NuffNANG

Sunday, April 24, 2011

Bau semerbak...

dari oven jenama murah tu memang mengancam, tak sabar nak taste rasanya lak..bau dah ada rasa tah jadi tah tidak tak tahu lagi...kita tunggu..kalau jadi boleh la buat makan lewat petang ni. Orang lain rasanya dah siap masak dinner dah time ni..resepi ni saya jumpa kak blog sini..thanks kak Rosaliza buat pameran kek yangmengancam tu..saya kalau resepi simple-simple ni laju jer buatnya.

Oleh kerana tak modal nak celoteh panjang lebar, isu tak ada sangat..anak dan anak2 jiran termasuk en.suami still berdengkur lagi petang-petang hari (semua kepenatan dek bergotong royong kawasan kejiranan tadi..budak2 nyibuk jer pun letih macma orang tua-tua gak)ni saya tepek gak la resepi ni. Saya ikut bulat2 cara kak Rosaliza tu..cuma tambah satu sudu besar pati oren sunkist, kasi bau skit sedap oren saya tu dah lunyai sikit lama dok bertapa dalam fridge:
BLENDED ORANGE CAKEresipi : kak fida @myresipi
Sumber dari : Kak Rosaliza

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

1 bji buah limau
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - kak Rosaliza boh 1 cawan + 1 sudu
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )akk guna soda bikabonat
1 sudu pati oren sunkist(saya tambah..)

Cara-cara

1.Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.

2.Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.

3.Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.

4.Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. - Kak Rosa bakar bkr 30 minit suhu 150C. Yang ni saya follow owner resepi ni.


..lupa nak ambik gambar sebelum potong.Dah cut semua baru terfikir nak ambik gambar.

Amacam kak Rosaliza..lulus tak ni?..kalau lulus nak sedekah kat jiran sebelah ni..hehhe

Sebelum tu layan masuk mulut dulu..tak rugi buat ni memang sedap banget..

Wednesday, April 20, 2011

Mee Hoon ker Bee Hoon?

sampai sekarang saya masih konpius, ada yang panggil mee hoon ada yang yang panggil bee hoon. Apa pun pesennya sama.."hoon" bermaksud halus..jadi istilah kat belakang tu tetap sama. Ni menu malam tadi..bila tiba-tiba rasa nak makan ala-ala singapore sikit. tapi saya suka sangat letak perahan asam limua..pun masih tak berkira samaada limau nipis mahupun limau kasturi ..janji ada rasa masam. Oleh kerana berdua jer dengan anak dara maka versi ala-ala rajin sikit telah menjadi taruhan. Anak omak tu kalau nak suruh makan sayur memang liat.. even dah nak hancur kunyah pun dia masih keluarkan..ada sayur..tak mahu makan katanya..cuma kalau saya buat sebegini jer dia makan..carot tu saya sagat halus skit..kobis pun potong halus..baru boleh sumbat semuanya kat tekak dia..layan jer la gambar ni dulu..

Thursday, April 14, 2011

Patut ke saya marah..

budak laki-laki yang telah menumbuk dada anak perempuan saya sebanyak dua kali kononnya anak saya telah mengalihkan bekas minuman dia dan memadamkan salah satu huruf di white board???

Sewaktu mendengar luahan sianak yang dia ditumbuk didada oleh seorang budak lelaki yang sekali ganda dari besar dari badan anak saya 2 hari lepas, saya jadi marah..pun begitu saya tetap bertanya kepada si anak kenapa sampai budak lelaki tu menumbuk dadanya??dia ceritakan hal seperti diatas..memang terlebih dahulu saya salahkan sianak kenapa dia lakukan semua tu..jawapannya..dia alihkan bekas minuman tu sebab tak sepatutnya diletakkan disitu..dia sepaptutnya padamkan perkataan-perkataan diwhite board before next teacher coming in..sebab on that day..it's her duty...

dan....

Semalam, ketika di Pasar malam...saya dan si anak bertembung dengan budak lelaki tersebut, tanpa berfikir panjang saya terus menerpa..
"o..awak la yang menumbuk dada anak perempuan saya"...
"dia yang alihkan botol minuman saya dulu" budak itu cuba membela diri.
"makcik tau!..dia jugak salah..tapi tak sepatutnya kamu menegur dia dengan menumbuk dadanya"
"dia padamkan perkataan yang belum sempat saya salin..tu dulu"
"ya makcik tau..dia juga salah..tapi walau salah mana pun dia buat kamu tidak cedera bukan?..ada
kamu rasa senak didada atau anu perut kamu rasa sakit bila dia padamkan huruf tersebut?"
dia mengeleng ketakutan..jelas..matanya sudah bergenang airmata..
"kamu sebagai seorang budak laki-laki tidak elok dan tidak manis untuk kamu menumbuk seorang budak perempuan kerana kesalahan kecil yang dilakukakannya".
"dan jika sekali lagi makcik tau yang kamu berkasar dengan dia makcik tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakkan terhadap kamu..faham??"
dia tunduk mengangguk-nganguk dan jelas ada setitik dua airmatanya jatuh.

