NuffNANG

Sunday, February 13, 2011

Saya nak sangat makan pulut kuning

semenjak Pn.Dapur Malus Domestica buat tayangan kat blog dia hari tu. Tapi tak kanlah nak makan pulut kuning semata-mata kan..kalau saya makan pulut kuning dengan telur rebus nanti tak pasal-pasal kawan-kawan blog ingat saya ni hantu raya pulak..nak cari serunding pun saya ingat tak cukup afdal kalau makan dengan pulut kuning sebab utamanya saya nak makan pulut kuning dengan rendang daging!!…tekak mengada-ngada gitu.. walaupun daging bukannya favourite lauk saya. Sebelum membuat tayangan amal jariah kasi airliur korang juga meleleh ni sama maka saya membuat rayuan seorang mak buyung yang mengidam nak makan rendang daging air tangan bonda Hajjah Saudah jugak adanya...sedangkan hakikatnya saya memang gagal dalam membuat sebarang urusan berkaitan daging ...hatta dari membeli daging yang elok rupa parasnya,memotong daging dan masak sehingga empuk sekalipun..hinggakan dalam fridge saya hanya 1 bulan sahaja yang ada daging..itupun sebab yang ada daging korban yang disedekahkan..sungguh mengecewakan disitu dari hal dapur yang berkaitan daging..oh mungkin kerana itu jugaklah saya dikategorikan dalam pemegang status anemia!!

Nak mak tanak pulut kuning sekali ker?
Wah!!..bonda bermurah hati pulak nak masakkan pulut kuning untuk saya.
Tak payah mak...nanti anakanda boleh masak sendiri..tak nak pulut yang kukus tu , saya nak tanak macam Pn. Dapur Malus jugak …kata saya dengan konfident boleh tanak sendiri hingga lupa saya sebenarnya tak ada periuk yang canggih manggih macam Pn. Dapur Malus tu. Dalam benak saya ni saya dah merangka-rangka untuk korek pokok kunyit yang secoet saya tanam tu sebab nak makan pulut hantu..kononnya.
Bila nak tanak jer barulah saya sedar yang saya tak ada periuk canggih tu..mahu tak mahu masuk jer semua dalam rice cooker…dan terhasillah pulut kuning ala-ala kat dapur malus tu…peduli la janji rasa dan teksturnya ada..kih2!!




Puas hati betul saya dapat makan pulut dengan rendang tu,nyata rendang daging bonda Hajjah Saudah memang tak mengecewakan..langsung tak jumpa sebarang urat..isi semata-mata..sebab dia tahu anakandanya ni memang pantang makan daging yang ada urat-urat berselirat tu…love you mom!!hhehe..

7 comments:

=sz= said...

sedappppnya kak!
saya mmg fail tang tanak pulut kuning ni ..
tak penah buat! tapi saya memanggg suka makan! ;p

TopsyTurvyMum said...

encem/jelita la anak hang nanti Nyahh..
dari dalam perut dah pekena pulut:)

Pulut ni kalau makan selalu buat kulit cantik kalau tak salah mak laa..

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

em..terliur tgk petang² cenggini...

makcikkantin said...

Alhamdulillah......dah dpt benda idaman hati.....tak care

Kak Rosaliza said...

Assalam sally. akksuka sangat ngan pulut kuning mkn ngan apa pun sedap, janji pulutkan heheh

Sally said...

Sz,
akak pun takut2 gak nak buat..takut lembik talk pun mentah..sib baik ok jugak..boleh la mkn...

TTM,
o cmtu ya..kena melantak pulut selalu le gamaknya ni..mak pun pernha dngr gak org kata gitu..eh orh thailand mkn pulut kan..

Yuyun,
layan pulut petang2 ngantuk nnt .hehhe

Mck..
hhee dah puas dok telek jer gmbr mana boleh tahan..kena buat gak la..


Kak Rosaliza,
sedap kak..rasa macam lemak merdu pulak..bau kunyit tu lagilah rasa mengancamnya..

TopsyTurvyMum said...

Ye Nyah..
org thai suka makan pulut dan kulit diorang katanya kulit diorg tu, kulit no 2 tercantik dlm dunia. . Mungkin Sebab pulut katanya. No 1 jepun