NuffNANG

Thursday, April 30, 2009

Space less

Sedari semalam lena saya asyik dibuai-buai dengan perkataan "RUANG". Ah! apa kesnya dengan perkataan tersebut, sungguh ia benar-benar menganggu tidur saya. Seolah-olah tidak sedikit pun saya terlena sehinggalah deringan alarm dari telefon bimbit mematikan lamunan saya. Mengapa ligat otak saya asyik bermain dengan perkataan tersebut, atau mungkin kerana saya merasakan ruang tamu saya tidak cukup luas.ahh.rasanya tidak..ianya sudah cukup luas, jika tidak masakan ianya dapat memuatkan sofa bodoh dan hodoh besar yang saya beli kerana bf amat sukakannya. Ah..memang sofa tersebut semakin hari semakin menyesak dimata saya.Apa yang boleh saya katakan adalah tentang keinginan saya untuk membuang terus sofa itu saya sama sekali tidak suka sofa tersebut. Atau mungkinkah kerana dining table yang berkerusi lapan??ahh rasanya itu jugak tidak mungkin,walaupun amat jarang kami satu keluarga menjamah hidangan dimeja tersebut.Ah ruang tamu saya hanya mempunyai sofa, dining table dan rak televisyen, tiada lagi perabot-perabot bagak yang menyesak pergerakkan saya diruang tamu tersebut. Jika seluruh satu family bf datang pun ianya sudah cukup memberi ruang kepada mereka untuk melayari mimpi indah diruang tersebut.Ya dengan ini sudah jelas ketiga-tiga benda dan ruang tamu tersebut bukanlah masalah ruang yang menganggu fikiran saya semalam. Adakah ianya berkaitan dengan ruang dapur rumah saya??.ah tidak mungkin, ruang itu hanya bersesak sakan bilamana ada kenduri-kenduri besar atau sesekali bila saya membuka meja membuat biskut atau kek untuk tempahan dari seseorang.Ah!!itu pun amat jarang berlaku. Ruang bilik tidur utama? emm rasanya sudah cukup luas. Ruang almari?? ya yaa.. saya pasti ini ruang yang menganggu fikiran saya, tapi bukankah jika almari yang sedia ada tidak dapat lagi menampung pakaian-pakaian yang ada saya boleh mendapatkan yang baru??..
Hanya ada satu lagi yang tinggal..rasanya ianya tentang ruang diri saya. Semakin hari rasanya semakin kurang ruang aka space yang tinggal untuk diri saya. Saya perlukan ruang untuk bersendiri..oh oh bukan untuk selamanya..tidak hanya sesekali saya ingin bersendiri. Ya sesekali keluar dari ruang yang sedia ada dan menikmati ruang sendiri. Tanpa kedengaran panggilan "Omi" dari anak atau panggilan "ayang" dari bf. Hanya sesekali saya ingin mengecapi alam sendiri..sudah menikmati hidup berdua adakalanya perlu juga ruang sendiri. Seusia saya belasan tahun dulu saya sering bersendiri dikala semua family berkumpul kebiasaannya selepas makan tengahari, berkipas di ruang tamu, sambil ayah membentang newspaper, emak menonton drama di kaca tv, abang dan kakak menyiapkan homework!, dikala itu saya akan perlahan menyusup ke ruang simpanan barang-barang lama yang menjadi port saya berimaginasi..ah ruang itu walaupun memang sungguh tidak selesa ianya amat saya gemari. Dimana mencari saya kala itu pastinya akan ketemu disitu. Ya..saya ingin bersendiri.. dan saya pastikan saya akan mencari ruang yang saya maksudkan itu.. keluar dari kelompok yang sedia ada dan menikmati walau untuk seketika ruang untuk saya sendiri..

Tuesday, April 28, 2009

Apa ada pada gelaran..memang patut ada !!

