NuffNANG

Thursday, March 24, 2011

Semenjak..

anak dara duk rumah sebulan ni, hampir setiap malam saya akan berada didapur dari jam 8mlm hinggalah jam 10 paling lambat. Lepas tu baru naik tingkat atas, mandi dan solat isya teruskan xtvt manusia normal zzzz. Lama ya tempoh saya memasak?, itu dah campur dengan menjadi ustazah sambilan berulang alik dari dapur ke ruang tamu dan juga tutor tambahan bila jam 9 mlm, kalau tidak alamatnya anak dara tu tak buatlah homework dia. Sementelah en.suami kerja malam jadi terpaksalah saya buat semua kerja.

Dari prepare dinner, brekafst dan bekal untuk lunch anak dara boleh dikatakan setiap malam dari kul 8 mlm hinggalah 10 baru selesai...tapi rasa puashati sebab tak rasa mek tu kelaparan waktu pagi tengahari dan rehat pukul 3 ptg tu. Ni semua gara-gara tengok lunch box kat rumah LG tempohari maka saya teringin nak buat jugak cuma makanan agak terbatas sikit memandangkan tempoh agak lama. Kebiasaannya saya sediakan roti planta + gula, sumi jelly, biskut oreo dan juga apel. Kalau rajin skit saya buatlah meehoon goreng pagi-pagi buta tu..dan simpan kat fridge.. bila pukul 12.30 anak dara panaskan sendiri guna microwave..bolehlah dia makan untuk jam 3 tu, kalau mee hoon biasanya saya buat chinese style jer ..tahan lama skit. buat air ribena atau pun orange dan letak dalam fridge.. bila nak pergi sekolah dia akan tapau semua tu..alhamdulillah setakat ni duit belanja masih berbaki..bila ditanya simpan duit untuk apa..mek tu akan jawab buat beli rumah..tapi sekarang kalau di tnya berulang kali dia cakap nak beli kereta Alphard..kelakar pun ada...dia tahu maknya tak mampu nak pakai kereta tu kot...hehhe

Setiap kali saya didapur pastinya saya akan dengar bebelan dan jeritan jiran belakang rumah saya dengan anaknya..agaknya kalau saya naik angin kat anak dara ngauman saya pun kedengaran macam tu jugaklah gamaknya..adakalanya kemarahan tu tak boleh nak dikontrol. Semalam agak kelakar bila dia mengarahkan anaknya dengan bebelan yang kuat tiba-tiba habis jer laungannya tu saya memabalas dengan agak kuat juga.

"Ai..ai Kapten" jerit saya dari dapur. Agak2 jiran saya tu dengar tak...errr harapnya dia tak tahu itu suara lemak merdu saya..hehheh

Friday, March 18, 2011

Kalau ikutkan

kiraan minggu...hari ni dah genap 18 minggu usia kandungan saya. Saya dah terasa perubahan pada diri, telek2 cutting pinggang dah tak berapa nak nampak dah. Possing dari sisi ya..nampak ler sikit kebonjolan tang perut tu..tapi kalau beratur ker naik LRT ker memang orang yang melihat tak menyangka saya mengandung. 3 hari lepas naik LRT pergi jumpa client sebab tempat tu memang sah-sah susah nak dapat parking..nobody will care or look at me. Lagipun saya masih belum sesuai untuk memakai baju mengandung, longgar.. jadi berdirilah saya sepanjang 20 minit perjalanan tu..terasa kebas jugak kaki..nak pulak time peaks hours..berhimpit-himpit la jawabnya...emm kalau ada yang jual iceblended hulur ikut tingkap sure saya orang pertama yang hulur tangan nak beli.

Saya masih belum ketahui jantinanya..belum scan..tunggulah mungkin usia kandungan dah cecah 20 minggu lebih saya scan..tak adanya nak tunggu suprise-suprise.saya tak suka kejutan..better prepare yang sepatutnya dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni kan!.

