NuffNANG

Thursday, January 28, 2010

Mee Hoon Goreng Chinese Stall

Bangun jer dalam jam 5.50 pagi terus gosok gigi, kedapur dan masak air. Tetiba teringin lak nak makan mee hoon goreng macam yang orang cina selalu makan for breakfirst.
Apalagi..saksikanlah...Memang nampak tak menguirkan..tapi rasanya telah dipuji oleh Cina kat opis saya yang mengendeng bila saya bawa bekal..kata mereka Ya..sebijik macam untie cina buat..err..sorry ya saya buat sendiri bukan beli tau!..siap buat sambal lagi you!.

Tuesday, January 26, 2010

Hanya perlukan kejujuran

Melihat ayam goreng berempah yang agak menyelarakan itu terus saya cepat-cepat mencapai penyepit. Saya cuma nak bahagian dada sahaja, risau saya takut budak perempuan baya adik saya itu mencapai dulu ketulan dada ayam yang nampak begitu seksi itu pada pandangan mata saya.
"ktpek!"
....seketul paha yang tidak begitu gebu jatuh ke lantai yang kotor dan comot. Lantai yang sering dipijak-pijak sebarang jenis kasut manusia ataupun mungkin bilamana malam si tikus juga mencuri-curi keluar menari-nari dilantai yang berdaki dicelah-celah mozek yang bewarna biru itu.
"Gulp" saya menelan air liur yang tak berapa nak berbaki di tekak. Dah jatuh ni, bagaimana ni..saya berteka-teki dalam hati. Mahu bagitahu makcik gemuk tauke tu ker atau buat bodoh jer.
"ah..tak siapa yang nampak"...tiba-tiba ada suara dalam minda saya.
"buat tak tahu jer..kalau cakap mesti makcik tu caj harga ayam tu..lagipun duit dalam tangan kau tu hanyalah RM3 jer..mana cukup"..suara itu benar-benar menganggu saya. Sambil itu tangan saya tetap jugak mencapai kuah kicap dan ulam timun serta sedikit sambal tempoyak.
Setelah menconggak lebih kurang saya menuju kearah makcik gemuk.
Saya: makcik kira...
Makcik gemuk: RM3 ..jer . Jawab makick sambil membungkus nasi saya.
Saya:...errr makcik...tadi saya tak sengaja jatuhkan seketul peha ayam yang tidak begitu gebu dan tidak berapa garing..kirakan sekali makcik..saya tak sengaja!.
Yes! Yes!!..berjaya jugak saya memberitahu makcik tu..
Nak tahu apa makcik tu cakap:
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Makcik gemuk: tak pa la dik..rezeki cik tikus hari ni. Makcik gemuk seolah tahu yang dalam gengaman tangan saya hanyalah RM3 jer..
Saya: err.betul ker makcik..saya tak perlu bayar ker?.
makcik gemuk cuma mengangguk.
Saya: terima kasih makcik..saya tak sengaja. Saya menghulur RM3 dan cepat-cepat berlalu. Mana tau makcik gemuk berubah fikir.
ah!! cik Setan..sekali lagi kau gagal...padan muka kau!!....

Thursday, January 21, 2010

Ayam Negro

..dek keceluparan cik mulut hari ni, saya telah menerima padah. Cepat sangat cik mulut mengatakan "Ya!...saya nak join" maka terbanglah hasil tabungan saya selama seminggu..err...sebenarnya 2minggu..hasil sesi berjimat cermat bermula awal tahun. Senang-senang saja restaurant ayam negro tu mendapat keuntungan beserta tax sekali dari saya. Cik perut diam sahaja selepas cik tekak menelan dengan rakusnya ayam berperisa sos per-peri tu.. yer lah cik perut dah mengidam sangat lama untuk menjamah makanan ala western tu...tak boleh nak marah cik perut sangat..
"Saya tak salah" ulang cik mulut berkali-kali bila cik dompet..asyik mengetuk perutnya pula yang makin tipis...mungkin menyesal bila dia menghulurkan simpanannya kepada cik tangan untuk membayarnya.
"I just settle my duty"ujar cik tangan ..."tak kan makan tak nak bayar kot!,..nanti tak pasal I kena cuci pinggan mangkuk pulak"...relak sahaja cik tangan memberi pandangan.
"Siapa yang teringin sangat nak makan ni?" emm cik mulut mula menunding arah"
"Saya"...jawab cik nafsu tersipu-sipu.........
"Tapi saya tak sempat nak bagitahu supaya tambah order"..ah memang dasar cik nafsu betul..
"order apa lagi"..cik dompet yang merasakan perutnya sudah kempis tadi..terus menutup mulutnya..
"Sos..extra hot ayam negro tu..buat saya ingin kesana lagi".....

