NuffNANG

Wednesday, March 31, 2010

keraskah keju?

..ya keju akan mengeras jika diletak dibahagian sejuk beku. Si keju mengambil tindakan nekad..untuk memulakan perang dingin dengan si belacan. Kebetulan si belacan dikehendaki bertugas diruang waktu dimana semua orang akan nyenyak tidur. Si keju lagaknya seperti tekad mahu meneruskan niat nurani..(err nurani ker???..sila abaikan).

Sebelum berjoli katak bersama anaknya si cheddar..si keju terlebih dahulu manghantar sms kepada si belacan.
sms si keju: saya ingin minta izin bertemu dengan rakan lama..untuk berjoli katak dan menyidai ditepian tasik.

si keju tersenyum sumbing, harapan agar si belacan membalas sms tersebut dengan ayat begini:
dengan siapa awak nak keluar..kalau dengan lelaki jangan harap.
dan sikeju sudah merancang ayat-ayat power agar si belacan merasa sedikit tergugat.
10 minit menanti..15 minit menanti..si keju sedikit mengalah. nombor si belacan di dial laju..
si keju: hello..awak dah baca sms saya?
si belacan: tak ada. ok...beeeepppppppp...letak..
nada dering sms berbunyi,cepat-cepat sikeju melihat sms tersebut:
nak jumpa kawan...pergilah..

grrrrrrrrrr...BERSAMBUNG

Tuesday, March 30, 2010

antara keju dan belacan

yang mana lagi keras..bila dua-dua diletakkan kedalam fridge.

Hari minggu yang lalu si belacan telah mengajak si keju menemaninya ke kolam pancing dan si keju telah menolak dengan mengatakan:

Apakata kita buat aktiviti kemas rumah, mengantung ayat kursi dan memasang penyidai kain.

Si belacan senyap mengiakan tidak mengeleng pun tidak. Selepas mandi si belacan mengambil drill dan mengantungkan frame ayat tersebut. Si keju tersenyum puas, nampaknya si belacan akur kata-katanya..si keju meneruskan usaha mendobi pakaian sekolah dan kasut anaknya si cheddar.

Sekali lagi si keju tersenyum puas bila si belacan cuba memasang penyidai kain diluar rumah. Namun senyuman kepuasan si keju diringkaskan bertukar menjadi nyayian hiba bila si belacan memberi alasan :

maaf, si drill bermasalah dgn matanya, tiada yang bersesuaian.

..dan yang lebih menghibakan si keju bilamana si belacan mengatakan dia akan keluar ingin membontoti temannya Si Malaun ke kolam pancing.

Si keju cuba menghalang, jom kita bawa si cheddar jalan-jalan. Bolehlah kita menghabiskan masa yang terhad ini sekeluarga.

Apa yang si keju harapkan adalah kata-kata " ok..i follow u" dari mulut si belacan rupanya tidak sebaliknya si belacan mengatakan.

" saya tetap mahu ke kolam, bosan menghabiskan waktu dengan awak dan cheddar"..
sayu betul hati si keju, hancur luluh harapan.. ya.. si belacan telah berubah...dia bukan lagi si belacan yang dikenali si keju 10 tahun lalu.

Si keju menghantar pemergian si belacan dengan linangan airmata...dan si belacan tidak menoleh sedikit pun meninggalkan kepulan asap nipis berserta pintu pagar yang tidak dikunci.

"oh..kenapa ibuku menanggis"pertanyaan si cheddar mematikan kehibaan si keju.
"oh anakku..bersiaplah..kita akan cuba berjoli katak berdua,menghasbikan duit yang sedikit ini...sambil itu si keju cuba mencari idea bagaimana mahu mengajar si belacan yang bersikap degil, pentingkan diri sendiri dan banyak lagi...BERSAMBUNG.

Monday, March 29, 2010

Tips Uruskan Party Hari Lahir untuk kanak2-Part 2

Bila buat birtday party surelah makanan akan menjadi titik tumpunya. Senaraikan apa makanan yang sesuai dengan waktu party tu berlangsung.. petang ker..malam ker or subuh2 hari,hhee.
Antara menu yang senang dan boleh anda praktikkan adalah seperti berikut.
Set 1
-Nasi lemak (anytime boleh kan!..kids pun suka)
-Nuget(tak payahlah beli tempura..tp kalau ada budget apa salahnya..lagi best lagi cepat habis
-sosej mini
-mini donut..(gentel jer bulat2..hhehe)
-karipap (buatlah 2 ker 3 hari sebelumnya..simpan kat fridge on the day..just fry jer)
-Aiskrim potong-beli awal2 dan bekukan kat fridge.
-kek tu menu wajiblah kan..kalau tak bukan birtday party la..emm mungkin boleh tukar dengan pulut kuning maybe???jadilah adengan potong pulut !!
-air oren
-tembikai

