NuffNANG

Tuesday, January 15, 2019

OMG..its still exist

Omg..dah berkurun gila aku tak update gara-gara lupa password, entah macamana hari ini terdetik pulak untuk buka. Syukur Alhamdulillah..masih wujud rupanya blog ni walaupun penuh sawang..Apakah dengan ini aku akan kembali aktif berblog??.

Untuk hilangkan gatal tangan nak menaip aku bingkiskan satu lagu..korang kena nyanyi ok.
https://lyricstranslate.com/en/sierra-burgess-sunflower-lyrics.html

Sunflower

Rose girls in glass vases
Perfect bodies, perfect faces
They all belong in magazines
 
Those girls the boys are chasing
Winning all the games they're playing
They're always in a different league
 
Stretching toward the sky like I don't care
Wishing you could see me standing there
 
But I'm a sunflower, a little funny
If I were a rose, maybe you'd want me
 
If I could, I'd change overnight
I'd turn into something you'd like
 
But I'm a sunflower, a little funny
If I were a rose, maybe you'd pick me
 
But I know you don't have a clue
This sunflower's waiting for you, waiting for you
 
No thorns in this dimension
Hiding this fear of rejection
This high I've never felt so small
 
Not used to this attention
Permanently in suspension
I wish I didn't care at all
 
Stretching toward the sky like I don't care
Wishing you could see me standing there
 
But I'm a sunflower, a little funny
If I were a rose, maybe you'd want me
 
If I could, I'd change overnight
I'd turn into something you'd like
 
But I’m a sunflower, a little funny
If I were a rose, maybe you’d pick me
 
But I know you don’t have a clue
This sunflower's waiting for you, waiting for you
 
But I’m a sunflower, a little funny
If I were a rose, maybe you’d pick me
 
But I know you don’t have a clue
This sunflower's waiting for you, waiting for you

https://lyricstranslate.com/en/sierra-burgess-sunflower-lyrics.html

Wednesday, September 17, 2014

Karipap Cendawan Keju Meleleh

Ko hado??? kang dah bagitahu  memang mood memasak dan menerai tengah berleluasa sekarang ni..sila jangan muntah kalo dok asyik dijamu mata korang dengan gambar2 makanan..sumpah sedap gila karipap ni..yang lecehnya nak cari fresh oyster mushroom tu agak payah bila ada yang order
karipap ni dalam kuantiti yang banyak..walaweh berlagak lagi..
Ini Resepinya:
Untuk Inti
Cendawan oyster-bersihkan dan siat kecil2.
Bawang Putih-diracik halus
Mix herb
lada hitam
Garam & Gula
Paruran Cheddar Cheese
mayonis

Hoho..mudah bukan..kuantitinya sesuka hati..setakat nak makan dalam 20 ketul karipap boleh la guna dalam 1 paket oyster tu dalam harga RM1.50 kalau kat tmpt sy la..

Ok ...caranya:
Tumis bawang putih dengan sedikit minyak masak, bila agak layu masukkan cendawan yang disiat kecil..bila cendawan sudah agak masak, masukkan mix herb, garam & gula dan juga black pepper.
Kacau rata. Bila cendawan sejuk barulah digaulkan dengan mayonis. Parutan Cheddar cheese masukkan ketika nak klim karipap.

Doh Karipap Ranggup:
2 1/2 cawan Gandum - biasanya ianya menghasilkan lebih kurang 25 biji karipap sederhana besar
1 sudu besar planta
3 sudu besar minyak masak
secubit garam
Air
Cara:
Panaskan minyak masak, masukkan planta. bila dah cair masukkan kedalam tepung gandum..hati2 sebab minyak masih panas..masukkan secubit garam..jadikan adunan seperti bread crumb sebelum dicampur air sedikit demi sedikit.

Ok..selamat mencuba..sila tanya kalau ada kemusyikilan..ceewah,...dah berlagak lebih skit dari amatur.


Monday, September 15, 2014

Rustic Apple Cake@Bengkang Epal

Berkurun sungguh tak update blog...memang sesuai sangat la letak nama gobok kan. Susah kalau tuan tanah banyak aktiviti neh..sekejap minat itu sekejap minat ni..semua nak dicampak ke gobok tapi ada masa..abisnya longgok tepi..nah ambik ni buat jamu mata korang bagi kenyang dulu...nak resepi tak?...sila pm..ceh..macam ramai yang sekodeng blog ni..kalau dah nama pun gobok tak yah dok harap orang nak pm bagai le...

