NuffNANG

Monday, December 30, 2013

PARAH der!!!!

Jam 4 pagi, Ahad..tengah syok aku layan tidur, peta pun dah hampir nak  siap...sikit lagi...sikit lagi..hheheh..encik suami kejutkan aku..nasib baik la tu suami aku kalau tak mahu je aku bagi lempang kiri dan kanan. Ye la time bendera jepun camni je la boleh tidur sampai matahari terpacak pun kan..ok..abaikan. Dalam gelap2 tu dia on wifi handphone tayang  kat aku satu gambar awek..pergh..cun beb..bergetah..
"habis tu ngapa??" aku tanya sambil geram jugak la..
"aku salah accept friend la"..Aku faham benar dengan cik suami aku ni..dia bukan pakar IT mahupun pakar teknologi..hehhe..
"unfriend jer la" jawab aku dalam acuh tak acuh..
"aku tak tau la"
"pandai add pandai la remove, tu la pantang nampak yang seksi terus nak add" dlm mata bukak separuh aku bebel gak..
"bukan macam tu la, cuba ko tengok 62 keping gambar minah ni"
Aku paksa bukak mata luas-luas, pedih mata ok..skrin handphone tu pun bukan besar mata..dah tu pulak hanya cahaya dari skrin je..aku kelebek satu persatu..woahhh..memang gambar seksi je la..tup-tup ada gambar cemolot pulak..dan gambar tu adalah gambar suami jiran aku....huhuhu
mulut aku terlopong dah .. bukan satu gambar..atas katil pun ada..jantung rasa tehenti seketika..PARAH..

sambung!!!!..jantung sakit weh..

Tuesday, December 17, 2013

BIARLAH!!

Aku tak mahu kata apa-apa...
biarlah..jadi kudis yang bernanah,
biarlah jadi nanah yang berparut
biarlah..jadi parut besar

Sebab  aku dah terlalu PENAT..

Thursday, December 12, 2013

Penang Trip-Bunyi misteri

Ya..tersangat misteri nak pulak Jumaat mlm..hampir cecah jam 1 pagi (Sabtu).Segerombolan anak beranak..atok, nenek cucu...err cicit je blum nan ado lagi..memulakan perjalanan. Sangat lewat malam..aku dengan suami dah biasa meredah malam bila beroutstaion ke mana-mana..cuma kali ni sedara mara aku terpaksalah ikut rentak kami..nasib le korang..kih..kih.. Keluar dari tol Sungai Buloh..sampai tol juru..RM40.60..dalam perjalanan tak banyak karenah sangat..semua dok tido cuma aku dan suami je yang asyik bertekak pasal bunyi misteri dari dalam kereta..yang herannya mak dan ayah aku lena je tidur..hinggalah sampai RNR Sungai Perak misteri itu akhirnya terungkai jua. Selama hampir 2 jam bunyi itu memang menganggu aku dan suami..nak aku kelebek sana sini dalam kereta agak sukar sebab aku memangku Si Acap..lebih-lebih karang terjaga lak dia..tutup radia bunyi, bukak radio pun bunyi berkerincing semacam je bunyi tu kadang-kadang, aku dengar semacam alunan muzik pun ada...bila lihat ayah terjaga sekejap pantas aku bertanya..mana ada bunyi..hhuhu..lagi misteri ko..apasal aku dengan suami jer yang dengar...misteri tu...
Bila sampai RNR Sungai Perak..enjin kereta dimatikan..tup-tup bunyi tu ada lagi..Bila mak aku terjaga aku tanyakan dia..bunyi apa??..mana ada bunyi..cuba mak dengar betul2..tup-tup..dia kelaurkan hanphone dia..cisss..dia tertindih handphone dia rupanya..ceh..misteri la sangat bunyi tu...

Friday, December 6, 2013

Salam Jumaat...

..Gila babas betul kan..lama giler aku tak update blog..kekdahnya aku lupa password with the right e-mail..masak la aku nak cari refresh balik passoword aku..oleh sebab amnesia sementara ni terpaksalah aku lupakan niat nurani nak jadi blogger tegar...hhaha ..tegar la sangat..

Ok..lupakan pasal password tu..hingga time aku dah dapat log in ni pun aku tak pasti mana satu password yang aku dah log masuk..buatnya pc bengong lagi sekali ker memang aku terpaksalah lupakan  niat nak jadi blogger tegar tu...ahhaha..

Malam nanti aku nak ke Penang..satu family ko..adik beradik,ipar duai mak ayah..cuma yang aku sedihnya adik bongsu kesayangan kami satu family tak dapat join kali ni..biasalah akhir tahun masing-masing sibuk sana-sini..dah lama rasanya tak bergather satu family jalan-jalan..
emm aku celoteh lebih-lebih after balik Penang nanti ok  org Penang

PENANG!!! MU TUNGGU AKU DATANG


eceh..hheheh

Tuesday, September 17, 2013

Susahnya Nak jadi Blogger tegar

Serius..aku nak sangat jadi blogger tegar, nak tulis n3 kalau boleh setiap sejam. Nak post N3-n3 yang asyik dok berlegar dan meronta-ronta nak keluar dari otak tepu ni...kadang aku rasa macam nak menanggis sebab aku tak punya masa untuk menulis N3 sedangkan banyak nak aku kongsikan ..

