NuffNANG

Thursday, December 30, 2010

Macam tak ada makna jer..

kat company saya ni walaupun PM dah diumum 31st esok sebagai Public Holiday. Memang sangat kecoh pagi ni bila budak2 engineer dengan techician pakat dok tanya saya..sama ada esok company ikut cuti sama atau tak?...jawabya : sori dik akak bukan PM kat sini..ekekkek. Buat apalah sibuk tanya saya adalah lebih afdal jika soalan tu ditujukan kepada HR..tak gitu?..apa-apalah.

Cakap pasal makan bola, tidur bola mandi bola, b***k bola...semua orang dok cakap pasal Fahmi tu jugak adanya.. emm ramai la yang mula dok usha mamat ni, janda meletop pun apatah lagi...tapi sayangnya budak chinese look ni dah ada yang punya...tak caya?..cayalah bila tengok sini..blog awek dia daaa..

Saya??? saya tak kisahlah sebab saya bukan yang b***k bola jadinya..saya bukan peminta bola tegar, saya cuma pilih bola tertentu aja untuk bermain ..ahakks!!yang penting esok company bagi cuti..tapi % untuk cuti setakat ni macam 0% jer..tunggulah tengahari sikit kan..mana tau ada perubahan.!!

Wednesday, December 29, 2010

Antara Buah Piah dan Avocado

bagi saya yang pernah melihat luaran jer avocado ni dan jugak melihat gambar-gambar macam tak banyak bezanya dengan buah piah?.Tak kenal buah piah?..ya sapa yang nak kenal buah yang isinya liat kalau dimakan memang melekat digigi. Emm itulah agaknya istimewanya buah piah ni, sebab memori tu la saya tiba-tiba digamit ingatan akan buah tersebut. Namanya saya seakan-akan ingat2 lupa lantas saya menelefon bonda saya untuk mengesahkannya. Tekaan saya tepat..cuma pertanyaan bonda saya tadi jer buat saya tersengih sorang-sorang.
"kenapa tiba-tiba tanya buah tu?, jangan nak mengidam buah yang susah dah nak jumpa tu, kalau ada pun pokoknya dah tak berbuah lagi..jangan".keras jugak bunyinya.

Puas jugak saya google gambar buah piah ni tadi akhirnya dapat jugak walaupun gambar tidaklah jelas sangat untuk saya compare dengan buah avocado tu. Bagi sapa yang tak kenal buah tu boleh tgk disini..

Beza buah piah dengan avocado?.. saya nampak buah avocado ni kulitnya pun macam buah piah jugak tapi lebih lembut. Buah piah kecil sahaja,saiznya lebih kurang telur ayam kampung sahaja manakala avocado adalah lebih besar. Yang sama mungkin pada isinya yang liat (saya tak tahu nak guna atau umpamakan sebagai apa). Ramai rasanya yang tak kenal akan buah ni, maklumlah buah hutan kalau nak compare dengan avocado tu memang jauh sangat. Buah piah ni hanya boleh dimakan begitu sahaja. Avocado pulak banyak gunanya..buah salad pun ada, minyak pun ada. Pokok buah avocado ni saya tak kenal macamana tapi saya ingat lagi akan pokok buah piah yang tinggi di kebun arwah nenek saudara saya...cuma tak pasti masih ada tak lagi pokok tersebut disitu ataupun sudah ditebang, malum pokok lama yang pastinya lebih dari usia saya mahupun usia mak saya barangkali.

Monday, December 27, 2010

Sepatutnya

saya belum melalui fasa mengidam lagi..tapi 2 hari ni saya seakan tak berselera mahu makan, asyik sendawa angin jer..dari minggu lepas sendawa angin taklah begitu teruk tapi sudah 2 hari ni rasanya seakan ada benda yang mahu keluar dari tekak saya. Makan pun agak kurang berselera. Nasi lemak t***k 50 sen pun saya tak boleh habiskan. Tengahari langsung tak berselera nak makan. Saya cuma beli buah dan bila jam 4 ptg mulalah rasa nak makan macam-macam..tadi bukan main lagi saya nak makan mee goreng mamak..bila keinginan begini datang macam sengaja pergi rumah yang boleh gugel resepi tu..hanya sempat singgah rumah TTM dan tengok mee goreng mamak dengan udang yang terjongket 2 ekor atasnya..emm lazatnya. Tepat jam 5.30 berdesup balik ingat nak ke kedai mamak dan menempah sepinggan mee sebegitu..tapi ragu-ragu jugak takut keciwa dengan rasanya..nanti saya frust menonggeng pulak. Dalam dok fikir nak tak nak tu terus dah sampai halaman rumah...arghh kalau dah sampai halaman rumah nak melangkah keluar adalah ibarat bercinta gantunglah jadinya....

Perut rasa lapar tapi malasnya nak mengisikannya dengan makanan idaman...tak palah tunggu esok ajalah. Akhirnya demi melengkapkan keinginan perut yang kosong saya hanya membuat sandwich keju+celup telur+grill+makan dengan susu pekat. Emm sedap gak ditekak saya. Oleh sebab mood rajin agak berkurangan maka hidangan sandwich keju bertelur dimakan dengan susu pejat manis adalah tidak dapat dipaparkan...hehheh

Friday, December 24, 2010

Kononnya..

dia tak nak ambik peduli lagi selagi tak sampai 6 Januari 2011 untuk saya pergi
berjumpa doctor dan dapat title mak buyung secara rasmi. Bila tunjuk tanda 2 line tu dia masih seperti tak mahu meletakkan sebarang harapan.

Saya cuba membuat short test kasi dia.
saya:boleh lagi kan kalau saya naik basikal?
dia: kalau rasa nak tercicir buatlah..(ada unsur ugutan disitu)..kalau dia memang tak peduli selalunya ayat dia akan jadi begini
dia: boleh..alah setakat bnaik basikal bukannya ada apa.

Pagi tadi pun:
dia: hati-hati bawa kereta tu..jangan nak memecut sangat
saya: ala awk sendiri cakap blum 6 hb..mana konpem ada baby pun
dia:..kenalah jaga-jaga!!

Eh..saya rasa macam seronok pulak bila lama tak mengandung ni..en.suami pun macam beri perhatian lebih jer walaupun katanya belum konpem lagi, saya cakap malas nak masak pun dia cakap jom kita makan kat kedai..suruh sidai baju pun tak ada istilah nantilah dulu..terus jer dia buat..!!nak compare dengan masa 1st time mengandung dulu dia macam tak peduli sangat kat saya..tak mature lagi kot masa tu!!.hhehhe

Wednesday, December 22, 2010

Dengan status

yang baru ni nampaknya terpaksalah saya membatalkan hasrat untuk membuat pendakian tunggal ke Broga Hill, berjungle tracking ke Sungai Chiling mahupun aktiviti berbasikal ke Tasik Biru Kundang.

Dek tak dapat nak membuat semua aktiviti diatas maka terpaksalah saya membawa besen menadah air liur kerumah chef-chef terkenal seperti ke dapur Parkdale, ke dapur Kanigawa, dapur Secubit Garam,dan ramai lagi chef terkenal yang lain dimata saya.

Dah 10 kali lebih semalam saya dok telek benda ni, takut tiba-tiba ianya berubah, pagi ni pun saya tengok lagi, nak tengokkk???



















oh bukan benda ni, yang ni cuma nak kasi suprise pembuka selera buat en.suami saja..kerapu goreng in sos plum and mangotajuk menu mengada-ngada tu.. yang betulnya adalah seperti dibawah.

Friday, December 17, 2010

No status yet!!!

saya cuba nak biasakan diri ni... dah 12 hari beb!!..tak ada tanda-tanda menyerah kalah. Bila cakap dengan en.suami dia kata..alah awak bukan tak biasa kan camtu..tapi kali ni saya rasa macam luar biasa jer.. dah setahun dah rutin 6 7 8 tu memang ada jer...tak kan kali ni boleh drag sampai 12 hari..apa pun kita tunggulah lagi dalam 10 hari lagi..pastu kita check kan!..Apa pun saya tak menaruh harapan yang tinggi..saya takut kecewa lagi..doakan saya yer..

Thursday, December 16, 2010

Saya cukup pantang....

bila mood saya dikacau. Nasib baik..ya nasib baik mood saya dikacau saat akhirr..err maksud saya saat saya dah ready nak balik la. Hari ni saya ingat nak upah diri saya sebab rajin hantar semua 10 kontrak yang akan tamat tempohnya dalam masa satu hari..oh tidak itu sahaja..saya siapkan 5 invoice..dan semua 10 kontrak tu saya dah tulis semua consignment note dan siap hantar tu.. arghh saya rasa paling rajin la untuk hari ni..dalam pada tu sempat jugak saya siapkan 5 quotation dan call lebih dari 15 client untuk collection..sambil tu sempat gak berblogwalking...bukankah itu semua kejayaan yang saya harus hargai hari ni???..rasa nak upah diri saya dengan ayam KFC original resepi makan dengan sos nandos jer..tapi rasa sangat hampes bila en. boss yang memakai seluar jerut paras dada tu menegur saya..ada lebih kurang RM150k lagi you tak follow up..why??..arghhhhh saya mati kutu disitu..dalam hati saya admit memang salah saya sebab 10 bulan beb..diulangi 10 bulan saya dalam mood plus minus...banyak vitamin "M" yang saya telan hingga menyebabkan saya dalam mood +-...gitu. Mahunya tak tahun 2009..saya sangat berjaya menaikkan jumlah jualan hingga orang lain boleh dapat bonus dan kenaikkan yang boleh dikatakan " WOW" tapi bahagian saya..sudahlah ada rombakkan komisen yang diberikan.. kenaikkannya pulak...sangat-sangat ciput..nak cover duit minyak seminggu pun tak lepas...sungguh mengeciwakan...

Lantas atas teguran tu saya hanya upah diri saya dengan makanan ini sahaja
...bedal ajalah walaupun tak crispy sangat...saya goreng jer dan tabur dengan serbuk lada hitam aji shio..jadilah untuk layan mood ke laut saya tu..err..jangan call saya ya malam ni..handphone saya tertinggal kat opis gara-gara kena tegur tadi..hehhhe...