Set 2.
-Mee hoon goreng (nak lagi nmpk byak jenis you can make to different type of fried meehooon)
-Nuget..mestilah kan.macam lauk gak
-Fries or sosej
-Aiskirim batang.(buat la sendiri perisa macam-macam..1 day awal)
-puding
-mini cupcakes(tempahlah dari jiran-jiran anda yang tahu membuatny..mungkin ada discount)
-sandwich
-buah oren..biasa budak2 suka ni
-sirap oren/sarsi

menu diatas tu sekadar idea jer..mungkin anda ada ide menarik..boleh la kita kongsi disini. Sesuaikan juga menu makanan anda para jemputan ..kalau tetamu and lebih kepada kanak-kanak janganlah pulak masak makanan yang pedas-pedas..yang pasti biarlah makanan anda menarik kanak-kanak untuk makan.
Tips seterusnya: Goodies bag.

Tips Uruskan Party Hari Lahir untuk kanak2-Part 1

Aha..tetiba saya rasa nak buat N3 ni,teruja nak anjurkan party ker apa atau nak hilangkan rasa sedih saya pun mungkin. Eh sayakan amat sinonim pasal makan. Sejak anak dara umur 1 tahun saya tak pernah pula buat birtday party untuk dia. Selalunya bila birthday dia pun saya just buat prepare goodies bag about 50 pcs dan suh cikgu tadika dia distribu sambil bagi 1 biji kek. Emmm itupun sekali jer yang dikira agak complete waktu dia umur 3 tahun rasanya. Tahun berikutnya bagi jer sebiji kek pandai-pandailah cikgu dia agihkan. Nampak kejam kan. Tahun ni saya tak pasti akan buat untuk dia atau tidak...tengok budget ..tu yang penting. So tips saya nak bagi ni mungkin anda boleh praktikkan untuk save budget..

1. Perancangan
Seeloknya rancang terlebih awal..sebulan sebelum party. Ini akan menentukan budget anda juga. Buat sedikit-dikit persiapan. Kalau anda ada budget yang banyak bolehlah terus ke A&W, KFC ataupun McD..senang cerita. Ok saya tak mahu kongsi cara yang senang dan memerlukan budget yang banyak. Sebelum tu kenali sasaran siapa yang anda nak invite untuk meriahkan party tu.. kawan anda berserta anaknya, jiran terdekat,kawan satu sekolah anak anda..so senang cerita buatlah guest list.
Bagi memeriahkan party tahun ini apakata anda buat sedikit kelainan(ingatan untuk diri sendiri..hhehe).
-beli beberapa kertas kadbod(guna yang kalerful kasi meriah..tulis huruf abjad HAPPY BIRTHDAY-gunting satu persatu. kemudian gunakan kreativiti anda mencantumkan huruf2 tersebut. Bila tiba harinya nanti boleh gantungkan atau lekat kat dinding..cebisan kertas yang digunting..jangan buang..boleh cantumkan menjadi dekorasi bersama belon-belon.. jimat duit kan!. anggaran sekeping kadbod tu dalam RM1. jer. (gambar nnt saya upoload)
-buat topi -topi kecil dari kertas manila.. kanak-kanak pasti suka.
-goodies bag tak perlu yang bercorak bagai tu..beli clear paper bag yang selalu buat tapau lauk tu..just beli ribbon untuk tiekan dia. Anggaran dua bahan ini RM6.00.
-belon of course anda kena beli la..mana boleh buat sendiri kan..kecuali anda punya factory untuk belon. (tp kalau nak jimat..setiap occasion yang anda hadiri ambil belon yang digantung kempiskan anginnya dan simpan...paling senang bila ke supermarket..ish...hhehe.idea ni memang melampaukan!!). Oh sebelum itu cubalah sesuaikan kreativity anda dengan tema.
-buat selection lagu-lagu yang best yang boleh diputarkan semasa birthday party tu..savekan put dalam datu folder dan biarkan cik lappy anda menajalankan kerja DJ nya pada hari tersebut..

Jangan tunggu saat akhir untuk buat benda tu..nanti lain yang dirancang lain pulak ceritanya.

Jika saya bersedih

...jika saya sangat bersedih..saya akan menulis blog ini tapi luahan saya tak dipublishkan.Saya taip beribu-ribu patah perkataan sehinggalah ketitik akhir dan dengan rasa menyesal saya akan save as draft. Tak tahu bila saya akan publishkan. Sehinggalah semua cerita sedih luahan saya tu jadi basi dan saya akan tekan butang delete dan tanpa ragu-ragu..saya tekan lagi butang YES.

