NuffNANG
Wednesday, June 30, 2010
betapa beruntungnya saya
Rasa berbaloi pulak spend masa sampai 2 pagi 2 hari berturut-turut buat housekeeping. Semua dah berkilat..tinggal kain dijemuran yang belum angkat dan lipat. Sempat kot bila saya sampai rumah jam 7 nanti.
Oh esoknya saya cuti..nak kena bangun pagi-pagi buatkan sarapan nasi lemak, teh tarik dan cekodok bawang gitu..
Monday, June 28, 2010
Dengan rasminya..
Kebiasaannya dapur gobok dibuka ikut selera tekak 3 beranak jer tapi kali ini dapur gobok kena masak dengan sedikit serius untuk beberapa org tetamu..kononnya. Kalau dapur Malus Domestica sibuk dengan kunjungan mak Jah, saya pula akan sibuk dengan kunjungan MIL and the gang.
Kelam kabut jugak jadinya bila masa yang tinggal tak seberapa, memandangkan dapur gobok baru beroperasi secara tidak rasmi oleh tempahan cookies lagi untuk majlis pertunangan dan perkahwinan
Pertukaran cadar, mengvakum,melipat kain juga mengemas bilik sianak dara adalah perlu bagi memastikan rumah tidak dikutuk. Toilet jugak harus bersih,nanti tak pasal kena kutuk macam kat N3 ni...malu orr.
Beberapa menu sedang digodek dari dapur-dapur chief2 tersohor kerana kepakaran dapur gobok tidak pernah beroperasi di dapur MIL..cuma time-time begini adalah suatu kemestian agar masakkan dari dapur gobok menjadi igauan tetamu yang datang..eceh..macam lah terror sangat masak. antara menu yang bakal dipersembahkan adalha seperti berikut sayur kobis goreng & park choy. Ikan kerapu yang dipancing en.suami dimasak
Monday, June 21, 2010
Berat telinga mendengar
Bagi Si Minah...dia irihati dengan saya yang bebas kesana sini dengan bertemankan si anak. Menurut Si Minah dan seorang rakan saya yang lain...dia ingin sekali jadi seperti saya..namun suami si minah tak mengizinkan dia begitu..kemana jua si minah dan rakan saya seorang tadi Si Bedah(bukan nama sebenar juga)..suami sentiasa ada bersama. Sungguh berbeza..mereka memandang saya seronok sedangkan saya irihati dengan mereka..kemana jua si suami ada bersama. Sungguh saya irihati melihat kebahagian si Minah. Petang itu saya pulang berbekalkan bee hoon sup dan pulut kuning rendang daging dari si Minah.
Ahad, cerita si Minah tidak tamat dengan pulut kuning dan rendang daging rupanya..si Minah menghantar sms kepada saya..ada masalah katanya. Entah kenapa bila dia menyebut ada masalah saya tidak menyangka lain..ramalan saya seakan tepat bila perbualan telefon dengan si Minah dia mengatakan dia sebenarnya bersedih dengan suaminya yang tengah kemaruk mencari calon isteri kedua...masyaallah.. simpati saya pada si Minah. Suami si Minah memang saya kenal dari zaman si Minah bercinta lagi..seorang yang romantik, lembut tutur katanya dan selalu menurut sahaja permintaan si Minah. Suami si Minah tidaklah se handsome mana pun..tapi saya percaya dek kelembutan tuturnya dia mampu menarik minat perempuan mendekatinya..tambahan pula suaminya jenis yang berduit dan tidak kedekut..apa yang si Minah paling takut itulah yang terjadi..suaminya kemaruk untuk berkahwin dengan perempuan indon juga adanya.
Saya masih ingat ketika pertemuan si Minah dan suaminya yang pada ketika itu sudah bergelar duda. Si Minah sering menerima jambangan bunga ros..bukan sekuntum dua tapi 40 kuntum you!..sangat berbeza dengan suami saya..usahkan sekuntum bunga segar..hatta bunga plastik pun tak pernah ok!...kad ucapan hari2 si Minah terima...kalau si minah merajuk ada saja cara pujukkan yang mencairkan hati si minah..ketika itu saya hanya menahan rasa jeles yang membuak-buak..pasangan saya tidak romantik..tutur kata pun kasar sahaja...sungguh berbeza.
Keluarga si Minah memang menentang keras perkahwinan mereka, terutama ayahnya..si Minah tiada penasihat dalam kategori wanita.. ibunya telah meninggal ketika si Minah sekolah menengah lagi...dia mempunyai ibu tiri yang tidak sekepala dengannya dari dulu lagi.
