NuffNANG

Tuesday, December 30, 2008

Kisah Mek dan Kampung-Part I

We continue our journey on 25th Dec 2008(Xmas day) travel from Simpang Pulai to Gua Musang take about 2 1/2 hour, from there again we take another 3 hours to reach exactly our "Kampung" dalam sesekali renyai hujan dan adakalanya lebat. Sampai jugak aku akhirnya. Bila sampai aja aku terus kerumah Mek, aku ketuk pintu perlahan2, saja jer nak kejutkan dia..
"mek o mek" panggil aku. senyap tak berjawab.. aku tolak daun pintu perlahan, emm mata aku terpandang Mek yang tengah susah payah membersihkan diri dekat pintu toilet, patut la dia tak menyahut. Dia terkejut memandang aku, raut wajahnya nampak terlalu uzur. Ada sedikit bau hancing berhampiran tempat itu. Agak aku Mek mesti terkencing sewaktu nak ke tandas,lantas tanpa berlengah aku capai seketul sabun.
"Mek, kita mandikan Mek ya" terus ku cebok air yang dingin,
"sejuk" keluh Mek, terketar2 dia menahan sejuk.
"Kalo mandi cepat2, tak terasa sejuknya" pujuk aku. Mek terpaksa akur. Lalu aku mandikan dia, sambil tu airmatanya mengalir, aku?? tak kan nak menangis terus kan , bergenang airmata adalah. Sebak aku lihat keadaan Mek begitu. Actually bukan kami tak nak jaga Mek, tapi Mek yang tak mahu tinggal bersama kami semua. Keadaan Hujan agak sedikit reda..to be continue

1 comment:

Rohaiza said...

aku menangis lagi depan pc sorang-sorang baca coretan ni...nasib baik la tempat duduk aku kat opis ni tersorok sikit