NuffNANG

Wednesday, April 6, 2011

Rajin pulak saya

Sediakan bekal untuk mek dara tu sejak dia pindah sekolah tahun ni. Kalau dulu tu adalah sekali dua saya buatkan bekal untuk dia dalam sebulan tapi kali ni almost everyday saya sediakan bekal. Seringkas mana pun memang saya sediakan bekal untuk dia. Lebih-lebih lagi rajinnya bila tengok bekal-bekal yang TTM sediakan untuk anak teruna dia tu dan jugak kat rumah Pn.Lemongrass untuk anak daranya yang dua orang tu..hah yang ni lagi excited siap husband dia pun berbekal sama. Kalau en.suami saya..paksa bawa bekal pun tak mahu..boleh kira berapa kali dia bawa bekal, dan kalau bawa bekal memang kena sediakan bekas pakai buang sebabnya banyak kali jugaklah dia tinggalkan aja bekas dengan sudunya sekali, yang paling tak tahan seminggu lepas tu dia bawa balik bekas yang dah berkulat pulak tu…bagus betul kan!.hhah
Bila saya bekalkan mek tu biasanya makanan yang ringkas-ringkas sahaja, ada candy seketul dua, sandwich ringkas,biskut sekeping dua dan buah-buahan. Pasal buah dia ni cerewet jugak pisang tak mahu bawa nak apple atau grape aja. Kalau apple pun nak yang dah siap dibuang kulitnya.
Kadang-kadang time saya mc atau cuti memang saya suka sediakan bekal nasi goreng tak pun nasi dengan lauk ataupun meehoon goreng, tapi tak selalulah boleh sediakan, takut basi pulak kekdahnya. Sebenarnya saya sediakan 2 bekas bekal makanan dan 2 jenis minuman untuk mek tu. 1 untuk sarapan pagi ketika time rehat sekolah agama dan satu untuk rehat sekolah petang dalam jam 3.30 gitu. Bukan dia tak boleh beli kat kantin tapi tahu sahajalah mek saya tu kecil comel dengan budak darjah 1 pun boleh kena tolak. Lagi satu saya mahu didik dia berjimat. Memang saya sediakan dia duit tapi siap pesan yang duit tu untuk beli makanan yang berzat sahaja, bukan mainan bodoh2 yang selalu dijual dikoperasi sekolah mahupun luar kawasan sekolah, Alhamdulillah setakat ni untuk tahun ni duit tabungnya dalam masa 3 bulan ni dah adalah dalam RM70.00 . Bagi saya itu sudah cukup sebab tahun lepas 1 sen pun dia tak simpan..hahhah.
Bila bercakap tentang lunchbox ni saya sangat-sangatlah jatuh hati dengan lunchbox yang Pn. LG tayang kat blog dia tu. Kat Malaysia ni ada tak sapa yang pernah jumpa lunchbox camtu…kalau ada tolong bagitahu saya kat mana saya boleh dapatkan.Senang pula rasanya kalau ada lunchbox gitu tak adalah kalau dia bawa nasi dengan lauk pun terbuarai habis kan!.

Monday, April 4, 2011

We share together….

this today date!!..nampak gayanya mulai tahun ni saya dah ada geng untuk berkongsi kek harijadi. Kalau dua tahun dulu, kakak ipar lahirkan anaknya yang keempat lambat satuhari dari tarikh hari lahir saya tapi tahun ni betul2 tepat dengan tarikh hari lahir saya yang dah reach middle of 70…sila guna teori matematik disitu.. err..nak bahagi dengan 2 boleh, nak bagi 4 pun boleh.. bagi 10 lagi ahkak suka dik!!..jangan tak bahagi langsung sudah la..teruk sangat tu…hhaha.
Baru 6 hari yang lalu saya dapat anak saudara dari my kakak. Belum ada masa nak buat baby punya sesi fotografi lagi.. nak tertonggeng-tonggeng ambik gambar pun senak jer rasa perut ni..gambar dari handphone cikai tu adalah..tengok kat dari skrin handphone memang cantik la, tapi bila download ke PC dah tak cantik dah. New born kakak saya ni namanya Ahmad Hadif. Ringkas jer namanya..si abang sulung beria-ia nak letak nama Ahmad Hamzah..tapi tak ada kebenaran ibunya..bukan apa, dah ada dalam family yang namanya sama..kalau boleh tak mahulah letak nama yang seakan sama betul tak!..actually saya pun berkenan gak nama Hamzah tu..cam cute jer bila teringat anak TTM Amjah tu!!..

Tunggu ada masa lapang skit nak pi jenguk anak saudara yang ke 9 tu pulak...apa nama agaknya ya!.

Friday, April 1, 2011

Mengandung kali ni

bagi aku ada sedikit berbeza dengan 9 tahun yang lalu. Mungkin sebab usia dah nak masuk middle of 70..ishh tak ada nya malunya nak sebut umur sendiri..cuma saja sesekali sesekali bagi orang mencongak sikit...hahha. Isnin minggu ni saya ke klinik bukan untuk check tahap hb saya..cuma nak dapatkan MC..kerana turn jaga dan hantar mek kecik kesekolah. Memang agak sukar nak menipu untuk mendapat MC semata-mata..dari malam lagi saya kepala dok mencongak2 apa sakit yang saya nak bagitahu doctor. Nak kata demam..saya tak rasa saya kelihatan demam..sakit perut..ish..mcm tak logik pulak. Akhirnya bila sampai ke klinik jer automatik saya cakap nak scan skit sambil nak tengok nampak tak jantinanya dan saya nyatakan sebab belakang saya sedikit sakit dan tak dapat nak tidur lena jer akhir-akhir ni. Fuh nasib baik doctor tu bukan doctor owner yang biasanya sedikit kedekut untuk memberi MC. Malangnya sesi scan tak nampak dengan jelas jantina janin saya..dan kesimpulannya doctor cakap janin tu female la...emm sedikit rasa kecewa timbul walaupun mek kecik tu tersengih panjang kononnya..geng bas sekolah dia bakal tiba bukan geng pancing mcm abah!. Saya pujuk hati sendiri..sebab doctor pun cakap yang tak nampak langsung jantinanya..suspek girl aja..jadi kemungkinan belum tentu betul kan!.