Thursday, March 13, 2014

Oh gila

meroti je kerjanya sekarang ni..nak jahit..kain x beli, mesin jahit rosak..alih menterapikan diri dengan meroti jer la...ni guna resepi Mas Duniaku..TQ Mas..

Friday, February 21, 2014

Terapi Minda

Terapi minda la sangat, walhal nak isi perut je. Masih sedih pasal hal semalam..nasib baik aku ni jenis yang pandai menterapikan diri..google jer resepi..aku boleh dok berjam2 depan pc mengkaji sesuatu resepi..aku rasa dari minggu lepas lagi aku tak habis dok terapikan minda aku ni dengan resepi asam laksa...asam laksa yang best aku rasa dan masih terbayang-bayang kat tekak selera timur aku ni masa makan asam laksa kat Penang..serius sedap beb..rasa nak ulang bertingket2 mangkuk. Oleh kerana kebulur tahap gaban..dah makan separuh baru teringat nak ambik gambar..dasar pemakan tegar sungguh!..Kuahnya caroi je pun tapi dapat rasa ikan yang fresh dan seketul ketul..perghh kena pulak dapat gigit daun pudina, nenas..wah..konon nak kongsi jer semangkuk tapi aku terlebih tamak bedal sorang-sorang. Dapat tengok gambar pun jadilah..esok aku dah rancang nak pergi beli barang2 nak buat jugak..kalau tak jadi sebijik rasa macam yang aku balun kat Penang tu..sumpah aku tak mahu masuk dapur lagi..so sapa pandai buat sila pm aku resepinya...

Thursday, February 20, 2014

Apa itu Kifarah??

Aku terpanggil untuk menulis, sebab aku rasa aku seorang yang jahil tentang agama. Ya aku akui..aku ni dulu bersekolah agama (separuh jalan je ya..dengan bahasa arab level fail). Aku hanya bersekolah ok, tapi aku bukanlah orang alim dan taat.. aku akui..itu. Oleh kerana kejahilan itulah maka aku terpanggil setelah mengoogle apa tu yang dikatakan kifarah. Bodohnya aku ni kan..so aku tak nak aku bodoh sorang-sorang, sapa yang bodoh macam aku..sila baca apa itu kifarah..nama je seolah agama aliran arab tapi haram ..tak tahu kifarah tu apa..
ok..baca ni..

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).
Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu.Namun amalan-amalan yang dilakukan olehnya tidak membolehkannya mencapai martabat yang ditetapkan. Untuk membolehkan hamba berkenaan mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi.
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.
Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab,dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada’ dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia..

Tapi sungguh aku rasa tidak adil untuk mengeluarkan statement ketika saudara terdekat kita dalam keadaan kritikal bila katakan apa yang menimpa saudara kita tersebut sebagai ujian dari Allah dan sebagai kifarah..sedangkan apa yang perlu hanyalah kita kirimkan doa agar saudara kita cepat sembuhnya..sungguh pun disudut hati kita ada niat sebegitu..tolonglah jangan disebut ini sebagai kifarah kepadanya..berat sungguh perkataan kifarah itu bagai aku yang jahil tentang agama ni...

-aku x dapat nak tulis lagi sebab aku rasa sedih, kecik hati dan aku rasa dia yang aku panggil adik semakin jauh dari kami, dan aku sudah tak tahu bagaimana nak perbetulkan keadaan ini-perlukah aku melutut memohon maaf darimu??besar sangat dosa aku pada mu??Agaknya jika aku yang dalam keadaan kritikal itu apakah kau akan berkata ...itulah KIFARAH dosa-dosa aku pada engkau..Allahuakbar...menyesal aku beritakn perihal itu pada kau-

Monday, January 6, 2014

Meroti la pulak

dah..dengan kenaikkan bil electrik..rajin pulak aku nak meroti..geram sebenarnya..hari tu ada demo baut roti dengan nasi arab kat area rumah aku..malangnya aku tak free la sangat nak join, tak free satu hal..sebab tu demo je..so aku macam baik aku tonton youtube berkali-kali daripada pergi tengok demo kan..tapi oklah sebenarnya sebab reganya tak adalah mahal bebenor...setakat 50 ringgit je..ini kali ketiga aku buat roti ni..nak habiskan tepung roti sebenarnya..nantikan tinggal lama2 skill pulak dah kurang tepung pun expired..maka malam tadi gigihla kau menguli tangan walhal ada breadmaker kan..tah ok ke tak lagi mesin uli roti aku tu pun aku tak pasti..buat la tukun dalam almari je kekdahnya..nyesal pun ada aku beli...semalam baik pulak en.suami temankan aku bakar roti ni,..tunggu roti sejuk atas redai tu aku suruh la dia snapkan gambar..pakai handphone je pun..saja lah buat bukti yang aku dah buat roti..hhehe

