NuffNANG

Friday, January 28, 2011

Tiap-tiap hari kita

akan berkejar-kejar ketempat kerja, dengan kelajuan yang paling maksimum agar punch card kita tak berwarna merah mahupun untuk mengelak nama kita dari tersenarai sebagai top lateness dalam carta. Itupun selepas kita kelam kabut menghantar anak kesekolah seawal 6.30 pagi mungkin dan menempuh kesesakkan jalanraya yang mana kadang-kadang kita tak dapat nak menduga akan berlakunya kesesakkan!

Tiap-tiap hari juga kita memecut dalam kelajuan yang sama atau pun lebih lagi untuk mengejar masa agar kita tak dikenakan caj tambahan oleh rumah-rumah transit anak kita dimana jika kita lewat bayaran lebih masa akan dikenakan sebanyak RM5-7 sejam. Cuba bayangkan jika hari-hari kita lambat dan tentunya bayaran akan dikenakan sekali ganda dari bayaran bulanan transit kita dan cuma untuk 24 hari kita bekerja. Dek kerana itu jugaklah maka kita akan berkejaran memecut sebaik saja masa bekerja kita tamat…

Boleh terimakah agaknya kalau saya katakan alasan-alasan diatas ni sebagai sebab jika kena saman sebab memecut

Tuesday, January 18, 2011

Saya emo ni..

nak buat report segera kesekolah tu..tapi call directory langsung tak ada nombor telefon sekolah tu dalam senarai ..lupakan seketika.

Bila saya nak makan buah ni, sukar pul,ak nak dapatkannya. Dari hari Khamis lepas, saya telefon bonda saya, bertanya ada tak buah tu dijual dekat-dekat kawasan rumahnya. Nasib tak menyebelahi saya, sebab pasar malam hari sebelumnya ada dijual. Terlepas la saya, tunggulah esok pulak kata bonda saya, mungkin ada dijual dipasar pagi. Dalam pada tu saya tak harapkan sangat buah tu dari bonda saya..cuba cari sendiri sekitar kedai-kedai runcit area rumah say, pun yilekk!!. Pagi Sabtu lepas pagi-pagi lagi saya dah punch card kat pasar tani, pun yilekk!!..hahh biasanya setiap minggu makcik tu ada jual buah tu tapi tak ada pulak kali ni. Lain macam rasanya mulut saya, makan apabenda pun rasa tak sedap jer…saya teringin sangat nak asam tu. Sedari dulu lagi saya kalo mengandung memang nak makan asam yang fresh jer..kalo asam boi ker, asam kering apa-apa pun lansgung tak teringin. Dah siap cakap dengan bonda saya agar jeruk buah tu untuk saya..tapi tak nak yang jeruk berhari-hari..nak yang jeruk sekejap jer macam kat gambar ni.



Gmbr jer dapat tengok..hasil dr skodeng kat blog ni.

Sambung balik intro emo saya tadi.Semasa ambik anak dara dari sekolah semalam secara tak sengaja saya jadi rescue sorang budak perempuan yang ditinggalkan dek van yang mengangkutnya pergi balik sekolah. Saya mulanya tak perasan tapi anak dara saya cakap ada budak kena tinggal baru saya perasan dan dengan hati yang berdebar-debar terus saya saya ke sekolah yang memang jelas bertentangan dengan rumah transit anak dara. Dalam hati saya sudah menyumpah seranah pak guard sekolah yang bertugas. Dari jauh saya dengar esak tanggis budak tu…budak perempuan tahun satu. Pagar sekolah sudah dikunci..langsung tak ada tanggung jawab, ..tak kan dia tak dengar tangisan budak tu yang memang jelas dekat sangat dengan pondok pengawal tu.. puas saya jerit panggil Pak Guard tu tapi langsung tak kluar.. memang dia ada…tak kan lah Pak Guard tu pekak pulak.. kalau pekak senang la sapa-sapa yang nak ceroboh sekolah tu nanti sebab buat bising sekali pun pak guard tak dengar kan!..
Saya bertanya nombor telefon mak ayahnya..langusng dia tak ingat..mungkin sebab panik..gamaknya..tanya ada tulis nombor telefon kat mana-mana..pun tak ada. Mahu terus menghantarnya takut ibubapany datang mencari..kalau saya pergi hantar sekurang-kurangnya saya boleh tinggalkan pesan pada pak guard tu..tapi kalau tak jeritan saya pun dia tak endahkan..mahu tak mahu saya kena hantar jugak budak tu..tak kanlah saya nak tinggalkan dia di situ..nasib baik dia ingat mana rumahnya..
Memang itulah yang takutkan bila anak-anak kecil dibiarkan menggunakan khidmat van untuk ambik dan hantar…mesti ada yang tertinggal kalau tak check satu persatu. Bila dah hantar budak tu saya berselisih dengan van yang ambiknya..langsung makcik tu tak sedar yang dia tak ambik anak orang tu..masyallah...tanggungjawab besar tu. Ikutkan hati memang makcik van tu dan Pak Guard pekak tu mahu saja saya pelangkung dengan higheel 2 1/2 inch ni. Geram saya..sudahlah saya pernah dihalau dek pak guard tu semasa datang nak tengok kelas anak tempohari..seklai lagi dia buat hal dengan saya.. memang nak kena.