Walau pun jelas-jelas blog saya ini adalah tempat nak luahkan rasa hati saya tapi tak sanggup pulak saya nak publishkan rasa sedih+kecewa+hiba saya pada umum. Saya cuma paparkan rasa gembira,kelakar yang dibuat-buat dan entah apa jua lagi perasaan tapi tak melibatkan rasa emosi sedih yang mendalam.

Kenapa ya!..kenapa saya tak sanggup berkongsi dengan umum?..terlalu personal barangkali dan seolah membuka pekung didada wallahuallam. Cuma klunya disini 2 kemungkinan saja jika saya jarang mengupdate blog..saya terlalu busy ataupun saya terlalu sedih sangat...

Thursday, March 25, 2010

harus apa yang perlu saya buat?

Semalam sewaktu makan malam dengan sianak dara. Saya cuba mengorek apa yang berlaku siang harinya sewaktu disekolah. Ikuti perbualan berikut..


Saya: meh la sini kakak, cerita le apa yang berlaku kat kakak hari ni.


Sambil tu kami dua beranak sibuk menyuap nasi ambang yang ditambah perisa budu.. sedap I tell you.


Anak dara: ada orang kata nak cium Sara..cuba omi teka..siapa..lelaki ker pompuan.


Suapan saya terhenti, terlintas di fikiran tentang satu N3 Cik MIO

Saya: err kawan Sara..pompuan kot

Sara: emm...omi salah..yang sebenarnya lelaki. Ada ke patut dia cakap nak cium Sara. Sara pun tak tahu kenapa dia suka sangat kat Sara.


Saya: siapa..cakap ngan dia...tak baik cium-cium..Sara ngan dia haram cium.


 


 

(terdetik jugak patutker saya menggunakan pendekatan era 80 an dulu..mcm cik mio cakap.. kalau cium atau tidur sebelah lelaki boleh mengandung..ish segan pulak untuk saya mengatakan demikian, nanti Si Sara akan mengelaurkan soalan-soalan cepuemas yang lain yang boleh menyebabkan saya mati kutu untuk menjawabnya. Almaklum peranan telekomunikasi sekarang ni memang melampaui keterbatasan normal. Budak sekarang pun dah tak heran kalau tengok adengan bercium. Tiba jer hari valentine semua iklan tv sibuk dok paparkan adengan bercumbu.


 


 

Sara: Sara bagitahu omi siapa nama budak tu tapi omi jangan bagitahu sesiapa ya.. tak boleh kasi tahu mama, abah atau mak Balqis tau.

Saya: ok..omi tak bagitahu sesiapa..now tell omi siapa nama budak tu..satu sekolah agama dengan Sara ker?


 


 

Sara: ala nama dia Ambro (spelling yang betul saya tak pasti..ini yang saya dengar dari mulut Sara k).


 


 

Saya: siapa tu?


 


Sara: emm omi tak ingat ker..dia la yang bagi Sara cincin dan gelang tangan hari tu.


 



Saya mengangguk-nganguk....harus apa patut saya buat?. Budak sekarang makin advance sangat la.


 

Thursday, March 18, 2010

Apa guna hidup bersama..

Jika sudah tidak serasi. Kita bukan lagi pasangan sejoli.Sedih sungguh untuk saya akui bahawa hidup kami dah tak serasi lagi..dah tak seperti dulu lagi. Jika dulu ketika mata diserang dek mengantuk dialah pengubatnya. Jika ingin berjaga malam dialah yang saya cari, tika tiada apa bekal yang saya bawa dialah pelapis perut saya sehingga jam 12.30 tengahari. Namun sekarang saya merasa jauh ditinggalkan. Terasa diri sendirian. Seteguk dua teguk langsung tak menjadi, habis satu mug pun saya masih lemah dan tak bertenaga. Masih mengantuk. Dia bukan lagi "one now one Nescafe" nampaknya saya terpaksa mencari pasangan yang lain yang mampu menyegarkan mata saya sepanjang hari. Maaf encik Nescafe, awak tak mampu lagi menjadi penawar rasa mengantuk saya saat ini. Mungkin kah saya akan beralih arah kepada cik kacip Fatimah coffee pulak nanti.

Monday, March 15, 2010

Berbaloi-baloi

Nampaknya cantuman nescafe dan krimer seberapa pekat pun tak dapat menyegarkan mata saya hari ni. Badan masih terasa sengal-sengal dek bersukaneka. Setelah berpuloh tahun tidak menyertai sebarang aktiviti sukan..(heheh...tetiba rasa diri cam atlet pulak)semalam saya turun padang mengalahkan ratu sukan besukaneka. Letih tak dapat dibayangkan...tapi rasa seronok mungkin sebab dapat menjerit sekuat hati. Cheerup gila-gila,sampai hari ini saya telah merampas kedudukkan Ella sebagai ratu serak-serak basah.

Berhempas pulas kaum-kaum ibu pasukan saya memandangkan kaum bapa agak lemah staminanya..psst!!! apa ni setiap game yang kaum bapa masuk sure nombor corot jer. Mau tak mau dengan berbekal-bekalkan sandwich dan kuih-muih jer kami mak-mak budak ni pun terpaksa kuatkan semangat untuk merampas kududukkan dari yang terakhir kepada naib..

Dari niat tak mahu menyertai mana-mana acara dan mahu menjadi penonton kerana menjaga cik mek awatif saya ligat kesana-kesini pulak. Biasanya kalau ada apa-apa aktiviti sayalah orang yang sibuk pegang camera sana-sini tapi semalam saya memang rasa sangat bebas..dan habis acara sukan saya diserang dek mengantuk dan letih sehinggalah hari ni..tapi berbaloi-baloi jugaklah sebab pasukan dapat mengondol beberapa kategori pertandingan..

Friday, March 12, 2010

Good Taglines

Rata-rata masyarakat kita sekarang bertagline. Apa yang dikatakan dengan tagline?. Aduh berat kepala mahu memikirkan apa tagline yang bersesuaian agar-agar boleh diingati sepanjang zaman. Jika dulu tagline hanya dipelopori oleh jenis-jenis barangan sahaja. Contoh terdekat yang dapat diambil ialah jenama kereta HONDA..taglinenya ialah The Power of Dream dan yang sering kita dengar akhir-akhir ini ialah CELCOM..berbaloi-baloi. Kekuatan tagline mampu meningkatkan strategy pemasaran.

Melalui tagline jugaklah ianya dapat mengambarkan kenikmatan/keghairahan tentang sesuatu. Ada yang menggunakan tagline untuk menyatakan tentang kehebatan diri..contohnya Mawi..secara tak sengaja dia telah menggunakan perkataan WORLD. Merujuk kamus, WORLD bermaksud DUNIA. Eh apa kaitannya dunia dengan Mawi. Namun secara tak langsung masyarakat memahami bahawa WORLD yang dimaksudkan adalah masyhur serata dunia, dan bukan setakat itu jugak WORLD mungkin jugak bermaksud penaklukan , glamour, terkenal dan macam-macam lagilah tafsiran yang dibuat logik akal. Tapi banyak jugak tagline yang mengelikan hati dek artis-artis AF mahupun artis-artis lama.Siapa yang memulakan dulu perihal tagline ni malas saya nak godek. Kenalah korang selongkar sendiri. Stacy AF misalnya tagline dia.."terlebih sudah".. apa yang terlebih saya pun tak pasti..lebih dek suara yang lantang atau terlebih gigi taringnya saya tak tahu. Mungkin peminat-peminat beliau ada pemahaman sendiri la kot. Tagline yang gedik pula saya bagi kepada kakak Cik Siti kita..(oppss saya terlupa apa namanya) tapi tagline dia yang saya ingat.."ok la tu"..sila sebut sambil gerakkan bahu dan tangan...hehe. Yang terbaru pastilah dari Program Raja lawak tu.."pon....pon"...oleh Abang Kassim dan .."Asssal dari kampung" dari kumpulan kechik sepatutnya kumpulan ni diberi gelaran PENDEK2 TAGAP . ishh ke situ pulak..i'm sorrry...hhehe.

Apa pun jua pilihla tagline yang sepatutnya agar bersusaian dengan sahsiah diri, barangan mahupun servis yang ditawarkan. Jangan sampai ada yang mendouble meaningkan atgline kita tu kepada hal-hal yang tak sepatutnya. Bagi saya tagline tak ubah seperti label, cogankata, slogan, moto dan apa sahaja yang mempunyai maksud yang sama..pendek kata .."macam-macam ada".. emm..apa pulak tagline anda?

Monday, March 8, 2010

Death by chocolate

Saya telah kepeningan dan mahu termuntah-muntah rasanya.Ini kerana penangan cheese cake chocolate yang dihantar dek jiran sebelah semalam. Saya akui saya dan coklat bukanlah teman tapi mesra seperti coffee dan creamer. Saya benar-benar merana hari ini bila menghabiskan sepotong cheese cake chocolate.Tiada yang memaksa saya tapi dek rasa cheese yang lemak merdu tu saya ingin mencuba jugak. Saya memang ingin sangat bercinta dengan chocolate tapi malangnya saya tetap kecewa.

Setiap kali cuba bermesra dengan chocolate, saya tumbang, saya hanya mampu memakai pakaian yang berwarna coklat dan memasak biskut dan kek chocolate sajalah adanya. Bahkan menelan seteguk milo panas pun mampu membuatkan saya kepeningan dari pagi hingga ke petang,,, aghrrrhhh!!!! Saya benar-benar sedang merana.