NuffNANG

Tuesday, February 23, 2010

T***L..

Kau datang kepadaku berlari-lari…tolong…Pagi sebelumnya saya mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Arwah Sudirman berkumandang di radio Sinar FM. Malam tadi En. Director bercerita tentang makhluk ni yang dikatakan telah berada dia kawasan perumahan kami. APA KES??. Saya yang memang dah sedia penakut ni…menambahkan lagi ketakutan saya malam tadi dengan mencampurkan khayalan minda tentang makhluk ni. Akibatnya pagi ini bawah mata saya menjadi lebam akibat kekurangan tidur. Paling saya bimbang adalah tentang 2, 3 keping not merah yang berada dalam wallet (wallet ya..sebab saya guna lelaki punya beg duit tau)saya. Bila En. D ceritakan tentang jiran-jiran disebelah hujung perumahan memberi warning pada dia tentang kehadiran tetamu yang tak diundang itu lantas fikiran cetek saya mulai risau tentang gadget-gadget kesayangan saya.

"err bang ..t***l tu just ambik duit jer ker atau benda-benda lain lagi"..

"duit ajalah..simpan baik-baik duit awak tu.." En. D pun turut warning saya.

Gulp!! Saya menelan angin..ayor liur kering dek ketakutan yang amat. Khayalan minda saya mula merangka-rangka cerita-cerita seram berkaitan makhluk ni. Ada satu cerita yang saya pernah tengok dimana makhluk ni menghisap ibu jari tuannya apabila tidak dipuja dan diberi makan.. arghh takutnya saya.

Walaupun musim panas..saya terpaksa juga berselimut..sungguh penakutkan dan setiap saat saya melihat jam sambil terlentang dan berfikir bila hari akan siang. ..dan bila saya dapat melelapkan mata sekejap tetiba saya terasa badan ditindih sesuatu dan saya menjerit sekuat hati dan hakikatnya memang saya telah menganggu teman sekatil saya…nyata jeritan itu mampu menyedarkan En. D yang tidu membontoti saya.

"Kenapa?"..dia hanya berpaling.

Saya berpeluh-peluh.. takut..sangat takut..

"Abang..boleh jangan tidur jauh dari saya"

"Kenapa?..apasal menjerit pukul 3 pagi ni?

"Ada sesuatu.."..malas saya nak bercerita panjang..

Tidur mengiring..jangan tidur terlentang..arah En. D.. dan sampai la jam 5.30 barulah mata saya mau pejam dek keletihan……..

Friday, February 19, 2010

Oblong Burger

Setiap tahun sejak En. McD memperkenalkan Prosperty Burger ketika CNY..saya adalah orang yang tak ketinggalan untuk menikmati burger ni. Saya suka rasa sos lada hitam yang pekat dan baunya ah...memang saya suka. Tapi tahu sajalah,harganya bukan seringgit dua..campur tax pun dah tentu around 10 ringgit menjadi milik En. Mc D.

Oleh itu saya mencari alternatif lain..iatu burger OBLONG. First time dengar nama ni saya agak pelik..kenapa dipanggil oblong?..ini secara tak langsung mengingatkan saya pada matapelajaran sains disekolah rendah iatu salah satu anatomi dalam otak yang dipanggil MEDULLA OBLONGATA...emm saya rasa memang tak ada kaitan langsung..melainkan ejaan OBLONG itu sahaja.

Korang rasa ada persamaan tak? dari segi rasa burger oblong ni saya dah rasa tapi MEDULLA oblongata tu ishh tak kan lah saya nak rasa pulak kan..hehhe.

Setakat ini burger oblong yang paling sedap dimakan bagi saya hanya di pasar malam Kuantan..memang sedap brader burger tu buat.. sebijik macam yang dijual oleh En. Mc D...daging burger yang panas-panas tu dicelup ke dalam sos lada hitam yang pekat, ditambah dengan hirisan bawang, mayonis dan sos cili memang terangkat.

Setiap kali terjumpa gerai burger yang menjual oblong ni memang saya akan beli. Walaupun harga di area tempat tinggal saya dijual dengan harga RM4-RM4.50 tapi rasa masih belum dapat menandingi burger oblong yang saya makan di Kuantan dengan harga RM3.80...memang puashati.

Thursday, February 11, 2010

Make it this again


For my Indian friends wedding.. sambil tu layan jugaklah 2, 3 pcs ke mulut Sara. Siap dia bagi duit lagi bila saya cakap Sara, ommi tak boleh bagi Sara ngap ni...this cookies kawan ommi order dia bayar..then Sara pergi bilik dia kelaurkan duit dalam 50 cent then dia cakap apa:

Sara pun nak beli jugak..

