NuffNANG

Tuesday, May 21, 2013

Beetroot @Ubi Bit

Kalau minggu lepas aku persoalkan tentang sayur rhubarb tu hari ni aku nak tanya pulak apa rasa Beetroot @Ubi Bit ni. Aku yang jahil ni kenal ubi bit ni semenjak adanya rancangan realiti masterchef Malaysia. Tak lain tak tak bukan diperkenalkan oleh chef Ezani yang comel tu..aku memang excited nak tahu apa rasanya ubi bit ni..paling aku teruja bila dia buat masakan yang guna ubi bit sebagai sosnya..nak pulak platting cantik gitu..teruja beb bagi orang kampung yang hanya kenal budu dengan tempoyak ni..harap perut je suka western tapi tekak masih terasa kebuduannya..hheh.

Bila dok perati akan rupa Beetroot @Ubi Bit ni..aku rasanya macam si rhubarb dengan beetroot ni bersaudara...kalau rhubarb dikatakan masam-masam skit..apa pulak rasanya si ubi bit ni ya..dari segi warna kulit dah sama dah.. kalau tak silap aku chef Ezani tu pernah buat Red Velvet pakai warna ubit bit ni..mesti cantikkan warnanya. Ada jugak bila aku google yang buat chips dengan ubi bit ni..emm agak-agak sama dengan kerepek ubi kaler purple tak?..Apa pun banyak jugak khasiat ubi bit ni antaranya menurunkan tekanan darah ...yang kat dalam gambar ni ubi bit kaler merah..setakat ni aku tahu ada 3 kaler, kuning , merah dan putih. Emm apalah rasanya ubi bit ni ya???

Thanks cik google utk gambar yang cantik ni.

7 comments:

Kak Rose said...

kena berhati2 dengan kalernya... nnti jadi merah segalanya! but it's good untuk diet jugak.

Anonymous said...

Rasanya manis-manis sikit. Ada juga digunakan dalan sandwich atau burger.

Anonymous said...

rasanya macam lumpur

Sally said...

Kak Rose,
wah merah sangat ke kak..kadang tengok gambar yang dah dipotong2 tu macam buah naga pun ada kan..

Sally said...

Anonymous 1 and 2,
dah konpius lagi n tentang rasanya.. manis ke payau..ada rasa lumpur basuh tak bersih ke?

Anonymous said...

In it's cooked but unpickled form, beetroot has a sweet and earthy flavour. In it's uncooked form, it tastes sweet and fresh

Baby Maira said...

Ada Ker ubi beet tu kt Terengganu??