NuffNANG

Thursday, April 23, 2009

Mr. Tepanyaki

Aha..semalam saya dipelawa oleh salah satu client saya untuk makan tengahari kerana amat berpuashati akan service respond yang saya berikan huh bangga akak dik oi..sesekali ada orang appreciate jasa kita gitu hheh. Saya pergi bertemankan salah seorang dari engineer saya. Sebenarnya dah berkali lunch appointment ini dibuat namun ada sahaja halangan yang tak dapat dielakkan dan hari ini pun hampir-hampir tercancel jugak. Sampai disana saya dah rasa sedikit canggung almaklum saya ni bukan kaki shopping so dek kerana dah lama tak berendut kat Sunway Pyramid maka terpaksa la jalan kaki agak jauh ke tempat yang dijanjikan. Lenguh kaki menahan lantai-lantai yang berkilat tu.Emm dah berubah sangat tempat ni agaknya dah setahun lebih rasanya saya tak kesini. Akhirnya sampai jugak kami ketempat yang dijanjikan tu. Mr. Tepanyaki.. ya ini dia menu yang aku makan..food rate boleh la..sebab orang belanja kan, kalo harap sendiri pergi makan memang saya tak akan singgah makan pun.hehehhe so belasah jer la.
Rancak jugak perbualan masa makan tu walaupun saya sorang jer pompuan ah lantaklah..perut kenyang gak. Memang perut agak full dah rasa macam nak terkelaur balik jer sib baik parking jauh dah kira hilang sikit rasa sebu kat perut. Tengah terkejar-kejar ke parking lot tu terserempak la satu artis yang just masuk news balik akibat kena tangkap khalwat 2007 dulu..sempoi jer mamat ni..boleh teka tak siapa?. Dulu masa dia berlakon drama bersiri tah apa tajuknya dengan Umi Aida dulu tu saya suka sangat, pastu keluar lak gosip dia dengan model gedik Ju tu.. pastu kecoh lak pasal kena tangkap khalwat dengan non muslim punya budak trus tak minat nak dengar cerita dia lagi..sampai sekarang keluar news lagi mamat ni..macam-macam dunia artis ni ya..ehhhe.

1 comment:

NuR Pu3 said...

eeii! mencik! ckp sudEh sapE diyE =P