Tuesday, February 9, 2010

Tumpang sekaki

Setiap tahun tengok untie-untie cina akan berebut-rebut buah ni bila ke pasaraya seperti Giant, Tesco ataupun Econsave. Dalam hati saya memang tertanya-tanya buah apa. Seakan ubi, serupa bawang pun ada iras-iras jugak.


(nga ku @ arrow head yang telah siap dibersihkan)

Akhirnya tahun ini saya beranikan diri yang telah begitu teruja untuk mendapatkan nga ku ini untuk dibuat kerepek. Memang sedap..nak buatnya pun senang. Patutlah bila CNY jer untie or nyonya cina akan berebut-rebut beli ni, almaklum setahun sekali sahaja buah bermusim ini menjelma.
Apalagi tahun ni saya cuba buat, memang sedap, ngalahkan pringles tau!... sebelum habis saya akan beli lagi buat stock. Memang syok mengunyah ni ketika menonton tv,sedar tak sedar licin semangkuk. Lebih sedap juka ditabur sedikit garam dan lada hitam.

Friday, February 5, 2010

Rahsia Hati...siapa yang tahu

Setelah sekian lama drama ini disiarkan di rangkaian televisyen saya hanya berpeluang menontonnya hanya pada last episode. Jangan terkejut sebab telah nyata dari dulu saya memang tak meminati drama ataupun filem Melayu. Bukan saya langsung tidak menonton cerita-cerita melayu …ada..Cuma sedikit..amat sedikit. Drama yang saya pernah tonton seprti Nur Kasih..pun begitu saya masih mengkritik keras endingnya. Langsung tak tragis atau membuatkan saya beralun dibuai rindu untuk menonton sekali lagi..langsung tidak. Berbulan saya menanti ending cerita tu tapi amat mengecewakan. Lain lain drama? Pun ada..dulu..lakonan Ako Mustpha dan Umie Aida..maaf saya lupa tajuk cerita tu…pun pasal cinta..antara kakak dan adik berebut si Ako ni..ending?.oppss, maaf saya langsung tak ingat ending bagaimana. Kalau dikira hanya 1 drama melayu satu tahun sahaja saya tonton.

Bila menonton drama melayu ni saya perlu konsentrasi yang tinggi. Pendengaran yang bagus..sebabnya seringkali drama melayu mempunyai latar muzik yang menganggu butir bicara pelakon…Ya focus yang lebih memang amat perlu.


Ok berbalik pada drama Rahsia Hati ni,hanya sesekali sahaja saya melihat kelibat Aaron Aziz atau Rita Rudaini di kaca televisyen. Kenapa? Ini berlaku bila tercetusnya perang remote anak beranak. Dan kebiasaanya saya akan menang bila waktu itu menunjukkan jam 9 malam (time for Korea..itulah kata-kata si anak dara bila tiba pkul 9). By hook or by crook remote blueblack itu akan jatuh ketangan saya….hehhe. Oleh kerana kelibat pelakon-pelakon glamor tu jarang kelihatan maka saya tak tahu jalan ceritanya bagaimana. Setelah ditayangkan pada January 2009 (info ni saya dapat dari internet..emm tak tahulah saya betul bendul atau tidak) drama sebanyak 40 episode ni dapat saya tonton pada last episode sepenuhnya….tanpa ganguan dari si anak dara yang telah terlentok di sofa mahupun bapak budak yang telah kebetulan dipanggil meeting persatuan cak pong-cak pong beliau secara tiba-tiba.




Wah seronoknya saya menonton walaupun pada final episode. Tanpa mengetahui jalan ceritanya bagaimana saya teresak-esak bilamana watak Aaron rebah dipelamin persandingan antara Arash dan Rita. Dan hari ini saya bertanya jalan ceritanya pada cik google dan makcik youtube..tapi selicin jalan ceritanya saya tak dapat jugak. Ada sesiapa sudi bercerita kepada saya?.

Wednesday, February 3, 2010

Saya mencari

orang ini..Ust. Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob(Qadhi Jajahan Kuala Krai)..memang agak lama saya tak dengar berita tentang dia. Pun begitu saya masih ingat akan wajahnya. Berita terakhir yang saya dengar lebih kurang 20 tahun yang lalu dia menyambungkan pelajarannya ke Syria.. dan setelah saya bertanyakan cik google, saya ketemu nama ini di link ini..http://malqlaloh.blogspot.com. Tapi saya tak pasti adakah ini orangnya yang saya cari-cari..tah kenapa saya teringatkan orang ini. Jika benar ini orangnya.. pasti ibubapanya amat berbangga mempunyai anak sebegini.

Mau saja saya menegur dilink tersebut tapi perasaan takut dan malu mengusai diri..bimbang pelanduk dua serupa atau yang lebih parah saya tiada dalam memori dia walau pun sekelumit.