Pergggh..tajuk bunyi macam dah nazak sangat dah..dek kerana dah lama tak menulis..saya sedikit kebuntuan..jari-jari dan otak tak dapat nak bergerak seiring untuk mencatat sisa-sisa cerita yang tertepis..ceh..berbahasa yang berteraburan pulak. Sebenarnya saya sibuk..alasan yang biasa diberikan oleh setiap individu untuk mengelak dari disoal bertubi-tubi umpama peluru yang dihambur keluar dari rafel Jin Sau dalam IRIS....sibuk saya tak kemana almaklum dalam bulan December ni hampir setiap minggu ada sahaja cuti..bermula dari cuti Sultan Selangor birthday,Awal Muharram, Xmas..dan hujung minggu ni cuti lagi untuk New Year..seronok..sapa tak seronok kerja 4 hari cuti 3 hari..wah !! kalau setiap bulan ada rangkulan cuti begini pekerja jenis kuli Kilang Kicap Cap Ayam..bak kata Cik M-I-O memang seronok tahap gaban..pun keseronokkan tu memang tak lama tahun depan setiap yang bergelar boss pula akan tersenyum lebar.. tak ada cuti rangkulan lagi..majoriti cuti perayaan jatuh pada hari Sabtu...dan kuli-kuli macam saya akan bermuka muncung sebab cuti yang berganda tahun 2009 akan menyusut.
Hari-hari terakhir dalam bulan December ni memang banyak mengeringkan duit poket saya. bermula dengan balik ke Kelantan pada minggu ke 3, minggu ke 4 ke Kuantan dan rasanya hujung minggu ni saya akan menghabiskan duit membeli itu ini keperluan sekolah anak dara saya pula.
to be continue ada kerja yang menanti...
No comments:
Post a Comment