Sekian.N3 lepas gian untuk hari ni..

Wednesday, August 14, 2013

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri...lama jugak tak bersiaran..puasa dan raya tahun ni agak kritikal..12 hari sebelum ramadhan berakhir aku demam..hilang selera makan..bila baik demam sikit tekak pulak sakit..tak dapat nak telan makanan..maka aku pulun makan aiskrim vanilla berkoyan-koyan..akhirnya baik..tapi baru je baik tu mulut pulak kena ulser..penuh satu mulut..gusi jadi merah..tidur malam mulut penuh keluar darah pekat merah..memang tak boleh kunyah makanan..gusi sakit yang amat even..selembut mana pun makanan terasa sakit sangat..serentak dengan itu jugak sakit seluruh gigi aku rasa ngilu dan sakit..macam nak suruh doktor gigi cabut semua sekali..pasrah betul..badan memang lemah jer..asyik minum airnya..bila raya aku dah tak peduli..dengan mulut yang sakit aku redah jugak makan semua menu raya..rendang, ayam bali, kari ayam..lepas tu ternganga kesakitan..puashati aku...

Banyak yang aku rancang nak buat tak menjadi tahun ni..konon nak buat macam-macam jenis kerepek..tapi badan aku yang kepek jadinya..lemah longlai..apa pun anak-anak tetap aku ceriakan mereka dengan baju baru..walaupun hati sendiri macam tak daya nak sambut raya..tengok nak ambik gambar raya pun tak larat beb..sib baik budak tecit ni jadi photognya..
So aku ambik kesempatan Syawal ni nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin yang tulus ikhlas buat pengunjung blog ni..paling special buat MCK..semoga raya MCK ceria dan berbahagia hendaknya..


Friday, July 12, 2013

Mati tak mengira usia

aku baru terbaca status kat FB dari satu of group masa belajr dulu. Aku baca dan sedekah surah fatihah..walaupun aku tak kenal rapat arwah tapi rasanya aku masih ingat sikit-sikit rupanya..moga aku tak salah orang..kawan yang mungkin setahun muda atau pun sebaya aku kot..aku baca rentetan update..rupanya dah 6 bulan dia terlantar sakit Leptospirosis. Semuanya gara-gara mamat ni...keji tau kau..nak kencing tu pakailah pampers ke apa..jangan dok kencing merata..ramai yang meninggal sebab kau..


 
Kau buat bajet muka kiut pun aku tak heran la...

Wednesday, July 10, 2013

Salam 1 Ramadhan

Jenuh la bila dok bukak FB..terima dan baca statement orang dok wish selamat berpuasa.. tak terkecuali boss aku yang chinese ni..ok.. boss..i bulan posa ni balik awal..you jangan dok jeling time i keluar  sharp-sharp on time ok..dan you jangan sibuk balik awal sama..Pesan dengan kawan-kawan you sama..nanti jalan jem..lambat I sampai..

Ni dia email kat budak-budak melayu pagi tadi:

Dear All Muslim Staff

Wishing all of you “Selamat Berpusa” and may this occasion leading to Raya brings much joy to you and your loved one.

 
With Regards

KS Sia

Thursday, June 27, 2013

Apple Cake Mudah

Ni aku baking semalam..dah hampir 2 minggu apple fuji yg kecil tu ada kat dlm fridge aku...dari 20 biji tinggal 7-8 biji je..dah jenuh dah nak makan...biasanya fuji apple ni manis tapi kali agak kurang..pun begitu ada yang manis..mungkin sebab dah bercampur kotak-kotaknya..apple ni lebihan dari buah tangan pengantin semasa kenduri rumah mertua..macam-macam dok terfikir nak buat apa dengan buah apple ni..memula teringin nak buat apple pie..tapi malas pulak nak mencanai doh tu..dari hari ke hari apple pun dah tak berapa nak fresh dah..dari kecut kering camtu baik aku habiskan buat kek kan..sonang kerja..kosong sikit peti ais aku..memula aku tengok resepi kat tenet...pastu belum sempat khatam lagi tenet down..puas la dok godek-godek..tak dapat akhirnya aku buat main campak je la..sebab takut lupa aku abadikan kat blog la lagi senang kan..

Apple Cake Mudah

4 biji Apple Fuji atau apa jenis apple je la merah ke? hijau ke.. kalau besar gunalah 2 biji
2 1/3 cawan tepung gandum (aku guna bluekey self raising flour-kesnya malas nak ayak bagai)
2 biji telur
1 sudu kecil baking soda
1 cawan gula + 2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka makan bukan cuka getah ..lain la kalau ada niat nak bunuh orang.
180 ml minyak masak atau lebih kurang 1 cawan gitu..
180 ml susu full krim milk atau lebih kurang 1 cawan gitu..(sy guna dutchlady)
1 btg kulit kayu manis atau serbuk nya tu..cinnamon powder kan..(tak masuk pun x pa-tetap wangi kek korang)

Cara-caranya:

