NuffNANG

Thursday, January 22, 2009

Penjimatan lagiiiiiiii

Aku masih mengamalkan penjimatan hari ni, aku mengalas perut ku waktu pagi dengan 3 biji karipap sardin yang aku buat sendiri semalam. Aku makan karipap bertemankan nescafe tarik 1 mug, pun begitu agak tidak mengenyangkan perut ku bila 12.15 perut sudah menyanyi lagu keroncong, minta diisi.

Finally bila jam 12.30 cepat-cepat aku keluarkan bekal yang aku bawa, fuh tak sabar nak makan. Hari ni aku just goreng kubis dengan sos tiram dan taraaaaaaaaaa aku bawa ikan pekasam...bilamana aja aku bukak tupperware.fuh bau ikan pekasam memenuhi ruang opis..lantaklah..aku terus menyuap nasi dengan rakusnya..heheh nasib baik tempat aku agak sedikit tersorok..tak la malu sangat nak melantak dengan gelojoh camni..sekejap lagi mesti ada yang menegur akan bau semerbak ni.hehhe, kawasan kejiranan aku pun mungkin terhidu bau yang sama pagi tadi memandangkan aku telah mengoreng pekasam ni seawal jam 6.00 pagi.. apa pun ketika N3 abis ditulis bekal yang aku bawa pun dah abis..fuh sedapnya..kih kih..

Wednesday, January 21, 2009

Kegawatan ekonomi dan kesannya pada AKU-Siri 2.

Ya makan tengahariku hari ini telah aku nyatakan pada Siri 1. Aku makan bersama beberapa rakan lain bilamana aku membuka bekalan ada suatu suara kedengaran...jimat ya hari ni.Ya..aku berjimat jawab aku..tiap-tiap hari aku akan cuba berjimat, asalkan aku tidak kelaparan itu sudah cukup,asalkan perutku tidak menyanyi mintak diisi itu sudah memadai.Tidak dapat dinafikan nafsu makan aku memang melampau, kalau dulu bila tengahari aku tidak sahaja makan nasi malah aku akan membeli lagi roti ban yang kononnya jam 3 atau 4 nanti aku akan lapar... alasan semuanya itu..nafsu yang lebih..buruk lantak jugak aku rupanya. Ada jugak mata mencuri pandang apa yang aku bawa..menyelarakan?? rasanya tidak.. sayur ? agak sedikit lunyai, aku telah memasaknya awal mlm semalam dan tidak pun aku hangatkan..telur dadar? mungkin jugak tidak.agak kelam sedikit mungkin kerana banyak cili giling byang aku masukkan. Lantaklah janji perut kenyang. Aku sebenarnya tidak hanya mencatu makanan, eletrik jugak telah aku catu..benarkah? Memang benar, hanya 1 lampu dibuka untuk satu ruang tamu yang luas, hanya lampu yang energy saving jer yang boleh dipasang, begitu jugak kipas. Bukak pintu luas-luas agar ada peredaran udara tak susah-susah untuk memasang kipas. Apa yang lagi tak masuk diakal bagi sesetengah orang, aku mencaskan bateri laptop aku kat opis dan penggunaannya dirumah. Ketahanan bateri tu dalam bawah 2 jam. Ok la tu at least beberapa sen disitu telah aku jimatkan. Caskan handphone sebelum pulang dari kerja...hehhe..save jugak tu. Sebenarnya aku tak boleh hidup tanpa kipas..rasa sesak nafas.. so waktu tido aku memang amat memerlukan kipas..rimas rasanya bila tidak berkipas. Untuk menjimatkan penggunaan kipas..aku tidak memisahkan anak aku dari tidur berasingan.. satu kipas pada satu ruang..jimatkan? Lampu tidak dipasang waktu tido, hanya mendapatkan sedikit cahaya dari lampu jalan sudah memadai. Air??? nasib baik air tidak begitu mahal pun begitu aku harus berjimat tentang penggunaan air, tidak boleh membiarkan anak aku mandi dikolam yang terpaksa aku isikan lebih kurang 10 baldi penuh air...membazir!!gunakan cucian tangan untuk mengelakkan air yang banyak jika mencuci dengan mesin cuci..pakaian yang terlalu kedut sahaja yang perlu digosok..dan hanya boleh menonton tv sehingga jam 11 mlm sahaja..tayangan lewat malam adalah amat-amat tidak dibenarkan. Off semua punca eletrik kecuali peti ais sebelum tido, ke tempat kerja dan kemana pun. Tapi benarkah aku akan melakukan penjimatan tersebut?? tepuk dada tanya diri..mampukah?????

