NuffNANG

Thursday, April 29, 2010

Umpama mencurah

air kedaun keladi.. ya air yang banyak dan dengan laju tak bertakung la..cuba curah air secara perlahan dan sedikit demi sedikit..lekat jugak kan! mungkin inilah pendekatan yang harus saya cuba buat si anak..

Dek keterujaan ...

nak makan puding triffle, saya telah memberanikan diri membuat percubaan pertama dan mempamerkan hasil jari ketot lagi buat kenduri dirumah kakak saya. sila layan gambar yang hanya nampak cebisan sahaja ni:


Silalah jamu mata..

Wednesday, April 28, 2010

Saya telah lalai

Hati panas membara bilamana dapat tahu si anak mendapat ranking paling teruk dalam kelas..terdahulu sebelum itu saya dihujani dengan pelbagai aduan tentang sianak yang tidak membuat kerja sekolah,sering tidak membawa buku dan memang rasanya cukup memalukan diri saya sebagai seorang ibu.

Bersemuka dengan si anak yang telah menerima beberapa cubitan merah dipangkal pehanya menginsafi diri saya yang saya pasti memang telah lalai dalam mendisiplin diri saya dan anak.

Memang saya tak sangka sianak yang berumur 8 tahun itu petah sungguh berkata-kata ..seolah dia berada di tingkatan satu layaknya. Kalaulah saat itu saya sempat merekodkan apa yang sianak ucapkan..pasti kalian juga bisa menanggis mendengarnya..

Monday, April 19, 2010

I dont want to be rude...

eceh berbahasa Inggeris pula kali ni saya ya. Teruskan membaca sebab tajuk jer bahasa omputeh tapi huraian N3 bahasa melayu..sebabnya..saya memang tak pandai mengarang bahasa omputeh tu..gagal.

Ok lupakan cerita pasal bahasa omputeh tu ..hari ni saya menerima panggilan telefon ke telefon bimbit saya..from Cik Citibank. Thought that was a call about late payment so saya layan la pada mulanya..but jangkaan saya salah rupanya panggilan untuk ladies insuran..si pemanggil dengan slang I**ia nya terus baca protokol insuran tu tanpa sempat saya katakan Sorry I'm not interested...sampai helaian 5..saya cuba memberhentikan perbualan tu.
"miss..(saya ulang 4 kali tau)..I dah ada insuran k..so I tak minat dah..(tp ayat sebenar saya cakap bahasa omputeh la..nak tulis kat sini malu..ekekke)..
"why??.you know what Madam..we.....bla..bla(sampai la page 7 kot)..so saya dah tak boleh tahan then said.
"Miss. you listen to me(agak kasar suara saya..kalau tak bukannya dia nak dengar..asyik gak nak baca skrip dia tu), I don't want to be rude to you..I have to stop this conversation as I'm not interested for any insurance that you want to offer me.

Dia terus letak phone tu without say anything. Saya boleh kategorinya bacaannya pada skrip tu sebagai keretapi..laju.. tak boleh nak stop sewenangnya...mungkin sedikit kurang ajar dari saya sampai dia tersentap terus letak phone.

Kot ya nak terangkan atau jelaskan pasal insuran pun janganlah laju sangat.nasib baik mood saya agak tak keterlaluan hari ni..kalau tak saya letak loud speaker then pergi buat kerja lain..then dah abis dia cakap..saya akan cakap:miss can't you please explain me again...

Apa menu breakfast anda?