Wednesday, December 15, 2010

Then, Selasa...

semalam saya personally jumpa dia
"u nak bagitahu apa-apa kat saya?" saya tanya bila nobody kat opis.Dia geleng kepala sambil cakap yang dia tak bersalah..belum sempat conversation tu habis.. ada orang datang so saya tak mahu soal dan argue dengan dia depan orang lain...so perbualan tu mati disitu..balik ketempat saya..tgk e-mail she wrote something, malas nak bercerita panjang..nak baca e-mail tu???nak baca???..baca jer lah.. tapi jangan gelak dengan my english version punya e-mail ya..sebab saya ni english broken jer pandai pun. Ini saya c&p sebijik dari e-mail tu..so sapa rajin nak baca tu sila baca dari bawah dulu ya...

From: ***** [mailto:*****@elid.com]
Sent: Tuesday, December 14, 2010 3:47 PM
To: '********
Subject: RE:

Ok kak

________________________________________
From: *******[mailto:*****@elid.com]
Sent: Tuesday, 14 December, 2010 3:41 PM
To: '*****
Subject: RE:

Malar,
As I mention to you, If you’re not guilty then prove to us. What for you want to pay if you’re not guilty, I bukan nak trouble kan you for watching back previous CCTV..otherwise Wendy, Sia and Chay will always have a bad reputation on you and again if there’s any issue of missing something then of course they will pointed at you again ….I don’t want that happened to you again. Because I always layan you baik la I tak nak I have a bad feeling towards you…that’s not good at all. Don’t worry tomorrow if Sia is free we will looking back the whole week CCTV recording together.


From: ***** [mailto:*****@elid.com]
Sent: Tuesday, December 14, 2010 3:24 PM
To: ***********
Subject: RE:

Kak….
Ok kak… may b u think that im the one take ur money rite its ok ka… I will pay u back the money ………………….
That day I really hurt ka….until now also same….. just leave it ka…. Plz don’t make me trouble ………. I think u already trust that im the one take I will pay u ka……..u don’t worry……..
And also I wont work here I think after January I will resign from Elid…. And will work near my house……..
SORRY ka… coz u always layan me and always good to me……..this is a 1st time I have Malay fren good as u…..

________________________________________
From: *********** [mailto:******@elid.com]
Sent: Tuesday, 14 December, 2010 3:10 PM
To: '******'
Subject:

*****,
At first I don’t want to suspect you but my money was missing after you have came and sitting at my place. I saw the CCTV and how you behave that time. To make sure that you’re not guilty we can check for another two time and day when I found out that my money was missing. I was trust you before then why not we prove that you’re not guilty then you can return back the trustworthy to other people also. If you think that you might suspect someone then let us know.
Don’t let us feel you’re the suspect, prove to us!!. Yes..GOD will know…but the problem is because your GOD or my GOD couldn’t not appear to us and telling the truth then we can say that GOD know…Mr. Sia want me to forgive you..but how can I forgive you if you’re not the person that I should forgive for. Telling me who had came to my place after or before you when I’m not around. I receive RM190 ringgit on that day which I had confirm with my husband because that day after works I have to pay my daughter transit fee..but I short of RM50.00 again ,not only this time..since 3 weeks ago my money always missing RM50.00…why was I was not report that time???..because I trust everybody in ELID include you. I will request from Mr. Sia again to see other CCTV to prove you’re not guilty as you said. I don’t want my bad feeling to you always on my mind and keep blaming person who are innocent.



From: *****[mailto:*****@elid.com]
Sent: Tuesday, December 14, 2010 1:00 PM
To: *********
Subject:

Dear Kak *******….

10q kak coz u pun suspect saya but tell u something ka I bukan orang curi duit ka…. U kata u pun ada notis pada masa tu u kena Tanya I kak….
Ini semua buat I susah hati ka… u tau perangai I and kelakuan i… and kat Elid I tak banyak cakap dengan semua orang hanya dengan u ka…..
Tapa lah kak kalau akak ingat I yang CURI duit u just cakap berapa kak I akan bayar
TUHAN tahu kak siapa bersalah kak….and 1 day they will get nicely……. I promise at my husband and my god I tak ambil duit aka……

Thank You

Regards,
R.*****

Sunday, December 12, 2010

Selepas itu kedua-dua tangan

dibawah meja seolah-olah sedang membetulkan sesuatu. Kemudian kedua-dua tangan diatas meja. Mengambil minyak angin dan menyapunya, langsung tidak menampakkan ada not RM50.00 yang digengamnya. Arggg..tak kanlah dia nak tayang kat CCTV sedangkan memang dia dah tahu akan kewujudan CCTV disitu. Pada hemat anda dimana dia sorokkan duit tu? oh sebelum terlupa hari tu dia pakai skirt kembang paras lutut. Memang saya tak tnegok pun wallet saya pada hari yang sama tu..bila sampai rumah pun dah pukul 9.30 malam baru saya perasan duit saya kurang lagi RM50.00...fikiran saya tak lain terus terfikir akan dia.

Bila boss saya panggil dia dan bagitahu ada barang hilang kat opis dia cakap bukan salah dia. Then boss saya cakap 'If i have a prove that you're the suspected person, it is ok for you?...then dia cakap then show me..
boss tunjuk rakaman CCTV tu.., muka dia masa tu memang pucat la ..but bila boss tanya..what are you doing at other table place then dia quickly jawab ..my leg itchy..so I garu kaki kat bawah meja..huh????
belum pun boss tanya kenapa tangan dia kat bawah meja?..dia dah answer that tgn dia tgh garu?..boss sy cakap i didn't asked what your hand doing?, then she start crying sambil nafikan dia tak curi?..persoalannya kalau betul dia tak curi kenapa nak menanggis?..then she start a story that she's miscarriage, she borrowing from Ah Long..she's had family matter which is her mother and brother always asked her for money..she said that she had no money. Tak lama lepas boss panggil saya dengar dia menanggis kat bilik then that day she take 1/2 day..next daynya...dia cuti lagi....

Monday dia datang but maybe happy la coz I'm not around..then today...BERSAMBUNGGGG

Thursday, December 9, 2010

Lerrr...dia rupanya..

TOYOL tu...patutlah..duit saya asyik hilang jer akhir-akhir ni. Memula saya ingat yang saya salah kira duit tu dan terfikir jugak yang kisah TOYOL yang saya ceritakan kat N3 ni benar-benar berlaku... masuk kali ke 3..diulang..kali ke 3 ok. Saya notice again duit saya lesap lagi RM50.00..

Balik kerja semalam selepas membedal seketul dada ayam panggang(nasib baik dah makan kalau tak jadi habuan org Parkdale jer lerr) en.suami@en.Director (err dah lama tak guna nama ni kat dia kan..sebabnya..dia dah tahu kelebek blog saya dah..huhu) ajak saya pergi ambik nombor telefon transit untuk Sara tu..setelah bermekap lebih kurang saya capai purse..dlm beg karung saya..saya mcm terpingga-pingga sedikit.
"kenapa?" tanya en.suami..
"duit saya...hilang lagi RM50.00,sy tak shopping pun hari ni, semalam pun tak, lunch pun tak pergi makan"...time tu jugak saya dah terfikir ada yg tak kena.. Memang konpem saya ada RM190 dalam purse.. ada not 10 4 keping. Not RM50 2 keping. Minggu lepas saya ada RM200..semua not 50 pun hilang sekeping..jenuhlah saya dok fikir kemana saya belanja duit tu...tapi tetap tak boleh recall. Kali kedua saya ada RM150..pun bila balik rumah tgk missing lagi 50. Pun jenuhlah saya dok hitung conggak kemana duit saya tu dibelanjakan..langsung sy tak suspek ada yang panjang tangan kat opis saya..sementelah ada CCTV betul2 point kat area saya...lagi sekali saya berfikir sampai langsung saya tak boleh tidur lena. Saya misplace ker atau pun memang ada yang panjang tangan.

Pagi ni bila saya sampai jer opis terus terjah bilik bos nak tgk CCTV tu. Semalam sy hanya keluar 2 kali sahaja. jam 1.10 ke toilet dan jam 3.05 saya ke surau...Kenapa saya ingat sgt waktu tu sebabya: 1.10 ..saya ke toilet sekali dengan engineer baru yang mati-mati ingat lunch hour pukul 1 ptg... jam 3 pulak.. si tangan panjang ni tegur saya kenapa saya pergi surau cepat sangat baliknya.so both of the time saya tengok jam..

Bila tengok CCTV memang kedua2 masa saya tak ada dia datang duduk tempat saya. Percubaan pertama tak jadi sebab bos saya lalu..bila kali kedua..dia cuba lagi walapun bos saya ada kat bilik dia. Dia seolah2 sedang menulis sesuatu dikertas then hulur tgn bawah meja sebelah..pastu dua2 bawah meja....BERSAMBUNGGGGGGG

Wednesday, December 8, 2010

Sakit betul...

peha saya dek kayuh basikal semalam. Jalan pun dah rasa kenkang semacam jer..tapi kecur liur tengok beaf steak kat rumah Hana sebelum pulang tadi buat saya teringin sangat nak dinner ala-ala omputeh gitu. Nak ke pasar malam cari beaf pun macam tak larat nak jalan jer lagi pula hujan renyai-renyai lagilah malas nak berlenggang lengguk ke pasar malam tu.

Balik rumah ada seketul dada ayam. Apalagi bila teringat ada sos Nandos kalau panggang boleh la lepas kecur kat rumah Hana nun..

