NuffNANG
Monday, December 31, 2012
Part II: Dari Shah Alam to Tanjung Piai meleret ke Kuantan
Korang nak cakap apa..nak komen apa lantaklah..janji aku nak cerita details pasal trip kali ni..ok..aku sambung gini..Selepas sahaja acara senguk-sengukkan dalam kereta..akhirnya kami tiba disebuah petrol pum..yang aku lupa nak check kat mana, kat sini aku argue skit dengan en.suami..aku cakap kami dah sampai ke Pontian kecil rupanya..baru kat area jalan Batu Pahat..berapa banyak kampong –kampung kecil aku tak sedar..sebak lebih banyka tersenguk dari terjaga kan..eleh..baru kali ni pun en.suami drive sorang-sorang biasa dia yang lagi banyak membuta dari aku...dah sampai petrol pump petronas ni aku dah terkepit-kepit lari ke toilet...langsung tak fikir lain dah..walaupun time tu dah jam 3 pagi. Asyraf aku dah letak seat tengah. Nasib baik toilet dia cantik dan bersih..lega..kalau tak mahu aku terkepit lagi sampai Pontian kot..hehhe. Bila balik semula ke kereta Sara dah jaga...en.suami dah selamba pergi belakang sekali tidur..emm walaupun aku dah rasa segar sikit tapi tak ada maknanya kau nak gilir drive..sambung tidur adalah lebih afdal sementara tunggu subuh. Jam 6.15 aku yang tidur-tidur ayam dah kejut semua orang untuk bangun dan solat subuh. Ingat nak terus mandi tapi masing2 masih kesejukkan..Asyraf pun masih tidur..jadi lepas solat subuh terus gerak menuju ke Pontian. Dah Nampak cahaya dah sikit..kami singgah sarapan. Semua orang makan roti canai kecuali akulah..aku makan nasi lemak..jalan-jalan jauh gini risau betul aku takut kelaparan. Aku geng dengan Asyraf..dia pun ikut maknya ni..makan nasi lemak..boleh tahan jugak.sikecil ni makan..nampak je badan kecik tapi makan kuat jugak...
Lepas makan kami teruskan perjalanan..dan berhenti kat kampung nelayan ni dalam Daerah Pontian..sebab nampak view macam sangatlah menarik jadi kami decide nak tengok..masing2 dengan nawaitu sendiri..Asyraf aku tak pasti.
Aku: nak ambik gambar yang view menarik jer
En. Suami: skodeng port yang boleh memancing
Sara: boleh mandi pantai ke ni..
ok korang tengok gambar ni nawaitu sapa yang terlaksana tu:
dah jenuh ambik gambar-gambar kat sini terus memecut pergi Tanjung Piai..eee. tak sabar-sabar-sabar..walaupun terlajak skit ke Kukup sebab aku yang mati-matian arahkan en.suami ikut arah situ..jenuh la aku kena perli sebab Kukup tu tempat jeti nak ke Indonesia je..ampun pak!!.
Dah nak sampai TP..eee tak sabar, tak sabar...eh.ada gaya Lisa Suriahani tak?..korang dah tengok Istanbul aku datang?...Part II..TP..aku datang!!
Part I: Dari Shah Alam to Tanjung Piai meleret ke Kuantan
Punyalah jauh kami travel kali ni, Nasib baik la tak bawa rombongan cik kiah sekali, kalau tak mahunya kena mak hamun dek kepenatan dan rimas. Kali nit n director aka en.suami ajak aku jalan-jalan menyusuri tepian pantai..oh ini bukan jalan-jalan cari makan ye..lebih kepada jalan-jalan cari penat je..oleh itu tiada gambar makanan ikan bakar famos ke, mee udang ke..mee bandung ke..semua tarak..makan bagi kenyang je kekdahnya.
Mula perjalanan dari Sungai Buloh lepas hujan reda dan solat isyak, singgah makan di Sri Muda, seksyen 27 sebab en.suami pergi hantar surat ponteng kerja..aku biasalah makan dengan lahap dan kenyang, tak cukup tu aku tapaukan lagi bun roti gardenia takut anak-anak kelaparan tengah malam buta, mana nak cekau kan..walaupun sebenarnya lebih kepada perut aku sendiri..takut kelaparan. Dari Sri Muda Shah Alam..kami ambik highway je..dan keluar ikut Ayer Keroh, Melaka walaupun rancangan awal nak keluar ke Muar terus. Emm awal-awal lagi nampak plan kucar kacir sikit..sikit je..hehhe. Pusing-pusing di Melaka di tengah malam dalam jam 1 pagi adalah tidak seronok..nothing. Akhirnya aku sound en.suami dari dok perabis minyak pusing Melaka tu baik teruskan perjalanan ke Muar ikut Merlimau..dah rasa mata tak boleh tahan lagi lepaklah mana-mana petrol pump untuk tidur. Sara awal-awal lagi dah punch card kat belakang sekali,langsung tak sedar yang kami dah singgah Melaka sekejap. Asyraf pula layan tidur juga sambil mulut tak lepas dari menenen je kerjanya. Layan jer la janji dia tak meronta dan melalak tengah-tengah malam..maklum la tengah-tengah malam buta kan. Aku laya tidur sambil tersenguk-senguk. En.suami mmg rimas tgk aku tidur cam gitu..dia yag terseksa katanya.. jadinya aku tak tidur sangat sebab dok dengar dia bebel suruh aku terlentangkan seat kereta tak pun pergi tidur kat seat bahagian tengah. Bila aku pejam jer dia kejut suruh tidur dengan sopan sikit katanya..hhaha lantaklah..janji aku memang lena bila tidur macam tu..terror kan aku..tidur sambil duduk dan meriba Asyraf..siap nenen lagi..terror la sangat ..ekkeke. Ok no photo yet sebab tengah malam..nak ambik gambar pun mood tak ada lagi..nak focus tang mana pun malas...sementelah aku belum masukkan memori kad lagi dalam kamera.. sambung part II..lak..sebab aku nak habiskan order yang masuk bagi tahun 2012..eh..esok dah tahun baru kan..
Monday, December 24, 2012
bertambah sengal
kepala otak aku hari ni, payah betul bila dah install Bitdender ni, banyak blog kegemaran tak boleh tak masuk..semua kena blog. Asalnya blog snediri pun x boleh buka jugak..puas aku godek-godek sana sini boleh..tapi sayangnya bila nak log masuk blog2 lain lagi sekali hampeh..tak dapat..aku cuba praktikkan cara yang sama tapi x dapat jugak..aku dapat baca blog kengkawan pun dari handphone aja..nak ngomen balas dendam ke tak dapat la..tu pun sakit mata aku dok ngadap skrin nan kecik tu..hadoii..
Saja je aku tayang gambar ikan patin masak tempoyak ni..aku tak makan pun..aku tayang sebab ada kaitan dengan waktu tengahari je..ekkek..
Subscribe to:
Posts (Atom)