NuffNANG

Sunday, April 5, 2009

Emm betul-betul sedap!!

Semua kata roti ni sedap, bila saya update jer kat facebook yang saya sarapan dengan roti ni, semua pakat tunjuk thumb..sedap!!.. memang saya tak dapat nafikan butterscoth tu memang sedap...tapi agak mahal la..apa pun saya beli jugak sebab betul betul sedap!!

New Baby Born

Semalam lebih kurang pukul 3 pagi Abang saya menghantar sms mengatakan kakak ipar saya selamat melahirkan anak yang ke empat beliau. So memandangkan malam itu saya bermalam drumah emak saya bercadang akan terus ke hospital Kajang melihat baby yang tak diberi nama lagi tu. Apa yang pasti Si kakaknya Aini amat gembira sekali sebab dia tak lagi seorang budak perempuan dalam familynya..dah ada geng katanya..dan dia nak sangat ibunya menamakan baby tu "Aishah Humaira"...cantiknya nama..


Thursday, April 2, 2009

Sejak Ku Bertemu Pada Mu

Sempena menhilangkan rasa stress saya hari ni sengaja saya cari satu lirik lagu yang tetiba terlintas fikiran saya. Sememangnya saya tidak gemar akan lagu-lagu terkini, oleh itu sejak dua menjak ni saya telah beralih dari stesen radio era ker sinar FM yang mana saya disitu sering diputarkan lagu-lagu zaman 60an,70 an dan 80 an. So layan lagu pertama untuk hari yang penuh kecintaan ini..kah! kah! kah!

Sejak Ku Bertemu Pada Mu oleh Sanisah Huri

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu

( korus 1 )
Ku bentangkan perasaan ku pada mu
Untuk mengadilkan bisikan sukma ku
Ku bentangkan perasaan ku pada mu
Untuk mengadilkan bisikan sukma ku
Andainya kanda pikat asmara
Sudikan dengan jiwa raga ku

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu!

( korus 2 )
Ku jadikan tanda mahkota pujaan
Ambillah dinda untuk jadi suntingan
Ku jadikan tanda mahkota pujaan
Ambillah dinda untuk jadi suntingan
Ku persembahkan diri pada mu
Kerna kandalah syurga bagi ku

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu