NuffNANG

Thursday, February 20, 2014

Apa itu Kifarah??

Aku terpanggil untuk menulis, sebab aku rasa aku seorang yang jahil tentang agama. Ya aku akui..aku ni dulu bersekolah agama (separuh jalan je ya..dengan bahasa arab level fail). Aku hanya bersekolah ok, tapi aku bukanlah orang alim dan taat.. aku akui..itu. Oleh kerana kejahilan itulah maka aku terpanggil setelah mengoogle apa tu yang dikatakan kifarah. Bodohnya aku ni kan..so aku tak nak aku bodoh sorang-sorang, sapa yang bodoh macam aku..sila baca apa itu kifarah..nama je seolah agama aliran arab tapi haram ..tak tahu kifarah tu apa..
ok..baca ni..

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).
Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu.Namun amalan-amalan yang dilakukan olehnya tidak membolehkannya mencapai martabat yang ditetapkan. Untuk membolehkan hamba berkenaan mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi.
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.
Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab,dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada’ dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia..

Tapi sungguh aku rasa tidak adil untuk mengeluarkan statement ketika saudara terdekat kita dalam keadaan kritikal bila katakan apa yang menimpa saudara kita tersebut sebagai ujian dari Allah dan sebagai kifarah..sedangkan apa yang perlu hanyalah kita kirimkan doa agar saudara kita cepat sembuhnya..sungguh pun disudut hati kita ada niat sebegitu..tolonglah jangan disebut ini sebagai kifarah kepadanya..berat sungguh perkataan kifarah itu bagai aku yang jahil tentang agama ni...

-aku x dapat nak tulis lagi sebab aku rasa sedih, kecik hati dan aku rasa dia yang aku panggil adik semakin jauh dari kami, dan aku sudah tak tahu bagaimana nak perbetulkan keadaan ini-perlukah aku melutut memohon maaf darimu??besar sangat dosa aku pada mu??Agaknya jika aku yang dalam keadaan kritikal itu apakah kau akan berkata ...itulah KIFARAH dosa-dosa aku pada engkau..Allahuakbar...menyesal aku beritakn perihal itu pada kau-

2 comments:

kucingorengemok said...

asmkum. daripada sebut kifarah, lagi sejuk hati kalau kata ujian yang menimpa asbab allah nak naikkan darjat seseorang... jom positif, jangan bunyi sedih sangat! *hugs*

Sally said...

KOG..betul tu..bagi saya bila sebut Kifarah..seolah seperti kata padan muka..je..mungkin niat dia lain tapi x payahlah sebut sebegitu...