NuffNANG

Wednesday, September 17, 2014

Karipap Cendawan Keju Meleleh

Ko hado??? kang dah bagitahu  memang mood memasak dan menerai tengah berleluasa sekarang ni..sila jangan muntah kalo dok asyik dijamu mata korang dengan gambar2 makanan..sumpah sedap gila karipap ni..yang lecehnya nak cari fresh oyster mushroom tu agak payah bila ada yang order
karipap ni dalam kuantiti yang banyak..walaweh berlagak lagi..
Ini Resepinya:
Untuk Inti
Cendawan oyster-bersihkan dan siat kecil2.
Bawang Putih-diracik halus
Mix herb
lada hitam
Garam & Gula
Paruran Cheddar Cheese
mayonis

Hoho..mudah bukan..kuantitinya sesuka hati..setakat nak makan dalam 20 ketul karipap boleh la guna dalam 1 paket oyster tu dalam harga RM1.50 kalau kat tmpt sy la..

Ok ...caranya:
Tumis bawang putih dengan sedikit minyak masak, bila agak layu masukkan cendawan yang disiat kecil..bila cendawan sudah agak masak, masukkan mix herb, garam & gula dan juga black pepper.
Kacau rata. Bila cendawan sejuk barulah digaulkan dengan mayonis. Parutan Cheddar cheese masukkan ketika nak klim karipap.

Doh Karipap Ranggup:
2 1/2 cawan Gandum - biasanya ianya menghasilkan lebih kurang 25 biji karipap sederhana besar
1 sudu besar planta
3 sudu besar minyak masak
secubit garam
Air
Cara:
Panaskan minyak masak, masukkan planta. bila dah cair masukkan kedalam tepung gandum..hati2 sebab minyak masih panas..masukkan secubit garam..jadikan adunan seperti bread crumb sebelum dicampur air sedikit demi sedikit.

Ok..selamat mencuba..sila tanya kalau ada kemusyikilan..ceewah,...dah berlagak lebih skit dari amatur.


Monday, September 15, 2014

Rustic Apple Cake@Bengkang Epal

Berkurun sungguh tak update blog...memang sesuai sangat la letak nama gobok kan. Susah kalau tuan tanah banyak aktiviti neh..sekejap minat itu sekejap minat ni..semua nak dicampak ke gobok tapi ada masa..abisnya longgok tepi..nah ambik ni buat jamu mata korang bagi kenyang dulu...nak resepi tak?...sila pm..ceh..macam ramai yang sekodeng blog ni..kalau dah nama pun gobok tak yah dok harap orang nak pm bagai le...

Thursday, March 13, 2014

Oh gila

meroti je kerjanya sekarang ni..nak jahit..kain x beli, mesin jahit rosak..alih menterapikan diri dengan meroti jer la...ni guna resepi Mas Duniaku..TQ Mas..

Friday, February 21, 2014

Terapi Minda

Terapi minda la sangat, walhal nak isi perut je. Masih sedih pasal hal semalam..nasib baik aku ni jenis yang pandai menterapikan diri..google jer resepi..aku boleh dok berjam2 depan pc mengkaji sesuatu resepi..aku rasa dari minggu lepas lagi aku tak habis dok terapikan minda aku ni dengan resepi asam laksa...asam laksa yang best aku rasa dan masih terbayang-bayang kat tekak selera timur aku ni masa makan asam laksa kat Penang..serius sedap beb..rasa nak ulang bertingket2 mangkuk. Oleh kerana kebulur tahap gaban..dah makan separuh baru teringat nak ambik gambar..dasar pemakan tegar sungguh!..Kuahnya caroi je pun tapi dapat rasa ikan yang fresh dan seketul ketul..perghh kena pulak dapat gigit daun pudina, nenas..wah..konon nak kongsi jer semangkuk tapi aku terlebih tamak bedal sorang-sorang. Dapat tengok gambar pun jadilah..esok aku dah rancang nak pergi beli barang2 nak buat jugak..kalau tak jadi sebijik rasa macam yang aku balun kat Penang tu..sumpah aku tak mahu masuk dapur lagi..so sapa pandai buat sila pm aku resepinya...

Thursday, February 20, 2014

Apa itu Kifarah??

Aku terpanggil untuk menulis, sebab aku rasa aku seorang yang jahil tentang agama. Ya aku akui..aku ni dulu bersekolah agama (separuh jalan je ya..dengan bahasa arab level fail). Aku hanya bersekolah ok, tapi aku bukanlah orang alim dan taat.. aku akui..itu. Oleh kerana kejahilan itulah maka aku terpanggil setelah mengoogle apa tu yang dikatakan kifarah. Bodohnya aku ni kan..so aku tak nak aku bodoh sorang-sorang, sapa yang bodoh macam aku..sila baca apa itu kifarah..nama je seolah agama aliran arab tapi haram ..tak tahu kifarah tu apa..
ok..baca ni..

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).
Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu.Namun amalan-amalan yang dilakukan olehnya tidak membolehkannya mencapai martabat yang ditetapkan. Untuk membolehkan hamba berkenaan mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi.
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.
Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab,dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada’ dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia..

Tapi sungguh aku rasa tidak adil untuk mengeluarkan statement ketika saudara terdekat kita dalam keadaan kritikal bila katakan apa yang menimpa saudara kita tersebut sebagai ujian dari Allah dan sebagai kifarah..sedangkan apa yang perlu hanyalah kita kirimkan doa agar saudara kita cepat sembuhnya..sungguh pun disudut hati kita ada niat sebegitu..tolonglah jangan disebut ini sebagai kifarah kepadanya..berat sungguh perkataan kifarah itu bagai aku yang jahil tentang agama ni...

-aku x dapat nak tulis lagi sebab aku rasa sedih, kecik hati dan aku rasa dia yang aku panggil adik semakin jauh dari kami, dan aku sudah tak tahu bagaimana nak perbetulkan keadaan ini-perlukah aku melutut memohon maaf darimu??besar sangat dosa aku pada mu??Agaknya jika aku yang dalam keadaan kritikal itu apakah kau akan berkata ...itulah KIFARAH dosa-dosa aku pada engkau..Allahuakbar...menyesal aku beritakn perihal itu pada kau-

Monday, January 6, 2014

Meroti la pulak

dah..dengan kenaikkan bil electrik..rajin pulak aku nak meroti..geram sebenarnya..hari tu ada demo baut roti dengan nasi arab kat area rumah aku..malangnya aku tak free la sangat nak join, tak free satu hal..sebab tu demo je..so aku macam baik aku tonton youtube berkali-kali daripada pergi tengok demo kan..tapi oklah sebenarnya sebab reganya tak adalah mahal bebenor...setakat 50 ringgit je..ini kali ketiga aku buat roti ni..nak habiskan tepung roti sebenarnya..nantikan tinggal lama2 skill pulak dah kurang tepung pun expired..maka malam tadi gigihla kau menguli tangan walhal ada breadmaker kan..tah ok ke tak lagi mesin uli roti aku tu pun aku tak pasti..buat la tukun dalam almari je kekdahnya..nyesal pun ada aku beli...semalam baik pulak en.suami temankan aku bakar roti ni,..tunggu roti sejuk atas redai tu aku suruh la dia snapkan gambar..pakai handphone je pun..saja lah buat bukti yang aku dah buat roti..hhehe

kali ni en.suami tak kutuk dah rupa bentuk roti aku...tak puji pun tak pa lah janji dia tak kutuk..banyak lagi aku nak perbaiki tentang uli-menguli ni,tentang tekstur roti..bila buat roti homemade gini aku selalu berangan macam duduk kat ladang lembu macam cerita omputeh zaman dulu tu..sarapan dengan roti beb..perghh..taruk lak jam yang homemade punya.. Dulu ingat punyalah susah nak buat roti ni tapi senang sangat rupanya..layannnnnnn.

Thursday, January 2, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Selamat Tahun Baru,
Balik kerja hari Selasa, aku tak kemana, tiada niat untuk pergi menyambut tahun baru 2014...sumpah tak ada, tak terfikir langsung, sedari umur remaja aku tak pernah pergi sambut apa-apa perayaan yang melibatkan ramai orang, aku rimas dan sesak nafas..aku tak suka dok hidu bau ketiak orang..kalau aku pergi juga mau aku pengsan 7 hari 7 malam kot. Aku dirumah dan berura-ura untuk membuat roti sendiri..diulangi buat SENDIRI. Nak pergi bayar kat baker rasa macam tak berbaloi sebab aku bukan nak buka kedai roti lagi, sekadar nak lepas gian aku untuk buat roti. 3 minggu lepas aku dah cuba...namun usaha aku tak berjaya..nasib baik bila aku baling kedinding tak pecah dinding tu. Keras kematu..tu la salah aku jugak dapat satu resepi terus bedal nak buat. Setelah mengkaji semula semua resepi akhirnya aku beroleh hasil roti yang sungguh gebu...cayalah..homemade beb!..
Ok lagi sekali SELAMAT TAHUN BARU..Aku tidak dapat menulis blog di atas kekangan waktu yang terhad semalam (hhaha aku sibuk buat roti actually). Tak mengapa baru hari kedua dalam tahun ini..tidaklah terlewat sangat kan!.
Tahun 2014 ini aku dapat rasakan adalah tahun yang sangat mencabar, kenaikan harga barangan, cukai sana sini.. silap-silap  masuk tandas awam pun nanti ada cukai 6%...tak mustahil kan.