  1. Kopek epal korang..potong dadu..(3 biji korang dadu-1 biji lagi masuk blender)
  2. Apple dadu tadi gaulkan dengan 2 sudu besar gula +letakkan kulit kayu manis atau cinnamon powder  dan lembutkan dlm microwave dlm 1 minit je..tak ada microwave?? guna la periuk je..panaskan kejap je pun.
  3. Blenderkan apple 1 biji, telur, gula 1 cawan, minyak, susu full krim milk,garam, esen vanilla-semua kasi hancur ok...
  4. Sediakan loyang 8 inci sapu dengan minyak atau planta...lapik kertas..
  5. Panaskan oven..aku ni jenis tak reti nak panaskan oven awal-awal.. separuh step buat baru aku panaskan oven...kalau aku panaskan oven awal..alamatnya berasap berkepul2 la oven aku sebab bahan tak ready..
  6. Tuang bahan yang diblender tadi dalam mangkuk, campurkan gandum+ baking soda..kacau rata, masukkan epal yang dikaramelkan dgn gula tadi..gaul rata, masukkan cuka ..kaup balik..dan tuang dalam loyang.
  7. Bakar dengan kepanasan 170 darjah celcius selama 50 minit..
  8. Cek la dengan lidi sate tu dah masak ke belum..kalau dah masak jangan jadi aku lak..excited nak keluarkan dari loyang..tunggu sejuk skit..
Taraaa...dah siap tu..pergi basuh baju ke..lipat  baju ke..sambil layan kek korang..





Tuesday, May 28, 2013

Apa korang rasa

bila terpaksa menggunakan khidmat orang tengah untuk berkomunikasi dari hari Sabtu lagi sampai pagi ni..balik kerja nanti tak tau la.

  1. Seronok
  2. Kelakar
  3. Bijak
  4. Bodoh Sombong
  5. Dua-dua Ego
  6. 2, 4 dan 5 shj
  7. Semua Yang diatas
Nak atasi  perkara diatas korang rasa kena act macamana:

  1. buat tak tahu
  2. Mengalah seolah tak ada apa yang berlaku
  3. minta maaf dengan terpaksa
  4. minta maaf seikhlas hati
  5. membebel pasal sikap dia
  6. Menangis dan mengaku salah 
  7. Tiada satu pun yang diatas
Lagi 2 hari ulangtahun kelahiran dia perlu buat apa
  1. belanja dia makan dgn anak-anak kat restaurant kegemaran dia
  2. tak payah wish apa-apa
  3. bagi dia hadiah
  4. wish dia tengah-tengah malam buta
  5. bayar duit axtiviti memancing dia hujung minggu ni
Seminggu lagi satu family besar  dia akan bertapa kat rumah, rasanya kalau korang buat apa
  1. Tak payah buat persedian apa-apa
  2. buat persediaan ala kadar mcm melepas batuk ditangga
  3. buat dengan terpaksa sambil tunjuk muka benggang
  4. Just buat baik kat semua family dia seperti selalu masak best-best utk family dia
  5. Pergi lepak rumah kakak, mak atau adik yang berdekatan
  6. Komunikasi macam seolah tak ada ketegangan antara 2 pihak
Kalau ini berlaku korang mengadu kat siapa:
  1. Tulis luahan hati kat blog
  2. Mengadu kat kakak@adik
  3. Mengadu kat ibu sendiri
  4. Mengadu mertua
  5. Mengadu kat kawan-kawan korang
  6. Buat tak tahu sampai keadaan reda sendiri
Cuba korang jawab soklan ni, tak ada hadiah misteri pun melainkan ucapan terima kasih kalau dapat selesaikan masalah ni. Korang nak jugak hadiah???..boleh buat lawak sampai aku terguling-guling baru aku bagi hadiah.

Thursday, May 23, 2013

Thursday WORDLESS

...aku memang tak sama dengan orang lain..orang lain hari RABU..aku Khamis..x  mahu cakap banyak..hari ni nak skodeng blog orang lain je.

SYYY!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, May 22, 2013

Lopat Tike

ataupun yang dieja dengan betul LOMPAT TIKAM..alhkisahnya aku tak tahu kenapa dipanggil sedemikian.
Aku bukan gemar makan makanan ni, malam tadi aku tidur agak lambat..dah lena-lena kucing gitu aku macam bermimpi aku buat kuih ni..tak pernah makan, siang hari pun tak ada aku dok google cari resepi ni tetiba bila tidur malam aku mimpi buat kuih ni..macam real je mimpi aku tu..siap dah masak bagai..aku upload gambar..buat N3 letak title post macam kat atas tu..siap aku tulis yang kuih ni kegemaran abang ipar aku..hari ni aku jadi terliur..terpaksalah aku google cari gambar dulu la kasi naik nafsu makan sendiri..dah teruja baru aku buat..emm cantik jugak bila diletak dala gelas macam yang blog citrasawan tu kan..



Credit photo to blog : makcikmanggis dan citrasawan..
 
p/s: aku rasa lambat skit utk aku geledah resepi ni...dan buatnya sebab rumah aku susah nak jumpa pulut...huhu..

 


Tuesday, May 21, 2013

Beetroot @Ubi Bit

Kalau minggu lepas aku persoalkan tentang sayur rhubarb tu hari ni aku nak tanya pulak apa rasa Beetroot @Ubi Bit ni. Aku yang jahil ni kenal ubi bit ni semenjak adanya rancangan realiti masterchef Malaysia. Tak lain tak tak bukan diperkenalkan oleh chef Ezani yang comel tu..aku memang excited nak tahu apa rasanya ubi bit ni..paling aku teruja bila dia buat masakan yang guna ubi bit sebagai sosnya..nak pulak platting cantik gitu..teruja beb bagi orang kampung yang hanya kenal budu dengan tempoyak ni..harap perut je suka western tapi tekak masih terasa kebuduannya..hheh.

