NuffNANG

Tuesday, September 29, 2009

Salam semua..selamat kembali berblogging..amacam hari raya anda? Sambut dimana? meriah tak? Ada menu baru untuk open house..kalau ada meh la share kat sini. Ikutkan hati memang nak buat open house tapi bila fikirkan budget cam lari la pulak. Kalau buat ajak kawan-kawan saya aja cam tak adil pulak untuk en suami tu. Saya kalau boleh nak ajak semua datang beraya kerumah dari teman-teman sekolah rendah yang bertemu semula akhir-akhir ni, teman-teman sekapal di UiTm dulu, adik beradik sebelah husband, adik beradik sebelah saya, jiran-jiran saya.. agak-agak lebih dari 100 orang tu. Kalau termasuk pasangan masing-masing mungkin dalam angaran 180 gitu. Ramai jugak tu.. saya ni pulak bukannya suka catering-catering ni sebab sebenarnya adalah saya tak mampu nak guna pakai khidmat catering ni. Saya kalau nak buat open house mesti nak masak banyak-banyak jenis makanan...hehhe walaupun hakikatnya bukan pandai masak pun. Dalam pada mulut cakap tak mahu buat open house pun tangan dah menyenaraikan menu-menu yang bakal menjadi pilihan saya..setakat ni dah 21 jenis. Biar betul...eh itu baru senarai aja..bukannya nak saya masak semua.

Ni senarai menu tu manalah tau ada yang ketandusan idea nak masak apa boleh la ambik salah satu senarai ni, dari masakan berat hinggalah desert:

1. Rendang Ayam kunyit
2. Nasi Impit express

3. Bee Hoon Goreng Carot
4. Kuah Kacang

5. Lemang ready made
6. Kek Coklat

7. Ayam Bali
8. Sayur Lodeh
9. Spagethi Bolognese

10.Gulai Daging
11. Nasi Hujan Panas

12. Laksa Johor

13. Makaroni Bakar

14. Ayam masak merah
15. Dalca
16. Nasi Carot

17. Makaroni Bakar
18. Nuget Goreng

19. Salad sosej
20.Fruit Koktel

21. Puding Gula Hangus


Sambil dok fikir menu apa nak pilih layanlan gambar raya saya dan family kat rumah mertua. Tahun ni tahun dia.. tahun depan dah chop awal-awal nak raya Kelantan lama-lama sikit. Tak kiralah cuti panjang ke pendek ker nak jugak raya kat Kelantan gitu.


Ni gambar dengan mertua saya.


Ni gambar saya dan En. Director tu..




Ini pulak gambar dengan adik beradik ipar duai anak buah sebelah En.D..ramaikan tu pun belum masuk lagi satu family yang lambat sampai. Harap tahun depan ada gambar raya sebelah pihak saya pulak..gambarnya akan lebih terang dan jelas sebab boleh fokus dekat-dekat sikit..ruang banyak..adik beradik saya tak ramai..hheh.

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri, rancang nak hantar last minute tapi takut post tak terima dah..takut pulak sampai lepas raya. Kad ini ditujukan pada followers saya dan juga bloggers yang seringkali mengintai disini. Special dedicated to Pn. LG dan family, Mamafami dan familyNurPu3 dan family, Pn. M.I.O dan family, En. Saat, Pn. Rohaiza, my big brother yang sering intai jer tu, Mr. X1, Mr. X2 pun suka intai jer, Cikgu Saril, Moon , Pn. Suzy dan family, Pn. Emma , Cik Tintasepi dan family dan ramai yang lain-lain tu la. Penghataran kad sampai sini ajalah..sila lah ambik dan tepek/ gantung kat mana yang suka.
More Graphics @ CPGrafix.net

Monday, September 14, 2009

Ada Sesuatu

Ada sesuatu esok yang bakal saya tempuhi. Dah lama sangat saya tak attend ni. Macam-macam perasaan berkecamuk dalam fikiran saya ni. Takut, gelabah..memang sangat-sangat mengterujakan diri saya. Apa saya nak jawab esok ni, hari ni dah rasa ketar lutut. Lemah longlai rasa tak berdaya. Penakut betul saya ni kan. Setiap kali ada jemputan macam ni la jadinya. Banyak kali saya tolak sebab lutut saya ni buat hal yang melemahkan seluruh institusi badan saya. Nak angkat tangan "babai" pun rasa tak berdaya. Semoga tuhan bagi saya kekuatan dibulan yang mulia ni. Semoga minggu terakhir puasa ni akan jadi yang paling bererti dalam hidup saya. Tangan saya sejuk sangat ni...tak tahu apa yang saya gelabah sangat, apa yang saya takut sangat.. belum berdepan lagi..jangan saya cancell lagi untuk kali ini dah la. Ya ALLAH bagilah hamba mu ini kekuatan.Amin...