Hah baru kau tahu..itu baru makcik gertak..bukan makcik buat betul..akui saya dalam hati.
"Lain kali bukan dengan dia sahaja..dengan budak perempuan lain pun kamu harus hormat dan tidak berkasar dengan mereka..faham??..budak itu mengangguk lagi.. dan saya terus menarik tangan si anak berlalu dari situ. dan saya perasan 2 orang laki-laki sedang memerhatikan gelagat saya.di belakang budak tersebut...seorang laki-laki yang saya kenali dan seorang lagi mungkin bapa budak tersebut....dan saya perasan bila saya mula bergerak meninggalkan kawasan itu laki-laki yang saya kenali itu cuma mengekori dari jarak jauh..mungkin dia malu nak mengaku saya ini isterinya kot..hhhahha. Fuhhh...lega juga bila laki-laki yang saya tidak kenali itu tidak mengekori saya atau pun memaki hamun saya di situ..hehe..

Monday, April 11, 2011

Breastfeeding

adalah sesuatu yang baru menyapa saya sejak mengandung kali ke2 ni. Kalau dulu yang ada yang bertanya saya samada bf tak anak..jawabnya ada tapi bukan fully bf la. Walaupun ketika keluar bersama baby atau balik kampung memang anak kecil saya masa tu tak perlukan susu botol tapi saya bukanlah pengepam tegar..malah alat-alat mengepam pun saya tak pernah tengok..jakunnya saya disitu. Hanya beberapa hari ni sahaja saya mula mencari info tentang apa itu ebm?, apa itu brestfeeding..cara penyimpanan stock susu dan sebagainya..tiba-tiba kali ni saya teringin menjadi pengepam tegar ala-ala pekerja kilang kicap cemerlang itu. Tapi tak tahu nak mula dari mana, apa langkah bijak pertama yang saya harus ambil?..rasanya dengan bantuan cik google sahaja tidak mencukupi ilmu untuk menjadi pengepam tegar..hhehe..kena bertanya pada yang ariff gitu.
Kenapa saya tiba-tiba berminat tentang breastfeeding ni?jawabnya saya mahu sepenuhnya anak saya mendapat khasiat susu ibu sehinggalah usianya 2 tahun bukan sebab breast yang semakin mengembang akhir2 ini ya!!..hahha. Kalau sebab terpesona dengan kegigihan ibu2 muda sekarang mungkin ya..apatah lagi diopis saya sekarang sudah ada bilik khas yang disediakan untuk mengepam..semakin la saya teruja nak join the group..tak kisahlah..walaupun biliknya hanya berukuran 9x 2 kaki sahaja..tapi nampaknya agak complete..ada bangku..sinki..rak dan kipas angin dalam bilik sempit tu..cukuplah tu..nak solat pun dah ada bilik aircond aka tempat penginapan kakak cleaner yang saya gunakan untuk solat dzuhur dan asar serta boleh berzzz sambil bergosip dengan kakak cleaner tu..dulu bilik tu agak berhabuk dan kotor ..alhamdulillah sejak kakak indon yang baru ni rajin solat jugak maka bilik tu selalu dia mop dan bersihkan..lagipun staff lain tak solat kat situ hanya saya dn dia sahaja..oklah kan..tak payah nak berbut tunggu turn dan sebagainya…sekali tu tengah saya melepak sambil tunggu waktu dzohor MD saya masuk dengan mengejut sebab nak perlahankan central aircond yang terlalu sejuk..terperanjat gak saya takut gak bila lainkali dia runtuhkan pulak bilik tu bila dapat tahu saya gunakan sebagai bilik solat seperti terjadi pada rakan saya dulu. Oh cukuplah pasal tu ya..saya cuma mahu tahu siapa yang ariff tentang bf ni silalah beri saya tunjuk ajarku sifu!!atau tahu mana-mana link yang boleh saya rujuk untuk permulaan ni..harap sangat ada yang membantu!!