Oh sekarang saya dah mulai rajin sedikit kedapur...kalau dulu saya tak suka bau orang menumis sekarang dah ok,.setakat ni Alhamdulillah banyak makanan yang semasa tak mengandung saya tak boleh makan dan minum sekarang boleh pulak.. biasa tak boleh makan roti canai sekarang macam selalu nak makan roti canai..siap order yang baniir lagi tu gara-gara tengok kat blog KGG tempohari..setakat ni belum jumpa yang sedap ditekak..ada yang rotinya dah ok..tapi kuahnya pula ko..dan ada jugak yang sebaliknya. Esok pagi mahu ke Tasik Biru, Kundang..cuba bekpes roti banjir kat situ pulak..hari tu dah order tapi order banjir datang kemarau lak..sedey..kempunan rasanya..kali ni kalau tak tepat memang ada niat nak tukar..nak sound kuat2 hehehhe.. Oh kata adik saya juga kat area situ semua kedai makannya sedap-sedap..dan murah pulak tu..ada satu tempat jual sate malam hari..SATE KUANG..anak dara dah makan kat situ, maknya jer yang belum..katanya sate sedap..kuahnya pun sedap..pendek kata memang leh cheleng sate Kajang la kekdahnya..tengoknya terjahan saya pulak..tunggu duit poket lebih bulan depan la gamaknya..bulan ni memang berbaloi-baloi habis sangat...huhuh

Sunday, March 13, 2011

Brownies..jadi ke ni?


Hah..ni baru pertama kali saya makan brownies dan buat brownies..bila ok jer rasanya jadi la tu rasanya..sedap rupanya benda alah ni..nak buat pun sonang yang amat. Brownies ni saya buat maghrib petang semalam dan pagi ni sebelum hantar kerumah adik saya baru saya dapat ambik gambarnya. Saya dapat resepi ni dari rumah Hana, tatkala bosan gila since mek kecik tak ada kat rumah, bosan sangat saya layan mengemas dapur..jumpa serbuk koko yang ciput jer..saya derhaka skit guna milo dan serbuk Nescafe segera..wakaka..

RESEPI BROWNIES MUDAH
sumber asal : wssary@myresipi.com
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan :
• 6 sb serbuk koko –saya tambah milo dan serbuk Nescafe segera.
• 1/4 cawan mentega cair-saya guna butter dlm 50grm cairkan..ngam2 dapat ¼ cawan.
• 1 cawan gula (hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang) –saya kurangkan guna ¾ sahaja..sebab Hana kata dah cukup manis dah..lagipun saya guna milo kan.
• 1/2 sk vanilla
• 1/4 sk garam
• 1/3 cawan tepung gandum
• 2 butir telur
• 1 cawan kekacang - optional (saya campur dengan badam dalam ½ cawan jer..itu jer pun yang ada)
Cara-cara
• Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter
• Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
• Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
• Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.

Monday, March 7, 2011

Perginya Tak Kembali

...ALFATHIHAH. Sampai ke hari ini, saya masih teringat-ingat pujian pertama yang saya dengar dari Allahyarhamah nenek saya yang saya panggil MEK."Mek suka sangat make kropok kalau Ma goreng..tak minyok..garing molek"..Ya walaupun itulah pujian pertama yang saya dengar tentang skill masakkan saya walaupun saya tahu bukannya hebat sangat pun pun keropok keping yang saya goreng tu. Mana ada tak berminyak pun kan kalau dah terendam dalam minyak panas tu..lain la kalau saya goreng macam Pn.LG kita buat..guna microwave tu. Lagi pun masa tu microwave tak wujud lagi setahu saya...in the year of 1987+ kan.

Hari Sabtu 5 March 2011.. jam 10.58 pagi..semasa menuju kerumah bonda Hjh Saudah saya menerima panggilan tangisan dari adik.
"Mek dah tak ada". itu sahajalah kata-kata adik yang membuatkan airmata saya jugak menitis...tapi bila teringatkan tak baik menangis saya terus cepat-cepat baca Al-fatihah. Anak dara pun saya gesa baca jugak. Kalaulah saya bertolak awal skit pagi tadi kerumah bonda..agaknya saya sempat memohon keampunan dari arwah.. ya saya rasa sangat-sangat bersalah. Adakalnya niat saya mungkin untuk bergurau tapi mungkin ada yang menyentuh kalbu hati tua itu..apa yang saya mampu cuma berharap agar arwah maafkan saya.


Al-Fatihah sekali lagi buat Allahyarhamah nenek saya BIDAH BT. SALLEH...semoga rohnya dicucuri rahmat berpanjangan. Anak bongsu dari 7 adik beradik dan dia jugaklah yang nenek terakhir yang pergi dalam family saya.

