NuffNANG

Thursday, December 11, 2008

Its Wonderful day for me !!!

Hari ni cuti, kat Saujana Utama ni cuaca pagi ni baik sekali..bagi aku la..matahari menyinar dengan gemilang, suasana cool jer..yeah ni la masanya nak bukak kedai dobi..apalagi from 7 a.m aku mula basuh baju, sidai


dan sambil tu tolong my bf potong rumput..ya its wonderful day..before that masa tengah cuci baju tu aku cuba buat muffin coklat chips...1st time buat tak berapa menjadi sangat..anyhow aku nak gak upload gambar muffin ni...tapi my bf and daughter makan memang bedal habis la..Nak tau why aku call wonderful day..
1. Sebab aku boleh bangun tido dengan aman-lepas subuh tido balik...bangun kul 7 pagi..tak yah nak rushing for anyone breakfast (my bf pun x kisah sgt-syoknya hari ni).
2. Boleh buat kerja rumah, kemas rumah basuh baju-
3. boleh lepak kat taman yang sekangkang kera ni, boleh re-arrange pasu sana-sini
4. boleh masak lunch for hubby
5. yang penting sekali -I have time for my self today..

Wednesday, December 3, 2008

My boyfriend demam lagi

emm hari ni dah masuk 3 hari boyfriend aku demam, sian pun ada padan muka pun ada..ish tak baik kan..dia kata demamnya tu kes pakai gelang besi(bagi aku la walaupun orang lain panggil gelang magnet) yang dia beli dari kawannya..3 hari demam??? ya dia demam. suhu badannya dah cecah 36 darjah celcius..memang panas sangat badannya..kalo rajin hari ni aku nak masak sup sayur untuk dia..bagi ok sikit..prihatin jugak aku kan, walaupun masa aku demam last 2 week mintak dia belikan sup dia buat donno jer..ingatkan nak balas dendam gak tapi rasa kasihan tu dah mengatasi rasa dendam lak..
Well ingat tak entry semalam..pasal KEJUTAN..ya..kejutan bilamana balik jer dari opis mertua dah ada kat rumah..supriseeeeeee..huhuhuh.. rumah agak bersepah..malunya..my bf punya adik beradik pun ada gak..so apalagi dalam kepenatan balik kerja tu trus la layan masak..masak apa yang ada jer luckly masa on the way back singah beli udang basah dan ikan.. so ada la lauk skit..bedal jer la..actually aku pun kelaparan gak memandangkan aku tak take lunch ..so ikut membedal sama la..itu la alkisahnya..why apa yang aku cadang nak buat tak terlaksana dan bertukar menjai kejutan..poyo jer..kuasa Allah..kita yang merancang Allah yang menentukan. Pagi ni tinggal dia orang kat rumah layan diri la nampaknya..sib baik mother in law aku ni jenis sporting..aku memang respek dia la..walaupun rasa bersalah gak tinggalkan tamu tanpa sediakan apa2 juadah pagi ni..harap diorang tak serik datang rumah aku dah la.

Tuesday, December 2, 2008

Cadangan yang bertukar menjadi Kejutan!!!

Cadang memang ngadap tenet malam ni..dah beberapa hari tak upload anything, banyak yang dok berkerawang dalam benak ni yang nak aku paparkan kat sini..
1. Cadang nak ngadap tenet aka menulis blog ni banyak 2 dan upload photo sekali
2. Cadang nak balik awal..huhuh semalam dh lah balik lambat..ni pasal meeting belah petang la ni..tempat tu jauh sangat..ulu banat.. nak tak nak terpaksa pergi dan baliknya lambat la..actually aku nak balik awal pun sebab myman tu demam..dan yang jaganya Sara..(banyak story ni while I'm not around..setakat ni dah jumpa 2 story aka mistake yang dua orang ni buat during I'm not at home).
3. Cadang nak basuh baju-a lot's since that last week-tak banyak basuh baju ..letih yang telah melampaui tahap gaban...so a mountain of cloth yang tak cuci mengatasi yang nak dilipat?? camner ni?
4. Cadang nak beli pasu jika cadangan no 2 terlaksana.
5. Cadang nak tanam pokok bunga yang makcik sebelah bagi jika cadangan no 2 dan 4 terlaksana
6. Cadang nak ngemas taman.. serai dah makin membesar jika cadangan 2, 4 dan 5 terlaksana...
TAPIIIIIIIIIIII cadangan tu tetap tinggal cadangan coz...ada kejutan yang terjadi sebenarnya... ok..sambung esok..tunggu apa kejutan tu..ngantuk dan letih tahap super gaban dah ni ...to be continue........................