kali ni en.suami tak kutuk dah rupa bentuk roti aku...tak puji pun tak pa lah janji dia tak kutuk..banyak lagi aku nak perbaiki tentang uli-menguli ni,tentang tekstur roti..bila buat roti homemade gini aku selalu berangan macam duduk kat ladang lembu macam cerita omputeh zaman dulu tu..sarapan dengan roti beb..perghh..taruk lak jam yang homemade punya.. Dulu ingat punyalah susah nak buat roti ni tapi senang sangat rupanya..layannnnnnn.

Thursday, January 2, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Selamat Tahun Baru,
Balik kerja hari Selasa, aku tak kemana, tiada niat untuk pergi menyambut tahun baru 2014...sumpah tak ada, tak terfikir langsung, sedari umur remaja aku tak pernah pergi sambut apa-apa perayaan yang melibatkan ramai orang, aku rimas dan sesak nafas..aku tak suka dok hidu bau ketiak orang..kalau aku pergi juga mau aku pengsan 7 hari 7 malam kot. Aku dirumah dan berura-ura untuk membuat roti sendiri..diulangi buat SENDIRI. Nak pergi bayar kat baker rasa macam tak berbaloi sebab aku bukan nak buka kedai roti lagi, sekadar nak lepas gian aku untuk buat roti. 3 minggu lepas aku dah cuba...namun usaha aku tak berjaya..nasib baik bila aku baling kedinding tak pecah dinding tu. Keras kematu..tu la salah aku jugak dapat satu resepi terus bedal nak buat. Setelah mengkaji semula semua resepi akhirnya aku beroleh hasil roti yang sungguh gebu...cayalah..homemade beb!..
Ok lagi sekali SELAMAT TAHUN BARU..Aku tidak dapat menulis blog di atas kekangan waktu yang terhad semalam (hhaha aku sibuk buat roti actually). Tak mengapa baru hari kedua dalam tahun ini..tidaklah terlewat sangat kan!.
Tahun 2014 ini aku dapat rasakan adalah tahun yang sangat mencabar, kenaikan harga barangan, cukai sana sini.. silap-silap  masuk tandas awam pun nanti ada cukai 6%...tak mustahil kan.

Monday, December 30, 2013

PARAH der!!!!

Jam 4 pagi, Ahad..tengah syok aku layan tidur, peta pun dah hampir nak  siap...sikit lagi...sikit lagi..hheheh..encik suami kejutkan aku..nasib baik la tu suami aku kalau tak mahu je aku bagi lempang kiri dan kanan. Ye la time bendera jepun camni je la boleh tidur sampai matahari terpacak pun kan..ok..abaikan. Dalam gelap2 tu dia on wifi handphone tayang  kat aku satu gambar awek..pergh..cun beb..bergetah..
"habis tu ngapa??" aku tanya sambil geram jugak la..
"aku salah accept friend la"..Aku faham benar dengan cik suami aku ni..dia bukan pakar IT mahupun pakar teknologi..hehhe..
"unfriend jer la" jawab aku dalam acuh tak acuh..
"aku tak tau la"
"pandai add pandai la remove, tu la pantang nampak yang seksi terus nak add" dlm mata bukak separuh aku bebel gak..
"bukan macam tu la, cuba ko tengok 62 keping gambar minah ni"
Aku paksa bukak mata luas-luas, pedih mata ok..skrin handphone tu pun bukan besar mata..dah tu pulak hanya cahaya dari skrin je..aku kelebek satu persatu..woahhh..memang gambar seksi je la..tup-tup ada gambar cemolot pulak..dan gambar tu adalah gambar suami jiran aku....huhuhu
mulut aku terlopong dah .. bukan satu gambar..atas katil pun ada..jantung rasa tehenti seketika..PARAH..

sambung!!!!..jantung sakit weh..

Tuesday, December 17, 2013

BIARLAH!!

Aku tak mahu kata apa-apa...
biarlah..jadi kudis yang bernanah,
biarlah jadi nanah yang berparut
biarlah..jadi parut besar

Sebab  aku dah terlalu PENAT..