Boring la asyik-asyik makan nasi lemak bungkus setiap pagi..tapi nak buat camaner itulah menu yang cepat dan senang..singgah, bayar ,blah dan sampai opis makan. Tapi dalam masa yang sama saya perlu juga menyediakan menu pagi untuk anak dara. Kalau tak belum sampai pukul 10 dia dah lapar. Masa umur 5 atau 6 tahun dulu nursery aka tempat sekolah dia ada sediakan breakfast so tak adalah saya kelam kabut nak sediakan sarapan untuk cik mek tu. Sepecut mana pagi-pagi sekarang pun saya kena buat sarapan untuk cik mek. Secawan susu suam dan 2 ketul nuget dah memadai bagi dia. Cukuplah buat alas perut sampai rehat jam 10.00. Kadang-kadang saya buat scramble 1 biji jer..orait cik mek tak ada masalaah cuma sebelum prepare nak kena tanya dulu apa dia nak makan. Kalau tak dia makan sikit dan memazir saja. Saya suka brekfast yang ringkas aja. Kalau beli nasi lemak RM1 tu pun saya tak habis makan rasa tak berbaloi beli..mahu saja mintak beli dengan rega 50 cent tapi kat KL@selangor ni mana ada org jual nasi lemak rega 50 cent...ekeke. Nak buat sendiri rasa tak berbaloi.

Setakat ni saya suka sediakan sarapan seperti berikut
1. Roti=sapu planta dan jem strwaberry@kaya celup telur dan letak minyak sikit then bakar atas pan.
2. Nuget dan fries.
3. Roti=pukul telur dan letak garam serta potong sosej kemudian panaskan pan curahkan adunan dan tekap roti atas tu ..boleh makan letak sos cili atau mayonis.
4. Mee hoon=goreng dengan kicap dan telur..(chinese stall sytle)
5. Roti lagi=letak cheese keping buat ala sandwich, celupn telur dan goreng atas pan.
6. Karipap @ donut segera =buat mlm..pagi goreng.

ish asyik-asyik roti jer..anda ada menu yang boleh dikongsi tak. Ringkas senang dan mudah. Tak kisahlah roti juga pun, mungkin penyediaannya berlainan..jom kongsi...kuih muih beli tak mai ya..

Friday, April 16, 2010

Dia follow saya ker?


Dia menunjukkan sedikit minat yang sama dengan saya..tapi tak tahulah sampai bila??

Karipap Inti Sedap

bila mood rajin tahap gaban..mulalah saya nak masak macam-macam. Tambahan pula En. D kerja night shift minggu ni. So tak payah la saya sibuk-sibuk masak nasi pelbagai. Dah lama nak makan karipap besar ni. Dua hari berturut-turut saya bedal karipap ni buat sarapan..memang sangat kenyang. Jiran sebelah kanan adalah lebih beruntung sebab pintu rumahnya selalu terbuka so bahagiannya selalu ada..dan maksudnya dia adalah food tester saya yang baru. Silalah layan karipap besar yang dipanggil karipap initi sedp ni..
Inti: Kentang, isi ayam dan telur rebus (sumber myresipi)

Wednesday, April 14, 2010

Dilema Nusantara

Berkesempatan bertemu seoarang rakan lama seamalam membuatkan mata saya hari ini bengkak..garis kembang bawah mata..bukan sebab kisah-kisah silam mahupun perkembangan terkini yang kami gosipkan membuatkan saya tak lena tidur malam. Dia, teman lama saya semasa di UiTM dulu. Banyak yang kami ceritakan dalam tempoh 1 jam setengah tu...dari si anu tu..gitu-gini..si melah ni gitu gini..saya ni gini gitu gini, dia pun gitu-gitu..ehehehe...tapi satu soalan dia yang membuatkan saya berfikir dari semalam hingga saat ini bilamana dia bertanya..adakah saya masih mmebuat artwork?...ARTWORK!!!..ah dah hampir 11tahun saya tak buat artwork..jari-jari kentot(pinjam kata Cik MIO) saya ni pun dah gagal untuk melakar sebarang hasil seni.. langsung!!

Paling terkini saya menggunakan khidmat jari kentot adalah untuk melepa kek!!..ahha..masa tu memang terasa khidmat jari kentot amat berharga meskipun kek tu tak ada lawanya pun...pada pandangan mata saya sendiri pun memang nampak sangat semememehnya.. kalau saya sendiri dah kutuk hasil khidmat jari kentot apatah lagi en.suami..tapi pada hari penghasilan kek tu en.suami baru berbaik-baik dengan saya jadi alkisahnya tiada sebarang komen negatif atau positif yang lahir dari mulutnya.Susah nak menduga..mungkin dia nak kutuk tapi memandangkan sesi berdamai baru berlangsung agaknya dia pendamkan saja kot...biarlah dia dengan labunya..hehe.