Tuesday, January 20, 2009

Kegawatan ekonomi dan kesannya pada AKU-Siri 1

Akhir-akhir ini dimana-mana akan kedengaran berita pasal ekonomi dunia yang makin menjunam turun. Bukan akhir-akhir ini sahaja malah dari tahun 2008 lagi ekonomi dunia dijangka akan meruncing pada tahun 2009, malah banyak syarikat-syarikat yang sudah mengambil kesempatan pada jangkaan ini untuk memberhentikan pekerja, tidak mengambil pekerja baru, memotong cuti, memberi cuti tanpa gaji dan seumpamanya untuk mengelakkan bebanan hutang dan mengurangkan perbelanjaan syarikat, ini tidak terkecuali jugak syarikat dimana aku mencari rezeki. Walaupun dikatakan kerja yang aku lakukan amat menguntungkan department aku namun tidak bagi keseluruhan tempat kerja olehitu perkataan "NO INCREEMENT THIS YEAR" memang tidak dijangka. Bila ianya benar-benar berlaku aku terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan menghadkan perbelanjaan harian aku, dengan gaji ciput yang aku dapat rasanya aku terpaksa berkorban segalanya berkaitan duit/pitis/wang/dolar aku untuk tahun ini.

Setelah bekerja di syarikat yang sama hampir 10 tahun Julai ini bagi aku, bukan aku sorang malah seluruh kakitangan syarikat dikejutkan dengan berita tiada kenaikkan gaji.Aduhai hampir tercabut rasanya tangkai jantung ku, kalaulah ianya betul-betul terhenti mungkin boss aku akan pengsan juga kot. Aku cuma tersenyum hambar, rasanya usaha aku menaikkan nama department seolah-olah tiada penghargaan langsung, jauh meleset sekali tanggapan aku pada tahun 2008 yang gaji aku akan bertambah pada tahun 2009 ini. Aku cuba memujuk hati yang mana aku ini penyabar, dimana orang yang baik akan mendapat kesudahan yang baik..tapi baikkah aku? Pada tahun lepas jugak aku terkilan dengan kenaikkan yang diberi..agak melampau bila menaikkan gaji aku hanya RM50, dimana orang lain yang kerjanya tidak seberapa, yang mana kerjanya menjadi aircond pada boss, yang mana kerjanya cuma menepuk ***** sepanjang hari (sepertimana kata opismate aku) dinaikkan berkali ganda dari gaji aku..dengki ker aku? Ya,memang aku patut dengki, seluruh department ini bergantung pada kesungguhan aku bekerja agar mereka semua mendapat imbuhannya pada akhir tahun. Sungguhpun pada awal 2008 aku terkilan sangat-sangat,namun dek hatiku yang penyabar dan memikirkan terlalu banyak tanggungjawab yang aku kena pikul dengan gaji yang ciput tu aku relakan dengan tetap bekerja disini dan aku bertekad akan mencemerlangkan diri pada tahun 2008 agar aku mendapat imbuhan yang setimpal dengan penat lelah aku sepanjang tahun itu.Ini memang aku buktikan, aku telah membuat duit untuk syarikat hampir 1 juta dan harapan aku???Namun terlalu berharapkah aku???langsung 2009 menghampakan aku sekali lagi.

Aku terpaksa kuburkan hasrat aku mengambil ***ter pada tahun ini. Duit yang aku kumpulkan dari bulan August tahun lepas mungkin terpaksa aku gunakan jika aku terdesak dalam beberapa perkara yang mungkin tak terduga nanti. Selain dari itu juga aku mungkin terpaksa batalkan keinginan aku untuk menimang 2nd baby. Ya mana mungkin dalam kegawatan ekonomi dan tiada peruntukkan khas untuk bakal baby rasanya aku terpaksa batalkan keinginan itu, pun begitu aku jugak terpaksa bersedia jika sekiranya aku disahkan mengandung!!..kemungkinan itu harus jugak bermain dibenakku.