Bila dok perati akan rupa Beetroot @Ubi Bit ni..aku rasanya macam si rhubarb dengan beetroot ni bersaudara...kalau rhubarb dikatakan masam-masam skit..apa pulak rasanya si ubi bit ni ya..dari segi warna kulit dah sama dah.. kalau tak silap aku chef Ezani tu pernah buat Red Velvet pakai warna ubit bit ni..mesti cantikkan warnanya. Ada jugak bila aku google yang buat chips dengan ubi bit ni..emm agak-agak sama dengan kerepek ubi kaler purple tak?..Apa pun banyak jugak khasiat ubi bit ni antaranya menurunkan tekanan darah ...yang kat dalam gambar ni ubi bit kaler merah..setakat ni aku tahu ada 3 kaler, kuning , merah dan putih. Emm apalah rasanya ubi bit ni ya???

Thanks cik google utk gambar yang cantik ni.

Friday, May 17, 2013

Rhubarb?

Aku pernah tengok sayur..err sayur ke buah? ni..tapi tak pernah la pulak tahu kegunaan, rasa dan sebagainya..aku ingat ni jenis dari batang celeri cuma kalernyaya aja merah..jakun betol aku ni..pestime tengok kat blog Wendy..dia buat kek pakai menatang ni..pelik lak aku..maka aku cubalah google apa benda ni..apa nama melayunya..walaupun dah berwikipedia jugak aku tak tahu..sebab aku tak khatam baca..tapi aku baca ianya elok untuk sembelit..hehhe..aku lebih excited tengok resepi yang guna menatang ni..korang baca la sendiri erk..aku link kan aja ni..nah baca sendiri khasiat2nya.. Gambar yang cantik ni aku ambik kat sini...terima kasih tuan tanah..minta maap ambik tunjuk sini erk..tak faham N3 ni sila transalate sendiri erk..

Agak korang kat mana boleh dapat menatang ni..nampak si Wendy tu buat Kastard kek bertopingkan menatang ni sungguh yummy...cercita skit..mana leh dapat..Cold Strorage?Jaya Grocery?Ladang nenek korang ada???

Thursday, May 16, 2013

Pernah makan ni?

Aku makan ni bila balik ke kampung aku nun di Kelantan..tak pernah lagi la jumpa kat area sini..aku tak tahu specific nama ..yang aku tahu aku panggil jagung rebus je...makan dengan kelapa..manis2 halus jer..

Wednesday, May 15, 2013

Chilled Strawberry Cheese Cake

Sejak dari semalam aku rasa badan kurang sihat semula. Kes sakit telinga hari tu pun masih belum reda sepenuhnya..tetiba rasa sakit lain pulak yang melanda. Dah 2 hari ada rasa sedikit benjolan dan amat sakit kat payudara aku..sopan nya aku sebut kan!.aku cuba tak nak andaikan sesuatu yang buruk..lagipun tak ada sedara mara aku yang kena ..dulu-dulu wallahuallam la..mungkin anak teruna aku menyusu banyak sangat kot sampai sakit..andaikan ajalah..apa pun balik kerja karang aku cuba try check sendiri dulu kan. Tapi bila aku dok google artikel pasal penyakit ni..banyakla pula secara tak langsung yang keluar..tak payah dok google dah..hurmm saja nak buat misteri kat aku la tu..

Apa pun layan jer la hasil tenusu hari ni..aku kalau pasal benda ni 1 kg pun selamba jer boleh habiskan..bulan ni aja dah 2 ke 3 kali aku bantai buat..ada guna susu full krim ada guna whipping...guna whipping lagi sedapla..lemak berkerim..Ni cara aku buat, cara orang lain..lantak orang lain la..janji daku dah kenyang layan ni..dah jadi bahan kumuhan dah..hhehe.

Chilled Strawberry Cheese Cake

Bahan-bahan:
  1. Cream cheese tatura/phildelphia..250 grm..nak kasi tebal taruk je la 500 grm mcm aku tu.
  2. Emborg Whipping cream kotak kecil (aku lupa berapa ml-yg pasti paling kecil la)
  3. Biskut tiger yang rega RM2.50 tu ..(aku suka guna biskut tiger--mudah hancur, tak manis sangat kalau nak compare guna oreo atau guna biskut marrie..agak keras bagi jejari aku yang halus ni.
  4. Gula dalam 100 grm (kalau buat utk 250 tu aku kurangkan dalam 7-80 grm)..
  5. Nona halal gelatin (1 sudu besar+ air panas.)
  6. Butter/planta-cairkan utk buat base.
Cara-caranya:
  1. Hancurkan biskut tiger, campurkan dengan butter, aku guna planta jer..cairkan pun pakai microwave..tekan kasi mampat then letakkan dalam fridge dalam 1-2 jam..dah..pi tengok tv jap atau lipat kain baju..
  2. Ok..sambung balik..orang malas macam aku  ni, cream cheese aku bagi lembut dan terus masuk dalam blender dengan whipping cream dan gula, aku masuk cream cheese tu skit-skit la ..kang meletop pulak blender korok tu..tak dapat bercheese cake lagi..padan muka.
  3. Blend la kasi kembang gitu..pandai2 la korang agak kan..pastu campur dengan gelatin yang korang bancuh dengan air panas ..jgn biar beketul..nanati makan tu terasa pulak.
  4. Campur sebati dengan adunan cheese tadi..lepas tu apalagi tuangkan aja dalam loyang base tadi..
  5. Loyang tu aku alaskan dengan plastik..nanti senang nak keluarkan..aku ada spring form tu tapi tak pernah guna..
  6. Sejukkan dalam fridge dalam 4 jam atau semalamam..
  7. Jgn lupa cuci peralatan korang guna sambil jilat sisa-sisa krim cheese yang lemak tu...hehheh

