NuffNANG

Wednesday, January 9, 2013

Apa nak buat bila terkena minyak panas

p/s: Ini untuk ingatan aku jua adanya. Malam semakin larut namun sebab tak terasa mengantuk sangat, aku bingkas bangun dari tempat pembaringan. Si Apek nenen dah ketiduran selepas membuat gigitan ngilu.. aku cepat-cepat ke dapur..geledah peti ais jumpa sepotong nenas yang aku cadang nak buat sweat sour ikan pancingan en.suami. ..oh ini sudah bagus boleh la berikan jenahak sweat sour gitu untuk tinggal pada en.suami dan anak dara. Namun hampeh bila ikan yang beratnya 1.5 kg masih belum dipotong.. tak kan nak masak seekor tu kan..yang nak makan cuma 3 mulut je…jengok balik fridge telur byk lagi..time tu gak la terfikir nak buat telur mata sweat sour…siap cuci pinggan mangkuk terus la mengoreng ..tah kenapa masa nak terbalik kan telur tu tetiba silap skill dan apalagi aku rasa dekat ¼ cawan minyak panas tercurah atas kaki..memula tak ada la rasa apa.. dalam 2 saat gitu rasa pijau gila..mahunya..minyak tengah panas..rasa nak menangis pun ada..aku call en.suami..minta bantuan, sib baik dia ada safety guide..terus ikut arahan pergi letak kaki bawah air yang mengalir selama 15 minit..aku dah nak cemas gila..habis la kaki aku kali ni..sure esok mc dah la..make sure 15 minit..ya puan-puan..jangan direndam pulak..itu pesan en.suami la..aku siap tgk jam lagi..aku lebihkan seminit..hehh…masa nak tidur kesan pijau masih terasa..nasib baik en.suami dah pesan suruh aku balut kaki guna kain basah. Masa tidur aku dok imagine je cmner la rupa kaki aku esok..mesti merah tempat kena minyak tu.. Tapi Alhamdulillah..aku mcm tak percaya..esoknya..tak ada apa yang tak kena dengan kaki aku..ok jer…seolah kejadian tu x berlaku jer..eh..mimpi ke aku..pergi ke dapur tgk..dah siap dah menu telur sweat sour tu..