Friday, March 4, 2011

Puas sudah

meronta-ronta minta simpati agar en.suami bawa saya sekali ke Johor malam nanti untuk projek lawatan tapak tak rasmi kes lari dalam guni, namun jawapan terkahir yang diterima pukul 4 tadi:
"bayar saman tu dulu"

Menyesal kasi tau dia ada saman. Benci saya tau..tengok kat bawah ni..bukan salah saya sorang yang bawa kereta ni..kadang sara..en.suami pun ada.

BERIKUT ADALAH SENARAI SAMAN SEHINGGA 03/03/2011

Saman 1 19/03/2007 12:22:00 PM KUALA LUMPUR PANDU LAJU RM 300 1-TT576978
Saman 2 28/11/2010 12:16:00 PM SUBANG JAYA PANDU LAJU RM 300 1-1000166516
Saman 3 12/12/2010 11:30:00 AM SABAK BERNAM PANDU LAJU RM 300 1-DH759706
Saman 4 20/01/2009 04:25:00 PM SEPANG ABAI ISYARAT LALULINTAS RM 100 1-SS958974
Saman 5 08/09/2006 10:30:00 AM PETALING JAYA HALANGAN LALULINTAS RM 70 1-SS296778

akhir February hari tu saya check tak appear pulak..tup2..sms 2 hari lepas tengok ada pulak..tak gunaaa...mana boleh saman tang buntut jer..geram saya dah la semalam melayang hampir ribu riban.

Saya teringin sangat nak ke Johor..dah hampir 35 thn dah hidup belum pun sampai Johor..
"kalau saya mati mesti awak terkilan tak bawa saya nanti"..ugutan terkahir jugak adanya..
"tak baik tau keciwakan ibu mengandung tau!"..ayat sambung ugutan lagi..
Klik..dia letak jer phone..malas nak layan saya atau rasa bersalah tak tahulah.

Thursday, March 3, 2011

Tak pasal-pasal

ataupun memang dah tahu pasalnya kopaklah jugak duit dalam RM850 hari ni. Syok2 dok nyanyi lagu terbang la burung terbang dalam kereta tetiba dengar bunyi semacam jer ngan enjin kereta...rupanya duit nak terbang hari ni. Terus mata melilau tengok tempure..mak oi..dah lepas 90' ni..dah nak cecah garis merah ni..dah la gerimis berterusan dari 6.30 tadi lagi. Lagi 250 meter nampak Petronas..secepat kilat berhenti....bersusah payah angkat bonet enjin...suluh dengan torch light..tengok ok jer...apahal lak ni. Tunggu cool sikit ambik kain buruk dalam kereta dan cuba buka penutup radiator..konon macam pandai la.. pastu tetiba rasa was-was..boleh ker aku bukak ni kang meletup tak pasal2 huduh pulak rupanya yang cun ni dan bila dah huduh nanti kenalah merayu mintak susuk dengan TTM pulak.

"Bukak perlahan2..kasi dengar bunyi angin keluar dulu, jangan dok tadah muka kat situ pulak"..gitulah pesanan en.suami yang dah makin sayang kat wifiwife dia ni...bila saya buat phone call 999 kepada dia. Dengan cara seorang pemandu berhemat saya ikut arahan en.suami..hanya bunyi berdecit perlahan yang amat perlahan..sangat yang kedengaran, dengan konfident saya bukak..err..air warna hijau memang tak kelihatan sangat..hheh dah lama mak tak taruk coolant ler.. nyahh!!! aik!..tak nampak air pun.. lantas saya isi air sampai penuh.

Memandangkan bateri handphone nyawa-nyawa ikan..saya sms en.suami.."tutup radiator tu dan cuba start enjin..tengok mana bocor"...tak membantah saya ikut arahan en.suami..berlagak macam pakar sekali lagi saya suluh atas..bawah..radiator..hosenya..langsung tak bocor..saya suluh dengan belting..oh!!..ada air pancut disitu?.. waterpump ker? getus saya dalam hati..ini ker yang orang dok cakap waterpump tu??.

Saya call 999 lg..
"radiator ok..hose ok..waterpump kot bang?..
"mana awk tau?..teka jer.."
"area mana?..kalau waterpump awk gi bengkel sediakanlah dalam 5 6 ratus.."
"kat area belting tu..ada air pancut.. 5 6 ratus..mahalnya..tak leh tangguh ker..?
"nak tangguh?..duduk la kat petrol pump tu sampai hujung bulan"..