Wednesday, May 8, 2013

Bubur Jagung Lemak Berkrim

Ada orang makan bubur tengahari camni???..lain la kalau ada baki semalam..nak-nak pulak bubur ni jenis lemak, rangup dan berkrim.. sumpah..betul aku rasa bubur ni sangat-sangat sedap..petang hari Sabtu lepas aku saja masak bubur ni konon nak habis segengam beras pulut yang ada dalam simpanan dan kebetulan pulak dapat beli jagung fresh di pasar tani..6 ketul semua..apalagi aku kendurikan pada jiran-jiran yang lalu lalang depan rumah petang tu..adalah habuan minum petang kawan-kawan en.suami terutamanya..
 
Oleh kerana aku ni jenis yang masak main campak sesedap rasa je, adalah lebih baik kalau aku tuliskan kat sini apa yang aku masukkan dalam bubur ni.
 
Bahan-Bahan:
Jagung-potong dari empulur, jgn masuk dgn seketul camtu erk.
Santan-aku guna santan fresh orr..kuantiti lebih bnyk dari susu cair la
Susu Cair
Gula
Santan
Garam
Gula
Beras pulut -lebih kurang segengam..jgn byk sangat..tak sedap lak.
Air.
Daun pandan-disimpul
 
Cara-caranya:
1. Hiris jagung dari empulurnya
2. Rebus dgn air yang melebihi paras jagung-aku suka yang crunchy skit so rebus tak adalah lama sangat.
3. Bila jagung dah 3/4 masak, masukkan beras pulut yang direbus...jgn lupa cik daun pandan ya...simpul dan masukkan kasi wangi..
4. Bila beras pulut dah masak, boleh la masukkan santan, susu cair, secubit garam dan gula..saya tak suka manis  sangat ..kira macam manis buah jer la..
5. Makan ketika suam adalah sangat syok..layannnnnnnnnnnn
 
 
 

Monday, March 11, 2013

Ibu bekerjaya-Bahagian Satu (bukan Upin Ipin punya story ok)

macam aku ni amat sukar nak mengatur waktu. Err maksud aku bukan semua orang la..hanya aku..aku ulang..hanya AKU...AKU..ok..bukan OKU. Aku ni jenis yang berapa pandai nak bahagi masa. Mempunyai suami yang bekerja shift bergilir-gilir selang seminggu mengkucar-kacirkan perjalanan hidup aku. Bila keadaan ini berlaku secara tak langsung bila dijalan raya..aku menjadi pembuli jalanraya..menjadi pelumba taraf antarabangsa..merempit setiap masa.. kekdahnya??aku nak jadi perfect..dalam semua hal..Kadang-kadang aku sangat kasihan pada diri aku sendiri..balik rumah time kerja kalau di opis ni..pukul 5.30 ptg..memang aku la orang pertama yang punch keluar..kalau lambat 10 minit jadinya lambatla aku sampai ke nursery Asyraf. Bila lambat ambik nanti kena lah charge extra..dan aku ni jenis pantang bila kena charge extra so setiap minit bagi aku amatlah berharga..mulai bulan Mac ni..Sara tak lagi mengaji quran kat rumah orang..sebabnya aku tak puashati tahap tajwid dia..bayangkan sejak mengaji quran baru beberapa bulan je..aku tengok dah 1/4 quran tu habis baca..tapi tahap tajwidnya..tahap kelancarannya..memang agak hampeh. Boleh dikatakan mengaji balik muka surat jer la..bila aku tanya ustazah tak ajar ke tajwidnya..idghamnya..panjang pendek bacanya..jawabya setaip kali pergi mengaji sampai je ustazah suruh baca 1 muka surat..then balik..esoknya..mula dengan muka surat baru..ohh...oh..memang pantang aku la jenis mengaji balik camni.

Aku hantar dia mengaji bukan sebab aku tak mahu reti ngajar..sebabnya setiap kali mengaji quran dengan aku bila di tegur aja mengamuk..siap marah aku lagi..arghh susahnya. Tapi bulan ni aku tekad mengamuk ker..menangis ke..nak cakap aku dera dia ke..lantakla.. pantang jenis qariah macam aku ni kalau bacanya tak betul. So nak mentarbiyahkan dia agar rajin nak baca quran aku dan ikut selera dia dan kebetulan jugak jiran aku nak hantar anak dia ketempat yang sama Sara mengaji sebelum ni maka aku offerkan untuk ajar dia orang sekali...aku tak ambik bayaran pun janji diarang boleh temankan anak aku mengaji tu dah kira ok. Jadi secara tak rasminya aku dilantik jadi ustazah quran anak-anak jiran sekali..dek kerana dah agak tumpul pasal nak ajar tajwid yang betul dekat dia orang ni maka aku pun asahlah otak aku sekali..sapa yang nak ajar anak secara basic tajwid boleh refer kat link SINI.

Aku pun heran macam mana dulu-dulu mak ayah aku ajar quran pada kami adik beradik dengan mudah..Aku tak nafikan aku pun dulu menangis sakan juga bila mengaji dengan ayah terutamnya..so nak elak mengaji dengan ayah bila dia balik dari mengajar di sekolah..bila tahu waktu dzohor aja cepat-cepat solat dan minta mak yang ajar..so bila ayah balik..aku akan cakap..dah mengaji dah ayah..fuh selamat..mengaji dengan mak tak perlu menangis dan kena rotan bila salah baca..mak tegur dengan baik..kalau dengan ayah tak kena rotan pun terus jadi sebak bila kena tegur , mungkin ada penegasan dalam tegurannya . Dalam sehari mengaji quran kena 2 kali tak kiralah hari minggu ke atau hari bekerja. Bila time mak period..mahu-tak mahu memang kena mengaji dengan ayahla jawabnya...

dah panjang sangat kau bebel..dah time lunch..esok aku sambung lagi bebel.

Thursday, February 21, 2013

Sayang awak ketat-ketat

hehhe..pagi ni aku keluar datang kerja agak lewat,lepas solat subuh aku sambung tidur peluk Asyraf..suka aku tengok muka Asyraf masa tido..ensem je..kiut jer..sapa nak puji lebih-lebih camni kan..maknya ajalah pun. Anak dara tu aku kejutkan dan suruh dia siap sendiri. Sarapan diaorang??..Aku nak kata aku untung mungkin kot..jimat banyak masa. Suami aku tak gemarnya subuh-subuh buta bersarapan bila hari kerja. Anak dara tu pun ikut perangai bapanya..sesekali je layan milo suam tu pun bila aku dok asyik tanya nak minum tak?. Aku teringin sangat bila hari kerja..walau aku kelam kabut nak siap diri sendiri tapi dapat buat sarapan untuk diaorang ni..jeles tau bila baca blog orang lain pagi-pagi buat sarapan buat suami..aku??? tarak dikkkkkk...

Hari ni aku lewat keluar sebab tak terus masuk opis,petang semalam aku dah inform boss aku siap-siap aku akan masuk lambat sebab nka pergi LHDN. Sesekali kan..pasal kerja opis jugak pun...pergi awal-awal kat LHDN tu pun bukan dapat perfect attendance pun kan!!!. 7.30 aku bangun, mandi, basuh baju...dan siapkan Asyraf sebelum hantar pergi nursery..sebelum keluar sempatlah kelebek Abg Jen yg dah nak masuk 2 minggy tersadai..emm bila la nak repair ni..aku sms en.suami.

aku: rindu nak drive abg Jen..

en.suami: minggu depan repair..

aku: ..cepat repair tau..syg awak ketat-ketat

en.suami: muahhh...!!!.

bukan apa, en.suami ni jarang tulis macam tu kat aku..kalau cakap telefon pun selalu mcm nak telan aku jer..tetiba reply MUAH!!!.mcm tu,aku cuak..betul ke dia yang tulis aku tgk nombor yang aku sms tu..hhehe..kot tersalah hantar ke lain..nasib baik..sah..dia....

emm itula kan..tulis mcm tu pun hati isteri ni dah berbunga-bunga..boleh sengih samppai telinga..belum lagi cakap rindu ke..sayang ke..kan..kan....


 
Agak-agak kalau buat parkir macam ni kat depan rumah boleh tak..Abang Jen aku parkir kat atas..Cik Inno kat bawah..lapang depan rumah kan..thanks to adik google...hehhe

 

Wednesday, February 20, 2013

Chef Rizal Zamani

pun boleh reply aku..korang hadoo??hhaha.. tengok tu faham kehendak aku. Ni bukti aku aku ni boleh berkomunikasi tau..faham dia apa yang aku tanya..laki aku je selalu cakap aku ni tak pandai bertanya soalan atau buat request..hoho..nnt nak print tampal kat toilet kasi dia baca jeles..sambil termenung tu..

Gigil lutut

baru je nak start pecut kat jalan Subang Aiport pepagi tadi,terus tak jadi bila jalan mulai sesak disebabkan satu kemalangan motosikal. Ketika kenderaan aku melewati kawasan tersebut kelihatan mangsa yang tidak dikenali jantinanya telah diselimuti dengan sehelai kain pelikat...formal gila ayat aku kang..leh muat turun jadi hot news kat buletin TV 3 suku dah....eh..jap serius..kemalangan tu memang dah berlaku..time aku lalu..aku cuma nampak darah yang kat jalan je disamping mangsa tersebut.gigil siut..lemah lutut nak tekan pedal minyak dah. Aku tak nampak kenderaan lain..yg ada cuma motosikal mangsa..kena langgar lari ke?..sebab jalan dah nak mulai sesak aku tak tengok lama sangat..lalu sipi-sipi je..kebetulan budak yang menyewa rumah aku jugak guna jalan yang sama so bila dia shout kat wall FB dia pasal accident tu sikit sebanyak dapat info..masa dia lalu dia sempat tengok lagi yang mangsa adalah seorang wanita..pakai tudung putih..dan sah-sah la melayu kan. Sayu hati aku bila dengar news gini, aku dah terbayangkan..anak-anak mangsa tunggu mangsa balik dari kerja tapi news lain yang dapat. tak boleh..boleh..berderai airmata wanita ini tau..!!. aku ni dah la jenis yang penuh dengan fantasi dan imaginasi ..baik aku stop sebelum otak aku ni mentafsir yang macam-macam lagi. Apa pun aku agak mangsa meninggal ditempat kejadian kot..dan untuk dia aku sedekahkan Al-fatihah...dan takziah buat family dia.... P/S: mood aku terharu hari ni..

