Baru sebentar tadi saya padamkan 3 entry berkaitan, entry perasan saya tu terpaksa saya padamkan sbb saya semakin dikenali..arhh..jangan termuntah,..itu hanya perasaan perasan saya saja..
1. Saya padam sebab..takut teman 21 tahun saya terbaca entry saya..boleh gitu..sila abaikan.
2. Saya padam sebab saya nak link dengan kawan-kawan 21 tahun dulu..arhh nnt ada yang terbaca entry tersebut..
3. Saya padam sebab nanti takut timbul pelbagai spekulasi yang tak diingini..
4. Saya padam sebab tak ada yang sudi nak baca kisah monyet tu
5. Saya padam sebab....itu kisah benar saya..
(Gambar di atas tak berkaitan langsung dengan N3 ini)
NuffNANG
Friday, May 29, 2009
Thursday, May 28, 2009
Bila Saya Malas
Bila saya malas..
rumah akan jadi tongkang pecah
kain baju akan mengunung
pinggan mangkuk akan penuh sinki
perut akan menyanyi lagu keroncong
rumah akan bersawang
ah teruknya bila saya bermalas-malasan ya !!
rumah akan jadi tongkang pecah
kain baju akan mengunung
pinggan mangkuk akan penuh sinki
perut akan menyanyi lagu keroncong
rumah akan bersawang
ah teruknya bila saya bermalas-malasan ya !!
Saya teramat sibuk
Memang saya amat sibuk..tah apa yang saya sibuk kan..saya sendiri kurang pasti..mungkin juga saya lost..minda berkecamuk.Bukan kosong..terlalu banyak yang mahu dikongsi..arghh lainkali saja saya bercerita...
Monday, May 18, 2009
Egonya Lelaki ini.
Terjaga jer dari tidur-tidor ayam sewaktu menonton sekejap siaran 103 sekejap 104, tangan pantas mendail nombor telefon En. Director bila pasti dia belum pulang kerumah lewat jam 12 mlm. (ehhe saya dah tukar title dia dari BF..takut terkonfius dengan ringkasan BF yang selalu ibu-ibu gunakan). memang patut pun saya gelarkan dia En. Director sebab dia suka mengarah dan nak dia jer yang betul!!! Memang tak adil.
“Hello En. Director.. awak kat mana?”
“Masih kat surau kemas apa yang patut,lepas ni nak ke kedai Mamak lak minum-minum, kejap lagi Abang balik la”
“Ok.. dah balik nanti kejut omi dan Sara ya !, kami tido kat ruang tamu jer ni”
“Ya lah..awak tido jer lah dulu,lepas minum abang balik la, bukan abang sorang ni, Pengerusi pun ada sama ni.”
Ceh! Melampau betul sejak dua menjak ni, nampak kamcing sangat pulak dia dengan En. Pengerusi tu.
Bila memikirkan sekadar minum-minum jer tak akan mengambil masa yang lama saya decide untuk tidor kat ruang tamu jer, nak mengangkat Sara. ..adus mau sakit badan, budak tu bukan ringan lagi dah…hanya 26kg beza ngan saya. Tunggu En. Director balik boleh la dia angkat Saradua-dua, terus.
Tengah tido yang lena tu tetiba saya terjaga, memandang jam decoder astro dalam mamai tu nmpk macam 13.29..eh..camner lak Tengah-tengah malam macam ni boleh show time p.m lak. Saya mendongak memandang jam dinding..eh..pukul 3.29 la, saya toleh jam decoder kembali..ah saya tersilap rupanya,..memang sah dah pukul 3 pagi. Saya bingkas tengok motor En. Director. Uik..tak ada..geramnya saya.. darah kepanasan terus menyirap kepada darjah yang paling maksimum.
Saya hantar SMS kat dia.
Wah ! wah! Makin diberi muka makin naik lemak ya!”.
5 minute berlalu. No reply
Lepas 10 minute berlalu still no relpy.
Saya try call dia , tak berjawab. Hati naik cuak mana mamat ni pergi. Saya biarkan lagi dalam 5 minute…still no answer!!
“ Ada kunci padlock yang kecil tak?.. saya SMS lagi…5 minute berlalu lagi.
Saya terpaksa jugak angkat Si Sara ke biliknya. Turun kembali..
change padlock lain. Padan muka getus saya dalam hati.
Saya SMS dia kembali.
“This will be your first lesson in our relation”.
Saya tekad whatever happened biarlah, bagi dia sedikit pengajaran. Saya rasa saya tak salah. Sepatutnyadia:
1. Call saya kalau dia dah tau dia balik lambat
2. Kalau ya tak mahu mengganggu tido saya. SMS la.. mungkin bila terjaga saya tak cuak, risau mana dia pergi.
3. Kot ya nak melepak or pergi RT pun berpadalah..time dia RT tak ada orang pun yang join. Orang lain syok jer tido peluk bini awak berembun bercengkang mata sampai pagi..separuh malam cukuplah.
