NuffNANG

Wednesday, May 15, 2013

Chilled Strawberry Cheese Cake

Sejak dari semalam aku rasa badan kurang sihat semula. Kes sakit telinga hari tu pun masih belum reda sepenuhnya..tetiba rasa sakit lain pulak yang melanda. Dah 2 hari ada rasa sedikit benjolan dan amat sakit kat payudara aku..sopan nya aku sebut kan!.aku cuba tak nak andaikan sesuatu yang buruk..lagipun tak ada sedara mara aku yang kena ..dulu-dulu wallahuallam la..mungkin anak teruna aku menyusu banyak sangat kot sampai sakit..andaikan ajalah..apa pun balik kerja karang aku cuba try check sendiri dulu kan. Tapi bila aku dok google artikel pasal penyakit ni..banyakla pula secara tak langsung yang keluar..tak payah dok google dah..hurmm saja nak buat misteri kat aku la tu..

Apa pun layan jer la hasil tenusu hari ni..aku kalau pasal benda ni 1 kg pun selamba jer boleh habiskan..bulan ni aja dah 2 ke 3 kali aku bantai buat..ada guna susu full krim ada guna whipping...guna whipping lagi sedapla..lemak berkerim..Ni cara aku buat, cara orang lain..lantak orang lain la..janji daku dah kenyang layan ni..dah jadi bahan kumuhan dah..hhehe.

Chilled Strawberry Cheese Cake

Bahan-bahan:
  1. Cream cheese tatura/phildelphia..250 grm..nak kasi tebal taruk je la 500 grm mcm aku tu.
  2. Emborg Whipping cream kotak kecil (aku lupa berapa ml-yg pasti paling kecil la)
  3. Biskut tiger yang rega RM2.50 tu ..(aku suka guna biskut tiger--mudah hancur, tak manis sangat kalau nak compare guna oreo atau guna biskut marrie..agak keras bagi jejari aku yang halus ni.
  4. Gula dalam 100 grm (kalau buat utk 250 tu aku kurangkan dalam 7-80 grm)..
  5. Nona halal gelatin (1 sudu besar+ air panas.)
  6. Butter/planta-cairkan utk buat base.
Cara-caranya:
  1. Hancurkan biskut tiger, campurkan dengan butter, aku guna planta jer..cairkan pun pakai microwave..tekan kasi mampat then letakkan dalam fridge dalam 1-2 jam..dah..pi tengok tv jap atau lipat kain baju..
  2. Ok..sambung balik..orang malas macam aku  ni, cream cheese aku bagi lembut dan terus masuk dalam blender dengan whipping cream dan gula, aku masuk cream cheese tu skit-skit la ..kang meletop pulak blender korok tu..tak dapat bercheese cake lagi..padan muka.
  3. Blend la kasi kembang gitu..pandai2 la korang agak kan..pastu campur dengan gelatin yang korang bancuh dengan air panas ..jgn biar beketul..nanati makan tu terasa pulak.
  4. Campur sebati dengan adunan cheese tadi..lepas tu apalagi tuangkan aja dalam loyang base tadi..
  5. Loyang tu aku alaskan dengan plastik..nanti senang nak keluarkan..aku ada spring form tu tapi tak pernah guna..
  6. Sejukkan dalam fridge dalam 4 jam atau semalamam..
  7. Jgn lupa cuci peralatan korang guna sambil jilat sisa-sisa krim cheese yang lemak tu...hehheh

Wednesday, May 8, 2013

Bubur Jagung Lemak Berkrim

Ada orang makan bubur tengahari camni???..lain la kalau ada baki semalam..nak-nak pulak bubur ni jenis lemak, rangup dan berkrim.. sumpah..betul aku rasa bubur ni sangat-sangat sedap..petang hari Sabtu lepas aku saja masak bubur ni konon nak habis segengam beras pulut yang ada dalam simpanan dan kebetulan pulak dapat beli jagung fresh di pasar tani..6 ketul semua..apalagi aku kendurikan pada jiran-jiran yang lalu lalang depan rumah petang tu..adalah habuan minum petang kawan-kawan en.suami terutamanya..
 
Oleh kerana aku ni jenis yang masak main campak sesedap rasa je, adalah lebih baik kalau aku tuliskan kat sini apa yang aku masukkan dalam bubur ni.
 