Pernah terfikir tak pada anda mengapa si anu tu diberi gelaran begitu atau si polan ni diberi gelaran begini. Pentingkah semuanya itu?.Sebagai contoh jika si dia ni gemar berseluar jerut adakah sesuai digelar Si Pocong?.Kadang-kadang secara kita tak sedar ungkapan gelaran ini kalau dipraktikkan memang akan kekal melekat pada si dia kan. Adakala gelaran-gelaran ini amat digemari oleh empunya diri, walaupun si pengelar sebenarnya mempunyai niat menyindir..boleh gitu??. Dulu sewaktu melewati alam remaja awal 13 tahun hinggalah umur mencecah 23 tahun saya sudah kalis mendengar panggilan si gempal, kobis bulat,tam(hitam kot)dan entah apa lagi gelaran yang diberi untuk mengambarkan saiz fizikal saya pada waktu itu. Selama 10 tahun saya boleh dikatakan lali dengan gelaran begitu. Walaupun agak sedikit terguris namun apakan daya hakikatnya saya memang gempal pada waktu itu..hahaha... Semalam saya mencari seorang teman di FB berdasarkan namanya, puas saya godek namun tak juga saya jumpa, lantas saya teringatkan nama gelaran yang diberi padanya..si gigi besi.. saya mencuba.wah memang dia meletakkan namanya si gigi besi..walaupun hakikatnya dia tidak lagi bergigi besi mungkin dek kerana gelaran tersebut la dia dikenali oleh ramai rakan-rakan yang lain..
Hey dipejabat ini sahaja pelbagai gelaran kami berikan berdasarkan fizikal look individu tersebut.
-Degawan: ini gelaran untuk boss saya
-En.Crab: Technical Manager yang sedikit gagap
-En Sotong@En. Squid: Lelaki lembut yang kadang2 kami gelarkan "kakak"
-Sahara: x boss saya..memang padan pun sebab sifat keji beliau..ahhah
-si busuk@en.sampah: technician yang paling busuk abad ini..
-si p***t masam: amoi yang tak mandi pagi.
-kerbau pendek: account manager
wah kalo mahu disenaraikan memang banyka gelaran-gelaran yang diberi..hahah empunya diri??? hahha.

Thursday, April 23, 2009

Mr. Tepanyaki

Aha..semalam saya dipelawa oleh salah satu client saya untuk makan tengahari kerana amat berpuashati akan service respond yang saya berikan huh bangga akak dik oi..sesekali ada orang appreciate jasa kita gitu hheh. Saya pergi bertemankan salah seorang dari engineer saya. Sebenarnya dah berkali lunch appointment ini dibuat namun ada sahaja halangan yang tak dapat dielakkan dan hari ini pun hampir-hampir tercancel jugak. Sampai disana saya dah rasa sedikit canggung almaklum saya ni bukan kaki shopping so dek kerana dah lama tak berendut kat Sunway Pyramid maka terpaksa la jalan kaki agak jauh ke tempat yang dijanjikan. Lenguh kaki menahan lantai-lantai yang berkilat tu.Emm dah berubah sangat tempat ni agaknya dah setahun lebih rasanya saya tak kesini. Akhirnya sampai jugak kami ketempat yang dijanjikan tu. Mr. Tepanyaki.. ya ini dia menu yang aku makan..food rate boleh la..sebab orang belanja kan, kalo harap sendiri pergi makan memang saya tak akan singgah makan pun.hehehhe so belasah jer la.
Rancak jugak perbualan masa makan tu walaupun saya sorang jer pompuan ah lantaklah..perut kenyang gak. Memang perut agak full dah rasa macam nak terkelaur balik jer sib baik parking jauh dah kira hilang sikit rasa sebu kat perut. Tengah terkejar-kejar ke parking lot tu terserempak la satu artis yang just masuk news balik akibat kena tangkap khalwat 2007 dulu..sempoi jer mamat ni..boleh teka tak siapa?. Dulu masa dia berlakon drama bersiri tah apa tajuknya dengan Umi Aida dulu tu saya suka sangat, pastu keluar lak gosip dia dengan model gedik Ju tu.. pastu kecoh lak pasal kena tangkap khalwat dengan non muslim punya budak trus tak minat nak dengar cerita dia lagi..sampai sekarang keluar news lagi mamat ni..macam-macam dunia artis ni ya..ehhhe.