Kalau dulu bagi saya si Minah seorang yang tegas, garang dan bermulut laser jugak..tapi sangat berbeza dengan si Minah yang saya kenali kini. Dia seolah mengikut saja kata suaminya.
Menurut si Minah..setelah pertemuan dengan bakal madunya..si Minah sendiri pun naik heran dia tidak memaki hamun pun perempuan itu malah hanya merayu agar si bakal madunya pulangkan suaminya. Si minah ada terfikir mungkin jugak suaminya sudah lembutkan hatinya.
Saya bertanyakan si Minah.adakah suaminya pernah buatkan dia air?..si Minah mengiakan..malah suaminya tanpa diminta pun selalu membuatkan air kegemarannya.. mungkinkah suaminya sendiri dah buat guna2 pada si Minah???...sungguh saya pun tak mengerti..apatah lagi si Minah ceritakan pada saya dia pernah terjumpa garam kasar yang ditabur didepan pintu masuk rumahnya..bila dia bertanya suaminya..ternyata suaminya seolah pura-pura terperanjat.
Kasihan si Minah..rasa bersalah pulak sebab saya ada perasaan irihati padanya sedangkan hakikatnya si Minah tidaklah sebahagia yang saya sangka. Hendak mengadu pada bapanya sure..si Minah akan ditempelak hebat.
Sebelum melelapkan mata saya menghantar sms ringkas buat si Minah...Minah kau bacalah surah alimran ayat 199-200...moga2 suami mu lembut hatinya dan kembali kepangkuan kau seadanya..
Friday, June 18, 2010
Kepuasan Hati Seorang Tukang Masak
Tak kurang jugak yang memang seorang pakar seperti ini, ini dan ini ....setiap buat percubaan kedua atau ketiga baru menjadi. Ada juga yang memasak sekadar melepaskan batuk ditangga..masak tapi tak ada rasa rasa langsung..oh kecewa tau seolah masakan itu tidak bernyawa..hambar.. manis tidak, masin tidak, lemak tidak..masam tidak.
Ada juga masakan yang indah rupa dari rasa..ah ini memang sangat-sangat mengecewakan.. look nice look delicious buat the taste..langsung tak ada. Itu semua adalah pandangan dari seorang pengkritik makanan seperti saya..ekeke.
Kalau dari segi tukang masaknya..apa yang paling menjadi kepuasan bilamana masakan yang dimasak dipuji-puji..oh pujian sahaja tak cukup..paling puas lagi jika masakan yang dihidang licin dimakan dan siap ada permintaan siaran ulangan lagi.
Pujian yang bagus inilah yang semakin mendorong untuk si tukang masak untuk mempamerkan lagi pelbagai masakan.
Monday, June 14, 2010
Seandainya
..ku memetik daun-daun pokok akan kujadikan wang kertas agar senang aku nak bershopping sakan..ekeke
...dapat ku kutip butiran pasir dipantai akan perhalusi menjadi berlian yang amat bernilai.
...dapat kucebok air diperigi...akan kujampi menjadi air yang paling lazat dimuka bumi ini.
...dapat kupegang udara..akan ku pintal menjadi sutera pembalut tubuh..
chewaahh...berpuitis gila hari ni ya!..oh kiranya semua unsur-unser alam tadi diberi pilihan untuk anda pilih yang mana anda mahu pilih??
Monday, June 7, 2010
Pernah tak?
Bila tetiba anda rasa anda ingin lari dari bebanan kerja. Anda rasakan anda perlu pulang atau pergi ke sesuatu tempat walaupun hal/perkara itu tak penting pun untuk melayakkan anda memohon cuti kecemasan. Hanya perasaan anda sahaja yang mahukan anda bingkas dari kerusi berpusing anda tersebut, mengambil handbag berjenama anda(tidak bagi saya!) dan menonong ke bilik bos dan menyatakan anda mahu pulang dengan muka yang serius tanpa menyatakan kenapa anda mahu pulang dan anda masih mampu tersenyum melihat muka bos yang terkejut beruk dengan tindakkan drastic anda itu.
Pernah tak??kalau tak pernah anda seorang penakut sama seperti saya..hhaha..sebabnya saya terasa seperti mahu pergi berpoya-poya seorang diri. Bawa bag galas yang berisikan kamera, bawa drawing block, bawa waterkaler, bawa tripod dan lantas memandu kereta buruk saya dan berhenti dibahu jalan dan berpura-pura menjadi orang asing walaupun hanya sepelaung dari tempat kediaman anda. Menghalakan lens kamera kearah subjek yang diingini ataupun…
Bersantai di tepian tasik sambil baring membaca novel dengan tiupan angin tasik yang nyaman..sesekali mengunyah epal merah yang ranggup sambil tangan kiri menyelak halaman novel seterusnya. Alunan music sentimental dari corong handphone mengiringi kedamaian petang ditasik…atau sesekali terdengar cicipan burung-burung kecil diselang seli dengan seraknya suara gagak!..eceh..sungguh rasa macam nak blah jer niiiiii!!!!!!!!!