Oh berbalik kepada kisah artwork tadi..semestinya orang berjiwa seni macam saya (..pstt..KONON)akan merasa sesalan yang amat sebab dah lama menyepikan diri dari bidang sebenar..nak pula bila mendengar macam-macam bisnes seni kengkawan buat..disitu juga hati bagai meronta-ronta ..nak buat juga. Lalu status berkhayal dibawa dari siang ke malam, siang balik sehingga saat ini..otak yang dah sedikit tepu ini cuba menongkah arus..seni apa yang harus saya buat...adakah bermula sebagai hobi yang saya harus ketengahkan... tapi saya ni hobi terlalu banyak.. dari mengambil gambar,memasak, berkebun, menjahit pun ada..so..mana yang lebih ni??tak kan semua saya nak buat?..patutlah en.suami cakap..susah orang banyak hobi ni...

Tapi ada sesuatu yang kawan saya katakan menarik perhatian saya..dan relate dengan hidup saya serta kreativiti tgn kentot ni...apa agaknya Catan Naif mampu membuat saya COMEBACK dalam bidang ini..emm..tunggulah hasilnya..fikir-fikir..hehe..boleh ke orang macam saya ni buat COMEBACK!!..ceh..ingat kan artis jer boleh buat COMEBACK...

Psst: pun saya masih keliru..antara KENTOT @ KETOT..ekkeke..dalam N3 ni..misteri kan!!

Wednesday, April 7, 2010

Amacam ok tak?



Ini percubaan pertama kali dalam hidup saya bermain dengan buttercream icing. Teringin sangat nak applykan kat kek... rasa icing memang sangat ok. Kek ini kakak ipar saya yang request untuk dua permata hatinya a.k.a my anak saudara. Jenuh saya nak melepa kek ini dengan tools yang memang terhad. Saya hanya gunakan pisau biasa dan pemotong agar-agar sahaja. Tak ada spatula, tak ada kek stand..tulisan pun just guna normal plastik beg biasa jer..noozle yang betul pun tak ada. Dulu saya pernah beli satu set tapi dek pindah randah jer dah hilang entah kemana.

Saya buat kek coklat biasa tapi saya lapiskan dengan pisang dan cream. Perjalanan yang jauh buat kek yang sepatutnya dingin beku ni mencair..bukan icingnya tapi pisang dan filing cream tu...memang best makan bila ianya agak sejuk sikit...apa pun saya tak patah semangat nak buat kek dengan icing lagi. Saya nak cuba applykan pada cupcake pulak...

psst: jgn kutuk lebih2 tau..walaupun deco amat tidak rupawan tapi teruja gila nak pamerkan hasil seni kerastangan saya ni..

Thursday, April 1, 2010

Airmata keju hampir menitis

menghabiskan 4 hari tanpa si belacan kadang-kadang buat keju tak keruan. 4 hari??? tanpa sms, tanpa phone kol dan tidak bertemu mata, keju akui dalam tempoh itu seringkali dia ingin mencairkan dirinya dari ruang sejuk beku. Malah setiap saat pintu fridge itu dibuka tutup...namun tiada sms yang diterima. Ya..ruang waktu kali ini mungkin bertepatan untuk si keju cuba mengajar si belacan cara komunikasi yang betul...belum pernah si keju mendinginkan dirinya begitu lama.. 4 hari masih dikira terlalu awal mungkin. Namun persoalan ragu-ragu juga bermain difikiran keju..
1. adakah si belacan akan melutut dahulu?
2. adakah si belacan akan merasa sesal dengan tindakannya
3. adakah tindakan mendinginkan diri sikeju diambil peduli oleh si belacan?
4.Selama mana sikeju dapat bertahan?

Sejak berdampingan dgn belacan tak pernah keju cuba menjadi sedingin ini..mampukah dia???