NuffNANG

Thursday, August 25, 2011

Buat pertama kalinya



rakan yang ditunggu-tunggu dek en.suami saya tayangkan. Saya perkenalkan dengan nama Asyraf Solihin. Saya masih dalam pantang lagi ni, so pantanglah nak tulis banyak2..hhehhhe..actually mood mengarang tak berapa nak ada..mood nak makan jer yang lebih..godaan betul bila pantang bulan Ramadhan ni. Event biskut kering pun yang korang tayang meleleh air liur saya tau!!.

Tuesday, August 2, 2011

Dari semalam lagi

rasa berkobar-kobar nak nak "menyapu" kat sini..ihihk..ni gara-gara percubaan kali ke 3 masak nasi guna microwave berjaya dilaksanakan. Semalam konfident jer buat..bukan tak cukup masa pun nak masak nasi pakai periuk electrik macam biasa tapi sajalahkan nak cuba..walaupun cuba je tak la masak 1 pot..alih-alih 2 pot jugak redah masak..ikut tips yang MCK bagi iaitu 1 pot beras dengan 2 pot air..saya guna beras basmathi..elok jer masak dan kenyalnya nasi tu....tak ada geng yang nak tumpang kegembiraan tu ..maka sengihlah saya sorang-sorang sambil masak gulai kuning ayam dan sayur goreng balik kerja semalam. Jam 7.20 everything dah terhidang...tinggal gatal tangan nak potong buah pear madu jer. Tak sia-sia beli bekas plastik tu..kalau tak sure tak konfident nak try lagi...sahur tadi en.suami tanya bila nak cuba buat dodol pakai maicrowave pulak??...ni yang malas nak cerita kat dia ni pasal TTM masak dodol pakai microwave tu. Buat TTM dan MCK thanks ya..akhirnya berjaya gak..hahhha...buat KOG/KGG..bila mau ikut jejak???..hhaha. Kah2..macamlah best sangat masak nasi pakai microwave tu..tak heran kan..ihik..tapi sangat berbaloi kalau tetamu datang tapi nasi tak cukup..penyelesain yang mudah dlm masa 15 minit jer..kot2 ada yang terlupa nak masak nasi time sahur ni memang bertepatanlah kan...

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

buat yang mengunjungi "rumah" ni. Lama betul tak balik rumah ni..bersawang, berhabuk dan macam2 lah. Kepada yang bertanya kemana saya menghilang..jawapnya ada..dok mengintai belakang tabir jer... anak dara mak buyunglah katakan..hhehe. Bukan merajuk sebab tanak nasi pakai microwave tak menjadi tu..bukan..belum jumpa microwave rice cooker yg sesuai juga adanya.. hah..semalam dah jumpa dah..jenama swordman..hari ni sempena 1 Ramadhan..harap2nya adalah berkat skit..semoga tip2 yg diberi tu menjadi..harapnya tak yang meletup dapur petang nanti udahlah..kecoh lak satu taman nanti..hhehe.

Saya sedang menunggu hari ni..kalau nasib baik dapatlah 15 hari puasa..kalau tak anytime le gamaknya saya akan berubah status pulak..dan khabarnya status mak buyung kali akan terus bersambung kepada adik saya pulak untuk 2nd child dia..tahniah!!!!..tak menang tanganlah gayanya Hjh Saudah menimang cucu saban tahun..makin berkembang keluarga kami nampaknya..sebelah en.suami pun dah ada yang sambung jugak...pun anak yg ke2..sebelah sana tu tak yah ceritalah dah tak cukup jari tangan dan kaki dah nak kira....apa pun tahniah jugaklah. Kalau line tenet ada Insyaallah ada masa sambil menyusu baby nanti saya nanti bolehlah saya sapu-sapu "rumah" ni lagi....akhirukallam...Selamat menjalani ibadah puasa..semoga puasa kali boleh menjadikan kita insan yang gemilang dan terbilang dari kalangan umat islam yang lain hendaknya...AMINNNN..