Oleh itu dek tekanan ini semua aku terpaksa mengambil pendekatan yang drastik tidak hanya pada diriku tapi jugak happy family aku tu. Mulai semalam aku mula mencatu apa yang aku makan. Sebagai contoh biasanya aku mengambil nasi bersama ikan atau pun ayam disulami pula dengan sayur goreng atau pun ulam-ulaman namun semalam aku cuma mengambil sepotong kecil telur dadar dan beberapa jenis kuah dengan 2 batang lady finger yang terdapat dalam kari untuk makanan tengahariku.. yes!!! nampaknya ia memang menguntungkan. Aku hanya membayar RM1.50 untuk makan tengahariku.Aku meletakkan budget makan aku untuk sehari diopis hanya RM2.00. Jika sebelum ini aku membelanjakan hampir RM5.00 sehari sekurang-kurangnya aku telah jimatkan RM3.00 sehari..berbaloikah? mubgkin bagi setengah orang tidak berbaloi tapi ya bagi aku... ok..akan bersambung lagi sekiranya hati aku masih meruap-ruap dengan hal ini,waktu makan ku sudah sampai, hari ini aku membekalkan diriku dengan nasi+telur dadar dan sayur goreng yang dimasak sendiri oleh aku....wah wah bangganya aku..jimatla duit aku untuk RM2.00 hari ini...jom ngap!!!

Kisah Mek

Ingat ker lagi pasal N3 aku pasal cerita nenek kesanyangan kami tu..pasal cerita manis masin manis dan pahit tu..actually cerita ni masih bersambung lagi pada bahagian ke 4 (Part 4) kat N3 my sister Pn Rohaiza..kalo nak tahu bacalah kat sana,buat pengetahuan semua Mek sekarang tengah sakit dan tak berdaya. Memang nak menjengah Mek dikampung namun dek memandangkan end of last year dan early this year aku dah ambik cuti so terpaksa la aku lupakan hasrat murni tu..apa2 pun ikutilah kisah Mek kat blog Pn. Rohaiza

Jenguk menjenguk

Pagi-pagi ni aku dah bukak dashbord, actually nak edit N3 semalam sikit, pastu nampak lak N3 Cik Zufa pasal diri dia, nampaknya diri dia no 2. so aku terintai-intai kat blog Umi Sufira one of Cik Zufa punya friend..sorry ya ni kes jenguk-menjenguk..harap tuan punya blog tak marah ya..hhehe.Actually aku teruja nak tengok pasal personaliti diri aku so kat situ aku dikategorikan sebagai no 4...ada gak yang betulnya.
No.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
So aku cuba merumuskan line no. : degil dan rajin (aku tak tahu..adakalnya aku mmg degil..rajin?? aku rasa ikut mood la yg ni).
Bertimbang rasa mungkin kot?.Berbakat dlm penyelidikan dan seni ada la sikit2.Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas... ya la..ni dah ada pengalaman pun..friend kan!! Pasangan ideal No. 1 dan 8.. .camni nak kena jenguk lagi la nak kena cari sapa yang ideal ni????

Friday, January 16, 2009

Aku kena TAG

Terima kasih pada Cik Zufa sebab tag aku, this is 1st time actually aku di tag.sejak 2 menjak berblog ni so..kalo tak betul apa yg aku kena tag tu just close your eyes sebelah la ya..ok..kali ni Cik Zufa tag aku pasal gambar yg menceritakan pasal diri sendiri, according to N3 Cik Zufa ni katanya mudah jer..just get 1 image yang related by search at google then tepekkan bagai berkaitan..so Cik Zufa akak cuba la ya
*I was born in*
.
*I live in*

*My School/College*

* My Favourite Story*

*My hobby x 3*
1.
2.
3.
*I wish I am*

Ok that's all from me Cik Zufa...mood tgh tak ada ni.almaklum boss said" NO INCREMENT FOR THIS YEAR".. if I'm a boss aku akan ckp cmtu gak ker?? kalo aku boss la..lain la kalo aku TAUKE. Sepatutnya aku kena gak tag lagi 6 org after aku..tapi maaflah not in mood so selamat ler sesapa yang aku nak tag tu..

Thursday, January 15, 2009

Rabu dan Khamis yang sengal

"ahh..apa ni" bila sahaja pari-pari biru park dekat school Sara pepagi tadi aku terperasan sesuatu yang janggal.Alamak aku dah salah sarung selipar ler.huhuhu. Aku bukak pintu belakang.
"Cepar keluar Sara"getus aku, hati mula rasa panas dek kelakuan Sara yang slow and steady jer bila sampai sekolah dia.
"sebab Sara la ni, tgk umi dah sarung selipar yang salah".rasa geram aku lepaskan walaupun hakikatnya aku tahu Sara tak salah pun.
"bukan sebab Sara, Omi yang salah pakai"ngomel dia.
"ah..cepat la,,nnt lagi banyak silap umi kalo salah selalu terhegeh2 cmni" tak jugak aku nak mengaku silap sendiri.
Sara diam aja, malas agaknya nak dengar leteran aku lagi. Pari-pari biru jadi mangsa kedua bila aku menderam laju lepas Sara dah masuk KAFA.Aku capai telefon sambil drive aku call bf
"abah..umi salah sarung selipar la, umi pakai selipar jepun jer ni"untuk apa aku mengadu pada bf pun aku tak pasti.
"la..tak ada ke selipar lain dalam kereta awak" tanya bf aku.
"tak ada, yang ada pun selipar jepun jugak yang kaler kuning tu".
"dah la hari ni ada appoitment,pakai baju lak dari tudong all biru, campur selipar jepun ni..emm lagi la haru"
"ok la tu..sedondong" ish dia buat lawak pulak.
"nak abang patah balik ambik untuk awak ker?"
"hari ni appoitment kat KL, tak guna jugak kalo awak bawa..awak S.Alam".
"ala pakai jer la dulu selipar jepun tu,keluar nak jumpa customer nanti beli la baru". Bf suggest kat aku.
"emmm..." perbualan berakhir disitu.
2 hari ni banyak betul perkara yang aku silap dan lupa. Semalam aku lupa bawa buku nota untuk appoitment ngan customer,lupa bawa breakfast dan hari ni aku tersilap pakai selipar. Bila aku renung sejenak, aku terfikir mungkin faktor usia kot, menginjak ke angka 33 tahun ni mungkin agak mencabar bagi aku. Kalo dulu aku boleh terbalikkan lagi nombor tu dari 32 ker 23 tapi mulai tahun ini dan enam tahun akan datang aku dah tak boleh nak jadi muda lagi, of course kalo aku terbalikkan ia akan jadi sebaliknya makin tua..hakikatnya!!!.. tunggu la umur 40an nnt..hahhha.Teringat aku perbualan dengan Sara waktu petang semalam
"Sara umi ni makin tua la, selalu sakit kepala la sakit badan la dan hari ni umu lupa bawa bekal umi".
"tak la..omi tak tua, tapi omi nampak mcm.."kata2nya terhenti situ.
"mcm apa?"..sambil drive aku toleh muka dia. sure budak ni nak kutuk aku ni..dia letakkan jari telunjukknya kat dagu seolah sedang berfikir words apa yang nak diutarakan pada aku.Kelakar pun ada tengok aksi dia begitu.
"mcm apa??" gesa aku
"kalo Sara cakap omi jangan marah ya" risau dia..
"cepat la,mcm apa"gesa aku lagi.
"macam dah gemuk, ni pipi ni dah tembam, muka omi pun gemuk"..ah dia siap cubit pipi aku lagi.
"ala Sara, betul ker omi dah gemuk ni..??"
"ya..betul omi nampak gemuk..tapi ok la omi mcm ni, Sara suka omi mcm ni" ish pandai pulak dia ambik hati aku....hakikatnya aku dah tua, pelupa dan sekarang aku dah GEMUKKKKKKKKKKKKKKKK..ishhh!!!!aku serik la jadi gemuk..

Tuesday, January 13, 2009

Wahai Polis Trafik

Entry kali adalah pasal ketidak puasan hati aku pada para polis trafik. Pagi ni kiranya aku agak awal dari biasa keluar dari perkarangan rumah, perjalanan agak selesa, mungkin kerana 6.35 aku susah berada dijalanan, kenderaan masih kurang. tak perlu rushing sangat. Keluar ke area Subang Perdana trafik light, keadaan mula agak sesak sedikit.
"emm tak mengapa,masih awal"keluh ku bilamana mata meleret ke jam di kereta yang menunjukkan tepat pukul 7 pagi, biasanya aku akan tiba di area Subang Perdana lebih kurang jam 7.20. Seorang anggota polis berada disimpang trafik light tersebut. Aku mula rasa bosan + geram, berdiri disimpang, toleh kanan, toleh kiri. Trafik bergerak perlahan.
"eh buat apa kat simpang tu kalo tak nak kawal lalulintas, bukan ker kereta mula berasakkan ni" keluh aku geram.
Aku teruskan perjalanan, bila hampir keluar ke arah simpang Federal Highway, jalan mulai sesak.
"Kemalangan ker" benakku mula mempersoalkan. Nasib baik aku masih awal, kalo tak pastinya terperangkap teruk. Kereta dari jalan lapangan terbang ke federal highway tak bergerak langsung, dari jauh keadaan federal dari Shah Alam agak lancar.
"sah ini kerja polis trafik" getus hati kecilku.
" hampir 10 minit kereta tak bergerak.
kereta depan aku mula membunyikan hon, yer la kalo ada kemalangan logik jugak la. Ini kenderaan dari Shah Alam lancar sahaja. lebih kurang 13 minit kemudian kereta aku mula memasuki Federal Highway, kelihatan kon2 diletakkan sebagai pembahagi jalan, namun disebabkan kin inilah jalan menjadi narrow dan sesak. 2 orang polis trafik hanya berdiri di simpang jalan dengan motorsikal masing-masing, tidak pula mengawal keadaan jalan yang sesak. Ish geram betul aku, kalo ada jer polis trafik ni sure jalan jadi sesak, kalo tak ada makhluk ni jalan smooth aja. Sepanjang Federal Highway arah KL ada beberapa polis trafik yang sibuk melambai tangan agar kereta bergerak yang sememangnya jalan tu untuk bergerak kedepan. ahhhh susah betul aku nak jelaskan disini tapi ynag pasti aku sakit hati dengan gelagat polis trafik, mereka bukan dok mengawal lalu lintas pun cuma tgn jer yang dok hayun depan belakang agar kereta bergerak. Soalannya adakah dengan hanya berdiri dan melambaikan tangan sudah dikira duty dioarang sedangkan jalan semakin sesak. Aku tak pasti apa faedahnya polis trafik ditempatkan disesetengah lokasi Federal Highway atau mana-mana simpang tapi mereka tidak pun mengawal keadaan lalulintas ketika itu??? Lain kali aku capture gambar tgk apa yang mereka buat bila time jalan tengah sesak kat Federal Highway tu..bagi aku ada ketikanya mereka ni yang menjadikan jalan semakin sesak. Keadaan ini bukan sekali dua,,tapi dah berkali-kali begini...huh!!!!!!

Monday, January 12, 2009

Plant shut-down (26th-30th January 2009)

Fuh baru dapat e-mail 9 pagi tadi..company shutdown for CNY 1 whole week. Cuti paksa ni, compulsary kata boss tapi tolak cuti tahunan, sedihnya..aku x nak cuti.. tapi boss cakap
" Such extended shut-down has never been practiced in the past 19 years of E>>>’s existence. But in view of current economic downturn, we do not anticipate much business activities during the week 26-30 Jan, and it would save operational costs by closing the company.
To facilitate the above plant shut-down, all staff are required to take 3 days of annual leave (Jan 28th-30th), unless you are specifically requested by your department head to work during these 3 days"
Ya la tu..bagi yang celebrate depa rasa untung la..dpt cuti panjang. Bagi aku lak?rugi beb.. bayangkan bagi junior staff yg cutinya 8 hari, tolak 3 hari.. tak ker tinggal 5 hari jer?...emm aku pulak.. lepas tolak cuti ni cuti aku tinggal 18 1/2hari..cuti tahun lepas carry forward pun 1 1/2 hari jer.. awal tahun ni dah cuti for Sara school. Lagi2 la aku nak kena jimat cuti gila ni.. tahun ni Sara dah sekolah ..emm nnt apply cuti untuk kena attend PIBG meeting la, kena attend for sign buku kemajuan Sara la.. tah apa lagi aku tak sure..adusssss.. pening kepala makcik cmni...
Kenapa kuli mcm kami ni nak kena tanggung pulak dah. biasanya kalo company shutdown jgn ler tolak annual leave staff...emm sampai bila nak kena tindas ni..

Saturday, January 10, 2009

hehee...saja posing dan test

Petang ni cuaca sgt baik,so ambik kesempatan posing skit, test skill.. sambil nak ambik gambar bangku unik abe, salah satu hasil seni agung karya abe...Abe thanks..I will keep elok-elok..nnt buat awning selamat sikit dari kena hujan dan cahaya..hehehe..

Thursday, January 8, 2009

Khamis yang bergelodak

Hari ni aku kembali memulakan tugas office setelah 3 hari aku bercuti..kalo campur dengan weekend punya cuti 5 hari aku off. Berat rasanya nak tinggalkan handbag bonia aku tu pergi sekolah sorang2. Keluar dari rumah 6.45 pagi, kunci jam 5.30 tapi bangun 5.50, mandi dan solat cepat2, then turun bawah buat bekal untuk Sara, hari ni buat roti gulung sosej. Muffin coklat ada lagi so aku bekalkan jugak untuk Sara. Semua aku pack siap2 dan letak dalam beg sekolah dia, harapnya dia tak keluarkan , kalo tak pastinya nanti dia tinggalkan kat rumah transit dia, lapar la nanti.
Buat kerja yang banyak tertangguh namun hati rasa risau, risaukan Sara, apa cerita dia sekarang. Jam 10 lebih, bf hantar message bagitau Sara lupa bawa baju hujan dia, alamak cmner ni, tawakkal ajalah. Letak tangan kat dada, panas, mungkin dek rasa risau, hati seorang ibu, gamaknya macam ni la resahnya mak aku dulu kalo aku ni tak ada disamping dia. Aku ingat lagi waktu kakak aku pergi belajar kat Sabah dulu, bukan main risau lagi mak, almaklum anak dara dia tu tak pernah berjauhan dan kakak aku ni jenis yang cepat gelabah/panik ,rasanya tu yang buat mak risau sampai tak selera nak makan, nak tido tak lena, kepala berdenyut... lambatnya kul 5.30 aku nak balik, nak jumpa Sara..

Wednesday, January 7, 2009

Lagi pasal hal pelik dijalanan

Setiap kali kalo aku berseorangan memandu pasti ada perkara pelik yang berlaku secara spontan. Tadi selepas hantar Sara pergi sekolah, aku decide untuk pergi Giant Shah Alam, find some "pengikat rambut" buat anak dara aku, on the way time tu aku bukak cermin keta, terconggok sorang pompuan ku agak dalam usia awal 30an dalam lalang tepi jalan besar kat Subang Permai, dia dok meraung sendiri, aku naik heran apa yang dia buat dalam rumpun lalang tepi jalan tu?? kuat jugak dia dok melalak kat situ. Niat dihati terigin nak berhenti, bertanya sepatah kata, namun kaki kanan terus aja menekan pedal minyak. Hati aku mula bertanya, gerangan siapa perempuan tu?, kepala aku mula menconggak sesuatu, hinggalah kenderaan yang aku pandu selamat sampai di Giant, namun sambil membeli barang2 aku tetap dok terpikir pasal pompuan tu:
1. Bergaduh dengan suami/bf/tunang-merajuk, lari dari rumah
2. mungkin jugak dia seorang bibik-yg cuba melarikan diri, lalu tak tahu mana arah tuju.
3. Kemungkinan gak dia bertekak dgn bf dia pastu kena ditinggalkan kat tepi jalan.
4. Mungkin jugak dia seorang gila?-yg dok merayau dan sesat lalu dok menangis kat situ.
ish..susahnya..apa sebenarnya ya.
Lepas beli barang lebih kurang, waktu tu dah pukul 2.20 ptg,aku nak kena rush pulak pergi sekolah Sara ni, dibuatnya aku tak sempat,kes naya ni.
Jalan agak sesak sikit, mungkin waktu lunch baru berakhir semua sebok nak balik sarang masing2 kot, tetiba aku terlihat kelibat perempuan tadi berjalan berhampiran tempat yang aku jumpa tadi, jelas nampak muka yang baru lepas menangis, dia melangkah longlai, ah sekali lagi aku ingin berhenti, namun kaki kanan tetap menekan pedal minyak sambil hati kecil ku berkata.. itu hal orang la , buat apa nak peduli, kisahkan anakmu yg sedang menanti waktu rehatnya. Maka berakhirlah cerita pasal perempuan tu walaupun kepala otak ni asyik dok terpikir pasal tu lagi, so aku pun tak tau apa cerita sebenar..wallahhuallam..

Tuesday, January 6, 2009

Her 1st day at School

5 Jan 2009, semalam 1st day Sara masuk sekolah rendah, happy jer dia, kul 5.30 dah bangun.Dia kejut aku, siap masuk toilet mandi, tapi ya ampun..liatnya aku ni yang nak bangun. Ngantuk banget.
"Omi(ni panggilan Sara tau untuk aku bukannya umi..hheh puas dah aku betulkan)..bangun la, Sara nak pergi sekolah ni"..
"kejap la ..Sara siap dulu, bagi umi rehat skit ya"aku pejamkan mata semula.
"Omi ni, nnt lambat Sara" dah mula naik angin dah dia.
" ya la..ya la.. umi bangun la ni" nak tak nak aku terpaksa bangun. Mak ai.. mengantuk gila ni..
"Omi..Sara nak kena pakai baju sekolah ker ni" Sara dah pegang unifrom sekolah rendahnya.
"tak..tengahari nnt baru pakai baju tu, siap kat transit tau"pujuk aku. Excitednya dia nak sekolah. Seronok tengok gelagat dia..moga everyday mcm ni jangan hangat2 taik ayam dah la..hhhe apapun selamat menempuh alam persekolahan buat Sara..

