NuffNANG

Monday, December 31, 2012

Part II: Dari Shah Alam to Tanjung Piai meleret ke Kuantan

Korang nak cakap apa..nak komen apa lantaklah..janji aku nak cerita details pasal trip kali ni..ok..aku sambung gini..Selepas sahaja acara senguk-sengukkan dalam kereta..akhirnya kami tiba disebuah petrol pum..yang aku lupa nak check kat mana, kat sini aku argue skit dengan en.suami..aku cakap kami dah sampai ke Pontian kecil rupanya..baru kat area jalan Batu Pahat..berapa banyak kampong –kampung kecil aku tak sedar..sebak lebih banyka tersenguk dari terjaga kan..eleh..baru kali ni pun en.suami drive sorang-sorang biasa dia yang lagi banyak membuta dari aku...dah sampai petrol pump petronas ni aku dah terkepit-kepit lari ke toilet...langsung tak fikir lain dah..walaupun time tu dah jam 3 pagi. Asyraf aku dah letak seat tengah. Nasib baik toilet dia cantik dan bersih..lega..kalau tak mahu aku terkepit lagi sampai Pontian kot..hehhe. Bila balik semula ke kereta Sara dah jaga...en.suami dah selamba pergi belakang sekali tidur..emm walaupun aku dah rasa segar sikit tapi tak ada maknanya kau nak gilir drive..sambung tidur adalah lebih afdal sementara tunggu subuh. Jam 6.15 aku yang tidur-tidur ayam dah kejut semua orang untuk bangun dan solat subuh. Ingat nak terus mandi tapi masing2 masih kesejukkan..Asyraf pun masih tidur..jadi lepas solat subuh terus gerak menuju ke Pontian. Dah Nampak cahaya dah sikit..kami singgah sarapan. Semua orang makan roti canai kecuali akulah..aku makan nasi lemak..jalan-jalan jauh gini risau betul aku takut kelaparan. Aku geng dengan Asyraf..dia pun ikut maknya ni..makan nasi lemak..boleh tahan jugak.sikecil ni makan..nampak je badan kecik tapi makan kuat jugak... Lepas makan kami teruskan perjalanan..dan berhenti kat kampung nelayan ni dalam Daerah Pontian..sebab nampak view macam sangatlah menarik jadi kami decide nak tengok..masing2 dengan nawaitu sendiri..Asyraf aku tak pasti. Aku: nak ambik gambar yang view menarik jer En. Suami: skodeng port yang boleh memancing Sara: boleh mandi pantai ke ni.. ok korang tengok gambar ni nawaitu sapa yang terlaksana tu:
dah jenuh ambik gambar-gambar kat sini terus memecut pergi Tanjung Piai..eee. tak sabar-sabar-sabar..walaupun terlajak skit ke Kukup sebab aku yang mati-matian arahkan en.suami ikut arah situ..jenuh la aku kena perli sebab Kukup tu tempat jeti nak ke Indonesia je..ampun pak!!.
Dah nak sampai TP..eee tak sabar, tak sabar...eh.ada gaya Lisa Suriahani tak?..korang dah tengok Istanbul aku datang?...Part II..TP..aku datang!!

2 comments:

makcikkantin said...

ooo sally jalan jalan cari penat...anak tak meragam?

Sally said...

MCK..
Memang sangat letih+penat..tapi seronok..Alhamdulillah..sikecik tu tak meragam...asal masuk keta je menenen.