NuffNANG

Saturday, February 28, 2009

Masa riang bersama..

Hari ni, saya memang bercadang nak bawa Sara pergi tengok cerita upin ipin tu..dia beria sangat nak tengok. Dari pagi lagi dia dah siapkan homework dia semata-mata nak tengok cerita tu, saya memula excited gak almaklum cerita tu anak tempatan yang buat. Saya ni memang dah lama tak menjengah ke wayang, berbeza dengan masa muda-muda dulu, sekarang memang saya tak gemar ke tempat yang ramai orang, gelap dan bising...mau pengsan saya jadinya. Sampai kat Summit USJ hari tu jam dalam kul 12 tengahari., terus pergi kaunter tanya tiket..
"Sorry kak tiket kul 2 dah abis"..fuh lega..tak payang tengok..congak saya dalam hati. Saya explain kat Sara, nampaknya dia tak berganjak untuk tengok wayang tu gak tak kiralah kul berapa..nak hari tu gak. Bf saya asked saya untuk beli tiket masa yang seterusnya,..errr geram saya, lambat lagi tu..tak kan sepanjang hari ni nak duk kat sini jer...so nak tak nak beli la gak..masa tayangan kul 4.45 ptg..elok la tu rungut saya dalam hati..waktu asar lak tu. Lepas beli tiket bf ajak pergi bowling, nak beat dengan saya konon..so layannn lagi..main 2 games aja..dengan kekalahan pada pihak saya..pun begitu saya tetap diberi sokongan oleh Sara, memandangkan dia nak tengok wayang tajaan duit saya hari tu. Bf bangga gila..dapat mengalahkan saya..ish geram. Oleh sebab dia menang maka bf belanja kami makan lunch hari tu..errrkkk ..kenyang. Lepas solat dzohor..pusing2 lagi tunggu masa tayangan...fuh ngantuk gila..layan tido time ni memang best...so inilah wayang yang Sara nak tengok sangat tu..ok..la not bad cerita dia..layannnnnnnnnn

Wednesday, February 18, 2009

Lagi cerita tentang kawan

Saya tidak sempat menjamah makan tengahari hari ini, berkejar ke Port Klang yang mengambil masa hampir 1 jam itu tidak mengizinkan saya mengenyangkan perut yang kelaparan ini. 20 minit masa yang ada sebelum bertolak pergi saya cuma sempat menghabiskan baki air dari sarapan pagi tadi sambil berbual dengan 2 rakan sekerja dan salah seorang dari mereka adalah rakan yang saya ceritakan semalam. Alhamdulillah hari ni dia sedikit ceria, namun riak wajahnya masih menampakkan kegusaran. Tak banyak yang dapat dibualkan, cuma saya sempat membaca kesalahan yang diutarakan oleh orang atasan kepada HR department agar mengeluarkan surat "amaran" atas keselahan beliau. Saya membelek kertas size A4 tu kedua-dua page penuh...lebih dari 20 kesalahan teman saya itu disenaraikan..semuanya adalah kesalahan biasa..bukan kesalahan yang besar pun tidak sedikit pun rasanya merugikan beratus duit syarikat. Salah satu kesalahan yang masih melekat dalam ingatan saya sewaktu membaca senarai itu ialah:

-wrongly email to customer(send to wrong address-

Wah itu jugak disenaraikan, amat tidak munasabah kesalahan itu dan memang agak melampau jika dia juga pernah melakukan kesilapan yang sama. Setahu saya ex-bos saya ini jugak mempunyai rekod buruk sebelum ini, malahan kesalahannya memang dikira tak dapat dimaafkan jika saya berada atau sebagai pihak atasan beliau. Ex-bos saya ini setahu saya pernah mengelapkan duit syarikat ketika dia memegang jawatan sebagai accountant ,bukan 20 or 30 ringgit tapi ribuan, namun dek kerana Director syarikat saya sebangsa dan seagama dengan dia, maka dia dimaafkan...dimaafkan???? bukan ker dia telah melakukan kesalahan yang begitu berat...entahlah..kuasa tidak ditangan saya..huhuhu..bila bangsa saya sering ditindas begini, memang hati saya jugak begitu terguris..mengapa begini..dibumi sendiri, namun seolah berada di negara ****A..teringat lagu akan lagu warisan seperti yang tertulis diblog Kak Sapiah memang lagu ini benar-benar menyentuh naluri dan rasa cinta pada tanahair saya.

Tuesday, February 17, 2009

Wishes from Anis..

Lepas buat N3 tadi saja gatal mengusha pulak ke blog Cik Anis..emm nampaknya dia dah siapkan homework dia..yang lain 2 cmner?..yang pasti cuma Cik Shafidah dan Cik Anis sajalah yang dah buat homework dia, dalam sebuk-sebuk dok memasak itu ini sempat jugak dia buat homework yang aku bagi..sila bagi tepukan kih!! kih!! cuba menjengah ke N3 seterusnya dan nampak wish yang tersangat cute ni yang Anis bagi...
...
thanks Anis..dah recover sikit ni..walaupun kadang-kadang ada kesukaran bila berkomunikasi bila asyik nak terbatuk aja..