Friday, September 11, 2009

Masih panas!!

Sedar tak sedar dah 10 tahun kerja kat company E**D ni, seperti kata my old colleague Cik MIO. "Kilang Cap Ayam" boleh tahan jugak lah menjanakan pendapatan untuk saya walaupun nak dibandingkan dengan tempat lain mungkin saya akan dapat lebih baik @ pun tidak, apa pun rezeki saya disini, dari bujang, berkahwin dan mempunyai anak yang nan satu itu. Dengan berdikit-dikit dari gaji yang ciput ini jugaklah dapat saya beli sebuah kereta yang saya bayar sendiri dan rumah teres ini pun saya bayar sendiri. Alhamdullilah atas rezeki saya walaupun dalam bekerja disini ada jugak timbul ketidak puasan hati saya pada pengurusan syarikat. Bukan saya tak ingin lari dari sini, malah berkali-kali setiap masa, saat saya berdoa agar saya mempunyai rezeki yang lebih lumayan ditempat lain memandangkan memang susah untuk mendapat gaji yang begitu disini, kenaikkan pangkat apatah lagi, saya tak kisah pangkat asal gaji saya berganda-ganda, kan ker saya ni mata duitan pitisan $$$$. Saya tak mahu cerita tentang itu lagi. Tak guna kalau saya bercerita lebih-lebih pun bukannya gaji naik mendadak ya tak?

Hari ni saya nak cerita pasal cheque yang saya baru terima tadi, masih panas, fresh from oven .Appreciate token RM$$$.00, just because "Kilang Cap Ayam" ini menyambut ulang tahun yang ke 20 tahun ini. Jumlahnya oklah boleh la untuk menyambar sofa 3 seat jika mahu. Actually kalau tak silap saya 9/9/89 ianya ditubuhkan, so dah 20 tahun la, saya masih di SRK lagi time tu, masih sunti, dan 10 tahun kemudian saya bekerja disini sampailah sekarang . Hari ni jugak ada anniversary dinner merangkap bukak puasa…dan saya tak akan join sebabnya..caterer cina walaupun pengurusan mengatakan ianya halal. Setiap kali ada jamuan pun mereka selalu cari caterer cina. Saya menolak dengan mengatakan saya tak punya masa untuk berpatah balik ke opis sebab perlu berkejaran mengambil si anak yang bersekolah petang. Agak logik kan. Biarlah apa mereka nak kata jangan tolak gaji saya sudah. Tak rela you!!.

Thursday, September 10, 2009

Ni kerja saya

Ni kerja saya akhir-akhir ini sungguh melambak-lambak

1. Jahit Langsir-baru 10 % siap(baru jahit tepi..huhu tah bila nak siap)

2. Cat rumah (90% siap)

3. Tambah perabot (80% dah ada-20% tah bila nak gi beli..budget ada..masa tak ada..saya nak beli kerusi ikea rotan tu..tapi tak suka pg ikea..ada sapa sudi tolong?)

4.Frame gambar (0%...langsung tak mula lagi)

5.Kemas rumah (60%..siap tapi yang ni selalu turun naik kadar siapnya..)

6. Lipat gunung kain(pun % nya selalu turun naik, tak boleh nak angar langsung)

7. Biskut raya(baru 10%..harap ahad ni boleh jadi 80% pun jadilah) itupun setelah settlekan yang mana urgent dulu.

8. Kemas bilik Sara (100%..kena leter tiap-tiap hari baru dia keep clean and tidy)

9.Baju raya (mungkin untuk Sara jer kot tahun ni, bukan sebab budget tapi tak ada masa nak merayau cari baju..bila nak beli baju tuk Sara pun tak tau lagi).


arghh banyak jugak kan.. jadual saya amat padat la..kesuntukkan masa. Saya harus re-arrange masa dengan sebaiknya. Mana yang urgent harus didahukukan. Ok tak boleh nak lama-lama berblogging kerja opis pun harus saya siapkann jugak. Berserabut juga kepala saya, tak ada assistant susahkan..yang rajin menolong pun tak boleh diharapkan sangat, peratusannya lebih kepada menyusahkan pulak.
(gambar pakcik google)

Wednesday, September 9, 2009

Tak Sabar tunggu Sabtu.

