NuffNANG

Wednesday, May 22, 2013

Lopat Tike

ataupun yang dieja dengan betul LOMPAT TIKAM..alhkisahnya aku tak tahu kenapa dipanggil sedemikian.
Aku bukan gemar makan makanan ni, malam tadi aku tidur agak lambat..dah lena-lena kucing gitu aku macam bermimpi aku buat kuih ni..tak pernah makan, siang hari pun tak ada aku dok google cari resepi ni tetiba bila tidur malam aku mimpi buat kuih ni..macam real je mimpi aku tu..siap dah masak bagai..aku upload gambar..buat N3 letak title post macam kat atas tu..siap aku tulis yang kuih ni kegemaran abang ipar aku..hari ni aku jadi terliur..terpaksalah aku google cari gambar dulu la kasi naik nafsu makan sendiri..dah teruja baru aku buat..emm cantik jugak bila diletak dala gelas macam yang blog citrasawan tu kan..



Credit photo to blog : makcikmanggis dan citrasawan..
 
p/s: aku rasa lambat skit utk aku geledah resepi ni...dan buatnya sebab rumah aku susah nak jumpa pulut...huhu..

 


Tuesday, May 21, 2013

Beetroot @Ubi Bit

Kalau minggu lepas aku persoalkan tentang sayur rhubarb tu hari ni aku nak tanya pulak apa rasa Beetroot @Ubi Bit ni. Aku yang jahil ni kenal ubi bit ni semenjak adanya rancangan realiti masterchef Malaysia. Tak lain tak tak bukan diperkenalkan oleh chef Ezani yang comel tu..aku memang excited nak tahu apa rasanya ubi bit ni..paling aku teruja bila dia buat masakan yang guna ubi bit sebagai sosnya..nak pulak platting cantik gitu..teruja beb bagi orang kampung yang hanya kenal budu dengan tempoyak ni..harap perut je suka western tapi tekak masih terasa kebuduannya..hheh.

Bila dok perati akan rupa Beetroot @Ubi Bit ni..aku rasanya macam si rhubarb dengan beetroot ni bersaudara...kalau rhubarb dikatakan masam-masam skit..apa pulak rasanya si ubi bit ni ya..dari segi warna kulit dah sama dah.. kalau tak silap aku chef Ezani tu pernah buat Red Velvet pakai warna ubit bit ni..mesti cantikkan warnanya. Ada jugak bila aku google yang buat chips dengan ubi bit ni..emm agak-agak sama dengan kerepek ubi kaler purple tak?..Apa pun banyak jugak khasiat ubi bit ni antaranya menurunkan tekanan darah ...yang kat dalam gambar ni ubi bit kaler merah..setakat ni aku tahu ada 3 kaler, kuning , merah dan putih. Emm apalah rasanya ubi bit ni ya???

Thanks cik google utk gambar yang cantik ni.

Friday, May 17, 2013

Rhubarb?

Aku pernah tengok sayur..err sayur ke buah? ni..tapi tak pernah la pulak tahu kegunaan, rasa dan sebagainya..aku ingat ni jenis dari batang celeri cuma kalernyaya aja merah..jakun betol aku ni..pestime tengok kat blog Wendy..dia buat kek pakai menatang ni..pelik lak aku..maka aku cubalah google apa benda ni..apa nama melayunya..walaupun dah berwikipedia jugak aku tak tahu..sebab aku tak khatam baca..tapi aku baca ianya elok untuk sembelit..hehhe..aku lebih excited tengok resepi yang guna menatang ni..korang baca la sendiri erk..aku link kan aja ni..nah baca sendiri khasiat2nya.. Gambar yang cantik ni aku ambik kat sini...terima kasih tuan tanah..minta maap ambik tunjuk sini erk..tak faham N3 ni sila transalate sendiri erk..

Agak korang kat mana boleh dapat menatang ni..nampak si Wendy tu buat Kastard kek bertopingkan menatang ni sungguh yummy...cercita skit..mana leh dapat..Cold Strorage?Jaya Grocery?Ladang nenek korang ada???