Seronok ke jadi surirumahtangga??

Hari ni hari kedua aku cuti sempena hantar handbag bonia siam aku tu bersekolah, bangun pagi-pagi seawal 5.30.(huhu memang liat nak bangun).namun bila fikirkan itulah tangungjawab bila bergelar ibu, letih macamana pun tetap jugak akan bangun, kelengkapan Sara untuk kesekolah dah aku preparekan siap2 sebelum masuk tido jam 11 semalam. Sebelum tido aku tengok muka anak dara aku tu..letih+ happy gamaknya, dia tersenyum2 dlm lenanya.. mahu tergelak jugak namun aku tahan, tak mahu dia terjaga dek gelak aku ...hheh. Hari ni lepas bangun dan mandi, aku solat subuh jap then siapkan diri berlatih ni untuk hari-hari akan datang. Lepas siap lebih kurang aku ke dapur goreng nuget untuk bekalan Sara, dalam 6.45 aku dah start enjin kereta untuk hantar Sara ke KAFA. nasib baik la dekat aja rumah transit sekolah dan KAFA tu..kalo tak jenuh pulak nak naik van sekolah ker atau sebagainya,buatnya kena tinggal dengan van tu sapa lak nak hantar anak aku tu pergi sekolah. Lepas hantar Sara aku cuba survey jalan yang senang untuk ketempat kerja then balik rumah yang jaraknya dalam 20 mnt perjalanan, beli sebungkus nasi lemak, balik buat tek tarik dan menghadap blog ni sambil basuh basuh baju. tak ubah seperti suri rumah tangga..rasa seronok? entahlah mungkin untuk hari ni jer kot..orang seperti aku yang biasanya tak betah untuk duduk dirumah, hanya membuat perkara yang sama setiap hari bangun pagi hantar anak, balik rumah basuh baju, sidai baju, masak tunggu kul 12 untuk hantar anak kesekolah..eh dapat ker aku lakukan semua tu ???kalo tak ada internet ni rasanya bosan betul hidup aku, kalo hanya buat rutin yang sama setiap hari.Apapun aku respek pada setengah wanita yang sudi menjadi surirumahtangga sepenuh masa tanpa dibayar gaji, sudi melakukan segalanya demi keluarga., bukan senang bg yang dah biasa pegang duit sendiri sperti aku...hhuhu..

Sunday, January 4, 2009

Sekolah Oh Sekolah

Sesi persekolahan bakal bermula esok. Bagi aku segalanya akan berubah..esok Sara akan mula bersekolah..emm cepatnya masa berlalu..sudah 7 tahun rupanya anak dara aku sorang tu. Berat rasanya nak aku biarkan dia menguruskan diri sendiri. Lain dengan zaman kanak-kanak aku dulu..seingat aku dulu emak akan temankan aku sepanjang hari pertama kesekolah, rasa hebat jugak time tu sebab aku tak menangis walaupun itulah 1st time aku campur budak-budak lain yang langsung aku tak kenal, almaklum kami tak pernah di hantar ke tadika dan tak pernah kenal apa itu tadika...tak seorang pun antara adik-beradik kami yang belajar di tadika. Sekolah yang pertama bagi kami adalah sekolah rendah..huhu I miss my old school SEKOLAH RENDAH SULTAN IBRAHIM SATU(1) berlocated di Pasir Mas. Ok itu zaman aku, zaman 26 tahun yang lalu, sekarang aku dah punya anak yang bakal bersekolah esok hari. Mulai esok aku kena bangun awal.. lebih awal dari biasa.. dapat tak aku melakukannya??? itu cabaran bagu aku. Aku perlu sediakan segala kelengkapan Sara kesekolah, actually aku agak terkilan gak sebab Sekolah yang Sara akan bersekolah esok adalah sesi petang, huhuh ..susah bagi aku kerana Sara agak kecil berbanding kanak-kanak sebaya dia.genetik aku la tu..pepohonan renek la katakan..so bila dia kecil aku risau untuk dia bilamana dia nak membeli makanan di kantin dan sebagainya. Alangkah baiknya kalo dia sekolah pagi dapat la aku sediakan makanan untuk dia makan waktu rehat, tak perlu la dia beratur panjang dan berebut untuk membeli makanan pada waktu rehat, sah-sah aku akan sediakan fresh food for her, petang???..emm nampaknya cuma makanan yang bergoreng seperti nuget, sandwich, karipap ..tah la ..kena find makanan yang boleh aku masak waktu pagi dan Sarah boleh makan waktu rehat dan lambat basi.waktu rehat dia kul 3 kot?.sian dia..mungkin ada yang boleh bagi panduan pada aku untuk menghadapi hari esok??? Ok aku nak kena tido dulu ,good night now as I have to asked Sara to sleep early. also .esok dia kena wake up early..esok cerita lagi..