Wednesday, April 6, 2011

Rajin pulak saya

Sediakan bekal untuk mek dara tu sejak dia pindah sekolah tahun ni. Kalau dulu tu adalah sekali dua saya buatkan bekal untuk dia dalam sebulan tapi kali ni almost everyday saya sediakan bekal. Seringkas mana pun memang saya sediakan bekal untuk dia. Lebih-lebih lagi rajinnya bila tengok bekal-bekal yang TTM sediakan untuk anak teruna dia tu dan jugak kat rumah Pn.Lemongrass untuk anak daranya yang dua orang tu..hah yang ni lagi excited siap husband dia pun berbekal sama. Kalau en.suami saya..paksa bawa bekal pun tak mahu..boleh kira berapa kali dia bawa bekal, dan kalau bawa bekal memang kena sediakan bekas pakai buang sebabnya banyak kali jugaklah dia tinggalkan aja bekas dengan sudunya sekali, yang paling tak tahan seminggu lepas tu dia bawa balik bekas yang dah berkulat pulak tu…bagus betul kan!.hhah
Bila saya bekalkan mek tu biasanya makanan yang ringkas-ringkas sahaja, ada candy seketul dua, sandwich ringkas,biskut sekeping dua dan buah-buahan. Pasal buah dia ni cerewet jugak pisang tak mahu bawa nak apple atau grape aja. Kalau apple pun nak yang dah siap dibuang kulitnya.
Kadang-kadang time saya mc atau cuti memang saya suka sediakan bekal nasi goreng tak pun nasi dengan lauk ataupun meehoon goreng, tapi tak selalulah boleh sediakan, takut basi pulak kekdahnya. Sebenarnya saya sediakan 2 bekas bekal makanan dan 2 jenis minuman untuk mek tu. 1 untuk sarapan pagi ketika time rehat sekolah agama dan satu untuk rehat sekolah petang dalam jam 3.30 gitu. Bukan dia tak boleh beli kat kantin tapi tahu sahajalah mek saya tu kecil comel dengan budak darjah 1 pun boleh kena tolak. Lagi satu saya mahu didik dia berjimat. Memang saya sediakan dia duit tapi siap pesan yang duit tu untuk beli makanan yang berzat sahaja, bukan mainan bodoh2 yang selalu dijual dikoperasi sekolah mahupun luar kawasan sekolah, Alhamdulillah setakat ni untuk tahun ni duit tabungnya dalam masa 3 bulan ni dah adalah dalam RM70.00 . Bagi saya itu sudah cukup sebab tahun lepas 1 sen pun dia tak simpan..hahhah.
Bila bercakap tentang lunchbox ni saya sangat-sangatlah jatuh hati dengan lunchbox yang Pn. LG tayang kat blog dia tu. Kat Malaysia ni ada tak sapa yang pernah jumpa lunchbox camtu…kalau ada tolong bagitahu saya kat mana saya boleh dapatkan.Senang pula rasanya kalau ada lunchbox gitu tak adalah kalau dia bawa nasi dengan lauk pun terbuarai habis kan!.

Monday, April 4, 2011

We share together….

this today date!!..nampak gayanya mulai tahun ni saya dah ada geng untuk berkongsi kek harijadi. Kalau dua tahun dulu, kakak ipar lahirkan anaknya yang keempat lambat satuhari dari tarikh hari lahir saya tapi tahun ni betul2 tepat dengan tarikh hari lahir saya yang dah reach middle of 70…sila guna teori matematik disitu.. err..nak bahagi dengan 2 boleh, nak bagi 4 pun boleh.. bagi 10 lagi ahkak suka dik!!..jangan tak bahagi langsung sudah la..teruk sangat tu…hhaha.
Baru 6 hari yang lalu saya dapat anak saudara dari my kakak. Belum ada masa nak buat baby punya sesi fotografi lagi.. nak tertonggeng-tonggeng ambik gambar pun senak jer rasa perut ni..gambar dari handphone cikai tu adalah..tengok kat dari skrin handphone memang cantik la, tapi bila download ke PC dah tak cantik dah. New born kakak saya ni namanya Ahmad Hadif. Ringkas jer namanya..si abang sulung beria-ia nak letak nama Ahmad Hamzah..tapi tak ada kebenaran ibunya..bukan apa, dah ada dalam family yang namanya sama..kalau boleh tak mahulah letak nama yang seakan sama betul tak!..actually saya pun berkenan gak nama Hamzah tu..cam cute jer bila teringat anak TTM Amjah tu!!..

Tunggu ada masa lapang skit nak pi jenguk anak saudara yang ke 9 tu pulak...apa nama agaknya ya!.

Friday, April 1, 2011

Mengandung kali ni

bagi aku ada sedikit berbeza dengan 9 tahun yang lalu. Mungkin sebab usia dah nak masuk middle of 70..ishh tak ada nya malunya nak sebut umur sendiri..cuma saja sesekali sesekali bagi orang mencongak sikit...hahha. Isnin minggu ni saya ke klinik bukan untuk check tahap hb saya..cuma nak dapatkan MC..kerana turn jaga dan hantar mek kecik kesekolah. Memang agak sukar nak menipu untuk mendapat MC semata-mata..dari malam lagi saya kepala dok mencongak2 apa sakit yang saya nak bagitahu doctor. Nak kata demam..saya tak rasa saya kelihatan demam..sakit perut..ish..mcm tak logik pulak. Akhirnya bila sampai ke klinik jer automatik saya cakap nak scan skit sambil nak tengok nampak tak jantinanya dan saya nyatakan sebab belakang saya sedikit sakit dan tak dapat nak tidur lena jer akhir-akhir ni. Fuh nasib baik doctor tu bukan doctor owner yang biasanya sedikit kedekut untuk memberi MC. Malangnya sesi scan tak nampak dengan jelas jantina janin saya..dan kesimpulannya doctor cakap janin tu female la...emm sedikit rasa kecewa timbul walaupun mek kecik tu tersengih panjang kononnya..geng bas sekolah dia bakal tiba bukan geng pancing mcm abah!. Saya pujuk hati sendiri..sebab doctor pun cakap yang tak nampak langsung jantinanya..suspek girl aja..jadi kemungkinan belum tentu betul kan!.