Walaupun amat sibuk kebelakangan ini, tapi tak sabar nak jamu adik beradik untuk berbuka puasa kat rumah Sabtu 12 hb ni. Saya dah sketchkan merangka apa yang nak dimasak hari Sabtu ni. Makanan yang biasa sahaja tapi bukanlah nasi kerabu. Dah budget berapa pot nak kena masak nasi, berapa ramai kehadirannya. Harap rancangan saya tak tergendala la hendaknya. Dari lauk pauk hinggalah desert. Harap-harap jugak tak ada yang menarik diri di saat akhir. Dari yang berumur 60an hinggalah yang baru mengenal dunia, semua dapat hadirlah kiranya. Tak lupa juga saya dah siapkan agenda-agenda tersembunyi sebelum ketibaan ahli keluarga saya. Kalau boleh biarlah saya yang siapkan semua. Harap juga En. D membantu saya walaupun tidak dari segi tenaga tapi setidak-tidaknya dia tak terkangkang tergolek terbaring depan TV hari tu. Saya memang pantang kalau saya penat dan lihat orang lain asyik baring sahaja. Nak baring tolong jangan tempat yang saya boleh nampak, harapnya juga si anak bonia saya tu tak berkepit sangat dengan saya pada hari itu. dan yang paling penting tidaklah kiranya mereka dua beranak tu melintang pukang kapal saya hari itu..ah..banyak betul harapan saya. Dalam pada itu jugak saya masih terpikir bila saya nak siapkan biskut raya yang orang tempah dan langsir baru saya tu??..emm kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Semalam pun masih ada yang menempah Chocolate Chip Cookies.. nak tolak kawan tu..kan ada yang kecik hati. Insyaalllah semua biskut akan saya siapkan awal minggu depan..tang langsir pulak rasanya tengok keadaan dulu..kalau sempat saya jahitlah..kalau tak pakailah yang ready made omak saya dermakan tu.

Saya cadang salah satu menu nak masak ini sebab masih ada satu ekor dalam 2kg belum dinodai lagi dalam fridge tu..

Tuesday, September 8, 2009

Pizza hut oh Pizza hut

Hampir saja mata saya terpejam sewaktu memandu ketempat kerja hari ini,mengantuk yang amat. Sampai saat ini pun terasa mahu menongkat saja kelopak mata ini dari tertutup. Letih silih bercampur gaul dengan perasaan keciwa semalam masih mengusai diri. Alkisahnya semalam selepas dijemput dari tempat kerja saya mencadangkan agar kami sekeluarga berbuka di Pizza Hu.T sahaja memandangkan selera saya terhadap nasi agak berkurangan akhir-akhir ini. Cadangan saya disambut baik oleh Si anak yang merupakan peminat tegar Spaghetti Bolognese di Pizza Hu.T itu. En Director hanya mengikut sahaja tanpa sebarang bantahan kerana 2 lawan satu. Kami cuma berbincang lokasi mana yang terbaik yang agak berhampiran kawasan tempat tinggal kami. Kota Damansara mungkin senang sikit bang..itu cadangan saya. Masih awal lagi tak kan nak tercangguk tunggu kat Pizza tu. Kita ke Sg. Buloh sahajalah..kat sana pun ada Pizza..boleh la kita shopping sekali…cadangan En. Director. Saya menurut sahaja lagipun bukan saya yang pandu kereta. Sampai di The Store..saya mengajak En. Director terus ke Pizza Hut tapi dgn kuasa vetonya dia mahu berlegar-legar dan membeli sehelai dua baju dulu. Saya mengikut sahaja ..takut pulak tetiba dia naik angin terus tak jadi pergi Pizza kan ker naya. Pun begitu saya tetap mengesa En. D (saya ringkaskan sahajalah)supaya segera kesana. Hampir jam 6.45 saya melangkah masuk ke Pizza hut. Wah semua tempat hampir penuh…bukan dengan orang tapi semua tertera perkataan RESERVE , saya jadi panic, segera saya mencari tempat kalau-kalau masih ada yang belum di reserve. Kami bernasib baik dapat jugak satu table untuk 3 orang. Duduk disitu dalam 3 minit mata saya melilau mencari pelayan untuk mengambil order, lantas saya kekaunter bertanya.

Cashier: Cik duduk dulu nnt ada pelayan dtg.

Saya: cepat sikit ya saya takut tak sempat.

Cashier: ya Cik sabar ya.

Saya berlalu, hampir sepuluh minit seorang minachi dating, itupun setelah saya melambai-lambai memanggil pelayan untuk mengambil order. Saya order secepat mungkin, tak mahu dia tertunggu-tunggu dan melambatkan lagi kerja dia. Order pun ringkas set ramadhan pizza, cabonara baked and kid set spaghetti Bolognese. Sebelum minachi itu berlalu saya sempat berpesan supaya bawakan air dulu sebab waktu dah semakin hampir. Bila azan air pun tak sampai lantas orang kat meja sebelah kasi air pepsi pada Si anak. Mulanya saya menolak tapi dia beria-ia menghulur dan demi si anak yang berpuasa saya menerima juga air yang dihulur itu. Masih ada yang simpati. Kami sabar menanti walaupun telinga saya tak tahan dengan sindiran halus dari En. D sambil mengunyah kuih Dorayaki, nasib baik ada kuih tu. 20 minit berlalu segelas air milo dan spaghetti pun tiba si anak gembira bukan main bila akhirnya dapat jugak dia makanan kegemaran dia. Si anak makan dengan rakusnya, sekejap sahaja sepinggan spaghetti licin. Tak tahan dengan sindiran-sindiran halus dari En. D saya sekali lagi ke kaunter, kami mengejar waktu sebenarnya sementelah solat maghrib belum ditunaikan. Saya mendapatkan pelayan tadi,

Saya: cik kalau belum disiapkan kami minta untuk take away sahajalah.

