Ada orang makan bubur tengahari camni???..lain la kalau ada baki semalam..nak-nak pulak bubur ni jenis lemak, rangup dan berkrim.. sumpah..betul aku rasa bubur ni sangat-sangat sedap..petang hari Sabtu lepas aku saja masak bubur ni konon nak habis segengam beras pulut yang ada dalam simpanan dan kebetulan pulak dapat beli jagung fresh di pasar tani..6 ketul semua..apalagi aku kendurikan pada jiran-jiran yang lalu lalang depan rumah petang tu..adalah habuan minum petang kawan-kawan en.suami terutamanya..
Oleh kerana aku ni jenis yang masak main campak sesedap rasa je, adalah lebih baik kalau aku tuliskan kat sini apa yang aku masukkan dalam bubur ni.
Bahan-Bahan:
Jagung-potong dari empulur, jgn masuk dgn seketul camtu erk.
Santan-aku guna santan fresh orr..kuantiti lebih bnyk dari susu cair la
Susu Cair
Gula
Santan
Garam
Gula
Beras pulut -lebih kurang segengam..jgn byk sangat..tak sedap lak.
Air.
Daun pandan-disimpul
Cara-caranya:
1. Hiris jagung dari empulurnya
2. Rebus dgn air yang melebihi paras jagung-aku suka yang crunchy skit so rebus tak adalah lama sangat.
3. Bila jagung dah 3/4 masak, masukkan beras pulut yang direbus...jgn lupa cik daun pandan ya...simpul dan masukkan kasi wangi..
4. Bila beras pulut dah masak, boleh la masukkan santan, susu cair, secubit garam dan gula..saya tak suka manis sangat ..kira macam manis buah jer la..
5. Makan ketika suam adalah sangat syok..layannnnnnnnnnnn