NuffNANG

Tuesday, August 2, 2011

Dari semalam lagi

rasa berkobar-kobar nak nak "menyapu" kat sini..ihihk..ni gara-gara percubaan kali ke 3 masak nasi guna microwave berjaya dilaksanakan. Semalam konfident jer buat..bukan tak cukup masa pun nak masak nasi pakai periuk electrik macam biasa tapi sajalahkan nak cuba..walaupun cuba je tak la masak 1 pot..alih-alih 2 pot jugak redah masak..ikut tips yang MCK bagi iaitu 1 pot beras dengan 2 pot air..saya guna beras basmathi..elok jer masak dan kenyalnya nasi tu....tak ada geng yang nak tumpang kegembiraan tu ..maka sengihlah saya sorang-sorang sambil masak gulai kuning ayam dan sayur goreng balik kerja semalam. Jam 7.20 everything dah terhidang...tinggal gatal tangan nak potong buah pear madu jer. Tak sia-sia beli bekas plastik tu..kalau tak sure tak konfident nak try lagi...sahur tadi en.suami tanya bila nak cuba buat dodol pakai maicrowave pulak??...ni yang malas nak cerita kat dia ni pasal TTM masak dodol pakai microwave tu. Buat TTM dan MCK thanks ya..akhirnya berjaya gak..hahhha...buat KOG/KGG..bila mau ikut jejak???..hhaha. Kah2..macamlah best sangat masak nasi pakai microwave tu..tak heran kan..ihik..tapi sangat berbaloi kalau tetamu datang tapi nasi tak cukup..penyelesain yang mudah dlm masa 15 minit jer..kot2 ada yang terlupa nak masak nasi time sahur ni memang bertepatanlah kan...

5 comments:

kucingorengemok said...

bulan puasa ni takut plak nak try, takut tak jadi, terbuang je nanti

eh chup, kalau tak puasa pun, kalau tak jadi kena buang jugak kan? apadaaaa, haha

Sally said...

kucingorengemok,
tak jadi kalu..trus masuk periuk letrik balik..no hal la.. yang tak jadi maybe mcm sy dulu takut nak setting microwave tu sampai angka 15 minit...takut berasap dapur..hhaa..laghi satu jgn guna bekas yang tulis heating only...cair plastik tu..

oh smlm sy trus hidang dgn bekas2 tu skali..tak rasa janggal mcm hidang pakai periuk terus la..hehhe..sbb bekas tu kiut jer kot..hehheh

makcikkantin said...

Tahniah sally, dah lama jugak rumah ni tutup pintu kan? Tak berapa hari lg dah nak masuk 'dock'

makcikkantin said...
This comment has been removed by the author.
TopsyTurvyMum said...

Datin...
Dah selamat bersalin ker?

senana dlm pantang nanti dah reti masak nasi sempoi gitu:)