Minachi: sekejap ya kak, dia berlalu dengan muka yang sedikit cuak. Saya kembali ke meja semula. Minachi tadi datang kembali.

Minachi: akak order apa?,

Saya: hah..u asked me I order apa, please check your list. Hati saya mula panas.

Minachi: sorry kak I lupa punch for the other order, only spagethhi and cabonara jer.

I tak cakap apa lagi terus angkat my bag and asked En. D and Sara to go back.

Minachi: akak sekarang pun saya boleh punch untuk akak.

Saya: apa??? Sekarang baru nak punch so u nak suruh I tunggu berapa lama, 15 minit?, 20 minit, setengah jam lagi?, I'm fasting la, u janji nak hantar air dulu lepas 20 minit baru you hantar luckly people kat meja sebelah tu bagi air, kasihan anak saya, dia pun puasa.( I just cakap dengan nada paling perlahan sangat).

Orang lain yang order kemudian pun boleh dapat dulu.

Minachi tu memang gelabah sangat sampailah manager dia datang, minta maaf.

Manager: Kak you duduk dulu kita serve untuk akak.

Saya: tak pa lah I na balik, I just pay for what I get it ok.(lagi perlahan)

Saya menuju ke kaunter. En. D dan Sara membontoti saya. Si manager terus menekan mesin. Melayang jugak rm20 kat situ.

En. D tiba-tiba mampir ke depan

En. D: lain kali bila time berbuka, you kena make sure muslim dapat air dulu, tak dapat sediakan air yang di order pun ok, just give them plain water.

Ceh..En. D pun tunjuk bengang jugak. Si anak yang kenyang pun mengangguk2. Macam dia faham

Bila bayaran di buat:

Manager: maaf kak.

Saya: ambik balance, dan pandang tepat pada muka manager tu, then terus blah.

Sekian..

Moralnya jgn berbuka kat luar, nak makan pizza sangat, sila beli bungkus k. itu kata En. D

CikSally: kalau beli bungkus..tak ada feel makan pizza..kan !..kan!..

Lagu masa balik oleh Sara: Pizza hut oh pizza hut, Kentucky fried chicken pizza hut..(ada yang kena marah ni kan)..


 

Thursday, September 3, 2009

Soalan

Semalam En. Director tanya?:

dia: Langsir dah jahit belum?

Saya: dah potong..

dia: saya tanya dah jahit belum..bukan tanya potong

Saya: bila saya cakap dah potong maknanya..saya belum jahit la.

Director mengeleng-ngeleng kepala. Soalan kedua:

Dia: biskut yang orang tempah dah buat ker

Saya: bekas belum beli....

Dia: saya tanya dah buat ker..

Saya: kan saya dah cakap bekas belum beli..

Soalan ketiga:

Dia: bila nak cat rumah ni, awak dah beli?

Saya: emm tak tahu nak pilih warna apa..

Kalau anda ditempat En. Director ...geram dan marah tak dengan jawapan saya.?...sapa yang jiwanya artistik dan jenis weng2 jer yang faham kan. So kalau saya bertanya sesuatu soalan kat Sara..saya tak sepatutnya marahkan jawapan dia kan. Contoh dialog Sara dan saya:

Saya: Sara puasa tak hari ni?

Sara: kawan bagi gula-gula...

emmm like mother like doter..

Tuesday, September 1, 2009

Hari Ke 11 sahur.

Saya tak berapa selera nak bersahur pagi ni, dua hidangan sup tulang dan telur dadar sedikit pun tak memecahkan selera makan saya. Jenguk ke peti ais. Ada sebuku roti bertarikh 29 Aug 09 yang masih belum terusik sedikit pun. Emm dah 2 hari expired. Saya keluarkan roti yang didingin beku seperti daging salai tu dan masukkan dalam toaster. Jengah lagi peti ais cari soft planta dan jem strawberry. Sapu ..ngap..1, 2, 3 kali..payahnyer nak abiskan roti nan sekeping tu. En Director makan dengan lahapnya. Si Bonia pun terkial-kial nak menghabiskan nasinya...baru 11 hari..selera nak sahur dah tak ada..sure kalau sorang2 sahur macam ini saya dah tak bangun sehinggalah subuh gamaknya. Ikutkan hati...