Thursday, December 12, 2013

Penang Trip-Bunyi misteri

Ya..tersangat misteri nak pulak Jumaat mlm..hampir cecah jam 1 pagi (Sabtu).Segerombolan anak beranak..atok, nenek cucu...err cicit je blum nan ado lagi..memulakan perjalanan. Sangat lewat malam..aku dengan suami dah biasa meredah malam bila beroutstaion ke mana-mana..cuma kali ni sedara mara aku terpaksalah ikut rentak kami..nasib le korang..kih..kih.. Keluar dari tol Sungai Buloh..sampai tol juru..RM40.60..dalam perjalanan tak banyak karenah sangat..semua dok tido cuma aku dan suami je yang asyik bertekak pasal bunyi misteri dari dalam kereta..yang herannya mak dan ayah aku lena je tidur..hinggalah sampai RNR Sungai Perak misteri itu akhirnya terungkai jua. Selama hampir 2 jam bunyi itu memang menganggu aku dan suami..nak aku kelebek sana sini dalam kereta agak sukar sebab aku memangku Si Acap..lebih-lebih karang terjaga lak dia..tutup radia bunyi, bukak radio pun bunyi berkerincing semacam je bunyi tu kadang-kadang, aku dengar semacam alunan muzik pun ada...bila lihat ayah terjaga sekejap pantas aku bertanya..mana ada bunyi..hhuhu..lagi misteri ko..apasal aku dengan suami jer yang dengar...misteri tu...
Bila sampai RNR Sungai Perak..enjin kereta dimatikan..tup-tup bunyi tu ada lagi..Bila mak aku terjaga aku tanyakan dia..bunyi apa??..mana ada bunyi..cuba mak dengar betul2..tup-tup..dia kelaurkan hanphone dia..cisss..dia tertindih handphone dia rupanya..ceh..misteri la sangat bunyi tu...

Friday, December 6, 2013

Salam Jumaat...

..Gila babas betul kan..lama giler aku tak update blog..kekdahnya aku lupa password with the right e-mail..masak la aku nak cari refresh balik passoword aku..oleh sebab amnesia sementara ni terpaksalah aku lupakan niat nurani nak jadi blogger tegar...hhaha ..tegar la sangat..

Ok..lupakan pasal password tu..hingga time aku dah dapat log in ni pun aku tak pasti mana satu password yang aku dah log masuk..buatnya pc bengong lagi sekali ker memang aku terpaksalah lupakan  niat nak jadi blogger tegar tu...ahhaha..

Malam nanti aku nak ke Penang..satu family ko..adik beradik,ipar duai mak ayah..cuma yang aku sedihnya adik bongsu kesayangan kami satu family tak dapat join kali ni..biasalah akhir tahun masing-masing sibuk sana-sini..dah lama rasanya tak bergather satu family jalan-jalan..
emm aku celoteh lebih-lebih after balik Penang nanti ok  org Penang

PENANG!!! MU TUNGGU AKU DATANG


eceh..hheheh

Tuesday, September 17, 2013

Susahnya Nak jadi Blogger tegar

Serius..aku nak sangat jadi blogger tegar, nak tulis n3 kalau boleh setiap sejam. Nak post N3-n3 yang asyik dok berlegar dan meronta-ronta nak keluar dari otak tepu ni...kadang aku rasa macam nak menanggis sebab aku tak punya masa untuk menulis N3 sedangkan banyak nak aku kongsikan ..

Sekian.N3 lepas gian untuk hari ni..

Wednesday, August 14, 2013

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri...lama jugak tak bersiaran..puasa dan raya tahun ni agak kritikal..12 hari sebelum ramadhan berakhir aku demam..hilang selera makan..bila baik demam sikit tekak pulak sakit..tak dapat nak telan makanan..maka aku pulun makan aiskrim vanilla berkoyan-koyan..akhirnya baik..tapi baru je baik tu mulut pulak kena ulser..penuh satu mulut..gusi jadi merah..tidur malam mulut penuh keluar darah pekat merah..memang tak boleh kunyah makanan..gusi sakit yang amat even..selembut mana pun makanan terasa sakit sangat..serentak dengan itu jugak sakit seluruh gigi aku rasa ngilu dan sakit..macam nak suruh doktor gigi cabut semua sekali..pasrah betul..badan memang lemah jer..asyik minum airnya..bila raya aku dah tak peduli..dengan mulut yang sakit aku redah jugak makan semua menu raya..rendang, ayam bali, kari ayam..lepas tu ternganga kesakitan..puashati aku...