Jam 5 pagi telefon saya berbunyi. Sengaja saya biarkan sampai deringannya habis. Deringan kedua berbunyi saya reject call. Saya biarkan 10 minit berlalu. Saya bangun bawa bantal, bukak pintu.
" Nah" saya hulur bantal melalui celah jeriji. Tak kan tak faham-faham double meaning saya tu.
" Tak apalah" balasnya dalam nada marah
" kejap lagi saya nak keluar"..merajuk konon. Saya tutup pintu kembali.. dah dia kata nak keluar tak payahlah masuk kan, walaupun simpati menebal saya cuba upaya kawal emosi.
10 minit jer saya buka pintu kembali.
"nak masuk tak nak masuk ?.
En. Director diam. buat muka poyo dan cengil dia.Sepatah tak menjawab.
Saya buka pintu. Terus dia masuk, ke toilet tingkat bawah selepas itu buka peti ais, seteguk dua air diminum dan naik ke tingkat atas. Tukar baju barangkali, fikir saya. 15 minit saya dipintu utama menunggu..bukankah dia mahu keluar?? saya biarkan sahaja pintu terbuka lebar walaupun bayu pagi menghembus dingin saya seolah mengenepikan semua itu.
Saya tutup pintu setelah agak pasti En. Director tak turun, kebilik saya tengok dia sudah nyenyak dibuai mimpi siap berdengkur ala-ala serigala jadian lagi. Nyampah betul saya waktu itu. Kemana perginya lagak poyo tadi?? kemana perginya tutur kata sekejap lagi saya mau kelaur itu??. kenapa tak redah saja dingin pagi tu.. pergi lah..saya tak mau tanya kemana dia nak melangkah subuh-subuh itu. Pergi!!!!!. Ego benar dia, cuba lah waktu terjembul muka saya dijeriji tu dia minta maaf. Sejuk sikit hati saya.. ini tidak sapa yang marah sapa???..ah LELAKI.. sudah lah semalaman membuatkan hati saya cuak..sudahnya saya jugak yang terpaksa mengalah!!ini tidak adil. Harapnya dia sedar kata-kata saya bukan lagi sekadar kata-kata tapi saya buktikan..buat lagi sekali pintu pagar saya tukar kunci!!!hhhaha.
“Hello En. Director.. awak kat mana?”
“Masih kat surau kemas apa yang patut,lepas ni nak ke kedai Mamak lak minum-minum, kejap lagi Abang balik la”
“Ok.. dah balik nanti kejut omi dan Sara ya !, kami tido kat ruang tamu jer ni”
“Ya lah..awak tido jer lah dulu,lepas minum abang balik la, bukan abang sorang ni, Pengerusi pun ada sama ni.”
Ceh! Melampau betul sejak dua menjak ni, nampak kamcing sangat pulak dia dengan En. Pengerusi tu.
Bila memikirkan sekadar minum-minum jer tak akan mengambil masa yang lama saya decide untuk tidor kat ruang tamu jer, nak mengangkat Sara. ..adus mau sakit badan, budak tu bukan ringan lagi dah…hanya 26kg beza ngan saya. Tunggu En. Director balik boleh la dia angkat Sara
Tengah tido yang lena tu tetiba saya terjaga, memandang jam decoder astro dalam mamai tu nmpk macam 13.29..eh..camner lak Tengah-tengah malam macam ni boleh show time p.m lak. Saya mendongak memandang jam dinding..eh..pukul 3.29 la, saya toleh jam decoder kembali..ah saya tersilap rupanya,..memang sah dah pukul 3 pagi. Saya bingkas tengok motor En. Director. Uik..tak ada..geramnya saya.. darah kepanasan terus menyirap kepada darjah yang paling maksimum.
Saya hantar SMS kat dia.
Wah ! wah! Makin diberi muka makin naik lemak ya!”.
5 minute berlalu. No reply
Lepas 10 minute berlalu still no relpy.
Saya try call dia , tak berjawab. Hati naik cuak mana mamat ni pergi. Saya biarkan lagi dalam 5 minute…still no answer!!
“ Ada kunci padlock yang kecil tak?.. saya SMS lagi…5 minute berlalu lagi.
Saya terpaksa jugak angkat Si Sara ke biliknya. Turun kembali..
change padlock lain. Padan muka getus saya dalam hati.
Saya SMS dia kembali.
“This will be your first lesson in our relation”.
Saya tekad whatever happened biarlah, bagi dia sedikit pengajaran. Saya rasa saya tak salah. Sepatutnyadia:
1. Call saya kalau dia dah tau dia balik lambat
2. Kalau ya tak mahu mengganggu tido saya. SMS la.. mungkin bila terjaga saya tak cuak, risau mana dia pergi.
3. Kot ya nak melepak or pergi RT pun berpadalah..time dia RT tak ada orang pun yang join. Orang lain syok jer tido peluk bini awak berembun bercengkang mata sampai pagi..separuh malam cukuplah.
Jam 5 pagi telefon saya berbunyi. Sengaja saya biarkan sampai deringannya habis. Deringan kedua berbunyi saya reject call. Saya biarkan 10 minit berlalu. Saya bangun bawa bantal, bukak pintu.
