NuffNANG

Tuesday, October 25, 2011

Saya rasa..

macam tak sabar-sabar nak balik rumah. Bukan sebab saya nak balik buat muruku atau nak lukis gambar bunga sempena kejadian esok tapi saya nak balik TIDUR. Ahh...saya dah terbayang-bayangkan suasana bilik yang redup, sejuk ..bukak kipas laju-laju..tarik selimut yang tak tebal sangat nak pulak peluk bantal kekabu..aduhhhh nyamannya tidur...macam ni kalau orang kejut makan pun rasanya saya sayangkan tidur lagi.

Saya macam gian sangat nak memerap lama-lama dalam selimut, dah lama rasanya tak alami perasaan tu. Walaupun semalam tidur saya tidaklah diganggu sepenuhnya dek rengekan manja Asyraf untuk menyusu tapi rasanya macam nak tidur sangat..berat betul kelopak mata ni nak bertamu depan PC..akhirnya demi melebarkan kelopak mata saya bukak blog..buat nesacafe panas yang dah berbulan saya tak minum..pun hanya 50% kelebaran kelopak mata yang terbuka.

Wednesday, October 12, 2011

Teruja sungguh

sejak menjadi ahli pengepam tegar ni..rezeki anakanda begitu mencurah-curah..setakat ni saya bekalkan susu segar setiap hari..tak cukup bekas dah ni, hari ni saja..dari jam 6 pagi saya pump dapat 240ml. Jam 10 x dapat nak mengepam sebab attend meeting dengan customer. Balik opis jam 12 tghari terus pump..dapat dalam 180ml. Jam 4 ptg saya buat kerja sambil mengepam..so tak boleh nak double terus..pump sebelah jer dapat 130ml..walaupun hampir 15 minit pump tapi rasa berbaloi..tak terasa sangat sebab asyik dok buat call kat customer. Jam 5ptg..saya pump sebelah lagi..dapat amount yang sama..130ml..so total dari 6pg sampai 5ptg =680ml..wah..lebih kurang 60mlx11 botol ni. Semalam 6 pagi sampai 11 mlm saya dapat 11 botol....bila tengok quantiti mcm ni rasa makin rajin pulak nak mengepam walaupun weekend hari saya cuma sempat dapat 4 botol jer..bukan x mahu mengepam..ramai tetamu kat rumah so jadinya..acara mengepam agak terjejas sikit. Ok nak chow dulu sebab nak balik jumpa boyfriend kecik tu...doakan saya menjadi pengepam tegar sampai cecah 2 tahun ya!.

Monday, October 10, 2011

Saya ingatkan..

kerja-kerja mengepam EBM ni senang memandangkan tempat saya agak terpencil sikit dari laluan orang ramai. Lupa pulak yang tempat saya ni dipantau dek Abe CCTV..tu dia..sib baik tak selak dan terus pam jer tadi..pun begitu saya pam jugak pelan-pelan. Banyak hal yang saya terlupa hari ni...laptop charger lupa bawak!!.ok tak boleh nak update N3 dgn panjang lebar bateri dah blink-blink.

Wednesday, October 5, 2011

Akak pun tak mau KALAH

hhh OK!!!.Maka dengan ini akak istiharkan diri akak termasuk dalam golongan BF mom's...tetiba tukar membahasakan diri akak..oh..sungguh teruja disitu..kenapa tetiba hari ni nak bahasakan diri ahkak@akak pulak..sebabbbbbnyaaaaa...rata-rata golongan yang fully BF ni masih muda..cuma akak jer yang tua tetiba nak belajar tentang BF ni...hahha..jangan gelak lebih..nanti akak SENTAP ok!!!..cukup!.

Sepanjang mengandungkan sihero ni saya bercinta sikit-sikit dengan BF ni..bermula dari 0% of knowledge...sumpah dik akak baru tahu apa itu istilah-istilah dalam pentyusuan susu ibu..sungguh terasa rugi pulak sekarang ni bila tak cuba mengenalinya 9 tahun dulu. dah tua-tua gini baru nak bercinta kan!...mungkin dulu harga susu formula tak semahal sekarang ni. Setahu saya hanya L.ACTOGEN formula milk sahaja yang boleh dikategorikan sebagai susu yang mampu dibeli..tapiiii bila tengok orang lain beli brand yang mahal macam kesian pulak bila anak kita cuma minum L.acto.gen jer kan. Akhirnya kita pilih la B.blac..S.26 mamamil yang kosnya satu bulan sama dengan breastpump yang paling cikai mungkin bagi orang lain tapi mampu milik bagi saya. Saya terpaksa lupakan seketika tarian gelek oleh cik corelle yang telah memikat hati saya didapur Mak Ngah...sungguh pun hati saya meronta-ronta mahu menghidang rendang ayam tatkala raya haji Nov nanti..