NuffNANG

Monday, January 6, 2014

Meroti la pulak

dah..dengan kenaikkan bil electrik..rajin pulak aku nak meroti..geram sebenarnya..hari tu ada demo baut roti dengan nasi arab kat area rumah aku..malangnya aku tak free la sangat nak join, tak free satu hal..sebab tu demo je..so aku macam baik aku tonton youtube berkali-kali daripada pergi tengok demo kan..tapi oklah sebenarnya sebab reganya tak adalah mahal bebenor...setakat 50 ringgit je..ini kali ketiga aku buat roti ni..nak habiskan tepung roti sebenarnya..nantikan tinggal lama2 skill pulak dah kurang tepung pun expired..maka malam tadi gigihla kau menguli tangan walhal ada breadmaker kan..tah ok ke tak lagi mesin uli roti aku tu pun aku tak pasti..buat la tukun dalam almari je kekdahnya..nyesal pun ada aku beli...semalam baik pulak en.suami temankan aku bakar roti ni,..tunggu roti sejuk atas redai tu aku suruh la dia snapkan gambar..pakai handphone je pun..saja lah buat bukti yang aku dah buat roti..hhehe

kali ni en.suami tak kutuk dah rupa bentuk roti aku...tak puji pun tak pa lah janji dia tak kutuk..banyak lagi aku nak perbaiki tentang uli-menguli ni,tentang tekstur roti..bila buat roti homemade gini aku selalu berangan macam duduk kat ladang lembu macam cerita omputeh zaman dulu tu..sarapan dengan roti beb..perghh..taruk lak jam yang homemade punya.. Dulu ingat punyalah susah nak buat roti ni tapi senang sangat rupanya..layannnnnnn.

Thursday, January 2, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Selamat Tahun Baru,
Balik kerja hari Selasa, aku tak kemana, tiada niat untuk pergi menyambut tahun baru 2014...sumpah tak ada, tak terfikir langsung, sedari umur remaja aku tak pernah pergi sambut apa-apa perayaan yang melibatkan ramai orang, aku rimas dan sesak nafas..aku tak suka dok hidu bau ketiak orang..kalau aku pergi juga mau aku pengsan 7 hari 7 malam kot. Aku dirumah dan berura-ura untuk membuat roti sendiri..diulangi buat SENDIRI. Nak pergi bayar kat baker rasa macam tak berbaloi sebab aku bukan nak buka kedai roti lagi, sekadar nak lepas gian aku untuk buat roti. 3 minggu lepas aku dah cuba...namun usaha aku tak berjaya..nasib baik bila aku baling kedinding tak pecah dinding tu. Keras kematu..tu la salah aku jugak dapat satu resepi terus bedal nak buat. Setelah mengkaji semula semua resepi akhirnya aku beroleh hasil roti yang sungguh gebu...cayalah..homemade beb!..
Ok lagi sekali SELAMAT TAHUN BARU..Aku tidak dapat menulis blog di atas kekangan waktu yang terhad semalam (hhaha aku sibuk buat roti actually). Tak mengapa baru hari kedua dalam tahun ini..tidaklah terlewat sangat kan!.
Tahun 2014 ini aku dapat rasakan adalah tahun yang sangat mencabar, kenaikan harga barangan, cukai sana sini.. silap-silap  masuk tandas awam pun nanti ada cukai 6%...tak mustahil kan.

Monday, December 30, 2013

PARAH der!!!!

Jam 4 pagi, Ahad..tengah syok aku layan tidur, peta pun dah hampir nak  siap...sikit lagi...sikit lagi..hheheh..encik suami kejutkan aku..nasib baik la tu suami aku kalau tak mahu je aku bagi lempang kiri dan kanan. Ye la time bendera jepun camni je la boleh tidur sampai matahari terpacak pun kan..ok..abaikan. Dalam gelap2 tu dia on wifi handphone tayang  kat aku satu gambar awek..pergh..cun beb..bergetah..
"habis tu ngapa??" aku tanya sambil geram jugak la..
"aku salah accept friend la"..Aku faham benar dengan cik suami aku ni..dia bukan pakar IT mahupun pakar teknologi..hehhe..
"unfriend jer la" jawab aku dalam acuh tak acuh..
"aku tak tau la"
"pandai add pandai la remove, tu la pantang nampak yang seksi terus nak add" dlm mata bukak separuh aku bebel gak..
"bukan macam tu la, cuba ko tengok 62 keping gambar minah ni"
Aku paksa bukak mata luas-luas, pedih mata ok..skrin handphone tu pun bukan besar mata..dah tu pulak hanya cahaya dari skrin je..aku kelebek satu persatu..woahhh..memang gambar seksi je la..tup-tup ada gambar cemolot pulak..dan gambar tu adalah gambar suami jiran aku....huhuhu
mulut aku terlopong dah .. bukan satu gambar..atas katil pun ada..jantung rasa tehenti seketika..PARAH..

sambung!!!!..jantung sakit weh..