NuffNANG

Tuesday, February 15, 2011

Dah petang dah pun

baru nak ucap Salam Maulidur Rasul..biasalah sekarang jenis yang ketinggalan keretapi jer memanjang..hehe. Cuti ya hari ni, tak tahu nak menghabiskan sepanjang hari dengan anak dara saya ke pasaraya ekonsep (like one of my friends's mother always said). Cadang nak cari bahan-bahan untuk buat desert masa makan-makan kat rumah ipar saya malam Jumaat nanti. Ronda-ronda kat bahagian sayur mayur tetiba mata terpandang water chesnut..teringat pernah nampak kat rumah CMG pasal resepi dari water chesnut ni.. boleh try ni..jadi ke tak,tekak sendiri nak melantak..biaq pi la. Saya juga refer kat sini..lebih kurang jer cara buatnya..apa pun layan la time mood tengah rajin ni kan!!

Sunday, February 13, 2011

Saya nak sangat makan pulut kuning

semenjak Pn.Dapur Malus Domestica buat tayangan kat blog dia hari tu. Tapi tak kanlah nak makan pulut kuning semata-mata kan..kalau saya makan pulut kuning dengan telur rebus nanti tak pasal-pasal kawan-kawan blog ingat saya ni hantu raya pulak..nak cari serunding pun saya ingat tak cukup afdal kalau makan dengan pulut kuning sebab utamanya saya nak makan pulut kuning dengan rendang daging!!…tekak mengada-ngada gitu.. walaupun daging bukannya favourite lauk saya. Sebelum membuat tayangan amal jariah kasi airliur korang juga meleleh ni sama maka saya membuat rayuan seorang mak buyung yang mengidam nak makan rendang daging air tangan bonda Hajjah Saudah jugak adanya...sedangkan hakikatnya saya memang gagal dalam membuat sebarang urusan berkaitan daging ...hatta dari membeli daging yang elok rupa parasnya,memotong daging dan masak sehingga empuk sekalipun..hinggakan dalam fridge saya hanya 1 bulan sahaja yang ada daging..itupun sebab yang ada daging korban yang disedekahkan..sungguh mengecewakan disitu dari hal dapur yang berkaitan daging..oh mungkin kerana itu jugaklah saya dikategorikan dalam pemegang status anemia!!

Nak mak tanak pulut kuning sekali ker?
Wah!!..bonda bermurah hati pulak nak masakkan pulut kuning untuk saya.
Tak payah mak...nanti anakanda boleh masak sendiri..tak nak pulut yang kukus tu , saya nak tanak macam Pn. Dapur Malus jugak …kata saya dengan konfident boleh tanak sendiri hingga lupa saya sebenarnya tak ada periuk yang canggih manggih macam Pn. Dapur Malus tu. Dalam benak saya ni saya dah merangka-rangka untuk korek pokok kunyit yang secoet saya tanam tu sebab nak makan pulut hantu..kononnya.
Bila nak tanak jer barulah saya sedar yang saya tak ada periuk canggih tu..mahu tak mahu masuk jer semua dalam rice cooker…dan terhasillah pulut kuning ala-ala kat dapur malus tu…peduli la janji rasa dan teksturnya ada..kih2!!




Puas hati betul saya dapat makan pulut dengan rendang tu,nyata rendang daging bonda Hajjah Saudah memang tak mengecewakan..langsung tak jumpa sebarang urat..isi semata-mata..sebab dia tahu anakandanya ni memang pantang makan daging yang ada urat-urat berselirat tu…love you mom!!hhehe..

Monday, February 7, 2011

Hampir 2 bulan

kot tak masuk dapur untuk main masak-masak ni, tak ada selera nak makan masakan sendiri serta tiada paksaan dari en.suami pun sama. Langsung saya tak sentuh pinggan mangkuk kat dapur...basuh pun tidak..hahha..dasar pemalas..hehhe. Kalau beli tapau sekalipun saya suruh anak dara ambik pingga mangkuk dari kabinet...nasib baik anak dara agak sporting sejak saya mengandung ni...biarpun penuh sinki, saya jeling jer sambil lalu nak ke tandas mahupun keruang belakang mencuci kain baju...

Sebenarnya bukan best sangat pun makan kat luar sampai semua menu kat kedai makan dah hampir semua saya cuba...tapi gara-gara merasakan masakkan yang saya masak adalah lagi hampes maka saya dengan rela hati makan dikedai.

Lepas pergi ambil blood untuk test lagi sekali hari ini saya macam malas pulak nak ke opis..oh..baru 5 hari lepas saya dah buat bloodtest dan doctor bagitahu kadar hemoglobin (hb) saya sangat rendah below 10.0..dan letak saya dalam kategori anemia. Ingatkan suruh saya pergi klinik lagi sekali untuk apa rupanya untuk ambik darah lagi. Kata doktor saya kurang zat besi,..bila dia cakap camtu baru saya ingat yang saya memang ada tanda-tanda anemia seperti mudah lesu, pitam..pening pucat...dan sesak nafas. Sebelum mengandung memang saya dapat rasa semua tanda-tanda tu tapi tak begitu ketara namun sejak mengandung ni,memang saya cepat penat dan mengah jer bila buat kerja..kalau ketempat awam saya memang selalu rasa nak pitam..dengan bunyi bising dan suasana yang ramai orang.

Balik dari klinik saya rasa lapar yang amat...teringin nak makan nasi dengan budu..telefon bonda tanya kat mana boleh dapat budu raja...bonda mengeluh..susah katanya kalau di Kelantan pun tak semua tempat ada jual budu tu. Masih teringat-ingat rasa budu raja yang glamor gila tu saya cakap dengan en.suami hari ni saya nak masak. Masak apa tanyanya..nasi+budu+masak lemak bayam dan ikan goreng kata saya..itu jer...saya angguk..semua tu bukan gemaran en.suami...nak makan tak?..saya tanya..oklah katanya(demi isteri yang tengah mengnadung gamaknya...kalau tak mesti dia cakap..tak bestlah..tak kan ikan goreng jer?)..

Gigih betul saya masak hari ni..hhaa..paling best saya buat budu raja.. boleh tahan rasanya..saya cuma buat camni:
tumbuk seulas dua bawang merah bagi pecah2 dengan cili padi merah(ikut selera nak pedas..taruk la banyak2). Then campur dengan budu dan air asam jawa...saya buat setengah botol, 1/4 saya terus makan dengan perahan limau nipis dan cili padi 3/4 lagi saya simpan dalam botol letak dalam fridge..kasi jadi pekasam skit baru sedap..boleh ulang makan 2 ker 3 kali lagi...berselera betul saya makan kali ni..tu belum cincang mempelam muda serta durian lagi dalam budu tu..perghhh mabeles..hehheh