Monday, February 18, 2013

Isnin, ok je bagi aku

tak ada maknanya Monday blues..aku pun cukup heran sapa yang memula me Monday blues kan hari senin ni..bagi aku hari Isnin sama macam hari-hari lain jugak..cepat sangat masa yang berlalu. Seminggu.. tak adalah seminggu mana pun..3 hari jer pun aku drive Cik Inno je minggu lepas.. petrol boleh tahan la ..dua hari dah rabak RM50. Abang Jen sedari hari Selasa lepas tak boleh start. Semalam en.suami bawa pergi re-charge baterry..pun tak leh jalan jugak..aduh jenuh la..nak bawa Cik Inno je sepanjang minggu..kalau aku pergi visit client lagi la parak..kalau nak drive memecut dan mencilok pergi balik kerja aku lebih selesa dengan Abang Jen..tapi sayangnya Abang Jen akhir-akhir ni tak berapa nak sihat mana, lampu brek belakang kadang nyala kadang tak..yang paling aku takut kalau Abang Jen tetiba tak leh start..oh haru..aku tak pandai pasal keta ni..aku just agak alternatornya ada problem kot tu pasal tak leh start..baterry baru lagi.. nampaknya tak dapat la nak beronggeng sepanjang minggu dengan Abang Jen..dan nampaknya banyak jugaklah fulus aku terbang kat Cik Inno..jenuh!!!. Comel tak Cik Inno..gambar kawen Cik Inno tak ada..gambar ni aku ambik kat tenet masa Cik Inno tengah bertunangan dgn Abg Jen.. Dah dua hari aku sakit belakang tapi hari ni macam agak worst..tapi aku tetap datang kerja..kang aku MC aku jadi juara la hari ni ..baru masuk bulan February MC aku dah 4 hari..dah kira jadi juara kat Department aku dah...tahan je la..tunggu tengahri mintak kakak Indo tolong urutkan..nak harap en.suami baik tak payah..bila aku cakap sakit dia cakap aku ngada-ngada..kecik hati aku noo..

Friday, February 15, 2013

Jumaat sudah..limau pun dah tinggal sikit

minggu depan jalan akan kembali sesak dan opis akan berbau hapak..serius aku kerja betul-betul minggu ni..seronok tak ada orang camni..habis semua senarai follow up case aku kerjakan. Tak lupa juga sambil makan limau sebagai habuan..hahah..kesimpulannya +buat kerja dengan happy +opis sunyi sepi =kerja selesai limau licin..hadap sorang-sorang.

Friday, February 1, 2013

Sewa Costumes

Aku baru terjumpa blog kostum ni , tapi tak ada pekdah pun kat aku. Company dinner aku berlangsung tiap tahun during Christmas eve..dan hanya dibuat di parking bertutup dalam compound opis dengan staff seramai 100 ..hias pokok Christmas yang kecik serenek setinggi aku jer..stage buat sendiri separas lutu .x ada artis jemputan, tak ada dinner serve ikan kerapu kekah 10 orang ke..itik grill ke, nasi dalam daun teratai ke, ada bapok menari gelek ..semua yilekkkkkkkkkkkkk.. yang ada hanya penyanyi internal yang perasan suara mendayu-dayu..ohh..sudah 2 tahun diat tak menyanyi..dia asyik menari tango sahaja…dan jugak drama komedi dari beberapa orang kurang upaya kat opis aku..hheh tak up to date kan.. Aku kalau nak merasa dinner-dinner company kat hotel-hotel berbintang-bintang ni time join en.suami punya dinner je la pun. Sejak kawen dengan dia dah 3 kali aku terlepas sebab maternity dan sekali tu kena time adik ipar aku kawen..rugi-rugi terlepas untuk makan-makan mewah time tu ..hehe..aku kan jenis mentekedarah punya orang..makan jer la pun aku fikir..hiburan tak kisah..sebab aku bukan suka pun bunyi bising-bising ni..bila dinner memang yang aku tunggu-tunggu time serve makanan jer pun..so siapa yang rasa nak kawan dengan aku sila berhati-hati sebab aku jenis yang suka makan..nanti tak pasal korang kena belanja aku makan pulak kan.. Oh merapu pulak kan..so siapa yang ada dinner tu boleh la sewa kat sini..rega pun katanya murah je serendah dari RM45.00 je..ok la kan..untuk sekali pakai je pun tak kan nak beli pulak kostum ni ..buat collection kan..eh apa salahnya..kumpul..dah byk nnt boleh sewa pulak..ahha. Aku??? Setakat pergi dinner tumpang en.suami punya majlis tak kan lah nak bergaya lebih-lebih pun ..ada sekali tu aku pergi pakai jeans dgn selipar jepun yang tinggi tu je..janji aku dapat makan..pelahap sungguh kan..eh..pagi ni aja aku dah bedal nasi lemak dan sebungkus mee hoon goreng la…sekali hadap je semua tu…