Maka jadilah macam gambar kat atas tuAyam Panggang Simple..dada ayam yang montok saya rebus fully masak dengan garam. Angkat toskan dan marinated dengan sedikit minyak+lada hitam+sos nandos sikit+mayonis+oregano. Tak adanya saya nak perap berkurun..dalam 10 minit camtu saya dah leserkan kuali non stick dengan sedikit minyak agar tak hangus sangat ayam tu..panggang le barang seketika agar nampak garing-garing gitu...pastu angkat le. Sementara pan masih panas tu saya campakkan cili benggali, tomato ceri dan timun jepun yang dipotong nipis. Pastu baki perapan yang secoet tadi saya tambah sedikit air, serbuk lada hitam dan kicap..bukak api perlahan dan kacau bagi pekat..dah tu tuangkan atas dada ayam yang dok posing seksi dengan butterhead salad tu...tara...
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
Separuh masa pertama



Masa penamat
=
=
=
=
=
=
=
=

Siapa agaknya....

yang bagi kebenaran makan buah ni.
Tak kiralah yang bertudung labuh mahupun yang berambut rebonding paras buku lali, yang berseluar yenki ataupun pakai seluar pendek paras lutut...rata-rata datang kalau setakat ambik seulas dua boleh tahanlah..tapi..yang dimakan lagi banyak dari yang diambik untuk ditimbang. Harga buah ni tak adalah mahal manapun
..ada yang datang makan 2 atau 3 biji..then blah terus..sedikit pun tak ada rasa segan mahupun bersalah.
Budak kecik ini pun tak ada nak rasa buah tu manis atau tidak..

Begitu jugak mak bapak dia
yang datang Giant sebab sampingannya nak compare harga multicooker Pensonic yang baru dibeli kat jualan gudang tu..berbaloi ke tidak!

Tuesday, December 7, 2010

Penatnya..

kayuh basikal hari ni, mengambil kesempatan sempena cuti Maal-Hijrah saya dan en.suami berbasikal dalam kawasan Saujana juga...ini kes tak puas pusing satu taman 5 kali semalam..lepas sahaja solat subuh lebih kurang jam 7.15 kami dah mula mengayuh basikal. Amacam??test bukit ok?tanya en.suami ..saya iakan aja..teringin jugak nak uji kemampuan saya berbasikal setelah fobia menaiki basikal sejak terlanggar reban ayam 15 tahun dulu..ahh!! saya mahu lupakan..

Nampaknya saya tak mampu nak kayuh basikal menaiki bukit lagi, separuh jalan terasa lenguh nak mengayuh..lantas saya turun menyorong basikal menaiki bukit yang tak tinggi manapun..arghhh..sampai diatas..rasa macam mahu putus nyawa..serius..kalau tak fikir malu memang saya dah terbaring ditepi jalan..pandangan jadi kabur dan kelam..15 minit berehat barulah saya mampu mengayuh basikal kembali.. kali ni saya exchange basikal dengan en.suami..baru selesa sikit mengayuh basikl jenis alloy compare dengan basikal alang besi saya..nampaknya lain kali saya cuba kayuh menaiki bukit dengan basikal en.suami la pulak..biar dia pulak terkial-kial kayuh nak lepasi bukit tu..hhhehe.

Saya kayuh sehingga kerumah kakak saya dalam kawasan yang sama..sarapan disana dan patah balik menghala kerumah..lapar lagi..nak cepat saya buat spagethi ringkas ni..just tumis bawang putih hingga layu+minyak zaitun..masukkan sosej, air rebusan spagethi susu sejat dan susu full cream milk..herba oregano+garam+gula+serbuk lada hitam...masak sampai susu menyaluti spagethi...emmm lemak berkrim...jadi agak2 anda kalori yang terbakar kayuh basikal tu terbayar balik ke tak?..hehhe healty gitu..emm rasa nak pergi panjat bukit "katil" yang bertilam empuk pulak rasanya...

Wednesday, December 1, 2010

Sale!...Sale..!!

jual murah..jual murah..lelong2. Hari ni saya buat pengumuman tak berbayar. Hujung tahun dah tiba...ada jualan murah untuk jenama Pensonic..diulangi..PENSONIC..bukan Panasonic so sendiri tahulah quality barangan tu bagaimana.

Oh kenapa saya beria-ia promo ni?? oleh kerana Pensonic merupakan jiran terdekat dengan company tempat saya kerja..rasanya tak kisahlah untuk promo kan lebih kurang. Bagi saya barangan Pensonic ni tak kurang hebatnya jugak...setakat ni banyak jugak barang electrik kat rumah saya dari brand ni...so far?..ok dah 3 tahun guna tak ada masalah pun. Biasanya memang saya tunggu jualan akhir tahun ni..nak2 pula kalau ramai sedara mara yang kawen..berbaloi la jugak nak belikan mereka hadiah-hadiah kawen ni. Kalau tahun-tahun sebelum ni biasanya discount sehingga 70% tau. Tahun ni saya tak sempat usha lagi..

Sempat tengok kain rentang pun pagi tadi jer. Jualan gudang ni bermula pada 3 hingga 5 December 2010. 3 hari saja. Kalau siapa yang baru pindah rumah silalah mengusha untuk membeli kipas..heater, aircond washing machine dan macam-macam barang electrik lagilah..cerita banyak-banyak pun bukan ada komisen pun kan!..hehe..opss lupa nak bagitahu..locationnya dekat jalan 223..landmarknya dekat dengan Amway HQ tu..Naza World dan jugak Nutremetics.

Friday, November 26, 2010

Dah beberapa hari saya tunggu

ini pisang masak...


dari yang hijau


sampailah pisang ni macam gambar kat bawah ni..


tup-tup bangun pagi tadi tengok pisang yang ranum dah berkurangan..ingat boleh lah bercekodok dihari minggu..rupanya En.Remy Ratatuile jadian dah ngap dulu sebelum tido malam tadi.. memanglah dia tak habiskan semua tapi kuantitinya dah tinggal sedikit..nak kena beli tambah lagi la jawabnya.

Tuesday, November 23, 2010

Baru saya perasan

....yang tanggal 3 November 2010 lepas Cik Gobok ni dah genap usia 2 tahun. 2 tahun???..tempoh 2 tahun adalah tempoh dimana masih dikira bertatih lagi..kalau anak kecik kadangkala masih belum boleh diharap untuk makan sendiri...tercekik dik!!.

Tak prihatin langsung saya ni..tahun lepas masa usia genap setahun pun langsung tak celebrate. Yang ni masih bernasib baik masih dalam bulan November saya, jadi dengan rasa bersalahnya saya hadiakn cik Gobok kek ulang tahun perkahwinan penubuhannya yang diambil dari cik google yang kaya dengan imej-imej tu..tiup-tiup lah lilinnya tu..sebab qada tahun lepas tak celebrate maka tahun ni saya doublekan 2 bijikkk trus..

Akhir-akhir ini

rambut saya banyak yang gugur. Setiap kali sikat maunya segumpal rambut yang dapat. Rasanya mereka yang ada anak kecik yang sedang berlatih menjadi bomba pun rambut ibunya tak gugur seperti saya. sekali sikat segumpal alamatnya sebulan botaklah saya jadinya.

Saya kena cari alternatif lain..banyak dah shampoo hair fall yang saya guna namun kesannya tak nampak pun. Cuma Shampoo bawang jer yang belum saya cuba...itu shampoo berherba kan...bila saya cakap nak cuba shampoo bawang en.suami tunjukkan bawang ni



Gambar menunjukkan tuan rumah yang sangat-sangat rajin memasak hinggakan boleh menjadi petani pulak gayanya...

"tak yah beli" katanya..tenyehnya jer dengan sebakul bawang yang ada ni...

Setelah saya ditakdirkan...

untuk menjawab tag-mengetag ni maka saya tak mahu cakap panjang mahupun berleter ala-ala mak dara sebab banyak sungguh soklannya yang hendak dipaksa dijawab untuk Cikgu Intan ni..kira saya dah jawab semua ni ada muffinmarkah tambahan tak untuk saya cikgu?..

1. apa benda paling penting dalam hidup korang?Soalan ni tnya pasal benda bukan pasal orang..kalo pasal orang saya jawab family la..kalao benda err..duit tu termasuk benda ker?..bagi saya duit la..no money no talk..hheh:p


2. benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
sekali lagi perihal benda..bukan makanan kan!..benda yang saya beli adalah basikal yang boleh dikayuh untuk kerumah kakak saya yang jaraknya dalam 2 km kot. Juga untuk berbasikal dipagi hari sabtu bersama anak dara ke pasar tani gituww..

3. dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
soalan disini adalah "akan"..so saya tak biasa menjawab ini soklan sebab keyword yg sy cari adalah "telah"..

4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
ish x boleh cakap la...biarlah rahsia..


5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Kalau ada sumur diladang
boleh hamba menumpang mandi
kalo ada umur yg panjang
boleh kita berjumpa lagi
err..ada kaitan tak?


6. di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
err..kat rumah la..hari2 jumpa. kalo tnya dating kat mana barulah leh jawab kat shopping kompleks ker..kat Tabung Haji ker..ehhh!!!


7. novel/buku/majalah terakhir dibeli?
tak ingat la..biasanya saya beli majalah impiana..tapi tu 6 bulan lalu..kira terakhir la ya..


8. apakah nama penuh korang?
nak yang panjang ker yang pendek?........sila e-mail kalo nak tahu nama saya..hehhe


9. antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
mana-mana yang sporting time saya nak mengada-ngada..

10. namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?
Saya nak jumpa sapa yang nak jumpa saya sangat...tak kiralah artis ker pemimpin ker kalo dia nak jumpa saya,,..kira boleh la..hhheh

11. adakah korang basuh baju korang sendiri?
cik washing machine yang basuh separuh dan separuh lagi saya tolong(semi auto maaa!!!)

12. dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
hujung dunia la kot...

13. pilih salah satu, peluk atau cium?
mula-mula peluk..pastu cium...pastu.....shhh..ppssst:p

14. beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
- Seorang yang sedang sedang enak bercuti dikala cuti sekolah ni..
- yang suka akan tudong Ariani dan banyak sangat koleksi warna yang dia ada I guess
- Seorang yang tidak lagi menenen anaknya..dan sedang menanti untuk sessi menenen baby boy pulak rasanya..ahak!!

15. Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
benda kan????...
i) rumah saya
ii) keta saya
iii) basikal(mentang2 baru beli walaupun rega murah sgt)
iv) handphone ( susah x ada handphone ni wlau kdgkala h/phone la yg menyusahkan hdiup sya)
v) cik nikon saya.

16. lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
mcm Syg Ibu gak saya suka lagu-lagu lama..from 60an to 90 an....tp yang paling sy suka dengar lagu ni:
eceh siap bagi link lagi..nak pulak dengar time-time hujan..

17. bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
4 April..tak sambut pun...sedey!!!


18. Lima rakan Blogger yang korang nak tag.
dah lama tak buat kerja tag-mengetag ni kan.
mari serang:
i) Anis
ii) Lady Lavender
iii) Cik Nadya yang sweet
iv) Cik Yuyun
v) Cik Yatiali


psst..kepada nama-nama yang disebut tu tak ada paksaan menjawabya..

Monday, November 22, 2010

Ahad semalam....

saya goreng sayur kimchan ni ketika bertandang kerumah mak untuk makan-makan hujung minggu disamping lauk pauk galmer yang lain.
(credit goes to blog ni). Sayur ni kakak saya bawa balik dari Cameron Highlands. Dah lama saya terigin nak makan ni..hari tu sewaktu abang ipar kesana pun sana kirim jugak tapi dia tak kenal sayur ni, kacang panjang pulak yang dibelinya. Nama yang betul saya tak tahu, biasanya orang panggil kudup bunga lily atau pun Kimchan (ada iras-iras perkataan korea disitu..eheh)..rasanya?..seakan rasa kacang panjang..lemak2 skit..sangat sedap digoreng dengan sambal belacan.

Ini versi ringkas saya:
Kimchan
bawang merah
bwang putih
belacan sesedap rasa
cili padi
udang
sukatan??? agak-agak sendiri la)...

caranya gorengnya macam goreng kangkung sambal belacan tu..senang cerita versi campak-campak.

Semalam saya tak bawa cik nikon so tak dapatlah nak bagi sayur tu sessi possing maut sesedap rasa. Yang dah masak pun ala-ala posing paksa jer saya capture dengan h/phone kuasa kuda versi unpluggud..kelabu goyang jadinya. Yer la dah tayang gambar tu dari blog orang lain x kanlah gambar yang dah masak pun nak angkut sekali kan...tak ada bukti saya masak la kan. Bagi yang gemar sayur mayur saya rasa lagi sedap sayur ni dari sayur kangkung tu...

Selain goreng untuk makan dengan nasi kimchan ni jugak boleh goreng macam cendawan tu..sedap..tapi saya tak pernha buat..pernah makan jer..

Thursday, November 18, 2010

Dan semalam pun hujan..

lagi lebih kurang jam 4 petang waktu Malaysia..benua Australia saya kurang pasti. Setelah melantak nasi kalerful tu..saya macam ular sawa kekenyangan..masuk selimut dan berkuak lentang diatas tilam angin. En.suami syok dok bukak youtube dan dan ketawa mengengkek sorang-sorang..lawak apa yang dia tengok kat youtube tu pun saya tak tahu..siap meleleh airmata gelak. Si anak dara diluar..bermain titisan-titisan hujan dari atap rumbiabata rumah.

Saya terfikir mereka-mereka yang sedang menjalan ibadah korban pasti agak sukar sedikit dengan keadaan hujan begini. Ketawa en.suami membantutkan alasan saya untuk berpusing 360' atas tilam angin tersebut. Kacau sungguh!!. Saya kedapur menjenguk ke dalam perut cik peti ais..eh.eh.. ada pulak gerangannya cik enoki yang saya beli sabtu yang lalu..masih segar bugar lagi..lantas saya terbang ke Jepun singgah rumah Hana mengkopi ( x yah paste la resepinya...ya) resepi. Hujan pun dah semakin reda..boleh la layan enoki goreng panas2 sambil minum nescafe segera..

Hanya saya sorang yang mentekedarah enoki goreng ni..en.suami yang tengok fresh enoki tu cakap apa benda ni..macam s***ma jer rupanya..adakah??? x sayang mulut betul en.suami..
Saja jer saya tayang ala-ala lebih kurang kat rumah hana gak...hhaha..kata mengkopi kan!

Wednesday, November 17, 2010

Hujan renyai-renyai masih...

ada ketika saya mengorak langkah meninggalkan opis petang semalam...dapat tidor memang liat nak bangun semula ni tapi..saya terpaksa merajinkan diri memasak bila sampai rumah petang semalam. Ikut hati nak saja kuak lipur lentang atas tilam angin baru yang dibeli en.suami..telah siap terbentang depan TV...bila fikirkan siapa lagi yang nak menyediakan juadah pagi raya terpaksalah gagahkan diri memasak....nasib baik dari hari semalam lagi en.mahmood dah balik bawak auranya. Sebab kedua(tetiba jadi kedua ??)mana ada orang nak jual nasi lemak pagi hari raya kan..lainlah kalo yang jual tu cha ya nun alif ataupun ka.e.ling..adakah??..sungguh tidak relevan disitu kan..heh!!..

Akhirnya saya buat keputusan masak kari dada ayam but more vege than meat..ada carrot dan kentang serta cili. Ayam masak baling-baling Bali ringkas, acar kobis timun dan nasi color of ranggoli hujan panas. Masak siap-siap dan tapau kerumah mak di S.g. B.e.si. Hampir jam 12 mlm baru siap. Subuh-subuh hari dah terus memecut dengan kelajuan 60km/sjm..apalah en.suami ni..geram saya dibuatnya..saya nak cepat-cepat sampai disana..nak masak nasi dan pelbagai lagi...mahu saja suruh dia stop dan biar saya yang pandu...

Ini gambar yang saya capture setelah nk ngap lagi sekali sebelah petang. Awal2 tak sempat eden nak mengambil gambar ehh..tak ada make up2 pun ..tayang yang dok bersimpuh jerlah...rasa kekok nak guna cik nikon saya tu..lama sungguh x mengambil gambar guna dia.. asyik guna camera phone jer sejak Cik Flash rosak.

Thursday, November 11, 2010

KUKUKU

Sinar FM pagi ni dah buat saya mual..mula-mula saya gelak bila seorang pemanggil menyatakan dia mempunyai tabiat yang pelik iaitu mengigit kuku jarinya. Si KE pun menokok tambah dengan mengatakan sedap sangat la tu gigit kuku jari yang kat celah2 kuku tu masih bersisa sambal belacan la sayur lemak la..yummy kata KE..hampes betul si KE..tiba-tiba kepala dok bayangkan camtu rasa nak termuntah.

Saya cukup heran bila ada orang mempunyai tabiat begini. Habis kontot kuku jari digigit. Suatu ketika dulu adik saya jugak mempunyai tabiat begini, senyap-senyap dia gigit kukunya sampai kontot dan boleh nampak isi. Serius sangat ngilu bagi saya. Mak cukup marah dengan tabiat adik. Akhirnya kami sepakat menulis pengakuan sumpah dikertas andainya dia gigit lagi kukunya…dia ..(oh saya sudah lupa apa perjanjian yang dimenterai waktu itu)…tapi alhamdulilllah..dia berhenti dari mengigit kukunya. Tapi saya tak pasti jika dia masih mempunyai tabiat begini dibelakang tabir..ehehe…yer la dah tua-tua nak gigit depan orang malu mana tau buat kerja balik tabir pulak!...hehe.

Ada seorang kawan saya juga begitu dulu ..memang lah jarinya nampak bersih kuku..pendek..tapi ya ampun..tabiat begini memang mengelikan. Itu pasal yang suka mengigit kuku…yang suka simpan kuku jugak saya rasa amat jelik…jari runcing dan kuku yang dipotong kemas memang cantik tapi janganlah terlalu panjang. Tak rimas ker?..saya akui memang saya sendiri tidak memotong kuku terlalu rapat dengan isi..ngilu…beb. Tapi saya amat rimas bila kuku saya panjangnya lebih 0.02 cm dr jari saya. Rasa berat semacam dan saya rasa sangat-sangat kotor jer kuku saya…apatah lagi kalau orang yang menyimpan 1cm atau 1.5 cm dari kuku asas tu..oh sudah mengalahkan cat woman gayanya!

Yang suka menyimpan kuku panjang tidak hanya bagi segelintir wanita, ada jugak lelaki yang suka menyimpan kuku..tapi kebiasaanya hanya pada satu jari samaada jari kelingking ataupun ibujari. Ada yang menyimpan kuku sampai betuk kuku tidak lagi lurus tapi sudah twist jadinya.. yerk!!..alasan nak membuat perlombongan bijih adalah tidak relevan sama sekali…ishh!!

Wednesday, November 10, 2010

Daun pintu dapur terbuka lebar

...sewaktu saya sedang rancak menyediakan rencah2 spagetthi aglio oglio semalam ,saya terdengar bunyi mencicit..lama sungguh saya tak mendengar bunyi tersebut, sementelah time washing machine sedang menjalankan tugas rasminya... Saya biarkan aja bunyi tu....mungkin jugak bunyi dari washing machine yang sedang ligat bekerja..dek lapar untuk menelan itu pasta lantas saya biarkan saja bunyi tersebut.

Keterujaan ingin mentekedarah spaghetti setelah menonton korean drama PASTA memaksa saya menggunakan pan kuali telinga jer untuk melambung-lambung spaghetti yang telah digaul mesra. Setelah bertungkus lumus menghadap drama tu 24 jam tanpa henti akhirnya saya mencuba resepi campak-campak bahan yang ada dirumah ni. Boleh tahan sedapnya..licin..dimakan oleh Sara dan saya jer..usah dipelawa en.suami sebab dia x akan meleleh sedikit pun air liur melihat italian food ni. Lain la kalo saya sajikan masak lemak kuning kaci mahupun jenahak..pasti dia merayu-rayu 3 hari 3 malam weh..hheh.

Sebab ini kali kedua saya mencuba resepi simple spaghetti ni saya dah setting cik nikon siap-siap untuk snap kan gambar.. yes..barulah ada buktikan yang saya benar-benar melambungkan spaghetti tu..arghhh lain kali harus pakai self timer baru saya boleh capture acara melambung spaghetti dalam kuali buntut hitam tu kan...

Namunnnnnn...hasrat tak kesampaian bila saya terpaksa melompat sepantas kilat ke atas kerusi dengan kehadiran En. Remy dari Ratatouille. oh.. sungguh membantutkan hasrat saya untuk mengambil gambar pasta saya itu...hampir-hampir saya menjatuhkan cik nikon dek kerana terkejut dengan kehadirannya.

