NuffNANG

Monday, December 24, 2012

Salam hari Isnin..

Sengal je kerja hari ni..ikut hati rasa nak memonteng je hari ni..teringat janji-janji manis dengan client trus lompat bangun, elok habis solat subuh..Asyraf meraung..aku rasa gusar sikit pasal Asyraf hari ni, teruna aku ni dari pagi semalam aku tengok ada bintik kecil dibadannya terutama kat dada dan ketiak. 2 hari lepas dia demam tapi hari semalam aku tengok ok je..tak ada pulak demam. Aku Tanya jiran sebelah katanya mungkin Asyraf kena demam campak kecik!..Demam campak kecik ..emm rasanya kalau kat kampong aku dulu kami panggil biji rambai..aku agakla...istilah tak sama tapi nama penyakit yang sama. Aku kadang konpius..bab demam demam gini..ada panggil chicken pox..ada panggil bertih, ada panggil cacar..tahlah..harap-harap demamnya tak berlarutan sebab kami cadang Jumaat ni nak gambling berjimba ke Johor. Ni pertama kali nak jejak Johor..umur dah nak cecah 40 tahun dah..kat Malaysia ni..ini baru kali pertama nak jejak..so orang Johor nanti kan kemunculan orang pantai timur ya..eh..apa yang best kat Johor erkk?
(Gambar tiada kaitan langsung dgn yang hidup ataupun yang mati)

No comments: