NuffNANG

Tuesday, October 30, 2012

Banyak xtvt

kegemaran saya yang dah dipinggirkan. Saya tak lagi mengengdeng cik kamera kesana sini..dari situ mood memasak dan berphoto bagai senyap. Masak tetap masak tapi nak setting mengambil gambar makanan dah tak sempat. Anak teruna saya tu asyik berkepit memanjang. Waima mahu ke toilet pun meraung sakan dah ngalahkan cerita batu belah batu bertangkup dah..agaknya dia nampak pintu toilet tu macam gua kot..untuk tak melihat blog saya tanpa hiasan..kali ni saya pamerkan sebiji kek yang jenuh saya nak melepa sebab dah lama tak buat..kali ni cik kamera nikon saya tak tolong capturekan cuma pakai cik samsung yang kadang-kadang gambarnya tak berapa nak jadi sangat..oh tak kisahlah kan janji blog ni ada unsur kaler of ranggoli skit..lagipun deepavali coming soon kan!..ahah!..

Friday, October 19, 2012

Kekok pula...

rasanya nak menulis N3 kali ni, mungkin sebab lama sangat tinggalkan rumah kan!..dah janggal pula rasanya. nak mula menyapu pun tak tahu nak mula dari hujung mana dah..sibuk sangat la kononnya kan...hhuhu..emm maybe sibuk dengan sibujang kecik saya yang lebih kot..emm lainkalilah saya menyapu sawang ni..biar sibujang jadi tontonan kali ni ok tak?