NuffNANG

Showing posts with label luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label luahan rasa. Show all posts

Tuesday, September 1, 2009

Hari Ke 11 sahur.

Saya tak berapa selera nak bersahur pagi ni, dua hidangan sup tulang dan telur dadar sedikit pun tak memecahkan selera makan saya. Jenguk ke peti ais. Ada sebuku roti bertarikh 29 Aug 09 yang masih belum terusik sedikit pun. Emm dah 2 hari expired. Saya keluarkan roti yang didingin beku seperti daging salai tu dan masukkan dalam toaster. Jengah lagi peti ais cari soft planta dan jem strawberry. Sapu ..ngap..1, 2, 3 kali..payahnyer nak abiskan roti nan sekeping tu. En Director makan dengan lahapnya. Si Bonia pun terkial-kial nak menghabiskan nasinya...baru 11 hari..selera nak sahur dah tak ada..sure kalau sorang2 sahur macam ini saya dah tak bangun sehinggalah subuh gamaknya. Ikutkan hati...

Friday, August 28, 2009

Hingga Saat ini..

...saya masih tak dapat meluahkan rasa geram saya ini. Sudah seperti kawah rasanya hati didalam..kenapa saya tak bisa menaipnya didada blog ini, bukan kah dulu niat memblog ini untuk saya menyuarakan rasa ketidak puasan hati saya pada persekitaran ini..kenapa saya tak boleh????kenapa ianya hanya membuku..arghhh sakitnya hati ini...

Dia: Awak nak ikut saya balik kampung?

Saya: Tak mahu

Dia: Kenapa?

Saya: Lebih baik saya tak balik..nanti saya tunjuk muka masam tanda kita berseteru awak jugak yang malu. (nada marah +merajuk)

Dia: suka hati awak la..(nada bengis)...terus berlalu..tak pernah nak memujuk rayu..

Sabar jer la hati..ni kan bulan puasa.

Tuesday, July 7, 2009

tak tahan la..rasa nak...

Uwekkk!!!tetiba semerbak bauan seakan kencing, hapak, hamis, pengap sangat bauannya menerpa ke rongga hidung. Hampir-hampir saya termuntah. Malaun betul la. Tak yah toleh-toleh dah tengok sapa yang bawa bau-bauan tu..bukan makcik indon cleaner ataupun tong sampah kat pantry tapi bau ni adalah dari apek yang tak pernah mandi kat department saya ni..fuh tak tahan saya..cepat-cepat saya keluarkan botol perfume kecil yang saya beli kat Sham tu. Muka dah rasa hijau, biru kuning menahan rasa..cis!! elok simbah petrol jer..!!