NuffNANG

Thursday, October 29, 2009

Mari berfarmville

Sejak rajin "bermuka buku" ni saya dah jarang menjenguk blog. Niat nurani nak memblog satu N3 sehari jadi terbantut sebab asyik "bermuka buku"...yer lah sana komunikasi lebih skit..hehe..itupun belum lagi saya melekat kat sana sebab berfarmville...belum lagi terjebak + tak berapa pandai nak mengurus ladang, tu yang tak berfarmville sangat tu.. tp farmville tu tak dapat hasil la.. yang ni lagi dapat hasil. Marghrib tengok kecik lagi..kul 12 malam dah besar...cepat sangat..emm paling-paling senang rebus makan dengan sambal belacan pun jadi ni..

Tuesday, October 20, 2009

Makan-makan for raya

Sabtu lepas akhirnya buat jugak makan-makan for raya this year, cadangnya tak mahu buat tapi dek kerana Selasa minggu lepas En. D bawak balik ikan fresh dari laut dengan banyaknya..terpaksa la saya buat jugak..kalo alamat 2 bulan la makan ikan kami nanti. Setelah dibahagikan kepada jiran-jiran terdekat masih ada balance lagi. Terus telefon mak untuk tempah laksa. Dalam kepala dah terfikir nak buat Laksa Kelantan dan Penang jer la. Walaupun nama jer orang Kelantan tapi saya tak berapa pandai masak kuah Laksa ni bila Mak is around..so invite mak untuk masak kuah laksa…haa takut ada jer yang tak kena bila saya masak bila chef diva tu around. Pedih nanti nak dengar rungutan mak…ehheh.

Menu hari tu ringkas aja:

Laksa beras

Kuah Laksa Penang

Kuah Laksa Kelantan

Ulam-ulamannya


 

Menu sampingan:

Nasi Impit

Rendang ayam

Kuah Kacang


 

Desert dan buah:

Puding Roti Kastard

Puding Susu Buah Koktel

Buah Rambutan-kawan kakak yang bawa

Buah Tembikai Merah

Papaya-tak sempat nak potong(still ada lagi kat dalam fridge)

Tembikai Kuning(still ada kat Fridge lagi)


 

Air: Sirap


 

Tak adalah penuh macam tahun lepas. Memandangkan ada yang pagi-pagi dah hantar message tak dapat datang. Ramai yang diajak namun tak berbalas langsung, so nak jangka berapa ramai yang datang susah la skit. Pada awalnya cadang nak buat spaghetti Bolognese lagi tapi bila dah 10 orang cakap tak dapat datang makanya terus tak jadi.


 

Tahun ni tak berapa penat sangat compare last year, mungkin sebab guna bekas polisterine jer..tak payah sibuk-sibuk nak ulang alik ke dapur basuh itu ini. Dalam pada tak ramai yang datang tu nasi impit habis dan kuah kacang habis dulu, begitu jugak puding roti..terpaksa masak nasi impit lagi dan buat lagi pudding…tapi sedikit terhangus sikit..walaupun still boleh makan lagi…sapa la yang pusing temperature ke 250 ' celcius tak tahula.. biasa masak 180 jer..ish malu jer…buat kali kedua pun habis gak.


 

Friday, October 9, 2009

Malam nanti punya cerita.

Malam nanti beberapa buah rumah adalah dalam 7 buah bertentangan telah bermuafakat nak berbbq. Rancangan ni telah diplanning oleh encik suami dan telah diwarwarkan pada saat-saat akhir kepada para isteri untuk menyediakan itu ini. Tanpa pengetahuan Pn isteri, En. Suami yang budiman tu telah menganggukkan kepalanya kepada encik2 suami yang lain untuk membuat pemanis mulut. Si isteri yang rupawan ni dan dermawan serta rajin tahap gaban ni pun mulalah merangka-rangka apa dessert yang sesuai tuk dihidangkan kepada tetangga yang lain dalam masa yang singkat sementelah Pn isteri bukanlah surirumah sepenuh masa. Dalam mengigil demam kura si isteri yang budiman pun menyediakanlah puding gula terhangit abad ini. Dek kesenggalan akibat demam kura Pn isteri telah menghanguskan gula sebanyak 2 kali tanpa pengetahuan En. Suami...hhaahha..sunggul senggal kan. Dalam pada kesenggalan itu jugaklah malam sebelumnya dia sempat juga menyediakan 3 menu tanpa henti..
1. Puding Susu
2. Puding Gula terhangit abad ini
3. Kek Coklat untuk anak dara menyambut aidilfitri disekolahnya serta petang nanti jugak Pn isteri yang rajin ni akan menambah menu last minute permintaan en. suami lagi untuk membuat fruit koktel. Sekian...gambar-gambar akan diupload selepas jamuan berlangsung.

Oppsss...selepas itu Pn. Isteri akan berdesup pula menghantar En. Suaminya outstation ker laut dalam ..boleh gitu.. dan baru 2 ker 3 saat Pn. Isteri menerima sms pula untuk merewang menghias bilik pengantin pada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung pada hari Ahad... sibuk betul jadual Pn. Isteri ni ya..