sempatkah 12.30 untuk ngap tak tau la.

Sunday, June 14, 2009

Cik Bibik Rabbit

Patutla rumput depan rumah dah rata sikit, rupanya ada Cik Bibik Rabbit yang kerjakan. Tak tahulah siapa tuannya Cik Bibik ni. Comel gak, jinak sangat, Si Sara dah suka sangat dengan Cik Bibik ni...yang hanya datang waktu malam hari jer

Friday, June 12, 2009

Aku jer yang masih setia...

Menjamu selera waktu lunch sorang-sorang hari ni banyak wajah-wajah ayu bekas rakan-rakan sekerja menerpa ke benak..sudah hampir 10 tahun aku disini.. bersama sekandang H1N1..kini hari ini aku benar-benar ditinggalkan dalam kandang ini..semua wajah-wajah ayu itu satu persatu berlalu pergi..melangkah tanpa menoleh lagi...

Sally quoted:gambar sekadar expresi...

Wednesday, June 10, 2009

Rumah Baru

Cantik tak rumah saya?? Boleh la kan.. kalo anda sakit mata nak baca bagitau saya. Buat masa sekarang ni memang saya sangat sukakan rumah baru ni, nampak kemas skit, tak tahu la pulak bila dah lama..saya pun jenis yang cepat aka mudah jemu dengan sesuatu benda. Sekarang ni memang la agak rajin sikit nak menghias rumah baru ni tapi lama-lama tak tahulah..makin bersawang gamaknya.. hey saya dah ada bilik sendiri, kalo rajin jenguk lah kesana. Jangan lupa bagi salam ya..bilik baru saya ni masih kosong..pun begitu saya tetap suka bilik ni.. ada ruang untuk saya tau!hhehe.
saya tak mahu buat link untuk bilik saya tu kat sini kalo rajin godek-godeklah..

Tuesday, June 9, 2009

Dia sudah dimiliki..

6 June 2009..ni rupa pengantin pompuan tengah bersiap... Diserikan pula dengan para pari-pari bergaun putih.
dari sekecil pari-pari hinggalah.. pari-pari besar sikit.. bertemakan warna merah marron dan putih mempelai nampak girang tak terperi.. ditambah pelbagai pose lagi

Tuesday, June 2, 2009

Nak Upgrade

Saya cadang nak naik taraf blog la, bukan saja jalan raya perlu naik taraf..blog jugak perlu..ceehwah..boleh gitu kan..
emm nak tukar rumah baru tapi masih tercari-cari rumah yang mana satu yang cantik, ada ruang yang bersesuaian, boleh pamer itu ini..emm tak kan nak kena cari Eric Leong kot untuk deko rumah ???ada sapa2 tau mana2 ejen yang jual rumah free tak??? hehhe