Pintu dapur yang terbuka lebar dan bau keju yang saya taburkan keatas pasta itu agaknya mendorong En.Remy menjengah kedapur saya @ mungkin jugak En. Remy mau mengajar saya membuat pasta yang betul??..belum pun sempat saya menyapa lembut menghalau dengan batang penyapu En. Remy, sekelip mata dia lesap..hilang tak tahu kemana..resah gila saya sepanjang malam mengenangkan dapur saya telah didatangi En. Remy...bukan itu saja..dalam hati saya mengutuk open kitchen yang langsung x ada halangan untuk En.Remy dan konco-konconya menjelajah kesegenap ruang dalam rumah saya. Waa..nak halang bagaimana ni..pertama kali saya menerima kedatangan En. Remy sudah buat saya tak tidur lena malam tadi.

Thursday, October 14, 2010

Perlukah saya akur

bila sebentar tadi saya dijeleskan dengan berita dari seorang puan buyung lagi. Bermakna sekarang saya dikelilingi oleh setiap penjuru oleh mak-mak buyung yang sangat rapat dengan saya. Ah itu belum termasuk mak buyung yang tengah tunggu hari nak lahirkan ahli baru.

Kalau nak cakap pasal new born pun lagilah tak yah cerita. Area perumahan saya pun keliling ada baby kecik. Usah ceritalah yang dok ulang tayang muka-muka new born tu kat FB.. semua tu nak kasi mak jeles la tu nyahhhh!!!. Baru sebentar tadi jugak saya mencuba kuiz bodoh pasal berapa orang anak yang bakal saya dapat..pun kuiz tu nak mengenakan saya jer.. 1 littel indpendent girl..ceh..macam saya tak layak je erk.

Lama dulu bertahun rasanya saya dah mencadangkan nama untuk anak second saya. Perkara paling seronok rasanyabagi saya kalau dapat meletakkan nama pada anak yang baru lahir tu..sungguh saya sangat teruja. Tapi semua nama yang saya idam-idamkan untuk bakal anak saya tu semua telah disapu bersih digunakan oleh jiran-jiran dana kawan-kawan saya. Kalau saya letak kemudian tentulah saya dikatakan meniru nama anak mereka. Oh..sungguh pantang bagi saya jika dikatakan meniru..
Namun saya jadi akur jugak dengan ketentuan tu bila saya baca n3 ni

Wednesday, October 13, 2010

Siapa yang tak jeles kan

kalo hari-hari tumpang drive aku tapi asal tengok buntut orang lain jer mata dia terbeliak. Apa bontut bonet tak cukup power ker?. Kalau compare dengan brand Malaysia yang lain..bontut bonet akulah yang paling power...aku tahulah aku tak tinggi dan handsome macam Encik CRV, Encik Grand Vitara mahupun mana-mana En/cik SUV, MPV dan tah apa-apa v lagi tu..tapi aku bersyukur sangat dapat rapat dengan kau. Lagi satu janganlah kau compare aku dengan mana-mana yang jenis kacukan..aku tak suka..dulu kau kutuk En.Avanza..sekarang aku lihat mata kau tak berkelip tengok dia...kau selalu cakap cantik jugak bila dia pakai skirt.

Kau tahu bukan aku sengaja buat-buat sakit sana sini..tapi kau tu yang tak peduli kat aku. Kau jarang-jarang sekali mandikan aku. Masa mula-mula dapatkan aku kau cakap no smoking tapi kau biarkan jugak laki-laki itu menodai aku dengan kepulan asapnya. Anak dara kau pun sama..bukan sekali dua biarkan air liur nya meleleh ke seat aku. Geli tau!..dulu kau janji nak dobikan baju seat aku tapi janji tinggal janji. Langsung kau tak buat. Habis bercampuk-campuk kaler seat aku tu.

Hari tu sedapnya kau pergi shopping ganti kasut kau..bukan sepasang tapi dua pasang sekali gus kau borong. Aku tahu perangai kau memang tak pandai nak beli satu tapi kau patut fikirkan yang kasut aku lagi lama tak berganti dari kasut kau tu. Hari-hari bawa kau ulang alik pergi kerja kau tak check pun kasut aku dah botak ker belum. Sedey tau!.. Malas dah aku nak cakap panjang..aku terpaksa luahkan juga sebab tak tahan tengok kau bersiul tiap kali tengok orangkereta lain. Ni baru luahan pertama aku.. tak puashati aku komplen lagi.

Ahhh..ni nak bagi tau..saving kau tak seberapa..sila abaikan untuk mengorat orangkereta lain.



Luahan hati oleh : Cik Pari-pari@En. Para-para

Tuesday, October 5, 2010

Antara Langsat dan Duku...

..yang mana lagi anda suka? saya suka duku agaknya. Lebih manis dan isinya lebih pejal. Langsat?..pernah makan langsat?..ya..langsat jugak adik beradik sepupu sepapat dengan dengan duku.. kalau dah bagi direction sampai saya sesat makan berkilo-kilo langsat memang rasanya mahu sahaja saya bagi buah lukuduku dekat kepala orang tu. (gambar dari cik google). Tapi bila saya nak bagi dia buah duku dia cakap best lagi buah Dokong.. keliru saya.

Sebab banyak sangat buah langsat yang saya makan terpaksalah saya menunda pertemuan sulit interview tu ke hari lain....

Thursday, September 30, 2010

Saya Sangat Ingin


pergi kesini..
..tapi malangnya saya tak ada geng upin ipin mahupun geng bas sekolah yang hendak diajak bersama hiking kesini.Saya fikir bila saya kesini tak adalah saya rindu nak ke benua satu lagi tu..memang cantikkan view sini rasa macam duduk kat benua yang TTM dan LG duduk nun jer.. (semua gambar dari cik google yang baik hati). Ada siapa2 yang pernah ke sini..Broga Hill at Semenyih...kalo ada share-share la..

Wednesday, September 22, 2010

Janganlah merajuk cik LG

saya tak tahu apa yang tak kena dengan minah ni..dah hampir seminggu dia buat hal. Bahagian bawah ok jer..atas tak beku. Bila dia merajuk macam ni..yang jadi mangsanya adalah cik ikan siakap 2kg tu, cik dada ayam yang kenyal, cik Fries dan cik nuget. Encik yang badan berketul tu pun apalagi ikut merajuk sama la..nasib baik tak ada yang bertandang kerumah kalo tak kenalah pergi merayu kat kedai runcit ataupun 7-eleven nak kena suruh en.badan berketul tu balik.

Pagi ni saya terpaksa telefon x boyfriend minah tu..petang nanti barulah x boyfriend dia datang belai-belai..harapnya minah tu tak kena sakit yang teruk...hayatnya bercinta kat rumah saya pun baru lagi..lebih kurang 2 tahun..tak kanlah kecik-kecik hal pun nak merajuk kan...tak best la gini..

Tuesday, September 21, 2010

Mencari En. Mahmood..

Uh..bikin panas saja, penat saya mencari en.mahmood ni..sejak cuti yang agak-agak tak berapa nak panjang ni..en.mahmood hilang. Tunggu punya tunggu sampai hari minggu pun en.mahmood tak datang jugak..kemana dia menghilang?..bila en.mahmood hilang tiba-tiba muncul pulak cik malisa..gila dah la tak jumpa cik mahmood..datang cik malisa lagilah tak kan jumpa en.mahmood...kesian tak kat saya?..huhu.

psst: hang pa rasa kenal tak dengan cik mahmood ni..kalau jumpa suruh dia datang melutut kat saya..hah..cik malisa tu mmg saya sgt tak suka..tp dia selalu muncul bila en.mahmood tak ada..skandal ker diorang ni???

Wednesday, September 15, 2010

Nak buat ker

tak nak buat open house tahun ni. Macam tahun-tahun sebelum ni pun tiap kali datang raya saya akan mencongak-congak duit balance hari yang ada atau yang sesuai untuk buat open house. Selalunya terdetik dalam hati tak mahu buat open house tapi last-last minute akhirnya buat jugak.

Tahun lepas memang cadang tak nak buat open house langsung tapi bila en.suami pergi memancing dan dapat ikan kembung, ikan sardin banyak yang amat..akhirnya buat jugak open house dengan menu laksa kelantan dan laksa penang. Jenuh la bersilat kat dapur nasib baik jugak cik bonda datang menolong..sediakan laksa kelantan..tahun ni cik bonda mungkin langsung tak dapat datang sebab menjaga cik nenek dirumahnya. Nak harapkan Cik kakak yang tinggal berhampiran untuk membantu rasanya jauh sekali memandangkan cik kakak sedang mabuk2 akibat berbadan dua. Cik adik ??...pun x dapat menolong rasanya memandang korinnya..sentiasa mahu berdampingan dengan dia. Nak harapkan en.suami ..oh memang jauh panggang dari api. Tolong kritik boleh la kot. Anak dara langsung tak boleh diharapkan.

Faktor masa jugak memainkan peranannya. Hujung minggu ni sudah ada yang mengajak saya kerumah terbuka sementelah masih ramai kawan-kawan. Hujung minggu depan terpaksa ke PD..untuk company trip. Minggu selepasnya en.suami punya company dinner Sabtu malam. Ah kalo sudah hujung2 raya malas pulak rasanya nak buat open house lagi.

Selalunya kalau saya tak mahu buat ramai pulak yang mahu bertandang kerumah...penat weh..balik kerja bersilat sebab ada yang buat kunjungan sebelah malam. Esoknya begitu jugak..sebab tu tahun2 dulu saya terpaksa jugak buat open house..tapi yang geramnya bila dah buat ada pulak yang x dapat hadir in last minute. Tahun ni macam tekad jer tak mahu buat lagi...tapi dalam kepala dok mencongak-congak jugak menu apa yang nak dimasak...hehe.

