NuffNANG

Monday, March 11, 2013

Ibu bekerjaya-Bahagian Satu (bukan Upin Ipin punya story ok)

macam aku ni amat sukar nak mengatur waktu. Err maksud aku bukan semua orang la..hanya aku..aku ulang..hanya AKU...AKU..ok..bukan OKU. Aku ni jenis yang berapa pandai nak bahagi masa. Mempunyai suami yang bekerja shift bergilir-gilir selang seminggu mengkucar-kacirkan perjalanan hidup aku. Bila keadaan ini berlaku secara tak langsung bila dijalan raya..aku menjadi pembuli jalanraya..menjadi pelumba taraf antarabangsa..merempit setiap masa.. kekdahnya??aku nak jadi perfect..dalam semua hal..Kadang-kadang aku sangat kasihan pada diri aku sendiri..balik rumah time kerja kalau di opis ni..pukul 5.30 ptg..memang aku la orang pertama yang punch keluar..kalau lambat 10 minit jadinya lambatla aku sampai ke nursery Asyraf. Bila lambat ambik nanti kena lah charge extra..dan aku ni jenis pantang bila kena charge extra so setiap minit bagi aku amatlah berharga..mulai bulan Mac ni..Sara tak lagi mengaji quran kat rumah orang..sebabnya aku tak puashati tahap tajwid dia..bayangkan sejak mengaji quran baru beberapa bulan je..aku tengok dah 1/4 quran tu habis baca..tapi tahap tajwidnya..tahap kelancarannya..memang agak hampeh. Boleh dikatakan mengaji balik muka surat jer la..bila aku tanya ustazah tak ajar ke tajwidnya..idghamnya..panjang pendek bacanya..jawabya setaip kali pergi mengaji sampai je ustazah suruh baca 1 muka surat..then balik..esoknya..mula dengan muka surat baru..ohh...oh..memang pantang aku la jenis mengaji balik camni.

Aku hantar dia mengaji bukan sebab aku tak mahu reti ngajar..sebabnya setiap kali mengaji quran dengan aku bila di tegur aja mengamuk..siap marah aku lagi..arghh susahnya. Tapi bulan ni aku tekad mengamuk ker..menangis ke..nak cakap aku dera dia ke..lantakla.. pantang jenis qariah macam aku ni kalau bacanya tak betul. So nak mentarbiyahkan dia agar rajin nak baca quran aku dan ikut selera dia dan kebetulan jugak jiran aku nak hantar anak dia ketempat yang sama Sara mengaji sebelum ni maka aku offerkan untuk ajar dia orang sekali...aku tak ambik bayaran pun janji diarang boleh temankan anak aku mengaji tu dah kira ok. Jadi secara tak rasminya aku dilantik jadi ustazah quran anak-anak jiran sekali..dek kerana dah agak tumpul pasal nak ajar tajwid yang betul dekat dia orang ni maka aku pun asahlah otak aku sekali..sapa yang nak ajar anak secara basic tajwid boleh refer kat link SINI.

Aku pun heran macam mana dulu-dulu mak ayah aku ajar quran pada kami adik beradik dengan mudah..Aku tak nafikan aku pun dulu menangis sakan juga bila mengaji dengan ayah terutamnya..so nak elak mengaji dengan ayah bila dia balik dari mengajar di sekolah..bila tahu waktu dzohor aja cepat-cepat solat dan minta mak yang ajar..so bila ayah balik..aku akan cakap..dah mengaji dah ayah..fuh selamat..mengaji dengan mak tak perlu menangis dan kena rotan bila salah baca..mak tegur dengan baik..kalau dengan ayah tak kena rotan pun terus jadi sebak bila kena tegur , mungkin ada penegasan dalam tegurannya . Dalam sehari mengaji quran kena 2 kali tak kiralah hari minggu ke atau hari bekerja. Bila time mak period..mahu-tak mahu memang kena mengaji dengan ayahla jawabnya...

dah panjang sangat kau bebel..dah time lunch..esok aku sambung lagi bebel.