Cantik tak?


...ni handbag baru saya beli online.. teka lah harganya berapa..sangat bergaya kononnya bagi saya kehuluhilir untuk letak my ciklappy yang cute tu serta make up2 andaman saya..eceh. Tapi beg ini masih belum dapat memuatkan rantaian gadget saya lagi satu..en.nikon tu..nampaknya terpinggir lagi dia..nak muatkan juga boleh lah..tapi en.nikon mempunyai perut yang boroi..nanti beg saya ni kembang semangkuk..huduh pulak...

Wednesday, January 20, 2010

Kalau sudah ketentuannya begitu

....walaupun baru merancang nak dirikan block batu kat belakang untuk elak tempias dek hujan dan berpanas matahari dan yang paling penting...for security purpose namun rasanya terpaksalah batalkan niat nurani untuk mencantikkan rumah. Surat pertukaran nama rumah dari pemaju meruntun jiwa saya..duit lagi...semua benda melibatkan duit. Ahhh! dunia sekarang apa yang penting adalah duit.. no money no talk kata orang putih. Kalau setakat urusan pertukaran tu bawah RM500 tak pa lah tapi aduhai ...memang cecah RM6k..mana nak cekau duit dalam sekelip mata begitu..nilaian untuk lembaga hasil pun sudah hampir RM3k..ikut value rumah. Emm rumah saya dibawah harga RM200k ..kalau mereka yang memilki rumah RM200k keatas tu..silalah menabung agar geran rumah bertanda nama anda..eh kalau sudah mampu memiliki rumah yang mahal tak mustahil punya wang yang banyak untuk membayar....mungkin tidak bermasalah bagi mereka yang mampu..bagi yang berkerja di Kilang Kicap Cap Ayam seperti saya ni rasa nak meraung nak kumpul sejumlah wang itu...

Tuesday, January 19, 2010

Biarlah tuhan sahaja yang membalasnya..

..bilamana dia (saya tak kenal siapa) telah melanggar belakang kereta saya dan mengakibatkan ekzoz saya sengget dan bumper belakang scracth. Dia berlalu pergi dengan laju tanpa menoleh bersama motorsikal bewarna putih dalam kesibukkan lalulintas,memang saya gagal untuk mengejar dalam keadaan kereta dan lalulintas yang langsung tidak bergerak...apatah lagi membaca nombor plat motorsikal dia. Jangan kata saya tak ingatkan bila suatuhari kalau dia ditimpa kecelakaan 2kali ganda dari yang saya alami...nauzubillahiminzalika...

Friday, January 15, 2010

Nak jenguk apatah lagi

Mendengar iklan radio di Sinar FM pagi ni betul-betul menyentuh perasaan saya. Sebabnya pertama saya terlupa hari lahir mak saya pad 13 Jan..hari Rabu lepas. betapa cuainya saya...saya menelefon dia saban hari..sampai kadang-kadang 2 kai sehari saya menefon dia. ..dan semalam saya menefon dia lagi..tapi tak mengucapkan apa-apa pun pada dia. Pasti dia terasa...dan pagi ni iklan tadi benar-benar menyentuh naluri saya
'anak mak belajar rajin-rajin...dah besar nanti kerja bagus-bagus....." lebih kurang begitulah..luahan si ibu pada anak yang masih kecil.
"apalah anak kita ni bang..telefon kita pun tak pernah..nak jenguk apatah lagi.."..itu luahan si ibu bila anaknya meningkat dewasa dan bekerjaya tapi telah lupa akan ibu dan bapanya...
"hargailah mereka selagi mereka masih ada'..."

Thursday, January 14, 2010

its' work !!