Serius ni..

saya gian betul nak berblog..rasa macam dah sebulan tak jengah gobok ni.. tengok rumah-rumah lain macam-macam cerita raya ada. Tak lewat kot untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya buat semua blogger2 yang bertandang ke gobok. Jika ada tutur kata yang tidak menyenangkan semasa berblog mintak maaf banyak-banyak..maaf zahir dan batin. Masa sambut puasa pun lewat jugak saya wish...sambut raya pun lambat jugak..hehhe..saya ni jenis yang ketinggalan keretapi kot.

Ini semua gara-gara menamatkan perkhidmatan BB tempohari la. Bila nak guna nak beli top up seminggu rasa malas pulak..last-last terpaksa la biarkan sahaja blog tidak berupdate. Lagipun saya fikir mana la saya ada masa sangat nak berblog perlabagai..nanti hangus lak rendang kat dapur. Dari hari Rabu sebelum raya Jumaat tu saya dah bercuti...yang sebenarnya saya punya cuti bermula Khamis sebelum raya tapi hari Rabu saya terpaksa ambil emergency..bangun subuh tu konon nak menemankan anak dara bersahur la..tapi tiba-tiba saya pening dan muntah-muntah..shaking gila sampai nak berdiri pun tak larat...nak pergi klinik ambik mc pun x larat..senang tambah EL jer la...hhaha.

Tahun ni saya tak baut rendang sendiri lagi..sampai rumah bonda saya tengahari Khamis tu rendang daging dah siap..tangkas betul betul bonda saya tu. Dia tinggalkan saya untuk masakkan kuzi ayam dan roti jala jer. Tapi disebabkan first time saya buat kuzi saya rasa saya gagal.. walaupun en.suami makan dengan lahap tapi saya masih rasa ada kegagalan di situ...roti jala pun rasa fail juga..sebab dah terbiasa buat guna acuan besi tu tetiba bonda bagitahu acuan tu tak ada..adusss..time tu terus rasa tak ada feel roti jala dah..time buat la ceper yang dah lama tak guna tu pulak buat hal..melekat gila, akhirnya terpaksa guna non stick pan yang sizenya cuma sebesar piring kuih..jadilah kecik-kecik jer size rotui jala tu..lipat oklah..nak gulung macam cinonet sangat..hhah itulah antara alasan-alasan kenapa tak ada gambar roti jala mahupun kuzi ayam.. boleh terima tak?..hehe.

Opps sebelum lupa pagi raya tu jugak saya buat nasi kunyit style dapur Malus Domestica tu dan pekena dengan daging kurma hitam,sambal belacan dan jugak jelatah.. kenyang sampai esoknya..hhe...pun gambar tak ada sebab mood mengambil gambar tak ada sebab kaler nasi dah lebih kurang kaler baju raya saya takut korang salah tengok pulak mana satu nasi kunyitnya mana satu baju saya....alasan lagi...hhehhe

Friday, September 3, 2010

Dari dulu-dulu lagi...: maafkan anakanda

sejak anak-anak dah kenal dan boleh berbincang dengan mak pasal menu raya..biasanya seminggu sebelum raya dah bincang nak masak apa for juadah di pagi raya. Even hari raya pertama tak bersama family sebelah saya.. saya tetap telefon mak tanya apa juadah yang mak akan masak untuk pagi hari raya. Kadang-kadang dari 1st dah puasa lagi dah rancang nak masak itu ini. Adakalanya planning tu jadi adakalanya planning bertukar menjelang 2 atau 3 hari nak raya.

Tahun ni raya pertama saya sebelah family kelantan saya la..macam dah jadi kebiasaan.. saya akan cadang kat emak saya untuk masak apa. Ikutkan perancangan awal tahu ni saya nak masak kuzi & roti jala, rendang+ nasi impit + kuah kacang. Mungkin jugak akan buat ayam masak merah..jelatah dan nasi karot mungkin jugak ada dalam list. Sebut pasal roti jala lama sungguh tak buat roti jala. 1st makanan yang saya jual dulu roti jala rasanya..masa tu masih awal 20an..dari buat suka-suka nak makan sendiri..akhirnya saya terima tempahan dari rakan-rakan mak.. last tempahan yang saya buat rasanya dalam tahun 2001 atau 2002. Time tu mak telah mengambil banyak tempahan dari kawan-kawannya dan bila saya balik bercuti saja saya terpaksa menghabiskan satu malam tu dengan mengirai roti jala, hingga rasa macam nak tercabut pergelangan tanga saya time tu..sambil tu mulut saya agak bising sebab mak ambik tempahan tanpa bertanya saya sanggup buat atau tak. Saya rasa mak masih berkecik hati dengan sikap saya waktu tu..hinggakan dia masih ingat lagi pasal peristiwa tu. Memang time tu saya agak bengang sangat baru jer samppai rumah dah kena mengirai roti sampai ke pagi raya. Sejak peristiwa tu tahun berikut dan seterusnya mak tak ambik lagi tempahan dan saya tak ingat bila kali terkahir family saya makan hasil roti kirai saya tu..Pn. Hajjah Saudah bt Sulaiman..anakanda minta maaf sebab lukakan hati bonda dulu..insyaallah tahun ni anakanda akan cuba mengirai lagi buat sekian kalinya agar bonda dapat merasai lagi roti kirai anakanda tu...

Wednesday, September 1, 2010

Beratnya kelopak mata ni.

rasa nak pejam sesangat. Badan pun dah rasa boleh tumbang bila-bila masa jer. Semalam adik beradik en.suami datang berbuka kat rumah. Sangatlah kelam kabut sebab hujung minggu lepas langsung tak hiraukan rumah..sangat bersepah sebab anak dara bawa geng "kubang" dia join the xtvt menyepahkan tu. Hari Isnin.. hantar sms kat en.suami mintak dia tolong kemaskan rumah sama-sama malamnya.. senang Selasa pagi dah boleh terus ke pasar beli apa yang patut for Iftar. Jawapan "OK boss" dari en.suami siang hari tu tak memberi apa-apa makna. Lepas solat terawih ingatkan dapatlah dia tolong sikit sebanyak mengemas bilik solat kat belakang rupanya dia kelaur balik jumpa jiran-jiran bincang pasal moreh bersama. Diskusi moreh yang saya kira amat hebat hinggakan sampai pukul 2 pagi baru pulang.. emm agaknya hebat sangatlah menu yang bakal dibawa hari Jumaat malam nnt...hhah bila ditanya menu apa jawapnya biarlah rahsia...amboi nak rahsia-rahsia pulak dia.

Dah nama pun balik jam 2 pagi..mana nak mengemas lagi malam-malam buta tu. Akhirnya yang terpaksa bersilat dari bangun sahur sampai iftar saya seorang. Selasanya dia bekerja seperti biasa. Nak angkat kamera ambik gambar time iftar tu mmg tak larat. tapi cuba jugak dan amat kecewa bila guna flash kamera macam ada yang tak kena...gambar tak menjadi..nak setting manual pun dah malas...sebab badan dah letih sangat-sangat memang rasa nak tidur jer time tu. Tunggu semua balik dalam 11.30 baru habis.. tumbang terus lepas suruh en.suami sediakan sahur paginya nnt..pun hampa..tak boleh buat sebarang perjanjian dengan en.suami lagi..satu pun dia tak tunaikan...
untuk itu layannya tulisan n3 meraban sempena rasa penat yang amat hari ni..zzzzzz

Monday, August 30, 2010

Award

Rasa terharu lak bila ada yang sudi bagi award ni kat saya. Sebab soalan tak adalah memeningkan kepala saya yang tengah pening ni so saya jawab awrd dari Nur kat Birmingham nun. Terima kasih ya Nur sudi bagi award ni walaupun baru jer kenal....Soklan2nya gini jer:

Syarat penerima anugerah ini kena jawab beberapa soalan.

Soalannya ialah:
Soalan 1
Apakah yang bermain difikiran anda sekarang?

Duit,biskut raya,shopping raya

Soalan 2
Apakah nama samaran anda?

Sally..nama Datin tu x officemate yang bagi..tapi actually byk lagi nama samaran saya..ehheyg glamer jer sy update.

Soalan 3
Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?

1. Suami
2. Anak dara saya
3. Semua family saya…err nak kena senaraikan kan ker?


Soalan 4
Panggilan untuk si dia?

Abang..time nak bodek..en.belacan time gaduh..time teman tapi mesra awak..oh ini bukan sebab dia pemancing tegar dan saya gelar dia awak-awak tu tau.hhehe

Soalan 5
Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
kasih sayang yang melimpah ruah..

Soalan 6
Blog mana yang anda selalu lawat?

blog yang ada cerita best a.k.a blog perantau..
blog yang ada gambar cantik
blog resepi
blog selamba


Soalan 7
Tag 15 orang blogger
..yang ni jer yang paling susah nak jawap..sempena raya yang bakal menjelma 10 hari lagi..harap Nur maafkan saya..sebab kelu lidah gigil tangan nak taip nama blogger lain tu.. takut ada yang tak sudi nak jawap nnt saya kecik hati lak..bila saya kecik hati nnt tak ada rahmat buat saya..bila tak ada rahmat buat saya tak ada keberkatan..oh siapa2 saja yang baca blog ni teringin nak terima award ni update jer saya..nnt saya buat kunjung balas..Ok..sekali lagi maafkan saya Nur.

Dah 80%

biskut yang ditempah siap. Bukan banyak mana pun yang saya buat, tahun ni saya agak malas nak buat biskut so yang menempah hanyalah regular customer saya jer..dan saya hanya buat 1 jenisnya.Kakak saya gelarkan biskut ni once you pop up you can't stop. Dek letih tahap gaban untuk siapkan 10 balang biskut dalam 2 hari maka saya tak daya nak angkat kamera ke lokasi dapur. Nak tahu biskut apa yang femes(kononnya) tu tgk kat sini.. Saya masih mengekalkan harga yang sama..yer lah macam tak best la pulak nak naikkan harga walaupun banyak harga barang naik. Untuk 1 balang penuh lebih kurang 600gm(berat balang dan isi) saya jual dengan harga yang bagi saya boleh la lepaskan bil electrik saya nanti.