Moralnya jangan pakai highheel ke

Selepas incident tercurah minyak panas hari tu, kaki kiri aku ditimpa musibah lagi. Sekarang pun masih berjalan dalam keadaan tempang..ayoyo. Nak kata serius sangat tak ada la..sebab tak patah..cuma terseliuh je la kan..tapi tak pernah la pulak terseliuh sampai tempang lebih dari seminggu ni..hari ni pun masih terasa sakit lagi.. bila duduk solat antara dua sujud memang sangat sakit..apatah lagi bila tahiyat awal..pun begitu syukur Alhamdulillah masih boleh tunaikan solat walaupun duduknya tak begitu sempurna, masa mula-mula kena, memang sangat seksa untuk bergerak, kena minta bantuan abang tongkat untuk papahkan..emm pertama kali guna tongkat memang terasa sangat sakit kat lengan dan celah ketiak..haha. kurus-kurus aku pun memang sukar nak bergerak pakai tongkat..hari pertama dan kedua kena aku langsung x dapat nak dukung Apek kecik tu…apalagi bila tak dapat berdukung, merengek la si Apek kecik keliling aku..nasib baik tak terlondeh kain omi dikkkk…sian pulak aku tengok dia..hhuhu. Bila tengok aku bertongkat ramai la yang bertanya apa kena dengan aku..actually aku malu nak cakap yang aku tersadung kaki sendiri sebab berkasut tumit tinggi dan memakai skirt labuh. Memang sejak selepas lahirkan si Apek kecik ni aku jarang snagat bergaya pergi opis..aku pakai baju kurung time period je.. tu pun tak bergosok, make up memang tak sempat la..aku cuma pakai bedak baby si Apek je..ikut mana yang sempat la..kalau nak berbelit tudung tu memang tak langsung la..tapi tah kenapa la hari malang tak berbau tu..kau tetiba ingin bergaya..macam gambar kat bawah ni..konon dah habis cun la time tu kot..ni aku kasi korang imagine cmner rupa kau time tu..gigih aku google gambar ni..
tang kasut pulak aku pakai kasut style gini..bukan kasut la kot jenis sandal tumit tinggi tapak penuh..cunnn nak...hhehhe
Dah? dah dapat dah korang imagine cmner rupa aku time tu..ahakk..tinggi sandal tu pulak about 2 1/2 inci...bila yang tahu aku jatuh sebab berhighheel ramai la yang cakap..patut pun leh jatuh..kenapa le.dipakai selipar setinggu tu..itulah omelan semua orang..yang hakikatnya mereka tak tahu skirt tu labuh dan aku pakai highheel nak cover skirt sebab aku kang jenis pepohonan renek..huhuh.. So?..bila dah kena macam gambar kat bawah ni...ada berani lagi mahu bertumit tinggi?? hahha tepuk dada tanya fesyen..

Wednesday, January 9, 2013

Apa nak buat bila terkena minyak panas

p/s: Ini untuk ingatan aku jua adanya. Malam semakin larut namun sebab tak terasa mengantuk sangat, aku bingkas bangun dari tempat pembaringan. Si Apek nenen dah ketiduran selepas membuat gigitan ngilu.. aku cepat-cepat ke dapur..geledah peti ais jumpa sepotong nenas yang aku cadang nak buat sweat sour ikan pancingan en.suami. ..oh ini sudah bagus boleh la berikan jenahak sweat sour gitu untuk tinggal pada en.suami dan anak dara. Namun hampeh bila ikan yang beratnya 1.5 kg masih belum dipotong.. tak kan nak masak seekor tu kan..yang nak makan cuma 3 mulut je…jengok balik fridge telur byk lagi..time tu gak la terfikir nak buat telur mata sweat sour…siap cuci pinggan mangkuk terus la mengoreng ..tah kenapa masa nak terbalik kan telur tu tetiba silap skill dan apalagi aku rasa dekat ¼ cawan minyak panas tercurah atas kaki..memula tak ada la rasa apa.. dalam 2 saat gitu rasa pijau gila..mahunya..minyak tengah panas..rasa nak menangis pun ada..aku call en.suami..minta bantuan, sib baik dia ada safety guide..terus ikut arahan pergi letak kaki bawah air yang mengalir selama 15 minit..aku dah nak cemas gila..habis la kaki aku kali ni..sure esok mc dah la..make sure 15 minit..ya puan-puan..jangan direndam pulak..itu pesan en.suami la..aku siap tgk jam lagi..aku lebihkan seminit..hehh…masa nak tidur kesan pijau masih terasa..nasib baik en.suami dah pesan suruh aku balut kaki guna kain basah. Masa tidur aku dok imagine je cmner la rupa kaki aku esok..mesti merah tempat kena minyak tu.. Tapi Alhamdulillah..aku mcm tak percaya..esoknya..tak ada apa yang tak kena dengan kaki aku..ok jer…seolah kejadian tu x berlaku jer..eh..mimpi ke aku..pergi ke dapur tgk..dah siap dah menu telur sweat sour tu..