Sewaktu mendengar luahan sianak yang dia ditumbuk didada oleh seorang budak lelaki yang sekali ganda dari besar dari badan anak saya 2 hari lepas, saya jadi marah..pun begitu saya tetap bertanya kepada si anak kenapa sampai budak lelaki tu menumbuk dadanya??dia ceritakan hal seperti diatas..memang terlebih dahulu saya salahkan sianak kenapa dia lakukan semua tu..jawapannya..dia alihkan bekas minuman tu sebab tak sepatutnya diletakkan disitu..dia sepaptutnya padamkan perkataan-perkataan diwhite board before next teacher coming in..sebab on that day..it's her duty...
dan....
Semalam, ketika di Pasar malam...saya dan si anak bertembung dengan budak lelaki tersebut, tanpa berfikir panjang saya terus menerpa..
"o..awak la yang menumbuk dada anak perempuan saya"...
"dia yang alihkan botol minuman saya dulu" budak itu cuba membela diri.
"makcik tau!..dia jugak salah..tapi tak sepatutnya kamu menegur dia dengan menumbuk dadanya"
"dia padamkan perkataan yang belum sempat saya salin..tu dulu"
"ya makcik tau..dia juga salah..tapi walau salah mana pun dia buat kamu tidak cedera bukan?..ada
kamu rasa senak didada atau
dia mengeleng ketakutan..jelas..matanya sudah bergenang airmata..
"kamu sebagai seorang budak laki-laki tidak elok dan tidak manis untuk kamu menumbuk seorang budak perempuan kerana kesalahan kecil yang dilakukakannya".
"dan jika sekali lagi makcik tau yang kamu berkasar dengan dia makcik tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakkan terhadap kamu..faham??"
dia tunduk mengangguk-nganguk dan jelas ada setitik dua airmatanya jatuh.
Hah baru kau tahu..itu baru makcik gertak..bukan makcik buat betul..akui saya dalam hati.
"Lain kali bukan dengan dia sahaja..dengan budak perempuan lain pun kamu harus hormat dan tidak berkasar dengan mereka..faham??..budak itu mengangguk lagi.. dan saya terus menarik tangan si anak berlalu dari situ. dan saya perasan 2 orang laki-laki sedang memerhatikan gelagat saya.di belakang budak tersebut...seorang laki-laki yang saya kenali dan seorang lagi mungkin bapa budak tersebut....dan saya perasan bila saya mula bergerak meninggalkan kawasan itu laki-laki yang saya kenali itu cuma mengekori dari jarak jauh..mungkin dia malu nak mengaku saya ini isterinya kot..hhhahha. Fuhhh...lega juga bila laki-laki yang saya tidak kenali itu tidak mengekori saya atau pun memaki hamun saya di situ..hehe..
10 comments:
aduiii..syian sara!
blh plak tjumpa budak laki tu kat pasar malam ye kak..harap2 dia ikut kata makcik tu...
Sz,
Sara selalu kena buli la..even budak2 perempuan pun selalu kenakan dia..
tu la memang nasib budak nak kena gertak dengan makcik tu..hehe tu dia tak tahu yang makcik tu dulu masa kecik2 selalu melawan balik bila dibuli..tak adanya dia nak balik nak mengadu dengan mak bapak dia..
emmm...bagus cara akak tegur tu..
Yunyun,
hahah..semalam anak akak balik cerita yang budak tu jumpa dia dan cakap..
" saya tak takut pun dengan mak awk"..emm rugi rasa tak debik jer budak tu.hehhe
Memang patut pun kamu tegur budak tu...budak2 macam ni lah ada potensi jadi pembuli di sekolah...kalau x ditegur...sampai ke besorlah perangai naik tangan dia tu lekat...syabassss...
Salam kenal
bila dia dah besar sebagai sorang lelaki gentleman nanti, mesti dia rasa berterima kasih pada 'makcik garang kat pasar malam' tu, hehe
Ish boleh tahan jugak mak budak pompuan tu kan? :))
Aleyn,
Salam kenal jugak..thanks drop by...emm harapnya dia tak buat lagi lepas ni..
KOG,
hehhe..makcik tu memang garang tu!!..hhehh
MCK,
dah rupa ssamseng kampung dusun da..hehhe
Post a Comment