Ingat pasal tips tidur nyenyak??.. dah 2 malam saya praktikkan pada Sara..nampaknya dia lena dibiliknya tanpa perlu merangkak ke bilik saya lagi. Selepas En. Director mengangkat Sara tidur dibiliknya saya terus menyapu losyen ketapak kaki dia...mengurut perlahan..ah..bestnya kalau ada yang mengurut kaki saya begini...dan resultnya...saya pun boleh tidur dengan aman tanpa ditendang oleh Sara..

Wednesday, January 13, 2010

Godaan...

Saya telah membuka bekal makanan yang begitu mengoda saya semenjak dari pagi tadi lagi. belum pun waktu lunch..saya rasa terliur sangat walaupun bekal tu hanyalah nasi putih dan ayam goreng kicap.. sementelah boss besar tak ada dibiliknya dan tempat saya paling hujung...apalagi saya terus membuka bekalan yang dibawa...

Tuesday, January 12, 2010

Tips Tidur Nyenyak

Ya..semalam saya telah mengaplikasikan kaedah ini...badan rasa penat setelah 2 ke 3 hari ni begitu rajin mengemas rumah...itupun masih tinggal bilik bawah belum lagi saya kemaskan. Semalam saya ingin tidur awal..seawal jam 10.00 selepas melayan cerita Taming of Heir..apalagi kalau bukan cerita korea saya tu.

En. Director telah hanyut dibuai mimpi ketika lepas solat isyak.Lena disofa..saya membiarkan saja..asalkan dia tidak mengganggu tontonan saya. Konon selepas tamat cerita dan membersih dapur saya akan terus ke kamar tidur melelapkan mata tapi nampaknya tugas isteri tidak habis disitu.. menghantar lipatan baju ke bilik Sara saya jadi rajin,hilang rasa ingin tidur tadi. terus mengambil penyapu dan mengemas bilik cik mek....

Jam 11.30 tamat. ah...ruginya masa tidur saya. Selepas mencuci muka dan basuh kaki saya naik ketilam..mata masih terbuka luas. Sementelah losyen ada disebelah saya terus menyapu ketangan..dan tapak kaki....merenjis sedikit aroma wangi RM5 yang saya beli di Hinode shop ..rose buds ke bantal dan tilam..terus perlahan baring...sehingga deringan jam 5 pagi..baru saya terjaga..hah it's work maaa...badan rasa segar.. aja pagi ni....senang kan!!..tidur nyaman dan nyenyak tanpa mendengar dengkuran En. Director (kalau budak kecil berdengkur dan mengigau memang look sweet tapi kalau yg dewasa ni rasa nak terajang jer..hehe) dan tanpa menyedari cik mek merangkak naik katil dan tidur disebelah saya...ahhh..tah bila dia akan tidur sampai pagi dibiliknya..

Monday, January 11, 2010

Berat betul kelopak mata sewaktu dalam kereta boss saya tadi. Saya dah terpisat-pisat kekiri, menguap perlahan, melunjurkan kaki supaya rasa mengantuk hilang tapi semakin di tahan rasanya semakin nak tertutup dek hembusan aircond yang sangat perlahan...sementelah hujan lebat mengalakkan lagi syaitan-syaitan bertenggek dikelopak mata. Time begini memang rindu sangat dengan bantal, tilam yang empuk dan selimut gebu..ishh..rasa tak mahu bangun sampai ke pagi.

"So how's your car?" soalan cepumas dari boss terus menghilangkan rasa mengantuk saya..

"have to fix la..." itu jawab saya dalam slang chinglish..boleh ker??. Ah..sebut pasal kereta saya saya jadi fedup..porsche saya buat hal lagi...itupun salah saya jugak. En. Director dah berpesan jangan bukak itu power windows..kena bawak pergi bengkel..tapi disebabkan tahun ini saya dah hampir menginjak ke angka 34 saya dah terlupa pesanan En. Director..pantas saja saya menekan butang power windows..zupppss tingkap turun ..nasib baik tak tenggelam terus seperti minggu lepas...dek power windows problem tu la saya terpaksa menahan rasa mengantuk yang teramat sangat sebab saya tidak memandu..