Dalam sibuk buat biskut yang femes tu..hhehe.. saya masih kekalkan untuk tidak hanyut ke bazar ramadhan. Pun tak ada kegigihan untuk mengambil gambar apa yang saya masak..sebab dah letih sangat. So lupakan untuk mengintai apa yang saya masak hujung minggu yang lalu. letih orr!!! esok cuti 31 August pun kena layan siapkan biskut lagi.

Thursday, August 26, 2010

Dah masuk hari ke 16

dah kita puasa kan!..dah mula rasa malas nak masak. Camana ni..tekad tak nak ke bazar ramadhan akan kantoi ker?..semalam bukak puasa dengan anak dara buat satu jenis lauk jer..lepas tu makan bubur lambuk pemberian MDKS.. boleh tahan sedapnya..nak pula mkn dengan serunding daging dan ikan bilis goreng..layan jugaklah..

Saya makan sayur-sayuran tu jer dengan nasi..anak dara pulak habiskan ikannya..Ikan Goreng kicap ni kena sekali-sekala memang best jugak..nak buat pun senang banget. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu bila ada tetamu datang lauk yang paling senang mak saya masak ikan goreng kicap ni la...sekejap jer dah boleh makan..layannnnnnn

Tuesday, August 24, 2010

Hari-hari Kerabu

tak bosan ker?..sementelah en.suami night shift minggu ni..boleh la masak yang lain dari biasa sikit. Ni first time saya buat kerabu tomato ni. Untuk saya seoarang saya buat seminimum yang boleh. Saya guna sebiji tomato jer dan tambah dengan timun jepun..saya guna resepi kerabu mangga tu jer...tapi tak letak udang kering..hanya ikan bilis goreng..berselera makan walaupun berdua dengan anak dara..hari2 kerabu macam ni boleh tambah berat badan ni.....nampak macam kerabu mangga jugak adanya..hehhe...sumpah ni kerbau kerabu tomato tau!

Monday, August 23, 2010

Ayam Percik Berempah tapi Derhaka

Sabtu buat ni..nk bakar macam biasa..tapi malas nak cari arang pelbagai..so saya stimkan ayam yang dah perap dengan rempah.. saya tak ikut resepi resepi asal ayam percik yang biasa mak saya buat..ampun mak..anak mak dah adjust sesuka hati dia jer..bahan2 sy main campur dan agak2 jer...rasa boleh tahan la.


Bahan perap:
lada hitam
ketumbar
bawang putih
halia
jintan putih
jintan manis
garam

tumbuk kasar semua bahan dan lumur pada ayam.perap seketika.. stim separuh masak.

Panaskan pan non-stick..guna planta/minyak sedikit bakar sampai masak. dah masak..celup dengan kuah perciknya..dan ulang bakar seketika biar ayam serasi dengan kuah perciknya.

Kuah percik.
bawang merah-tumbuk
bawang putih-tumbuk
sedikit halia-tumbuk
sedikit cili giling
santan pekat
garam
gula
asam keping

Tumiskan bawang merah+ bawang putih+halia+cili giling dengan sedikit minyak..bila sebati dan masak..curahkan santan pekat + garam +gula + keping..kacau hingga sebati sampai terbit minyak..jika kuah agak pekat boleh ditambah dengan baki santan cair.

Kerabu Mangga

Puasa belum pun masuk setengah bulan lagi..tapi tak ada berselera sangat nak menghadap makanan.. ada kerabu2 gini laju la pulak tangan menyuap nasi..

Saya buat ringkas jer kerabu ni..tu pun tak letak bilis goreng..orang rajin la katakan.

Bahan2.
Mangga dalam 5 biji parut kasar.
Carot 1/2 batang..parut halus memanjang.
Kacang tanah-goreng tanpa minyak & tumbuk pecah-pecah
bawang putih-tumbuk pecah-pecah
Cili Padi-tumbuk pecah-pecah
garam dan gula-tumbuk bersama bwang putih dan cili-secukup rasa
Udang kering-sangai dan tumbuk.
Tomoto-potong nipis.
limau nipis-perah ambik jusnya.
Kacang panjang-potong dalam 2 cm
Bilis goreng-taburkan.
Caranya:
Mangga dan carrot tumbuk sedikit. Gaul rata dengan semua bahan yang dah ditumbuk berserta kacang panjang...taraaaaaaaaaa.sedia dingappp..

Amaran: jgn mkn banyak sangat..nnt tak habis sahur ke terawih dah berlari ke toilet lak..

Friday, August 20, 2010

Nasi Lemak Daun Kunyit

Semalam kerana semua lauk pauk kat fridge dah pupus..maka saya ambik kesempatan baut buat nasi lemak. Sonang kerja den!..itulah yang terdetik sewaktu sampai rumah dalam jam 6.20. Terus ke dapur.bersilat.. bila nak ambik daun pandan kat laman rumah tengok daun kunyit macam melambai-lambai suruh sentuh dia. ishh segar elok jer daun kunyit ni..nak buat kerabu daun kunyit mcm Kak Nor Secubit Garam tu tak cukup la pulak lagipun kata Kak Nor..elok kalo daunnya masih bergulung tu..ni daunnya dah kembang semangkuk..macam tak best la pulak. tangan kiri pegang daun pandan nak potong tp tgn kanan pulak dok meraba daun kunyit...tarik sikit ..ish wangi la pulak...alih2 terus tarik daun kunyit..segar jer baunya. Jadilah..nasi lemak mcm dlm gambar ni..best la bau dia..dah la lemak gila sampai sahur pun still makan nasi lemak lagi dan akibatnya pagi-pagi lagi dapat call dari en.suami..ingatkan dia nak cakap bestnya nasi lemak awak buat tu..tapi lain pulak jadinya..
encik suami: awak jangan masak nasi lemak lagi la bulan puasa ni..
saya: kenapa bang?..tak sedap ker..awak cirit birit ker?
en.suami: lemak sangat ni..ngantuk saya dibuatnya..belum pukul 10 pun lg ni..tapi mata dah nak kena tongkat ni.

Lorr!!Maunya dia tak mengantuk..menambah sampai dua kali..ish!!ish!!.
Sebab semalam just masak nasi lemak+ goreng keropok mony dan gulai udang reheat aja jadi sempatlah saya buat murtabak segera tu lagi. Mana boleh tahan TTM pun dah tayang kat blog dia nun..

Tuesday, August 17, 2010

Kuih Bakar

Hah kuih ni saya buat Sabtu lepas..tapi baru hari ni ada masa nak update. Macam sibuk benar ya!.. kali ni saya tak lupa dari siapa saya ambik resepi ni...cuma resepi asal dari mana saya tak tahu . Terima kasih Kak Hanieliza sebab share resepi ni..sedap..lemak merdu gitu. ..tapi kuih ni tak sempat nak posing lebih2..potong pun agak sengget. Lain kali saya nak cuba buat lagi..memang teramat senang nak buat..tapi bila tgk adunan cair gila saya mcm tak konfident jer..Alhamdulillah dah bakar..sejuk baru potong baru nampak hasilnya.

Friday, August 13, 2010

Bolehkah sahut cabaran ni??

entah la dapat ke tak..tahun ni bertekad tak mahu jejakkan kaki ke bazar ramadhan. Kalau tahun lepas boleh dikira dengan jari tangan jer jumlah kekerapan saya ke bazar ramadhan tahun ni agak2 akan bertambah atau berkurang tak dari tahun lepas.. itu kena tunggu penghujung ramadhan la nampak gayanya.

Hah tahun ni banyak chef2 terkenal saya dah jumpa kat alam maya ni...harapnya idea nak masak tak keringlah..kalau tak ke bazar ramdhan la gamaknya.. 2 hari sudah berlalu walaupun masih kurang sihat saya still masak yang ringkas-ringkas untuk saya dan anak dara berbuka. Hari pertama layan ayam masak merah dan gulai nenas ikan masin(dari kenduri) + sambal udang (dari jiran sebelah) reheat jer.
Hari kedua balik 6.15 terus bersilat kat dapur...tapi just masak gulai telur dan ayam goreng kunyitnya. Berbuka malam nanti tak tahulah nak masak apa lagi. Bahan basah memang tak ada dalam fridge..yang ada pun hanya siakap 2.3 kg yang belum dipotong2. Nak potong ni mesti ambik masa..tunggu hari minggu jer la buat sweat sour ker..makan ramai-ramai. Mungkin masak kari sardin jer kot dengan telur dadar. Tunggu hari minggu sahajalah baru senang beli stok bahan basah untuk seminggu. balik tak payah kelam kabut pergi pasar pelbagai.

Tapi dalam pada tu tetap gak dok google cari resepi2 menarik dan ringkas untuk minggu depan lak. Anda bagaimana apa planning nak masak hari ni??? ker nak pergi ke bazar ramadhan jer?

Thursday, August 12, 2010

Baru hari ke 2 kan

tak lambat kan untuk saya ucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak. Kenapa hari ni baru nak ucap ya!.alkisahnya..saya kurang sihat semenjak malam sabtu hujung minggu lepas. Saya telah diserang sakit perut yang teramat sangat sehingakan bila ke hospital saya disangka keguguran. Saya terasa sakit semenjak hari Sabtu lagi cuma saya fikir ini mesti sakit perut sebab nak datang bulan, tup tup samapi ke Ahad..bulan tak datang tapi sakit masih terasa. Petang Ahad saya telah membuat gerakan tonggeng tebalik ngiring mengiring menahan kesakitan..dalam hati cuma terfikir apasal la bulan ni sakit sangat ni..biasa tak macam ni...
setelah disuakan dengan panadol malam itu yang hanya merehatkan saya seketika sebelum saya dikejutkan dengan lambain bendera merah pukul 4 pagi...pun begitu walau disapu dengan minyak angin perut still tak baik..mencucuk sakitnya, dek kerana en suami ada maka dengan manjanya saya mintak dia hantar saya ke Klinik berhampiran. bila buat urine test dan diberi suntikkan pun masih tak hilang doctor menyuruh saya ke Hospital Sungai Buloh.
Saya ambik keputusan biar jer dulu....malu la mana tau ni sebab period punya pasal, nnt kena gelak dengan doktor kat situ jer.Satu lagi saya fikir mungkin doktor akan sangka saya smebelit. ish sembelit pun nak pergi kecemasan ker.. malu jer kan. Siang berganti malam , siang balik tapi sakit tak hilang..mahu tak mahu dengan surat dari klinik saya ke Hospital Sungai Buloh..biasalah kan hospital kerajaan..nak cepat pergi swasta la kan.. so setelah pot pet dengan doctor bahagian kecemasan saya buat urine test lagi.. nothing jugak. Saya di suspect sakit appendic tapi doctor pun tak berapa sure. Ding dong here and there saya dihantar ke pakar sakit puan..hah kat sini cepat giler doctor tu check.. so saya dihantar semula ke wad pemerhatian...emm diarah pulak masuk wad setelah dicheck oleh 10 orang doctor melayu & china. Saya pun tak tahu yang mana satu pakar.

