Kau buat bajet muka kiut pun aku tak heran la...
NuffNANG
Friday, July 12, 2013
Mati tak mengira usia
aku baru terbaca status kat FB dari satu of group masa belajr dulu. Aku baca dan sedekah surah fatihah..walaupun aku tak kenal rapat arwah tapi rasanya aku masih ingat sikit-sikit rupanya..moga aku tak salah orang..kawan yang mungkin setahun muda atau pun sebaya aku kot..aku baca rentetan update..rupanya dah 6 bulan dia terlantar sakit Leptospirosis. Semuanya gara-gara mamat ni...keji tau kau..nak kencing tu pakailah pampers ke apa..jangan dok kencing merata..ramai yang meninggal sebab kau..
Wednesday, July 10, 2013
Salam 1 Ramadhan
Jenuh la bila dok bukak FB..terima dan baca statement orang dok wish selamat berpuasa.. tak terkecuali boss aku yang chinese ni..ok.. boss..i bulan posa ni balik awal..you jangan dok jeling time i keluar sharp-sharp on time ok..dan you jangan sibuk balik awal sama..Pesan dengan kawan-kawan you sama..nanti jalan jem..lambat I sampai..
Ni dia email kat budak-budak melayu pagi tadi:
With Regards
Ni dia email kat budak-budak melayu pagi tadi:
Dear All Muslim Staff
Wishing all of you “Selamat Berpusa” and
may this occasion leading to Raya brings much joy to you and your loved one.
KS Sia
Thursday, June 27, 2013
Apple Cake Mudah
Ni aku baking semalam..dah hampir 2 minggu apple fuji yg kecil tu ada kat dlm fridge aku...dari 20 biji tinggal 7-8 biji je..dah jenuh dah nak makan...biasanya fuji apple ni manis tapi kali agak kurang..pun begitu ada yang manis..mungkin sebab dah bercampur kotak-kotaknya..apple ni lebihan dari buah tangan pengantin semasa kenduri rumah mertua..macam-macam dok terfikir nak buat apa dengan buah apple ni..memula teringin nak buat apple pie..tapi malas pulak nak mencanai doh tu..dari hari ke hari apple pun dah tak berapa nak fresh dah..dari kecut kering camtu baik aku habiskan buat kek kan..sonang kerja..kosong sikit peti ais aku..memula aku tengok resepi kat tenet...pastu belum sempat khatam lagi tenet down..puas la dok godek-godek..tak dapat akhirnya aku buat main campak je la..sebab takut lupa aku abadikan kat blog la lagi senang kan..
Apple Cake Mudah
4 biji Apple Fuji atau apa jenis apple je la merah ke? hijau ke.. kalau besar gunalah 2 biji
2 1/3 cawan tepung gandum (aku guna bluekey self raising flour-kesnya malas nak ayak bagai)
2 biji telur
1 sudu kecil baking soda
1 cawan gula + 2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka makan bukan cuka getah ..lain la kalau ada niat nak bunuh orang.
180 ml minyak masak atau lebih kurang 1 cawan gitu..
180 ml susu full krim milk atau lebih kurang 1 cawan gitu..(sy guna dutchlady)
1 btg kulit kayu manis atau serbuk nya tu..cinnamon powder kan..(tak masuk pun x pa-tetap wangi kek korang)
Cara-caranya:
Apple Cake Mudah
4 biji Apple Fuji atau apa jenis apple je la merah ke? hijau ke.. kalau besar gunalah 2 biji
2 1/3 cawan tepung gandum (aku guna bluekey self raising flour-kesnya malas nak ayak bagai)
2 biji telur
1 sudu kecil baking soda
1 cawan gula + 2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka makan bukan cuka getah ..lain la kalau ada niat nak bunuh orang.
180 ml minyak masak atau lebih kurang 1 cawan gitu..
180 ml susu full krim milk atau lebih kurang 1 cawan gitu..(sy guna dutchlady)
1 btg kulit kayu manis atau serbuk nya tu..cinnamon powder kan..(tak masuk pun x pa-tetap wangi kek korang)
Cara-caranya:
- Kopek epal korang..potong dadu..(3 biji korang dadu-1 biji lagi masuk blender)
- Apple dadu tadi gaulkan dengan 2 sudu besar gula +letakkan kulit kayu manis atau cinnamon powder dan lembutkan dlm microwave dlm 1 minit je..tak ada microwave?? guna la periuk je..panaskan kejap je pun.
- Blenderkan apple 1 biji, telur, gula 1 cawan, minyak, susu full krim milk,garam, esen vanilla-semua kasi hancur ok...
- Sediakan loyang 8 inci sapu dengan minyak atau planta...lapik kertas..
- Panaskan oven..aku ni jenis tak reti nak panaskan oven awal-awal.. separuh step buat baru aku panaskan oven...kalau aku panaskan oven awal..alamatnya berasap berkepul2 la oven aku sebab bahan tak ready..
- Tuang bahan yang diblender tadi dalam mangkuk, campurkan gandum+ baking soda..kacau rata, masukkan epal yang dikaramelkan dgn gula tadi..gaul rata, masukkan cuka ..kaup balik..dan tuang dalam loyang.
- Bakar dengan kepanasan 170 darjah celcius selama 50 minit..
- Cek la dengan lidi sate tu dah masak ke belum..kalau dah masak jangan jadi aku lak..excited nak keluarkan dari loyang..tunggu sejuk skit..
Subscribe to:
Posts (Atom)