" Nah" saya hulur bantal melalui celah jeriji. Tak kan tak faham-faham double meaning saya tu.
" Tak apalah" balasnya dalam nada marah
" kejap lagi saya nak keluar"..merajuk konon. Saya tutup pintu kembali.. dah dia kata nak keluar tak payahlah masuk kan, walaupun simpati menebal saya cuba upaya kawal emosi.
10 minit jer saya buka pintu kembali.
"nak masuk tak nak masuk ?.
En. Director diam. buat muka poyo dan cengil dia.Sepatah tak menjawab.
Saya buka pintu. Terus dia masuk, ke toilet tingkat bawah selepas itu buka peti ais, seteguk dua air diminum dan naik ke tingkat atas. Tukar baju barangkali, fikir saya. 15 minit saya dipintu utama menunggu..bukankah dia mahu keluar?? saya biarkan sahaja pintu terbuka lebar walaupun bayu pagi menghembus dingin saya seolah mengenepikan semua itu.
Saya tutup pintu setelah agak pasti En. Director tak turun, kebilik saya tengok dia sudah nyenyak dibuai mimpi siap berdengkur ala-ala serigala jadian lagi. Nyampah betul saya waktu itu. Kemana perginya lagak poyo tadi?? kemana perginya tutur kata sekejap lagi saya mau kelaur itu??. kenapa tak redah saja dingin pagi tu.. pergi lah..saya tak mau tanya kemana dia nak melangkah subuh-subuh itu. Pergi!!!!!. Ego benar dia, cuba lah waktu terjembul muka saya dijeriji tu dia minta maaf. Sejuk sikit hati saya.. ini tidak sapa yang marah sapa???..ah LELAKI.. sudah lah semalaman membuatkan hati saya cuak..sudahnya saya jugak yang terpaksa mengalah!!ini tidak adil. Harapnya dia sedar kata-kata saya bukan lagi sekadar kata-kata tapi saya buktikan..buat lagi sekali pintu pagar saya tukar kunci!!!hhhaha.
Sunday, May 10, 2009
Untuk Mu Ibu
Sempena hari Ibu, kawasan kejiranan saya mengadakan sambutan hari Ibu dimana hari ni semua kaum ibu diajak mendengar ceramah dan jugak berkongsi hadiah antara kami. Cantik bila semua ibu -ibu yang datang memakai pakaian yang bertemakan warna merah jambu..
Gambar-gambar AJK yang bertungkus-lumus menjayakan majlis.
Gambar-gambar AJK yang bertungkus-lumus menjayakan majlis.
Wednesday, May 6, 2009
Alkisahnya Serigala Jadian
Hati saya berdegup kencang, saya cuba berlari selaju mungkin,tercunggap-cunggap saya dibuatnya. Saya pening arah mana harus saya tuju,lantas saya menerpa ke satu bilik kosong, terus masuk dan mengunci pintu. Namun dengusan kuat serigala itu makin jelas, makin kuat tiba-tiba saya teringat si anak yang sedang lena dibilik sebelah, saya cuba bergerak, ah lega si anak rupanya berada disebelah saya. Dalam keadaan separa sedar saya masih terdengar deruman nafas serigala disebelah telinga,sangat hampir, dalam ketakutan tersebut saya menoleh perlahan..jeng-jeng..memang betul ada serigala sebelah saya..adusss..penat berlari dan alam separa sedar berlalu saya gelak sendiri.. ah rupanya encik suami berdengkur bukan main kuat lagi. Ditengah malam yang sunyi tu saya ketawa sendiri.. tak cukup dengan itu sesungguhnya hampir sepanjang malam tidur saya terganggu, dengusannya makin kuat walau sudah saya goncang tubuhnya berkali-kali. Hanya seketika dia senyap dan bilamana saya hampir dibuai mimpi setiap kali itulah dengusan yang perlahan makin jelas dan kuat. arggghh tidur saya memang terganggu dan akibatnya...
"hah?..dah pukul 7 pagi???"
"Cepatttttttttttt bangun" Dengar jeritan yang kuat dan lantas melompat terus dari katil saya kejutkan suami dan anak.... bingkas sahaja saya terus ke toilet dan mengosok gigi, nyata segalanya dilakukan dengan pantas. Kepala saya memang agak sedikit kepeningan namun saya gagahkan diri berlari turun naik tangga mengejar masa. Si Sara masih terkial-kial setiap pagi pun begitu.
"Cepat" Jerkah saya ..sepantas itu jugak saya berlari ketingkat atas semula, handbag dan telefon masih tertingkat ditingkat atas. Saya berlari turun, menyarung tudung dan tiba-tiba mata berpinar-pinar pandangan menjadi kabur.. dan tup-tup saya dah mendarat kat lantai. Ini semua gara-gara serigala jadian tu punya pasal la dan tak pasal-pasal dapat high blood presure..aduhhh
Subscribe to:
Posts (Atom)