NuffNANG

Tuesday, January 18, 2011

Saya emo ni..

nak buat report segera kesekolah tu..tapi call directory langsung tak ada nombor telefon sekolah tu dalam senarai ..lupakan seketika.

Bila saya nak makan buah ni, sukar pul,ak nak dapatkannya. Dari hari Khamis lepas, saya telefon bonda saya, bertanya ada tak buah tu dijual dekat-dekat kawasan rumahnya. Nasib tak menyebelahi saya, sebab pasar malam hari sebelumnya ada dijual. Terlepas la saya, tunggulah esok pulak kata bonda saya, mungkin ada dijual dipasar pagi. Dalam pada tu saya tak harapkan sangat buah tu dari bonda saya..cuba cari sendiri sekitar kedai-kedai runcit area rumah say, pun yilekk!!. Pagi Sabtu lepas pagi-pagi lagi saya dah punch card kat pasar tani, pun yilekk!!..hahh biasanya setiap minggu makcik tu ada jual buah tu tapi tak ada pulak kali ni. Lain macam rasanya mulut saya, makan apabenda pun rasa tak sedap jer…saya teringin sangat nak asam tu. Sedari dulu lagi saya kalo mengandung memang nak makan asam yang fresh jer..kalo asam boi ker, asam kering apa-apa pun lansgung tak teringin. Dah siap cakap dengan bonda saya agar jeruk buah tu untuk saya..tapi tak nak yang jeruk berhari-hari..nak yang jeruk sekejap jer macam kat gambar ni.



Gmbr jer dapat tengok..hasil dr skodeng kat blog ni.

Sambung balik intro emo saya tadi.Semasa ambik anak dara dari sekolah semalam secara tak sengaja saya jadi rescue sorang budak perempuan yang ditinggalkan dek van yang mengangkutnya pergi balik sekolah. Saya mulanya tak perasan tapi anak dara saya cakap ada budak kena tinggal baru saya perasan dan dengan hati yang berdebar-debar terus saya saya ke sekolah yang memang jelas bertentangan dengan rumah transit anak dara. Dalam hati saya sudah menyumpah seranah pak guard sekolah yang bertugas. Dari jauh saya dengar esak tanggis budak tu…budak perempuan tahun satu. Pagar sekolah sudah dikunci..langsung tak ada tanggung jawab, ..tak kan dia tak dengar tangisan budak tu yang memang jelas dekat sangat dengan pondok pengawal tu.. puas saya jerit panggil Pak Guard tu tapi langsung tak kluar.. memang dia ada…tak kan lah Pak Guard tu pekak pulak.. kalau pekak senang la sapa-sapa yang nak ceroboh sekolah tu nanti sebab buat bising sekali pun pak guard tak dengar kan!..
Saya bertanya nombor telefon mak ayahnya..langusng dia tak ingat..mungkin sebab panik..gamaknya..tanya ada tulis nombor telefon kat mana-mana..pun tak ada. Mahu terus menghantarnya takut ibubapany datang mencari..kalau saya pergi hantar sekurang-kurangnya saya boleh tinggalkan pesan pada pak guard tu..tapi kalau tak jeritan saya pun dia tak endahkan..mahu tak mahu saya kena hantar jugak budak tu..tak kanlah saya nak tinggalkan dia di situ..nasib baik dia ingat mana rumahnya..
Memang itulah yang takutkan bila anak-anak kecil dibiarkan menggunakan khidmat van untuk ambik dan hantar…mesti ada yang tertinggal kalau tak check satu persatu. Bila dah hantar budak tu saya berselisih dengan van yang ambiknya..langsung makcik tu tak sedar yang dia tak ambik anak orang tu..masyallah...tanggungjawab besar tu. Ikutkan hati memang makcik van tu dan Pak Guard pekak tu mahu saja saya pelangkung dengan higheel 2 1/2 inch ni. Geram saya..sudahlah saya pernah dihalau dek pak guard tu semasa datang nak tengok kelas anak tempohari..seklai lagi dia buat hal dengan saya.. memang nak kena.

7 comments:

mak encik | SZ said...

ya allah...kesiannya budak tu...
penah jadik kat kawan saya gak kak...
masa darjah 1, smpi kol 2:30pm belum smpi rumah, transporter (van) tak perasan tetinggal budak tu sebab dia terlambat (mungkin tersesat) smpi ke luar sekolah...dah habis hantar semua budak baru pusing balik ...hadoiii...

Umie said...

tersangatlah mangkOknya

Sally said...

Suzy,
Yang akak geram sangat dengan pak Guard tu..sepatutnya..sebelum kunci pagar sekolah tu..make surelah pelajar semua dah balik..kalau belum balik sebab transport pelbagai..suruh budak tu tunggu dalam kawasan sekolah bukannya kunci pagar dan buat tak tahu..tak kanlah dia tak dengar budak tu dok menangis dkt belakng pondok pengawal tu....dah la budak perempuan..ingat lagi pak guard sekolah lama Sara dulu..bila dia tnegok budak ada katy luar dan parent belum dtg..dia suruh masuk dan tunggu dlm kawasan sekolah...tanggungjawab dia bukan saja jaga sekolah..yer la skrg sedap la dok korek hidung lagi kat dlm bilik pengawal tu.. dah ada kes nnt baru nak kecoh..gerammmnya..

Sally said...

Anis,
memang jenis mangkuk hayun betull..tak frindly langsung dengan budak2..garang lak tu.

lady lavender said...

mak cik drebar tu pun satu hal..main jln aje tak check dulu..(tumpang geram sbb bygkan kalo2 jadi kat anak sendiri)

P/s: sally, kita pun terliur tengok jeruk tu hiihi..

TopsyTurvyMum said...

kesiannyaa..
eiii..takleh bayangkan budak darjah 1 kena tinggal camtu..ngeri betul kalau fikir kalau dia sorang2 kena kidnap ke hapa..seram!!

Nyah..membuatkan mak teringat jeruk2 kat Raub...

Anonymous said...

sekolah kat taman kita ke ni? seram la pulak nak hantar anak i nanti. dah la duk pikir nak masukkan anak kat sekolah mana.
anak akak darjah berapa? Awla sepatutnya darjah 1 la tahun ni