Thursday, January 1, 2009

Kisah Mek dan Kampung-Part III

Hari ni hari kedua aku berada dikampung 26 December 2008, Sedari semalam hujan renyai-renyai disusuli angin sepoi-sepoi bahasa, emm memang seronok berada dikampung waktu hujan-hujan begini, teringat waktu kecil-kecil dahulu, kalau waktu-waktu begini biasanya Mek akan merebus ubi kayu yang baru diambil dari kebunnya dan dimakan bersama dengan kelapa parut, pastinya akan diiringi bersama dengan air kopi yang pekat yang panas..fuh memang meleleh bila teringat kembali detik itu. Namun sekarang Mek tak sekuat itu lagi untuk mencari ubi kayu dan menyediakan hidangan istimewa itu. Kalau dulu waktu petang Mek akan bawa satu pinggan nasi penuh, digaul dengan kelapa parut dan budu serta ikan masin aka ikan kekek bakar atau adakalanya ikan kembung kecil-kecil yang direbus dan kemudiannya digoreng dengan minyak yang sedikit, cukup istimewa disuap Mek yang biasa kami akan bergilir-gilir disuapnya ditepi parit air yang agak lebar itu. Sambil itu kami akan bermain dan berlari di tepi jalan yang berdebu, menulis huruf ABC diatas jalan-jalan kampung yang berpasir. Bila selesai makan dan hari hampir rembang senja kami (biasanya aku,abe dan kak za) akan mandi-manda diparit sambil ditemani Mek. Waktu aku kecil dulu rumah Mek tiada kemudahan paip air dan eletrik, bila selesai mandi sahaja Mek akan bawa baldi besi berisi air yang penuh menapak naik ke atas batas parit yang agak menjunam, sambil kami mengekorinya dari belakang, kadangkala air dari baldi besi itu akan melimpah keluar.
Bila malam menjelma tiada azan dari corong radio atau televisyen, yang kedengaran hanyalah bunyi kerantong sayup-sayup dari surau kampung sebelah. Dalam kesamaran cahaya pelita minyak tanah tulah kami menunaikan fardhu maghrib.

Selamat Tahun Baru 2009

Emm tak sedar pun tahun 2008 dah pun berakhir. Apa yang dah berlaku pada tahun 2008 sedikit sebanyak aku dah lupa, seingat aku banyak perkara yang berlaku pada tahun 2008ni cuma yang aku ingat hanyalah perkara2 penting sahaja. Ada suka dan ada duka..ceh wah macam lagu Siti Nurhaliza lak. Bila ingat balik kenapa la aku tak tulis diary so pastinya aku akan ingat semua perkara yang berlaku.Sebut pasal diary, majoriti orang jarang menulis diry dalam dunia serba moden n, agaknya sebab masing2 dah punya blog kot. Ingat lagi pada tahun sebelum 2000, semua perkara aku catat kat diary..tarikh itu la tarikh ini la, birthday orang tu birthday orang ni dan semua perkara yang berlaku aku catat kat diary, semenjak bila kau tak guna diary aku pun tak pasti..hhahah..patutnya bila semakin berusia begini semakin la aku kerap menulis diary agar semua perkara boleh diambil iktibar pada setiap akhir dan awal tahun. Apapun yang berlalu biarlah berlalu dan tahun aku akan cuba membuka lebaran yang manis dalam hidup aku agar sepanjang tahun 2009 penuh bererti dan bermakna dalam hidup aku..Aminnnn.