NuffNANG

Friday, June 3, 2011

Sukar nak jumpa

Nasi lemak yang sedap,ataupun sarapan yang mengenyangkan sampai pukul 2 @ 3 petang baru teringin nak menjamah nasi. Sudah 2 hari saya bersarapan dengan nasi lemak. Hari Khamis, nasinya boleh tahan..ada jugak terasa lemaknya…namun hampa dengan sambal yang pedas menyengat..macam tak letak secubit pun gula..ikan bilis tak yah cerita la..langsung tak ada. Kacang?..sebutir pun tak ada istilah nasi lemak t**ek memang tak wujud lagi sekarang, …hahaha. Rasa nak meraung makan sebab sangatlah pedasnya. Hari ni beli lagi nasi lemak tapi bukan ditempat yang sama. Memang saya mempunyai banyak pilihan sepanjang perjalanan datang ke tempat kerja, maklumlah saya melalui shortcut @ jalan kampung..jadi banyak gerai-gerai ataupun kedai kopi yang boleh disinggah untuk sekadar membeli sarapan pagi dan kuih muih. Pun kadar harga tetap sama dengan gerai-gerai dikawasan lain. Nasi lemak kosong dijual dengan harga RM1.20 (sekeping timun+1/6 hiris telur + sambal+nasi yg tak lemak).
Nasi lemak yang saya beli pagi Jumaat ni pun sambalnya tak sedap, nasi tak lemak, tengokkan keadaan pengunjung ramai jugak yang singgah membeli. Ini yang kadang-kadang membuat hati saya tertanya..adakah selera saya yang mengada-ngada atau konpem makanan yang dijual tak sedap. Tapi menurut citasarasa anak dara yang dah 2 hari menjadi assistant saya kat opis ni, katanya memang tak sedap!.oh ya saya memang percaya ciata rasa mek ni !!!
Motif saya bercerita tentang keenakan makanan hari ni sebab saya nak balik kampung. Kalau ikut kan calendar dan conggakkan hari hampir-hampir 2 tahun dah saya tak balik ke Kelantan, hampir ok..bila cakap HAMPIR maknanya..kalau tak balik juga dah boleh diiktiraf sebagai TANGGANG jugalah adanya. Saya rindu sangat nak hirup udara sana, nak makan itu ini..shopping??? ikut duit poket kalau tak ada seribu dalam tangan tak payah balik Kelantan, sure banyak barang2 yang nak beli, tapi hasil bodekkan dari en.suami boleh lah redah balik jugak nanti..arghhh tak sabar rasanya..ngalahkan orang yang pertama kali nak melawat Kelantan adanya.….dalam kepala nak congak-congak dah nak terjah kedai mana bila balik nanti.. kata orang nak breakfast boleh terjah Warung Din Tokyo kat KB..makan tengahari pulak kat Restoran Nasi Ulam Cikgu kat Perkampungan Kraftangan..pun kat KB..Cuma 3 hari jer berada kat Kelantan..tak tahulah sempat ke tidak!.

4 comments:

Sz said...

akak penah try tak beli kat SU1? seberang bidara tu?
ada 2 gerai tapi saya suka beli yang kedua...dekat dgn T-junction ..

fa10 said...

2 tahun tok kelik? bakpo?
sayo 3 tahun doh.. ekekekek, rrayo poso ni nok kelik la, kito jjupo di saujana deh

Sally said...

Sz..
rasanya pernah tgry beli jugak kat gerai 2nd tu masa mula-mula pindah sini...nnt akak try lagi.

Sally said...

Fa10,
mok ayoh saya dah pindah dok sini, jadi kalo balik kelantan kecuali rumah sepupu jer la yg dituju pun..adik beradik sy diaorang mmg balik sebab mertua org kelate jugak..sy sorang jer la cam ala-ala tanggang skit.. ok balik mari jale rumah saya deh!..sy nak gerak kesana-sini susah skit la sebab masa tu tengah pantang.