Maka sebab tak nak tunggu sampai hujung bulan,saya pun membuat congakkan duit di Maybank ATM dipetrol pump tu..huhu..kantoi lagilah credit kad payment bulan ni..


Tengok gigihkan diaorang mengerjakan kereta saya..then ayat-ayat last diarang ialah..sudah tukar itu gasket leaking, timing belt, water pump, coolant + bla+bla..RM844.00..itu plug cover pun usah pecah maa..mau tukar tak?..harga RM38 jer...minyak hitam mau tukar tak??...dah-dah2 cukup la tu.. duit dalam tangan ada 850 jer....letihhhh..

letih sebab..orang ada kereta ..kita nak ada kereta..huhuh


Kaki orang yg letih...

Tuesday, March 1, 2011

Agaknya bos saya

mesti bengang bila terima sms yang berbunyi
"I'm not feeling well, I'll take a leave today".
emergency ker mc ke.. dia tak tanya..dia pun tak reply sms yang saya kirim..biar pii la..Dari semalam aku macam lipas kudung bila hujung bulan tiba..rushing gila buat kerja. Update data la invoice la..sarapan yang saya makan buat pertama kalinya licin sejak mengandung ni pun tak sampai sejam dah keluar balik..pertama kali jugak sejak mengandung ni saya muntah dengan banyak..dan selang sejam saya akan berkejar ke toilet ..muntah lagi..minggu ni dah masuk 16 minggu, sepatutnya fasa muntah-muntah tak ada lagi..lembik rasa badan..tapi gagahkan jugak buat kerja sampai siap menjelang jam 5.30..masuk bilik bos petang semalam dia tegur yang saya kelihatan pucat..better take a rest!..katanya..

Dek kata-katanya jugaklah buat saya rasa malas nak kerja hari ni..lemah betul badan..mungkin sebab muntah banyak kali kot semalam. Jenguk dapur tak ada benda sangat yang boleh dimentekedarah..sayur mayur lagi la..yang ada cuma 2 biji apel merah, telur..bilis pun tak ada ..nasib baik ada baki nasi yang dimasak dek en.suami semalam...dalam kepala cuma fikir bantai la goreng nasi dengan telur..buat alas perut..nak menumis pelbagai saya memang tak tahan bau tumisan..akhirnya goreng nasi dengan bawang putih+telur+blackpaper jer..nasib baik ada sehelai dua daun bawang kat luar rumah..adalah kaler skit...hehhe





Ada hati nak post gambar kat sini walaupun buat nasi goreng togel jer..hahha.

Dah masuk 1 Mac

dah..tak banyak n3 yang saya tulis untuk tahun 2011 ni, bukan tak ada idea nak menulis tapi Mim Alif Lam Sim..a.k.a eja la sendiri...banyak benda nak dicerita pasal orang kahwin la..pasal orang cerai la..pasal kurus la pasal gemuk la..tapi ya ampunnn..malasnya jari jeamri ni nak tekan keyboard sementelah tahun ni kena set target untuk habiskan kerja yang memang sedia bertimbun dan nak kena visit client dalam 300 ++ lebih sebelum cuti bersalin. Kalau dicongak bahagi pun kurang2 pun setiap hari bekerja saya kena keluar jumpa client at least 1 atau 2...mana nak nak sempat dek oiii..nak kena buat paperwork lagi, proposal client lagi...invoice lagi..nak bebel lebih2 pun tak guna gak..kan tak dapat komisen pulak. Hari ni 1hb Mac 2011...saya merealisasikan kemalasan untuk tak pergi bekerja..saya penat sangat..bangun solat subuh pun dah kul 7..sib baik subuh lambat masuk sekarang ni..kalau tak mesti kena istilah subuh gajah..emm apa kaitannya disitu saya pun tak tahu..gajah pun solat subuh gak ya!!

Hampir pukul 10 dah,tak ada selera pun nak bersarapan..sambil kunyah sebiji epal tadi saya kerumah Kak Rosaliza..tgk tayangan nasi lemak halba tetiba kat tempat follower tu saya nampak gambar yang mcm popular jer..agak2 TTM kenal tak..korang pernah tengok kan gambar ni?



Nampak tak??biasa tengok kan?