Bahan-Bahan:
Jagung-potong dari empulur, jgn masuk dgn seketul camtu erk.
Santan-aku guna santan fresh orr..kuantiti lebih bnyk dari susu cair la
Susu Cair
Gula
Santan
Garam
Gula
Beras pulut -lebih kurang segengam..jgn byk sangat..tak sedap lak.
Air.
Daun pandan-disimpul
 
Cara-caranya:
1. Hiris jagung dari empulurnya
2. Rebus dgn air yang melebihi paras jagung-aku suka yang crunchy skit so rebus tak adalah lama sangat.
3. Bila jagung dah 3/4 masak, masukkan beras pulut yang direbus...jgn lupa cik daun pandan ya...simpul dan masukkan kasi wangi..
4. Bila beras pulut dah masak, boleh la masukkan santan, susu cair, secubit garam dan gula..saya tak suka manis  sangat ..kira macam manis buah jer la..
5. Makan ketika suam adalah sangat syok..layannnnnnnnnnnn
 
 
 

Monday, March 11, 2013

Ibu bekerjaya-Bahagian Satu (bukan Upin Ipin punya story ok)

macam aku ni amat sukar nak mengatur waktu. Err maksud aku bukan semua orang la..hanya aku..aku ulang..hanya AKU...AKU..ok..bukan OKU. Aku ni jenis yang berapa pandai nak bahagi masa. Mempunyai suami yang bekerja shift bergilir-gilir selang seminggu mengkucar-kacirkan perjalanan hidup aku. Bila keadaan ini berlaku secara tak langsung bila dijalan raya..aku menjadi pembuli jalanraya..menjadi pelumba taraf antarabangsa..merempit setiap masa.. kekdahnya??aku nak jadi perfect..dalam semua hal..Kadang-kadang aku sangat kasihan pada diri aku sendiri..balik rumah time kerja kalau di opis ni..pukul 5.30 ptg..memang aku la orang pertama yang punch keluar..kalau lambat 10 minit jadinya lambatla aku sampai ke nursery Asyraf. Bila lambat ambik nanti kena lah charge extra..dan aku ni jenis pantang bila kena charge extra so setiap minit bagi aku amatlah berharga..mulai bulan Mac ni..Sara tak lagi mengaji quran kat rumah orang..sebabnya aku tak puashati tahap tajwid dia..bayangkan sejak mengaji quran baru beberapa bulan je..aku tengok dah 1/4 quran tu habis baca..tapi tahap tajwidnya..tahap kelancarannya..memang agak hampeh. Boleh dikatakan mengaji balik muka surat jer la..bila aku tanya ustazah tak ajar ke tajwidnya..idghamnya..panjang pendek bacanya..jawabya setaip kali pergi mengaji sampai je ustazah suruh baca 1 muka surat..then balik..esoknya..mula dengan muka surat baru..ohh...oh..memang pantang aku la jenis mengaji balik camni.

Aku hantar dia mengaji bukan sebab aku tak mahu reti ngajar..sebabnya setiap kali mengaji quran dengan aku bila di tegur aja mengamuk..siap marah aku lagi..arghh susahnya. Tapi bulan ni aku tekad mengamuk ker..menangis ke..nak cakap aku dera dia ke..lantakla.. pantang jenis qariah macam aku ni kalau bacanya tak betul. So nak mentarbiyahkan dia agar rajin nak baca quran aku dan ikut selera dia dan kebetulan jugak jiran aku nak hantar anak dia ketempat yang sama Sara mengaji sebelum ni maka aku offerkan untuk ajar dia orang sekali...aku tak ambik bayaran pun janji diarang boleh temankan anak aku mengaji tu dah kira ok. Jadi secara tak rasminya aku dilantik jadi ustazah quran anak-anak jiran sekali..dek kerana dah agak tumpul pasal nak ajar tajwid yang betul dekat dia orang ni maka aku pun asahlah otak aku sekali..sapa yang nak ajar anak secara basic tajwid boleh refer kat link SINI.

Aku pun heran macam mana dulu-dulu mak ayah aku ajar quran pada kami adik beradik dengan mudah..Aku tak nafikan aku pun dulu menangis sakan juga bila mengaji dengan ayah terutamnya..so nak elak mengaji dengan ayah bila dia balik dari mengajar di sekolah..bila tahu waktu dzohor aja cepat-cepat solat dan minta mak yang ajar..so bila ayah balik..aku akan cakap..dah mengaji dah ayah..fuh selamat..mengaji dengan mak tak perlu menangis dan kena rotan bila salah baca..mak tegur dengan baik..kalau dengan ayah tak kena rotan pun terus jadi sebak bila kena tegur , mungkin ada penegasan dalam tegurannya . Dalam sehari mengaji quran kena 2 kali tak kiralah hari minggu ke atau hari bekerja. Bila time mak period..mahu-tak mahu memang kena mengaji dengan ayahla jawabnya...

dah panjang sangat kau bebel..dah time lunch..esok aku sambung lagi bebel.