Friday, June 4, 2010
Kononnya nak berdiet tapi
Tuesday, June 1, 2010
Tiada lagi not 10x1 ker??
Sewaktu kecil-kecil dulu..mungkin sewaktu usia 7 atau 8 tahun..pernah suatu ketika saya mengikuti nenek yang saya panggil Mek...sebelah ibu saya menghadiri kenduri. Yang saya ingat hanyalah bekas periuk kunci(bekas silver sebesar periuk masak yang berdiameter 10-12cm..bersambung dengan penutup yang boleh dikunci..kalau tak sila saya kami panggil benda tu puyuk koci..agaknya kerana boleh dikunci barangkali..oh bukan kuih koci Labu yg dibuat dek ibu Cikgu Intan ya! ).yang sering dibawa dek mek ketika menghadiri kenduri kahwin atau sebarang kenduri. Kebiasaannya Mek akan mengisi bekas tersebut dengan beras barang secupak. Lepas diisi beras Mek akan kunci dengan selak yang di perbuat dari kertas suratkhabar yang digulung dan diselit antara pengunci. Seingat saya beras sahajalah yang akan dibawa oleh Mek untuk hadiri kenduri tu.
..inilah bekas yang dikatakan itu..gambar ni bagi kredit kat blog Blue Riders Bukan Mek sahaja yang bawa bekas begitu, majoriti kaum wanita yang lain akan bawa bekas tu(kalau sekarang sudah dikira antik gamaknya). Adakala secupak beras yang dibawa tapi kenduri dihadiri bukan oleh satu individu..ada yang siap bawa lima orang sekali.
Sedikit demi sedikit perubahan berlaku..dari beras bertukar ke susu tin cap junjung ataupun gula dan seterusnya ke wang kertas serinngit.. jika yang org kaya RM3 masa tu sudah dikira besar.. sudah boleh dikatakan dilabelkan dengan gelaran "Orang kaya" gitu. Ajakan pemberian wang akhirnya dinaik taraf dari RM3 ker RM5...ke RM10 dan sekarang kalau ke rumah kenduri dan segan nak hulur RM10.. paling-paling tidak not RM10x2 diletakkan dalam sampul angpow raya(tak kira raya cina ker aidilfitri ker depavalli ker)asalkan bersampul.
Bila diterima tuan rumah, pastinya ada yang diingat berapa yang telah dihulurkan dek kenalannya. Pun begitu jangan terkejut kalau ada yang menghulur sampul kosong saja tau!..ish buat malu jer kan!..tak kurang masih ada yang hanya menyisipkan not RM1x2. Kalau dikampung2 mungkin itupun nunnnnnnnn jauh dari bandar.
Disebabkan inilah mungkin ada yang berkenduri tapi ramai jugak yang mengeluh sebab tak balik modal. Ini tentang kampung saya la..mungkin ditempat anda mahupun bandar sudah pasti ada bezanya.
Oh kami baru sahaja mengumpul duit untuk kenduri rakan lama yang telah lebih 22 tahun tidak bertemu dan pastinya bukan not sepuluh yang dikumpul..ahak! bersedialah sebab cuti sekolah sudah bermula...sedikit sebanyak tabung kena korek jugak buat hadiri kenduri kan!..itupun belum yang dikira kos perjalanan dan sebagainya..aduhai!!
Oh patutkah saya berdiet?
Saya sangat phobia menyebut perkataan GEMUK tu sendiri. Sewaktu mencuba sepasang kurung biru untuk menghadiri majlis tahlil seorang jiran saya semalam, saya, baru saya perasan yang saya tak dapat nak mengenakan kancing nya lagi. Saya cuba kurung kuning pun sama. Time tu jugak saya rasa nak berguling-guling meraung dan menyesal makan sampai tak ingat badan. Apa harus saya buat ni. Berkali saya bertanya en. Suami adakah saya gemuk?..jawapan jaga hati saya mengatakan you look ok dear!!..nyampah!!..penipu besar betul..huhuh
Menyesal saya tak menimbang berat badan ketika berkunjung kerumah mak saya hujung minggu yang lalu. Saya masih perasan yang saya kurus agaknya..kalau dulu 43 agaknya sekarang mahu cecah 48 kot. Saya kena cari alternative lain ni.Nanti tak pasal2 saya dapat dianugerahi gelaran CIK KOBIS lagi..