"err boss boleh bagi saya pandu kereta you tak?"...

Friday, January 8, 2010

Hari ni lambat bangun sikit..tengok jam dah jarum panjang dah hampir mencecah angka 5..ish.tergopoh-gapah bangun..lena betul saya semalam, mungkin nak menqada tidur the night before yang hampir jam 5 baru nak pejam mata..semalam saya pasang aromatheraphy..english garden punya smell..tu yang tidur lena sangat gamaknya...haruman tu semerbak mewangikan bilik saya dan ruang-ruang kat level atas.. sungguh rasa cozy dan sleepy mood..tu yang liat sikit bangun tu..alasan!!.ehe..
***gambar diatas..langsung tak menunjukkan kaitan dengan cerita yang dipaparkan..sila abaikan..

Thursday, January 7, 2010

Pari-pari biru

Dah lima tahun, guna pakai pari-pari biru..tak pernah buat hal yang mengujakan..tapi semalam masa on the way balik rumah cermin gedebuk jatuh..langsung tak boleh naik balik. Cuak kejap apahal lak ni. Call Director ..dia cakap bawa balik nanti dia check tengok. Dalam hati dok berbelah bahagi terus pergi bengkel ker nak biarkan McGyver tu buat pembedahan kat pari-pari.. tapi memikirkan poket kempis lepas ambik Sara terus memecut balik SU3..Alhamdullah Director boleh buat mungkin untuk sementara..nak kena hantar bengkel jugak..at least selamat la skit duit sampai gaji January.............

Wednesday, January 6, 2010

Teknik lipat gulung

5 hari cuti macam tak ada beza apa-apa, agaknya sebab tak ada apa-apa aktiviti yang boleh merangsangkan minda kot.. nak bercuti ala2 orang kaya-kaya pun tak dapat sebab tak kaya...cuma semalam saja saya sempat mengerakkan sikit sendi-sendi saya untuk mengemas. Director sudah mula bekerja, kesempatan ini saya ambik untuk m,engemaskini baju yang sudah berlipat tp almari dah penuh..so saya ambik pendekatan teknik lipat gulung untuk memuatkan semua baju-baju saya. Teknik saya dapat dari my sister untuk mengemas bajunya yang bergunung ganang tu..eheh..memang berkesan. Nampak kemas dan tersusun..aja..bagi saya la. Banyak yang saya rancang untuk dilakukakn sendirian semalam, tapi hampir satu hari saya hanya dapat mengemas 3 almari, 2 bilik dan mendobi 15kg baju sahaja. Rasa berbalaoi betul cuti semalam. Puashati....

Friday, January 1, 2010

Permulaan tahun yang baru

2010 sudah tiba, saya mengharapkan tahun ni akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Saya tak mempunyai azam tahun ni...tak pelik kan..setiap orang punyai pendapat dan keinginan sendiri.Sebenarnya saya masih keliru apakah perkataan " keinginan boleh dikategorikan dengan azam. Jika begitu azam saya sangat meluas..oh ! masih teringat waktu dulu-dulu bila masuknya awal-awal tahun begini, setiap orang ditanya apa azam mereka untuk tahun tersebut..ada yang menjawab.azamnya mahu mendapat 5A sebagai contoh dan ada pula yang menjawab..azamnya mahu berjaya dalam hidup ..bila diajukan persolan dan perkataan begini saya merujuk kepada perkataan azam=keinginan=harapan...errr..saya bukan pakar bahasa..sila abaikan, tapi azam dan cita2 boleh dikategorikan sama tak?..

Ahhhh..kalau begitu jawapan sebagai saya mahu mendapat 5A dan saya bercita-cita mendapat 5A boleh diguna pakai kedua-duanya kan. Saya berazam untuk ***** dan ***** serta ****** juga*****..ehhh banyak pula azam saya..jika begini rasanya..terpaksalah saya mengkategorikan sebagai keinginan...dek kerana konfius dengan perkataan-perkataan ini maka saya rasa tak payahlah saya mempunyai azam untuk tahun...boleh kan...biar saya simpan azam saya tu dalam hati sebagai keinginan dan saya akan war-warkan bila penghujung tahun 2010 hampir menutup tirai samaada saya berjaya atau tidak...