Saya diarah berpuasa. Last food yang saya take adalah sekitar 10 mlm sebelumnya.. saya di tahan di wad..aduh.. lapar gila saya. Lebih dari 24 jam saya berpuasa tau..orang lain tak puasa saya dah berpuasa awal sehari...bila orang lain berpuasa pulak doctor arahkan saya berbuka. At the end saya balik tanpa mengetahui saya sakit apa. Simpton appendic langsung tak ada...tapi sampai saat ini saya masih terasa sakit. Oh ya..saya tak sempat nak buat cream puff lagi..memandangkan saya ada tugasan lain iaitu masak butter prawn dan koktail sagu+buah untuk 250 tetamu..langsung tak sempat nak buat cream puff untuk tayangan perdana hari tu..

Friday, August 6, 2010

Saya Cilok

sekali lagi saya terlupa nama makanan ni. Ni bukan pasal saya termakan semut atau buat-buat lupa tapi saya betul-betul lupa. Mohon maaf sebab lupa dari rumah mana saya singgah dan ambik resepi ni..dah cari dah tp tak jumpa, nak godek2 lama2 mata tak izinkan. Ini kes ingat time tu terus buat la ni..apa pun..dengan telur bergoyang tu memang sedap.. saya cuba letak nama egg benedict tp egg benedict bukan rupa gini kan, letak nama baked egg pun bukan gini. Layan jer la janji breakfast saya hari ni kenyang kan. Sesuai jugak kalo nak buat bersahur ni. Tuan reka resepi ..ya ampun ya!..

Dengki betul saya

...tak tahan tengok kat CASA Arina,segar-segar jer buahnya, saya pun bawa guni pergi petik kat kedai jugak adanya. Tapi tak banyak pilihan yang saya ada...itupun tak sesegar yang kat Casa Arina nun.Apalagi buah dah potong-potong layan la pulak dengan yougurt dan cik mayo

Thursday, August 5, 2010

Cream Puff: Pencarian berakhir

kita cuba resepi ni, saya dapat dari teman sekolah menengah dulu..harapnya jadi sebab kawan saya ni buat untuk jula...tempah??? jauh sangat nak tempahnya sebab dia dok Keningau nun.Apa pun saya C&P resepi dari tuan punya resepi ya! Jom sama-sama kita buat. Terima kasih Janna

Ok layan dulu resepinya dah buat nanti, kalau jadi kita layan gambar pulak.. ok

Cream Puff


Bahan-bahan ( 10 biji )

* 100ml air
* 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
* 60g tepung gandum- diayak
* 2 biji telur

Cara :

1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. kemudian sapukan minyak/butter pada loyang pembakar. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih.
3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4. Apabila adunan terbentuk seperti doh,tutup api dan biarkan adunan betul2 menyejuk.
5. Apabila adunan sudah betul2 sejuk,pukul menggunakan mixer, masukkan telur sikit demi sikit & teruskan putar hingga sebati
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang yang telah disapu mentega. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180'C dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.


Custard filling

Bahan2:
500 ml susu segar/susu cair pun boleh
100 gm gula (saya kurang 90 gm saja)
80 gm tepung custard

cara2:
-masukan semua bahan2 ke dalam periuk,kemudian kacau rata biar tiada sebarang ketulan.
- masakkan di atas api kecil sambil terus mengacau supaya adunan tidak berketul2
-apabila adunan nampak semakin pekat ,tutup api dan terus kacau.
- gunakan inti kastard ini dengan segera kerana inti ini mudah beku.

Cara meletakkan inti :
-anda boleh membelah cream puff dan sudukan inti kastard ke dalam nyer
-atau pun anda boleh masukkan inti kastard ke dalam piping bag dan kemudian paipkan ke dalam cream puff.

Sejujurnya

Apa tindakkan anda bila mata anda disajikan dengan gambar-gambar yang tak berapa nak cantik dari kacamata anda?.. honestly berdepan dengan empunya diri..

1.cantik tak gambar saya?

Dalam hati saya: tak..gambar nampak kelam jer..camner nak ckp cantik
mulut saya: cantik la..ok.
anda: ?
2.saya nampak kurus tak?.

Dalam hati saya: tak, (kalo dah perut still macam belon kandung air yg nak pecah..tak kan nak cakap kurus)
mulut saya: ok la...teruskan diet..
anda:?

3. Dalam gambar tu saya nampak putih kan!
Dalam hati saya: you orang ***ia...you tanya saya nampak putih tak?.huhuh sedih nak jawab
mulut saya: hah ah..putih la jugak.
anda:?

So kalau setiap jawapan dari mulut saya ada "la" sorry..jawapan tu tak benar sama sekali. Kalau anda dalam situasi saya apa anda nak jawab..terus mengatakan ya atau tidak or ???

Cream Puff:Saya masih mencari...

dari semalam lagi saya masih mencari resepi cream puff tu. Jengah rumah kak Ummi, tapi kak Ummi cakap tak ada. Bukan tak ada resepi dari blog link mana2 tapi belum dapat yang rsa sehati sejiwa dengan saya. Saya dah cuba cari kat blogger yang famous tp tak tahu nak godek mana lagi..dalam kategori kuih muih ker? pastri ker? tak jumpa jugak...apa perlu saya menunggu atau pun perlu mengodek lain-lain resepi???

Wednesday, August 4, 2010

Dah setengah hari dah: please help me

saya dok google cari resepi cream puff...ya la saya ni tengah bercadang-cadang nak buat derma sikit sempena kenduri jiran saya sebelah rumah. Itupun kalo rajin.. banyak dah blog yang saya masuk cari ni..tapi belum decide lagi nak pilih yang mana satu. Saya pernah buat sekali..lama dulu, buat ciput jer un tuk try..rasa not bad tapiiiiiii.. agak cair sikit adunannya dan time tu tak guna piping bag pun untuk buat so macam tak cantik la kan puff dia..leper jer..tapi bawa kerumah mak habis jugak.

Ha lagi satu saya nak yang jenis tahan lasak..hehhe maksud saya boleh tahan lebih kurang dalam 5 jam bukan pada suhu bilik. Puff tu tak keras bila kena udara...ada sapa nak share info dengan saya...err ada lagi ni filling apa yang sedap ya..biasa saya jumpa filing kastard la.

Tolong saya ya!...nak buat kejutan sikit ni.

Anda tahu??

Saya pun baru hari kedua tahu, mungkin ada yang dah tahu..tapi rasa seronok pulak untuk berkongsi bersama. Saya dah try 2 kali memang rasa sedap la pulak. Untuk mendapat rasa nescafe yang betul-betul kick...jangan dikacau. Jangan kacau??.. bukan perkara pelik rasanya.

Bila sediakan campuran minuman tersebut: nescafe+coffemate+sugar+ hot water..don't stir..drink it slowly then you feel the taste...eceh..: cakap omputeh berterabur pulak dah. Air yang panas tadi mampu membuatkan gula sebati dengan sendirinya ..Yessss!! memang sedaplah.. rasanya..nak2 bila sudah berada ditegukkan terakhir..terasa betul nescafenya!!..kalau kena betul gaya campurannya..memang mcm latter pulak..heheh

Apa-apa lah mek!

Pagi-pagi mek tu ngamuk cari susu dia dalam fridge tak ada. Saya pulak lupa nak beli susu yang baru..alahai, nak buat milo pun dah habiskan semalam buat milo ais untuk en.suami.

"ni yang Sara geram ni..macamana susu Sara boleh hilang"

"cuba tanya abah..Sara yang suruh abah simpan dalam fridge semalam kan!".

"O..susu dalam gelas tu ker?, abah dah habiskanlah..abah ingat ada banyak lagi dalam fridge"

Maka pagi-pagi lagi dengarlah raungan mek kecik bonia tu. Sambil nangis tu boleh lagi membebel
" abah ingat abah baby lagi ker ..nak minum susu Sara"...marah betul dia. Abahnya pula buat-buat muka bodoh..lagi la mek tu ngamuk. Lastnya mek makan roti dengan planta dan minum plain water jer.

Apa-apalah mek janji perut tak kosong pagi ni...

Tuesday, August 3, 2010

Saya fikir saya tak perlu

....benarkan dia ikut serta dengan lawatan tu...patut ker?
Semalam sianak dara bawa pulang satu form. Ada lawatan katannya ke Zoo Negara dan Pusat Sains. Alahai berat hati saya nak benarkan...sampai pagi ni dia merayu-rayu dengan en.suami untuk ikut serta rombongan tu. Kalau mintak kebenaran saya confirm tak dapatlah..tapi en.suami pulak membenarkan dia ikut serta..hangin betul saya. Bukan apa tak haraplah saya dengan mek sorang tu...dia selalu terhegeh-hegeh..takut nnt kena tinggal ker apa..

Ugutan saya pada en.suami nampaknya tak berkesan...dia tetap sign kan form tu. Ok..kata putus dari saya..all the transportation to send and pick up mek tu dari sekolah dia en.suami kena bertanggungjawab...watever happend he the one that I should blame too..kejam ker?

Setengah jam yang lalu en.suami call saya...dia bagi tahu yang dia bagi anak dara tu ikut serta sebab..dia rasa mek patut pergi dan dia tak mahu nanti bila mek tu besar dia ungkit yang kami tak bagi dia join apa-apa aktiviti sekolah dia..emmm alahai..
Susah hati saya dibuatnya.

Tengoklah..nak lipat kaki seluar pun tak pandai lagi..