Wednesday, January 12, 2011

Jarang dah

rasanya nak menayang gambar-gambar makanan macamlah sebelum ni tiap-tiap hari tayang..ekekek. Apa yang dimasak sendiri semua rasa hambar jer..even dipuji dek anak dara dan en.suami. Apa yang dibeli atau yang dimasak oleh orang lain semuanya ditelan dengan lahap. Agak rasa tertekan sebab bukan saya tak nak masak tapi langsung..diulangi langsung!! tak boleh masuk tekak. Risau pun ada takut teringin nak makan masakkan dr air tangan TTM ker..Hana ker..Cik LG ker..memang haru kan. Kalau Kak Nor SG, Kak Umi Kuantan ker, Kak Rose kat Shah Alam ker tak pa lah jugak. Harapnya tak la..tapi bila dok usha roti jala teringat pulak roti jala dengan kuzi ayam yang saya makan kat rumah dia ni. Agak2 sudi tak dia buat untuk saya...hehhe..

Oh!! 2 hari lepas saya buat scan untuk buah hati saya kat dalam perut tu..masih kecil...tapi dah nampak jantungnya yang berdegup. Menitis air mata saya tengok tu...senyum lebar doctor tu tengok saya. Ahhh!!saya ni mengalahkan orang yang baru firts time nak dapat baby kan...terlalu excited..

Kecilkan...baru 15mm dlm tempoh 9 minggu. Belum pun sempat tunjuk kat en.suami lagi. Dah 2 hari tak jumpa dia.

Monday, January 10, 2011

Bercinta rasanya

nak menelan folic acid ni. Saya memang tak suka baunya, bila ikutkan pembacaan folic acid ni amat bagus untuk mengekalkan kesihatan janin. Dah 2 minggu saya dapatkan dari dari klinik tapi sebiji pun saya tak telan lagi. Angkat ..pegang pastu letak balik dalam plastik ubat tu...tengok..tenung..langsung tak tergamak lagi nak telan. Ahha..kalau tahu dek en.suami sure berbakul-bakul kain kena bebel. Saya belum ke farmasi lagi bertanya samaada ada ubat jenis lain yang boleh saya telan yang fungsinya sama dengan folic acid ni..yang pasti ianya tak berbau seperti folic acid ni..

Friday, January 7, 2011

Kalau bagi 2

pun gamaknya boleh habis burger McD tadi. Macam nak pecut lagi sekali ke Puncak Alam nun pergi beli big mac tu. Asalnya saya cadang nak ajak en.suami lewat malam nanti makan kat McD tapi nafsu makan macam tak boleh tahan-tahan. On the way dari Shah Alam perut dah mencarut marah lambat makan rasa pedih, sejak berperut dua ni masa tengahari langsung tak ada selera nak makan. Dari Pagi saya hanya makan 4 5 sudu nasi goreng jer, minum susu strawberry dan makan sunkist waktu tengahari tapi bila menjelang pukul 4.30 jer mulalah rasa lapar yang tak boleh ditahan-tahan sampai malam. Kalau makan nasi sekalipun pukul 7 tu pukul 9 mlm dah rasa lapar balik.

Cadangan nak makan McD tu kalau saya suarakan kepada en.suami sure dapat tentangan dari beliau. Dia pasti akan cakap yang saya punya perut mengada-ngada nak makan yang mahal-mahal aja, burger tepi jalan tak mahu. Saya bukanlah memilih sangat tapi memilih jugaklah...hehhe. Saya tak kisah nak makan burger tepi jalan tapi hakikatnya tak ada satu pun burger kat tepi jalan tu yang sama dengan burger kat McD...kalau ada tak perlu lah saya memecut ke Puncak alam semata-mata nak makan burger sahaja.

Lepas makan tadi saya bungkus pembungkus burger tu dengan newspaper, sorok celahan sampah2 yang lain..konon nak hapuskan buktilah..harapnya en.suami tak jumpa pembalut tu. Kalau ikutkan history tak pernah saya boleh menghabiskan sebiji burger dalam masa 15 minit..gelojoh gila rasanya saya makan tadi..kalau makan kat kedai McD tu sendiri agaknya mesti semua mata pandang kat saya..ehhh serius saya rasa macam tak cukup jer burger tadi tu...agaknya berjaya tak saya ajak en.suami pergi McD lagi malam nanti....

Tuesday, January 4, 2011

Dah banyak hari

tak mengupdate blog, masuk jenguk kejap baca kisah blogger lain dan terus blah. Apa angin tak tahulah..baca jer tengok comment orang lain dah 13 ker 15 comment terus cabut tanpa tinggal jejak.

Hari ni saya masih belum bekerja, masih bercuti panjang sedari hari Jumaat hari tu lagi.. 5 hari saya dok goyang kaki jer lebih banyak dari buat kerja lain. Cik lappy pulak berterusan ditemani dek anak dara, main game. Cuma semalam sahaja dia tak berkepit dengan lappy sebab dah kesekolah. Sempat jugak singgah beberapa blog sambil tunggu cik washing maschine menyiapkan kerjanya. Tup-tup singgah rumah mamafami..nampak dia buat resepi ni apalagi baby pun terus buat permintaan nak makan lempeng jugak pagi-pagi ni..



Walaupun lempeng saya tidaklah se cun yang dibuat dek mamafami tu tapi nak gak tayang kat sini..sila jangan kutuk lebih2..hhehe ..jamu mata boleh. Lepas makan ni harapnya saya ada semangat yang lebih agar dapat mengemas rumah yang dah 4 hari bagai dilanda garuda.