Banyak yang aku rancang nak buat tak menjadi tahun ni..konon nak buat macam-macam jenis kerepek..tapi badan aku yang kepek jadinya..lemah longlai..apa pun anak-anak tetap aku ceriakan mereka dengan baju baru..walaupun hati sendiri macam tak daya nak sambut raya..tengok nak ambik gambar raya pun tak larat beb..sib baik budak tecit ni jadi photognya..
So aku ambik kesempatan Syawal ni nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin yang tulus ikhlas buat pengunjung blog ni..paling special buat MCK..semoga raya MCK ceria dan berbahagia hendaknya..


Friday, July 12, 2013

Mati tak mengira usia

aku baru terbaca status kat FB dari satu of group masa belajr dulu. Aku baca dan sedekah surah fatihah..walaupun aku tak kenal rapat arwah tapi rasanya aku masih ingat sikit-sikit rupanya..moga aku tak salah orang..kawan yang mungkin setahun muda atau pun sebaya aku kot..aku baca rentetan update..rupanya dah 6 bulan dia terlantar sakit Leptospirosis. Semuanya gara-gara mamat ni...keji tau kau..nak kencing tu pakailah pampers ke apa..jangan dok kencing merata..ramai yang meninggal sebab kau..


 
Kau buat bajet muka kiut pun aku tak heran la...

Wednesday, July 10, 2013

Salam 1 Ramadhan

Jenuh la bila dok bukak FB..terima dan baca statement orang dok wish selamat berpuasa.. tak terkecuali boss aku yang chinese ni..ok.. boss..i bulan posa ni balik awal..you jangan dok jeling time i keluar  sharp-sharp on time ok..dan you jangan sibuk balik awal sama..Pesan dengan kawan-kawan you sama..nanti jalan jem..lambat I sampai..

Ni dia email kat budak-budak melayu pagi tadi:

Dear All Muslim Staff

Wishing all of you “Selamat Berpusa” and may this occasion leading to Raya brings much joy to you and your loved one.

 
With Regards

KS Sia

Thursday, June 27, 2013

Apple Cake Mudah

Ni aku baking semalam..dah hampir 2 minggu apple fuji yg kecil tu ada kat dlm fridge aku...dari 20 biji tinggal 7-8 biji je..dah jenuh dah nak makan...biasanya fuji apple ni manis tapi kali agak kurang..pun begitu ada yang manis..mungkin sebab dah bercampur kotak-kotaknya..apple ni lebihan dari buah tangan pengantin semasa kenduri rumah mertua..macam-macam dok terfikir nak buat apa dengan buah apple ni..memula teringin nak buat apple pie..tapi malas pulak nak mencanai doh tu..dari hari ke hari apple pun dah tak berapa nak fresh dah..dari kecut kering camtu baik aku habiskan buat kek kan..sonang kerja..kosong sikit peti ais aku..memula aku tengok resepi kat tenet...pastu belum sempat khatam lagi tenet down..puas la dok godek-godek..tak dapat akhirnya aku buat main campak je la..sebab takut lupa aku abadikan kat blog la lagi senang kan..

Apple Cake Mudah

4 biji Apple Fuji atau apa jenis apple je la merah ke? hijau ke.. kalau besar gunalah 2 biji
2 1/3 cawan tepung gandum (aku guna bluekey self raising flour-kesnya malas nak ayak bagai)
2 biji telur
1 sudu kecil baking soda
1 cawan gula + 2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka makan bukan cuka getah ..lain la kalau ada niat nak bunuh orang.
180 ml minyak masak atau lebih kurang 1 cawan gitu..
180 ml susu full krim milk atau lebih kurang 1 cawan gitu..(sy guna dutchlady)
1 btg kulit kayu manis atau serbuk nya tu..cinnamon powder kan..(tak masuk pun x pa-tetap wangi kek korang)

Cara-caranya:

  1. Kopek epal korang..potong dadu..(3 biji korang dadu-1 biji lagi masuk blender)
  2. Apple dadu tadi gaulkan dengan 2 sudu besar gula +letakkan kulit kayu manis atau cinnamon powder  dan lembutkan dlm microwave dlm 1 minit je..tak ada microwave?? guna la periuk je..panaskan kejap je pun.
  3. Blenderkan apple 1 biji, telur, gula 1 cawan, minyak, susu full krim milk,garam, esen vanilla-semua kasi hancur ok...
  4. Sediakan loyang 8 inci sapu dengan minyak atau planta...lapik kertas..
  5. Panaskan oven..aku ni jenis tak reti nak panaskan oven awal-awal.. separuh step buat baru aku panaskan oven...kalau aku panaskan oven awal..alamatnya berasap berkepul2 la oven aku sebab bahan tak ready..
  6. Tuang bahan yang diblender tadi dalam mangkuk, campurkan gandum+ baking soda..kacau rata, masukkan epal yang dikaramelkan dgn gula tadi..gaul rata, masukkan cuka ..kaup balik..dan tuang dalam loyang.
  7. Bakar dengan kepanasan 170 darjah celcius selama 50 minit..
  8. Cek la dengan lidi sate tu dah masak ke belum..kalau dah masak jangan jadi aku lak..excited nak keluarkan dari loyang..tunggu sejuk skit..
Taraaa...dah siap tu..pergi basuh baju ke..lipat  baju ke..sambil layan kek korang..





Tuesday, May 28, 2013

Apa korang rasa

bila terpaksa menggunakan khidmat orang tengah untuk berkomunikasi dari hari Sabtu lagi sampai pagi ni..balik kerja nanti tak tau la.

  1. Seronok
  2. Kelakar
  3. Bijak
  4. Bodoh Sombong
  5. Dua-dua Ego
  6. 2, 4 dan 5 shj
  7. Semua Yang diatas
Nak atasi  perkara diatas korang rasa kena act macamana:

  1. buat tak tahu
  2. Mengalah seolah tak ada apa yang berlaku
  3. minta maaf dengan terpaksa
  4. minta maaf seikhlas hati
  5. membebel pasal sikap dia
  6. Menangis dan mengaku salah 
  7. Tiada satu pun yang diatas
Lagi 2 hari ulangtahun kelahiran dia perlu buat apa
  1. belanja dia makan dgn anak-anak kat restaurant kegemaran dia
  2. tak payah wish apa-apa
  3. bagi dia hadiah
  4. wish dia tengah-tengah malam buta
  5. bayar duit axtiviti memancing dia hujung minggu ni
Seminggu lagi satu family besar  dia akan bertapa kat rumah, rasanya kalau korang buat apa
  1. Tak payah buat persedian apa-apa
  2. buat persediaan ala kadar mcm melepas batuk ditangga
  3. buat dengan terpaksa sambil tunjuk muka benggang
  4. Just buat baik kat semua family dia seperti selalu masak best-best utk family dia
  5. Pergi lepak rumah kakak, mak atau adik yang berdekatan
  6. Komunikasi macam seolah tak ada ketegangan antara 2 pihak
Kalau ini berlaku korang mengadu kat siapa:
  1. Tulis luahan hati kat blog
  2. Mengadu kat kakak@adik
  3. Mengadu kat ibu sendiri
  4. Mengadu mertua
  5. Mengadu kat kawan-kawan korang
  6. Buat tak tahu sampai keadaan reda sendiri
Cuba korang jawab soklan ni, tak ada hadiah misteri pun melainkan ucapan terima kasih kalau dapat selesaikan masalah ni. Korang nak jugak hadiah???..boleh buat lawak sampai aku terguling-guling baru aku bagi hadiah.

Thursday, May 23, 2013

Thursday WORDLESS

...aku memang tak sama dengan orang lain..orang lain hari RABU..aku Khamis..x  mahu cakap banyak..hari ni nak skodeng blog orang lain je.

SYYY!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, May 22, 2013

Lopat Tike

ataupun yang dieja dengan betul LOMPAT TIKAM..alhkisahnya aku tak tahu kenapa dipanggil sedemikian.
Aku bukan gemar makan makanan ni, malam tadi aku tidur agak lambat..dah lena-lena kucing gitu aku macam bermimpi aku buat kuih ni..tak pernah makan, siang hari pun tak ada aku dok google cari resepi ni tetiba bila tidur malam aku mimpi buat kuih ni..macam real je mimpi aku tu..siap dah masak bagai..aku upload gambar..buat N3 letak title post macam kat atas tu..siap aku tulis yang kuih ni kegemaran abang ipar aku..hari ni aku jadi terliur..terpaksalah aku google cari gambar dulu la kasi naik nafsu makan sendiri..dah teruja baru aku buat..emm cantik jugak bila diletak dala gelas macam yang blog citrasawan tu kan..



Credit photo to blog : makcikmanggis dan citrasawan..
 
p/s: aku rasa lambat skit utk aku geledah resepi ni...dan buatnya sebab rumah aku susah nak jumpa pulut...huhu..